Tidak dinafikan keakraban anak dengan pengasuh kadang kala lebih dari ibu bapa. Itulah rezeki, kadang ada pasangan inginkan zuriat tapi masib belum dikurniakan lagi sebaliknya pasangan yang dikurniakan zuriat pula berdepan dugaan masa dan kesibukan.

Tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini apabila sebuah video yang dimuatnaik oleh @lalaaaaaaaaaaaaaaaa_1993 yang merakamkan kenangan terindah terakhir dengan anak asuhannya.

Menurutnya, kanak-kanak yang bernama Raikal Mateen itu sudah diasuh olehnya sejak berusia 5 bulan lagi namun sejak bulan 6 tahun lalu, Mateen telah dijaga sepenuhnya kerana dia dan suaminya berpindah ke rumah mentua.

@lalaaaaaaaaaaaaaaaa_1993 #CapCut ♬ Kenangan Terindah – Vicky Shu

[TRENDING] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

Menceritakan kisah dari awal mengasuh Mateen, pasangan ini tinggang berdekat dengan rumah ibu kandung Mateen.

Pada mulanya, wanita ini hanya mengasuh sehingga jam 5 petang sahaja seperti kebiasaan pengasuh-pengasuh lain.

Namun sejak mereka berpindah ke rumah mentua di Port Klang dan Mateen di Kapar, tiada pengasuh yang boleh menjaganya ketika itu.

Jadi mereka telah mengambil Mateen untuk duduk bersama dan ibunya hanya akan mengambilnya pada hujung minggu sahaja.

“Saya mengasuh anak ini, tapi extra love sikit.. bercuti ke ape ke memang kami angkut sentiasa.”

IKLAN

[BIAR BETUL] ‘Baru Tahu Peel Anak-Anak.’ Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pengasuh

@lalaaaaaaaaaaaaaaaa_1993 Replying to @ehh944 ♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

Menjelang sesi persekolahan yang kini bermula, pasangan ini terpaksa berpisah dengan Mateen kerana anak kecil ini akan bersekolah di Setia Alam iaitu di rumah bapa kandungnya.

“Sedih kami ini kerana setelah 6 bulan bersama, 24 jam sehari.. Memang berat sangat.. “

“Apatah lagi kami masih belum dikurniakan zuriat, segala rasa sayang untuk dia, didik dan besarkan dia seolah anak sendiri.”

IKLAN

“Tiada permintaan lain dari kami selain anak ini membesar jadi anak soleh..’

Pesanan Mateen Untuk Mama Dan Papa
Sempat merakamkan kenangan di malam terakhir bersama anak asuhannya ini, Mateen sempat menitipkan pelbagai pesanan untuk mama dan papanya ini.

Sayu mendengar anak sekecil ini seolah mengerti dirinya terpaksa berpisah dengan insan yang disayangi.

“Papa jangan diri baik-baik, kerja elok-elok, bawak kereta elok-elok.”

“Kalau papa rindu adik, papa call adik.’

IKLAN

Namun di sebalik kepetahannya menitipkan pesanan untuk mama dan papanya ini, terakam di sisi lain di sebalik kamera yang Mateen datang memeluk mamanya berulang-ulang kali sambil menitipkan pelbagai pesanan untuk mamanya ini.

“Nanti adik mesti rindu nak peluk mama.. Nanti adik mesti rindu mama cium adik..”

Di ruangan komen, turut terlihat ibu kandung kanak-kanak ini menitipkan kata-kata yang sungguh sebak. Hanya mereka yang mengetahui dan melalui asam garam kehidupan ini.

Semoga keluarga ini sentiasa dirahmati dan dilindungi olehnya. Dan dipermudahkan segala urusan.

“Mami takde kata-kata ma, Terima kasih ada dengan mami dan adik dari kami zero sampai sekarang. Ingat, adik anak mama papa jugak. Jangan pernah hilang dalam kehidupan adik ya.”

@lalaaaaaaaaaaaaaaaa_1993 Replying to @mommys.a.b ♬ Buah Hati – Armada

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Nanti Adik Mesti Rindu Nak Peluk Mama..” Kisah Pengasuh Ini Undang Sebak, Komen Dari Ibu Kandung Jadi Perhatian