Tidak dinafikan kebanyakkan lelaki stress atau kemurungan biasanya disebabkan hilang punca pendapatan. Situasi ini akan memberi impak negatif pada diri sebagai ketua keluarga.
Apabila tidak mampu menunaikan keperluan dan nafkah buat keluarga serta komitmen kewangan seperti rumah, kereta, dan lain-lain lagi.
Kemurungan juga berlaku juga boleh juga akibat tekanan di tempat kerja, dibuli ketua atau rakan sejawat.
Tambahan pula, keadaan Covid sekarang, ramai juga diberhentikan kerja ekoran beberapa sektor industri menghadapi masalah pelaburan.
Apa yang pasti, kemurungan akan memberi kesan kepada kehidupan jika dibiarkan akan ‘makan diri’ sehingga kecenderung untuk melakukan tindakan diluar kawalan.
Ads
Sebagaimana perkongsian bermanfaat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita harus ambil peduli orang tersayang termasuk suami, saudara dan rakan-rakan. Jangan biar mereka simpan dan pendam sendiri.
Kemurungan merupakan salah satu gangguan kesihatan mental yang dialami oleh lelaki dan wanita. Namun, laporan-laporan kajian mendapati, wanita lebih ramai mengalami masalah kemurungan.
Ads
Ini kerana lelaki kurang mendedahkan masalah kemurungan yang mereka hadapi apatah lagi tampil untuk mendapatkan bantuan.
Namun, kes bunuh diri akibat kemurungan dalam kalangan lelaki di seluruh dunia dilaporkan empat kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.
Kebiasaannya lelaki menunjukkan tanda-tanda kemurungan berbeza dengan wanita seperti mudah marah, sikap lebih kasar dan agresif dalam perhubungan berbanding wanita yang kerap menangis dan sedih.
Tidak ramai lelaki tampil mendapatkan bantuan atau berkongsi masalah kemurungan yang dialami kerana malu, ego dan tidak mahu dianggap lemah.
Ads
Lelaki perlu ubah pandangan ini. Dapatkan bantuan kerana kesihatan mental adalah milik semua, tidak kira anda lelaki atau wanita.
T – Tell someone you trust about your problems (kongsi masalah dengan orang yang dipercayai A – Ask for help (minta bantuan) L – Listen without judgement (mendengar tanpa menghukum atau menghakimi) K – Know where to seek help (tahu di mana untuk mendapatkan bantuan)
Jangan berseorangan dan bertindaklah sekarang!
*Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia pada November setiap tahun atau MOVEMBER
Menimang cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga, termasuklah pasangan usahawan dan YouTuber terkenal, Alieff Irfan serta isterinya Nurul Nabilah Aliah Hazman atau dikenali sebagai Bella.
Namun bukan semua yang diberi rezeki cepat, ada yang memaksn masa tak kurang yang terpaksa melalui pelbagai rawatan.
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, dia berkongsi kegembiraan bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian yang dibuat Bella di laman Instagramnya, dia telah membuat kejutan kepada suami tersayang, Alieff dengan menunjukan alat ujian kehamilan yang bertanda positif sehingga lelaki itu menangis kegembiraan.
“Alhamdulillah .. terima kasih ya Allah atas rezeki yang diberikan 🤲🏻😭 .
“Penantian tepat 2 tahun , akhirnya Allah tiupkan malaikat kecil dalam perutku 🤲🏻🥺 .
Akui Bella, sebelum ini dia terpaksa melalui segala hinaan termasuklah dikata mandul dan tidak mampu melahirkan zuriat. Segala kata-kata tersebut hanya mampu ditelan walapun pahit hanya kerana dia sedar dirinya ketika itu masih belum hamil.
“Dengan berbagai dugaan , hinaan & kecaman yang dapat selama 2 tahun ni . Ada yg cakap saya mandul . Ade yg cakap kami x bernasib baik . Allahu akbar !
“Tapi saya tetap sabar & senyum walau dihina banyak kali . Sebab saya percaya Rancangan Allah swt . Allah maha besar , Maha mendengar lagi maha mengasihani 🤲🏻 .
“Terima kasih lagi sekali untuk family saya , family mertua saya yg x putus doakan rezeki zuriat untuk saya dan suami . ❤️ .
“Cuma nasihat bella untuk semua org kat luar sana . STOP untuk hina org lain , lagi2 korang x tau perjuangan mereka yg nak dapatkan anak . Nampak diorg senyum , tapi dalam sumpah diorg sedih & down . Kalau boleh mulut jaga tau . X baik mempertikaikan rezeki dari Allah swt . Allahu akhbar .
“Untuk anakku , mommy & daddy akan jaga awak baik2 . InsyaAllah . 🤲🏻 . Semoag Allah swt lindungi kandungan ni dan semoga membesar dengan sihat walafiat . Amin ya Allah 🤲🏻
Berita gembira tersebut membuatkan Alieff begitu sebak sehingga tidak dapat menahan tangisannya. Kelihatan dia memeluk erat isterinya usai diberitahu berita tersebut dengan wajah yang seolah-olah tidak percaya bakal bergelar ayah tidak lama lagi.
Bukan semua pasangan yang baru berkahwin dimurahkan rezeki dengan dikurniakan anak sebagai penyambung zuriat dan pengikat kasih sayang antara suami isteri. Setiap ujian dan dugaan yang diberikan Allah itu menjadi satu rahsia dan di sebalik kejadian itu pasti ada hikmahnya.
Bercerita tentang lewat dikurniakan zuriat ini, admin terbaca satu posting fb daripada Nurul Balqis tentang usaha dan ikhtiar yang dilakukan sebelum dikurniakan anak. Diharapkan perkongsian ini, dapat membantu pasangan suami isteri yang senasib dengannya untuk mengamalkan apa yang telah dilakukan.
Menurut Qis, sebelum ini dengan perkahwinan pertama diatelah dikurniakan seorang anak dan apabila berkahwin buat kali kedua pada tahun 2015, agak sukar baginya mendapatkan zuriat. Ayuh ikuti perkongsian daripada Nurul Balqis atau lebih mesra disapa Qis ini.
PETUA YANG QIS AMALKAN SEHINGGA BERJAYA HAMIL.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2 tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.
Jom baca perkongsian Qis, InshaAllah dengan izin Allah s.w.t awak semua yang masih tertunggu-tunggu juga akan berjaya. Yang penting kita percaya dengan rezeki-Nya. InshaAllah.
Qis berani kongsi, kerana petua ni betul-betul berjaya dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah sama seperti Qis. Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah.
Lakukan Perbagai Usaha
Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil.
Namun, tetap juga tak berjaya. Masalah Qis tetap tak berubah. Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar.
Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.
Saranan Dari Kawan
Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat.
Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama.
Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana.
Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya dan selamat melahirkan pada tanggal 3 Mac 2018 yang lalu.
Ini cara menyediakan air rebusan buah zuriat
Cara Penyediaan :
2. Buat sehingga keluar tempurungnya. Tempurung buah zuriat ni, sangat keras tau. Tempurungnya sama dangan tempurung kelapa, tapi ni lagi keras dari tempurung kelapa.
3. Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.
4. Inilah buat zuriat
5. Kemudian di belah dua
6. Kemudian dipotong kecil
7. Masukkan tiga cawan air dan rebus sehingga airnya jadi kekuningan macam air teh. Rebus sampai agak-agak kita akan dapat dua cawan air.
Buah tu jangan buang, kita simpan je dalam periuk tu dan guna lagi untuk esok dan esok dan esok sampailah air die dah jernih. Nanti baru ganti dengan buah yang baru. Tapi qis dapat guna dua biji ni sehingga sebulan tau.
8. Haaa dah siap, dah boleh minum.
Dan inilah permata hati pengarang jantung pasangan Nurul Balqis dan suaminya Mohd Zhafirul Sabri, anak comel ini diberi nama Fakhira Delisha Binti Mohd Zhafirul Sabri secantik namanya begitu juga wajah si kecil ini.
Ekstra Info :
*Waktu bila kita patut minum. Sebenarnya tak kisah pon waktu bila-bila. Yang penting mesti konsisten minum setiap hari pada waktu yang sama.
*Suami isteri dua-dua kena minum. Macam Qis, qis minum selepas isyak tiap-tiap malam sehingga sebulan.
*Satu lagi sebelom qis terlupa, minum pada hari pertama period ye.
Apa buah zuriat ni? Apa kelebihannya?
Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-
-Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.
-Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
-Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.
Sumber : Nurul Balqis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada kata yang mampu diungkapkan buat keluarga ini bila anak yang disayangi hilang sekelip mata. Kepiluan dan luluh hati seorang ibu, sedih dan parah jiwa seorang bapa bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah kembali kepada Sang Pencipta.
Hari ini sepatutnya ketiga-tiga beradik ini melangkah kaki ke sekolah, namun kini mereka sedang bergembira di ‘sana’.
Luahan si ayah tatkala mayat anak ditemui semalam begitu memilukan. Manakala si ibu yang tidak berdaya beberapa kali pengsan selepas melihat wajah anak mereka.
“Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’ sekelip mata”. Itu luahan Zawawi Abd Wahad, 42, si ayah yang berdepan dengan insiden menyedihkan apabila ketiga-tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi Isnin di Pantai Sura Tengah di sini.
Menurut Zawawi, kali terakhir dia menatap wajah anak-anak kesayangan itu adalah pada pagi Ahad selepas menghantar mereka mengambil buku teks di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan.
Mereka sekeluarga baru sahaja pulang daripada bercuti di Hatyai, Thailand Sabtu lalu sebelum ketiga-tiga anaknya itu mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa anggota keluarga lain bercuti di Dungun.
Namun, dia kemudiannya menerima perkhabaran sedih itu menerusi panggilan telefon daripada anggota keluarganya pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama dan bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya, Nur Syahida Abdullah, 36.
“Saya serta isteri tidak turut serta kerana kepenatan dan menguruskan beberapa urusan kerja serta persekolahan anak-anak memandangkan sesi persekolahan Pantai Timur bakal bermula esok. Semua kelengkapan persekolahan telah disiapkan.
“Tak dapat digambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan kami apabila semua anak ‘pergi’ sekali gus,” katanya dalam keadaan sugul.
Suasana sedih dan pilu itu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga tetapi juga pihak media yang turut sama berada di situ terutama apabila melihat ibu kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan terpaksa dipapah oleh keluarga.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.40 petang Ahad, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dihanyutkan setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir pantai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.
Mayat kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai oleh orang awam terdampar di pesisir pantai pada kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian.
Salam takziah buat Zawawi dan isterinya. Al-Fatihah buat ketiga-tiga kanak-kanak ini. Semoga ibu bapa arwah tabah menghadapi dugaan yang hebat ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di