Setiap orang ada rahsia yang tersendiri dalam penjagaan kulit wajah. Terutamanya bila nak meniti usia yang lebih lanjut, penjagaan yang rapi harus dibuat supaya kulit wajah dan badan sentiasa berseri dan halus mulus.
Tidak kedekut berkongsi tip, baru-baru ini Natasha Hudson mendedahkan bahawa dia mengamalkan pemakaian mask setiap hari dan berkongsi khasiat tanah liat yang mampu memberikan manfaat buat penjagaan kulit yang mungkin ramai tak tahu.
“Terus terang memang saya gemar pakai mask tiap hari & tau tak clay mask adalah tanah liat? Kita pun adela kat Malaysia ni.
“Saya memang gemar explore benda alami & herba. Cuba lah tau! This is the real natural ingrediant yg berfungsi. Allah dah tetapkan for us.”
” Kalau dah jumpa jgn lupa cuba dan bawak balik umah okay? Kulit serious lembut dan clear.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Di dalam hantaran sama, juga turut menunjukkan cara-cara untuk mengaplikasikan tanah liat tersebut pada bahagian kulit.
Ads
Meninjau di ruangan komen, ada antara pengikutnya yang mengakui dan turut mengamalkan seperti mana yang dibuat oleh Natasha. Malah, ada juga yang kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menghargai usaha Natasha untuk menghargai sumber-sumber alam.
Parut dan kesan jerawat pada muka sememangnya buat kita rasa rendah diri, lebih-lebih lagi bila ada yang sentiasa memerhatikan muka kita ketika bercakap. Rungsing dibuatnya bila mana kesemua produk yang kita cuba tak nampak hasilnya.
Sebenarnya tak hanya gunakan produk, mencuba petua cara tradisional adalah langkah bijak bagi menghilangkan parut di wajah. Tapi kenalah rajin dan usahakan setiap hari untuk hilangkan parut ini. Boleh cuba tiga langkah ini.
1. Hilangkan Parut Lama
Bahan:
Kulit Kayu Manis
Caranya:
Kikis kulit kayu manis yang kering dengan menggunakan pisau atau sagat bahan tersebut di atas permukaan batu kasar (tepi lesung batu / batu giling). Kemudian sapukan ke atas parut sehingga bahan tersebut meresap ke dalam kulit. Sapukan di waktu malam sebelum tidur dan bersihkannya di waktu pagi. Lakukannya setiap malam sehingga parut hilang.
2. Hilangkan Parut Baru
Bahan:
Kulit rambai
Kulit pisang
Kulit limau mandarin
Caranya:
Gosokkan bahagian dalam kulit ke atas parut anda. Boleh cuba salah satu kulit-kulit ini dan buat setiap hari hingga parut makin reda.
3. Guna Lemon
Bahan:
Lemon
Soda Bikarbonat
Caranya:
Potong lemon nipis dan bancuh bersama soda bikarbonat. Sapukan pada parut di muka. Sifat lemon yang bertindak sebagai peluntur semulajadi mampu mengurangkan kesan parut ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap orang mempunyai citarasi tersendiri untuk menghias rumah. Ada yang suka meletakkan anak patung, mempamerkan koleksi yang dikumpul dan ada juga yang suka meletak bunga atau pokok untuk memberikan mood hijau dia dalam rumah.
Bagi anda yang sukakan tumbuhan, adalah lebih baik anda meletakkantumbuhan hidup dalam menghias rumah anda.Selain kos yang dikeluarkan murah, ruang rumah anda juga akan lebih segar dengan kehadiran tumbuhan hijau ini.
Bangun dan menghu]irup udara pagi dengan ditemani tumbuhan hijau ini dalam membuatkan mood kita lebih segar dan gembira. Malah kehadiran tumbuhan hijau dalam rumah umpama menjadikan hidup anda lebih bahagia apabila turut menyemai benih dan membaja bagi memastikan tumbuhan ini segar setiap hari.
Momen menyiram pokok ini adalah suara yang sukar digambarkan. Jangan terkejut bila ada rakan-rakan yang bercerita mengenai pokok mereka malah ada yang ‘bercakap’ dengan pokok setiap hari.
Berbalik pada hiasan pokok yang anda hiaskan di rumah, tidak kira sama ada di ruang tamu, bilik mahupun dapur. Ianya harusnya sesuai dengan jenis tumbuhan. Anda harus tahu jenis pokok yang sesuai untuk diletakkan di ruang rumah anda bermula dari ruang tamu hinggalah ke bilik air.
Berikut adalah 15 pokok yang sesuai diletakkan di dalam setiap bilik rumah anda. Mari lihat satu persatu.
1. Ruang Tamu
1. Dracaena Reflexa – Pokok ini membantu membersihkan udara yang tercemar dengan toksin seperti benzol dan formaldehyde (bahan kim1a yang tidak berwarna, mudah terb4kar dan memiliki aroma yang taj4m).
2. Chlorophytum – Lebih dikenali sebagai spider plant yang membantu menyegarkan udara semula yang tercem4r akibat asap rk0k atau asap kenderaan.
3. Benjamin fig – Pokok ini berfungsi membersihkan udara yang terce mar akibat trichloroethylene (bahan ki mia yang terdapat dalam gam dan pencuci karpet), phenol dan benzol.
2. Bilik Tidur
1. Sansevieria Trifasciata – Dikenali sebagai pokok Lidah Jin membebaskan oksigen pada waktu malam dan juga membersihkan udara yang dice mari tok sin. Pokok ini juga membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti dan amat sesuai untuk mereka yang menghi dap ins0mnia.
2. Spathiphyllum – Pokok ini dengan mudah menyerap tok sin dari kawasan perumahan atau perindustrian seperti benzol, ammonia dan acetone. Letakkan pokok ini terutama selepas anda melakukan pengubahsuaian atau penghiasan bilik tidur anda.
3. Phalaenopsis – Pokok orkid Phalaenopsis bukan sahaja mencantikkan ruang bilik anda serta meningkatkan aura rom4ntis tetapi membebaskan oksigen pada waktu malam dan membersihkan udara yang bertok sin.
3. Bilik Anak-anak
1. Coffea – Pokok kopi sebenarnya bagus sebagai penapis semula jadi yang membersihkan udara yang terce mar dengan tok sin.
2. Hibiscus – Pokok Bunga Raya, bukan sahaja terkenal sebagai bunga kebangsaan Malaysia malah pokok ini membantu menyegarkan udara dan melancarkan pernafasan.
3. Cyclamen – Pokok ini boleh membantu menghilangkan keletihan kronik, insomnia, kereng saan dan kemurungan.
4. Dapur
1. Aloe – Pokok Lidah Buaya membersihkan udara yang terce mar dengan t0ksin seperti benzol dan formaldehyde.
2. Stephanotis – Pokok melur yang berwarna putih berseri ini membantu meningkat udara segara di dapur.
3. Saintpaulia – Pokok ini cukup sempurna untuk menakutkan semut daripada masuk ke dapur anda.
5. Bilik Air
1. Lady Palm – Pokok ini membantu membersihkan udara yang dic3mari ammonia yang digunakan untuk membersihkan bilik mandi bersama pencuci yang berbeza.
2. Chinese Evergreens – Pokok ini mempunyai kebolehan unik untuk tindak balas terhadap wap ki mia berba haya. Sangat sesuai diletakkan berdekatan dengan tempat mandi.
3. European Ivy – Pokok ini mempunyai kemampuan untuk menyerap k4rbon diok sida yang lebih baik berbanding pokok-pokok yang lain. Pokok ini juga membantu membersihkan udara yang terce mar dengan tok sin.
Perasan tak ketika berpantang, selepas mandi dengan daun-daunan herba buat anda rasa lebih segar dan kuat. Rasa lain macam sihatnya selepas mandi dengan herba-herba ini kan?
Khasiat daun-daunan ini sebenarnya sangat membantu wanita berpantang mencari kekuatannya. Selain rasa segar, aura daripada daunan herba ini cukup meninggalkan kesan yang luar biasa buat ibu berpantang.
Itu ceritanya dengan ibu berpantang, bagaimana pula jika kita ingin mengamalkannya walaupun selepas berpantang.
Mengikut pengamal spa dan rawatan tradisional, amalan mandi dengan daun-daun herba ini sangatlah disyorkan buat semua wanita terutama wanita yang sudah berkahwin.
Badan bukan sahaja lebih segar bahkan bertenaga dan paling penting segala bau-bauan dapat dinyahkan.
AIR MANDIAN DAUN
Bahan-Bahan:
10 hingga 15 helai daun pandan – siat & simpul
Segenggam daun serai wangi – ikat
20 helai daun limau purut- siat
5 biji limau purut – ambil kulitnya sahaja
10 helai daun lengkuas – siat
10 helai daun halia bara – siat
10 helai daun jambu batu
10 helai daun halia bentong atau halia biasa – siat
Air seperiuk besar (lebih kurang 6 liter)
Amalkan air mandian ini sebagai rutin dalam diri. Bukan hanya tubuh lebih wangi bahkan badan jadi lebih segar dan kuat.
Kemesraan pasangan warga emas yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-54 mencuri perhatian ramai apabila video romantis mereka tular di TikTok dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.