Siapa tak kenal dengan pelakon Adam Corie. Mungkin masih ada yang tidak tahu, sebelum ini Adam Corie merupakan seorang penari.

dia pernah menjadi guru tari dalam program realiti TV dan sejak itulah namanya dikenali.

Namun baru-baru ini, Adam telah menjelaskan yang dia kini tidak lagi berkhidmat sebagai penari dan juru tari biarpun pendapatan kerjaya itu sangat lumayan.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adam berkongsi kisah dia meninggalkan karier tersebut selepas memilih untuk memeluk Islam.

@adamcorrie_ Replying to @mohamednoor5585 saya tak ambil buat show selepas faham sedikit sebanyak tentang Islam apabila kita belajar. Al maklumlah saya ketika itu baru kembali kepada fitrah. Berubah perlahan-lahan.. kerana Allah bkn kerana makhluk #adamcorrie #dragonkldragon #malaysianartist #dancer #cinaMuslim #choreographer #fyp #jurutari ♬ original sound – Adam Corrie

“Dulu saya dapat satu tawaran untuk buat persembahan dan saya tanya pelanggan persembahan apa dan dia kata tarian tiang serta minta saya sediakan penari perempuan sahaja.

[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam

IKLAN

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

“Tawarannya sangat lumayan, ketika itu saya dah masuk Islam dan saya rasa was-was dan rujuk ustaz dan ustaz kata kalau boleh elakkan sebab tak berkat.

“Jadi saya hubungi semula pelanggan saya dan beritahu saya tolak persembahan itu dan sudah tidak lagi buat persembahan selamanya. Saya pun dah tak mengajar orang menari lagi ketika itu,” kongsi Adam.

IKLAN

Tambah pelakon filem KL Gangster itu, dia kini mencari keberkatan dalam mencari rezeki selepas membuat keputusan tersebut.

“Alhamdulillah, ustaz dah bagi keterangan. Saya berhenti untuk mengajar.

“Sampai sekarang dan sejak daripada itu saya buat keputusan untuk berhenti buat persembahan. Saya teruskan berlakon sampai sekarang. Itulah berkatnya.

IKLAN

“Pendapatan lumayan tapi keberkatan yang saya cari selepas kembali kepada fitrah (memeluk agama Islam),” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Adam menjadi penari ketika persembahan Ziana Zain di Anugerah Juara Lagu 1992.

@adamcorrie_ Replying to @Ami Izmir Jailani saya up sekali lagi video ini.. #adamcorrie #dragonklgangster #jurutari #gurutari #dancer #choreogapher #malaysiaartist #cinamuslim #reverted ♬ original sound – Adam Corrie

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

‘Keberkatan Yang Saya Cari.” Adam Corie  Jelaskan Kenapa Berhenti Menari Walaupun Pendapatan Lumayan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI