Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa jejaka ini mampu meraih kejayaan sama seperti rakan-rakan yang normal. Walaupun mempunyai kekurangan apabila terpaksa berkerusi roda membuatkan pergerakannya terbatas.
Jika rakan-rakan agen yang lain aktif bergerak kesana-kemari demi melunaskan misi, namun Muhammad Rizal BinMansoor ada caranya yang tersendiri.
Tidak mahu menjadikan kekurangannya sebagai alasan, Rizal yang merupakan pesakit stroke yang hampir 7 tahun berkerusi roda membuktikan dirinya juga mampu berjaya
Dinobatkan sebagai Crown Leader oleh syarikat Saudagaar Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan Choco Albab, Rizal berkata;
“Saya menggunakan platform FB Live, dari situ saya membina komunikasi dengan follower melalui aplikasi Whats App.’
“Apabila menyertai Choco Albab, mereka memberikan kami produk knowledge serta turut diberikan motivasi oleh ketua.”
Ads
“Kalau kita tak buat, kita tak dapat. Kita buat, kita akan dapat,” Itulah pegangan yang digunakan untuk memotivasikan diri apabila mula menyertai sistem agen ini.
“Satu lagi, produk ini senang dijual. Selalu orang jadikan Choco Albab untuk memberi doorgift, birthday party dan lain-lain. Di Singapura ramai yang memberikan feedback, jadi kita kena ada knowledge untuk memberikan yang terbaik kepada mereka. “
Sementara itu, sebuah majlis gilang gemilang sempena ulang tahun ke-3 Choco Albab telah diadakan di Bangi baru-baru ini.
Dalam majlis ini, turut meraikan agen-agen yang telah bertungkus lumus dalam memastikan setiap produk Choco Albab dikenali di seluruh Malaysia. Malah ianya mendapat permintaan yang tinggi oleh pengguna.
Ads
Dalam ulang tahun ini, Choco Albab turut melancarkan produk baharu iaitu Choco Albab Hazelnut Spread yang dijangka menjadi pilihan kegemaran ramai.
Dengan kualiti premium dan rasa yang memikat, Choco Albab Hazelnut Spread membawa inovasi baharu dalam pasaran coklat tempatan.
Optimis dengan perniagaan dijalankan, pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi ketika berkongsi kejayaan tiga tahun penuh bermakna ini berkata, misi dan matlamatnya adalah jelas iaitu ingin mencipta perniagaan yang mampu membahagiakan semua orang.
Ads
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd berkata, dalam masa tiga tahun, Choco Albab telah mencapai kejayaan yang membanggakan iaitu membahagiakan sekitar 100 ribu agen dan melahirkan puluhan Crown Leader.
Ia katanya adalah satu pencapaian luar biasa hasil usaha sama seluruh pasukan.
“Inspirasi saya hanya satu, bulatkan azam dan melangkah terus ke hadapan berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang saya timba selama 14 tahun dalam dunia perniagaan.
Dengan kejayaan yang dicapai dan perancangan yang menjanjikan masa depan yang cerah, Choco Albab kini berdiri sebagai jenama yang bukan sahaja memberikan kebahagiaan melalui produk berkualiti, tetapi juga melalui peluang keusahawanan yang mengubah kehidupan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau program keagenan, boleh layari https://chocoalbab.asia/.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang suka menanam, mesti akan cari cara untuk lebatkan pokok hasil jagaan mereka. Betul tak? Kadang sampai melabur duit beli macam-macam jenis baja untuk pokok kesayangan.
Tapi tahu tak, sebenarnya kalau tak guna baja yang dijual pun pokok boleh tumbuh subur hanya dengan menggunakan insang ikan dan kulit udang sahaja! Jom ikuti perkongsian dari saudara Azuan Abdullah ini! Jadi lepas ni kalau siang ikan dan udang, tak perlu lah buang bahagian yang nak guna ni ya.
Setiap kali siang udang dan ikan, AA akan simpan kepala udang dan perut ikan. Benda boleh buat baja, buat apa kita buang kan. dua-dua sisa ni sangat power bila digunakan pada pokok.
Kepala dan kulit udang ni kaya dengan chitin atau chitosan. Banyak sangat kelebihan chitosan ni. Antaranya boleh meningkatkan tahap antibody pokok terhadap sesuatu penyakit dan boleh juga merangsang tumbesaran pokok supaya jadi lebih subur.
Insang dan perut ikan pula kaya dengan unsur nitrogen dan asid amino. Antara fungsi penting asid amino adalah membantu dalam proses kelekatan bunga.
Ada pelbagai teknik yang kita boleh jadikan kepala udang dan insang ikan ni sebagai baja. Kali ni, saya nak kongsi cara yang paling mudah. Cara yang paling malas. Hihi.
Saya guna terus dua-dua sisa buangan tersebut pada pokok limau kasturi.
Pokok limau kasturi ini AA tanam dalam tayar ditepi pagar rumah. Usianya lebih kurang 1 tahun lebih. Dia punya dahan ada yang dah cecah simen planter box sebab tak mampu tanggung berat buah.
5 LANGKAH MUDAH MEMBAJA TERUS LIMAU KASTURI DENGAN INSANG IKAN DAN KULIT UDANG
LANGKAH 1
Ambil sisa kepala/kulit udang dan insang/perut ikan yang baru lepas disiang.
LANGKAH 2
Mula-mula kita buat alur dibawah kanopi daun pokok tersebut. Dalam gambar ini, saya buat alur di keliling pokok. Kedalaman alur lebih kurang 3-4 inci.
LANGKAH 3
Tabur je kulit udang dan insang ikan ke dalam alur yang kita buat tu. Eloknya tabur biar sekata.
LANGKAH 4
Siap tabur, kambus balik alur tu ya. Ini penting supaya sang lalat tak datang berkampung kat sini. Bila kambus, bau busuk pun tak ada.
LANGKAH 5
Akhir sekali, saya siram dengan cecair BIM + molasses. Untuk 1 liter air, saya guna 5 ml BIM + 5 ml molasses. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pengomposan sisa yang kita kambus tadi.
Nak siram plant booster, EM atau molasses sahaja pun boleh. Jika semua ini tak ada, siram je guna air basuhan beras ya. Tak ada masalah.
Buat anda yang mementingkan keindahan dekorasi rumah pastinya bukan sahaja ruangan dalaman menjadi tumpuan utama malah dari pintu pagar juga akan diberi perhatian khusus untuk mencipta gaya ruangan agar nampak menarik dan bergaya.
Apa yang pasti dalam memilih rekaan pagar di keliling rumah dengan rekaan yang indah akan mencipta gaya yang tersendiri dan ianya nampak begitu ketara.
Umumnya bila dilihat dari sudut kos untuk membina pagar yang menepati citarasa, harganya bukanlah murah. Pun begitu, itu semua telah memberi idea kepada Muhammad Faizal untuk lakukan diy bagi mencipta gaya pagar rumahnya dengan bermodalkan ratusan ringgit sahaja, namun apabila siap nampak seperti pagar berharga ribuan ringgit.
Nak tahu apa bahan yang digunakan. Jom ikuti perkongsian daripadanya. Semoga ianya dapat memberi inspirasi untuk anda upgrade pagar lama menjadi lebih menarik dengan modal yang sedikit. Selamat mencuba!
Ini perkongsiannya:
Alhamdulillah setelah 3 hari siap jugak pagar DIY. Asalnya nak tukar tapi bila pikir balik cost dalam 3-4k jugak. Dengan bantuan skill tukang masa belajar kemahiran hidup di sekolah maka terhasil la nya. Cost rm350 ada balance. Misi utama untuk tertutup supaya lebih privacy. Terus nampak pagar berharga rm 3k.
Benarlah bila ilmu itu dicari dan terus digali, akan lebih bermakna hidup ini. Sama halnya bila kita menunaikan solat lima waktu, dan dalam masa yang sama cuba memahami semua maksud ayat-ayat yang dibaca.
Contohnya pada bacaan ketika duduk di antara dua sujud. Terdapat lapan lafaz ayat yang kita baca berulang-ulang kali, namun mungkin ada yang tidak menyedari disebabkan tidak tahu terjemahan ayat tersebut bahawa bacaan itu sebenarnya mengandungi doa yang sangat bagus sekali.
Menurut perkongsian Muhammad Hassan, “Bila saya solat, saya mula ingat makna atau terjemaahan ayat ini. Ya Allah sedap sangat solat kita bila faham”.
Hebatnya Maksud Kalimah Yang Diucap Ketika Duduk Antara Dua Sujud
Saya paling terkesan apabila dalam doa ini kita minta Allah ampunkan dosa kita, sayangi kita, tutup aib kita yang banyak ini. Orang nampak kita baik sebab Allah jaga aib kita. Itu je.
Lalu kita minta lagi angkatlah darjatku disisi-MU. Berilah aku rezeki, kurniakanlah aku petunjuk, sihatkan tubuh badanku agar aku sentiasa dapat lebih banyak melakukan ibadah.
Dan akhir sekali kita minta maaf kepada Allah. Banyaknya salah silap kita, kata-kata kita terhadap orang lain. Banyaknya perkara sia-sia yang kita ucapkan.
Itu belum dosa kita mengumpat orang, aibkan orang, hina orang. Tapi kita tak sedar. Kita anggap kita delete komen, maka terpadamlah umpat keji kita terhadap orang. Sedangkan ia tetap tertulis disisi Allah apa yang kita tulis di socmed.
Kawan-kawan. Di zaman yang penuh kekeliruan ini, perbanyakkan doa, perbanyakkan solat, zikir, baca Al Quran. Moga kita mati sebagai muslim yang sebenar muslim.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520