Siapa yang pernah pergi ke spa, mesti perasan sebelum atau selepas sesi mereka akan hidangkan kita secawan minuman. Kan? Ada yang beri teh herba, malah ada juga yang hidangkan air jamu.

Air jamu ni banyak khasiatnya, lebih-lebih lagi untuk yang rasa stress dan perlukan tenaga. Bila minum, tenang je rasa tau tiba-tiba rasa macam ada kat spa! Alang-alang dah imagine tu, jom buat sendiri je air jamu ala spa ni di rumah seperti yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan II ni.. Semoga bermanfaat!

Jamu untuk tenaga & awet muda

Hari ini badan lemau cikgu terus buat jamu ni. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan Serta remaja. Lepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala berkurang.

Sesuai diminum 1 cawan setiap hari. Bagus ni untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt tau. Pasti pelanggan teruja nak datang selalu minum.

Aromanya memang superb! Lepas minum paling best burrrpp, burrppp angin keluar. Lega..

Bahan-bahannya:-

Halia
2 batang serai
1 sudu kecil halba campur
1 sudu Kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu
Beberapa helai daun pudina

Kat Rumah Pun Boleh Minum Air Jamu Ala-Ala Spa, Elok Untuk Tenaga & Awet Muda!

IKLAN

Cara membuat

1. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Hala dan seral diketuk.

Kat Rumah Pun Boleh Minum Air Jamu Ala-Ala Spa, Elok Untuk Tenaga & Awet Muda!

2. Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.

Kat Rumah Pun Boleh Minum Air Jamu Ala-Ala Spa, Elok Untuk Tenaga & Awet Muda!

3. Tapis airnya dan masukkan 1 sudu besar madu.

IKLAN

Kat Rumah Pun Boleh Minum Air Jamu Ala-Ala Spa, Elok Untuk Tenaga & Awet Muda!

4. Dah siap jamu awet muda yang mampu tambah tenaga. Cuba tau. Sedapp sangat.

Kat Rumah Pun Boleh Minum Air Jamu Ala-Ala Spa, Elok Untuk Tenaga & Awet Muda!

Untuk sinus, mandian, stim muka pun boleh

– Selain dibuat jamu, air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus.

IKLAN

– Untuk sinus air ini perlu di steam muka tu sambil menyedut aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.

– Lagi satu boleh buat rendaman kaki singkirkan toksin untuk rendaman kaki perlu tambah garam.

– Untuk mandian pun boleh. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Kemudian boleh mandi buat bilasan terakhir.

– Nak lagi best, rebus dan steam badan awak tu boleh juga buat bertangas.

Selamat mencuba!

Sumber : Sarifa Redzuan II

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI