Hujung minggu adalah waktu terbaik untuk mengemas rumah, lagi-lagi buat ibu yang bekerja. Seluruh rumah haruslah disental bersih.
Akan tetapi kos untuk membeli pencuci, penyental lantai dan macam-macam jenis pencuci bukanlah murah.
Jangan berfikir banyak kerana saranan yang dikongsikan oleh wanita bernama Hani Mynis di facebooknya ini cukup best untuk ibu-ibu.
Kedai Eco yang menawarkan harga serendah RM2.10 ini jawapannya. Alatan cucian untuk kegunaan rumah memang tip top di sini. Ini yang dikongsikan oleh wanita ini.
Siapa yang personally kenal hani tahu betapa obses nya hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2 😍)!
Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi 😂! Tapi mcm mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20 😭
Punyalah obses, hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco haha lepas tu hani ajak dia pergi mcm buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw2 beli ni beli tu haha
Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yg hani dpt dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven! Nampak sgt dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.
Punyalah obses, kalau hani jumpa barang viral yg susah gila nak “dijumpai” tetiba dia ada kat situ berlambak, hani akan tegur stranger makcik yg ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ni viral makcik, susah nak dpt, bagus sngt!,beli lah!” haha sngt kepochi kan 🙈😂
So sngt obses, hani kongsi kan 12 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjmpa kat Eco tu (sbb ada antara barang yg viral susah benau nak jumpa!!). Walaupun harga dia Rm2.12 jgn pndang rendah keberkesanan dia ok! Serious talk haha
Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dlm gambar ni!
Ads
Ps : siapa ada semua item dalam gambar2 gimme 5!! #doneracun 😝
1. No 1 atas takhta! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punya magic??
Apa je dia tak boleh cuci?
Bersihkan segala dakwat, pen, permanent marker pen, pensil, crayon kat mana-mana permukaan, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air dan lain-lain.
2. Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya untuk laundry je, sagat dan simpan dalam bekas, agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk, campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) untuk kesan extra extra shiny!
Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai. Berkilat oit lantai, lagi-lagi lantai tiles.
Ads
3. Khas untuk kutip rambut dan habuk kecil kat karpet, kalau mood malas nak guna vacuum!
4. Pencuci lantai.
Nama je Rm2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia memang wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas, tak melekit!
5. Pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana-mana permukaan yang obvious habuknya tu. Senang kerja.
6. Wet tissue. Kalau nak lap kotoran kecil kat meja makan atau atas perabot.
Ads
7. Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu.
8. Stain remover. Sebab dalam kandungan dia ada peluntur macam clorox tu. Tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15 minit gitu, hilang segala kotoran. Tak perlu nak berus dah.
9. Berus dengan tiga jenis berus. Untuk Hani bersihkan dapur masak sebab kadang-kadang kat bahagian tungku tu ada keras-keras, boleh sental dengan berus ni.
10. Penyepit span, pembersih tingkap!
11. Plastik sampah wangi. Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi. Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu.
12. Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild), Hani guna kalau setakat nak cuci-cuci biasa yang mingguan. Untuk kotoran biasa-biasa je. Kalau kotoran susah tanggal, guna je stain remover tadi atau clorox.
Hebatkan? Untuk kesemua 13 barang ni anggaran tak sampai RM30. So sangatlah berbaloi untuk kita yang nak berjimat cermat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Botol makanan seperti sos spageti memang adakalanya susah nak dibuka. Puas cuba buka dengan kain pengelap atau sekuat hati dengan tangan tapi penutup botol masih juga susah nak dibuka.
Kadang-kadang kalau nak cepat rasa sakit hati juga. Tambah lagi kalau dalam bulan puasa, pulang daripada kerja dan masa yang singkat itulah buat kita rasa nak marah. Melambatkan proses memasak.
Jangan marah-marah kerana ada caranya untuk buat penutup botol ini cukup mudah nak dibuka. Cuba petua ini.
Rendam Air Panas
Sebelum merancang hendak masak, kenalah set kan minda lebih awal sebab kena ambil masa untuk buka penutup ini dengan mudah. Begini caranya. Tuangkan air panas ke dalam mangkuk dan terbalikkan botol sos ini ke dalam air panas. Sementara itu bolehlah menghiris bawang atau bahan-bahan memasak yang lain. Bila dah siap semua bahan, cubalah buka penutup botol dan lihat hasilnya. Botol boleh dibuka dengan mudahnya.
Guna Sudu Besi
Jangan tak tahu sudu besi juga banyak kegunannya dalam mengamalkan pelbagai petua. Untuk membuka penutup botol ini, ambil sudu besi dan ketuk di sekeliling penutup botol. Jika boleh ambillah sudu yang bersaiz besar dan berat. Lakukan langkah ini beberapa kali diseluruh kawasan penutup botol. Sesekali cubalah membukanya.
Ketuk Pada Dinding
Ini bukan kelakar tapi petua yang sangat berkesan. Ketuk penutup botol pada dinding yang agak keras, dengan cara menegakkan botol. Pegang botol seperti biasa dan ketuklah pada dinding. Menggunakan kayu pintu dapur yang keras adalah pilihan paling tepat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui pasangan ini sudah pun bercerai pada Julai yang lalu. Biarpun masih berhubung dengan baik kerana anak, timbul persoalan di kalangan peminat mereka berkenaan perjalanan restoran yang diusahakan bersama sebelum ini.
Akhirnya semalam, pelakon ini membuat pengumuman berkenaan restoran tersebut. Setelah beroperasi selama empat tahun lalu, Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim sepakat untuk menutup FizoMawar Kitchen (FCM) di Bangi dan Kelantan yang diusahakan bersama sebelum ini.
Jelas Fizo, keputusan itu adalah pilihan terbaik yang dipersetujui kedua-dua pihak antara dia dan Mawar.
“Berat untuk saya nak umumkan dan saya sudah buat keputusan dan kami berbincang inilah yang terbaik.
“Saya dan Mawar bersetuju untuk menamatkan operasi Fizomawar Kitchen di Bangi dan Kota Bharu.
“Saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kami selepas ini,” kata Fizo menerusi pengumumannya di Fizo Omar Channel di YouTube.
Sedih dengan keputusan itu, Fizo bagaimanapun akur biarpun mendapat tentangan daripada pelanggan setia mereka.
“Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apabila kami berpisah ramai yang minta jangan tutup restoran ini terutama bagi yang sudah sebati dengan makanan kami.
“Saya tahu ramai yang terkejut tetapi saya terpaksa dan saya minta maaf,” tambahnya.
Fizomawar Kitchen telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan ditutup pada 27 Oktober 2019.
Kata Fizo seramai 300,000 pelanggan telah berkunjung ke restoran tersebut sejak beroperasi.
“Fizomawar Kitchen dibuka pada 2015 dan merupakan hadiah daripada saya kepada Mawar dan ibu saya. Kebanyakan makanan yang disediakan merupakan juadah kegemaran mereka.
“Saya sendiri belajar masakan tersebut di Thailand dan restoran ini ada banyak kenangan,” kata Fizo lagi.
Dalam perancangan lain, Fizo bakal mengadakan majlis khas bersama peminat dan pelanggan tetap Fizomawar Kitchen pada hujung bulan ini dan akan diumumkan kelak.
Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.
Pasangan yang berkahwin pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buah limau purut sememangnya tidak begitu asing penggunaannya. Malah dalam masakan sekali pun kita ada menggunakan limau purut untuk memberi rasa pada masakan. Tidak dengan itu, limau purut juga cukup sinonim digunakan dalam perawatan tradisional orang Melayu. Ini secara tidak langsung, menandakan limau purut cukup istimewa dan punya khasiat dan kebaikan yang tersendiri.
Memandangkan sejak dahulu lagi hingga kini, limau purut digunakan dengan pelbagai tujuan. Jom semak apa kebaikan untuk ibu-ibu mengamalkannya.
1. Hilangkan letih
Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara in dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.
2. Haluskan kulit
Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.
3. Awet muda
Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.
4. Hilangkan kotoran baju
Melihat ada sahaja kesan kotoran pada baju anak-anak selepas mereka bermain, itu menandakan ada tugas mencuci yang lebih daripada biasa harus kita lakukan. Lain tidak bukan menyental! Tapi dengan menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di