Dalam keterujaan menjadi tetamu Allah dan menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, seorang jemaah wanita yang hadir bersama keluarganya pada 20 Disember lalu telah bertukar menjadi tragedi apabila dia tergelincir dalam bilik air hotel sehingga mengakibatkan koma.
Jemaah yang bernama Fatin Amirah Rosli berumur 26 tahun ini dikhabarkan masih belum sedarkan diri dan dijangka akan terlantar seumur hidup. Apa yang lebih menyayat hati apabila wanita berkenaan sudah terlantar koma hampir sebulan di Mekah sebelum berjaya dibawa pulang ke tanah air.
Menurut kakaknya, Fatin Amalina, 29, adiknya itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Shah Alam, untuk pemantauan lanjut selepas tiba di Malaysia pada Sabtu lalu.
Tambahnya lagi, dia sekeluarga reda dengan ujian yang menimpa namun tetap mengharapkan ada keajaiban buat Fatin Amirah.
“Keadaannya masih sama (koma). Tiada respons apabila kita bercakap. Hanya mata sahaja berkelip. Menurut prognosis doktor di Mekah dan Malaysia, Fatin Amirah akan terbaring sahaja sepanjang hayat.”
Ads
“Kami belum ada sebarang perancangan, segalanya bergantung kepada keputusan doktor. Apapun kami reda dengan ujian Allah beri ini dan mengharapkan yang terbaik untuk Fatin Amirah.”
Di samping itu, kakak kepada wanita berkenaan turut mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan sumbangan orang ramai dalam misi membawa pulang adiknya itu. Difahamkan, adiknya dan bapa mereka, Rosli Nawi, 56, pulang ke tanah air dengan penerbangan khas dari Jeddah ke Subang, selepas mendapat kebenaran doktor di King Abdullah Medical City.
Ads
“Alhamdulillah, mereka selamat tiba Malaysia dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjaya dikutip dalam tempoh 24 jam. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menghulurkan pelbagai bantuan sejak Fatin Amirah dirawat di Mekah lagi. Hanya Allah dapat membalas budi kalian semua.”
Pejam celik pejam celik rupanya hari ni sudah raya ke-8, dan sepanjang lapan hari ini jugalah anak-anak kita telah mengumpul duit raya.
Pastinya bukan sedikit jumlahnya dan harus segera disimpan di dalam bank agar tidak habis dibelanjakan begitu sahaja.
Ada macam-macam cara mudah untuk menyimpan duit tersebut. Ikuti perkongsian Aya Chalo ini melalui akauan fbnya tentang cara mudah simpan duit di dalam akauan Tabung Haji.
Macam kak dulu bertahun2 kak peram duit raya anak tu sbb liat ke bank, malar bz kannnn… ??
Rugi juga simpan di rumah sbb duit tu tidak boleh beranak berbanding masukkan dlm Tabung Haji. Masuk TH tahun-tahun dapat dividen.
Lagi rugi kalau mak bapa terguna pula duit raya anak tu kannn ??. Jgn macam tu mak mak, jom kita menyimpan utk masa depan anak2.
So, hari ni kak mahu kongsikan 1 tips cara mudah simpan duit anak ke Akaun Tabung Haji memasing melalui perbankan atas talian maybank2u.
Lepas ni tidak perlu berbaris, tidak perlu keluar rumah dan hanya berurusan secara online untuk masukkan duit, keluarkan duit dan check baki akaun.
So ini step-step kena buat sebelum kita boleh just klik-klik. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian katanya.
Follow setiap step ya.
?Step 1: Ibu/Bapa WAJIB ada akaun Tabung Haji dan WAJIB daftar terlebih dahulu di ATM Maybank.
?Step 2: Selepas ibu/bapa daftar di Maybank, barulah boleh daftarkan akaun anak-anak pula. Ini pun buat melalui ATM Maybank.
?Step 3: Selepas daftar, bolehlah TRANSFER duit raya anak2 melalui website maybank2u (atau kalau rajin ke ATM pun boleh) ke dalam akaun TH memasing.
Mudah kan?
Inilah cara mudah kak buat bertahun-tahun setelah insoffff memeram duit raya anak.
Info :Bagi yang belum buka Akaun Tabung Haji, anda boleh buka akaun TH di TH, Bank Islam dan Bank Rakyat. Bawa dokumen Mykad ibu/bapa/penjaga (ibu bapa tiri bawa sijil nikah), bawa Mykid dan Sijil Kelahiran anak.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Aya Chalo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Personaliti media sosial, Dr Say Shazril bersyukur apabila melihat perkembangan anak sulungnya yang sebelum ini disahkan mempunyai mild autism.
Selepas beberapa sesi terapi bersama pakar, ternyata Aezriel atau lebih manja dipanggil Ace menunjukkan perubahan yang luar biasa. Malah kata Dr Say lagi dia begitu terharu dan berbangga dengan pencapaian anaknya itu.
“Aritu saya buat poll & majoriti cakap Ace is a normal boy. For a short while sangat happy saya tengok keputusan poll tu but when reality kicks in, berpijak kembali saya ke bumi yang nyata.
“To many, Ace looks like a normal boy sebab saya pasti ramai yang berfikiran “autism bukan ke selalunya asyik tantrum?”.
“Realitinya autism ni tersangat luas spektrumnya. Ada yang sampai mencederakan diri sendiri & orang lain, hantuk kepala sana, gigit tangan sini & ada juga yang non verbal yakni tersangat limited bahasanya sehinggakan apa yang keluar dari mulutnya hanyalah bunyi-bunyi yang sukar difahami walaupun dah berumur 7/ 8 tahun.
“Saya & wife being an autistic parents pun kadang-kadang terlepas pandang bila ada yang dm kami saying anak mereka autism sebab tengok dari video mereka anak mereka nampak seakan-seakan normal.
“Tapi bila fikir-fikir balik parents mana yang nak tayang anak mereka ber-tantrum, menjerit, hantuk kepala ataupun mengeluarkan bunyi-bunyi yang sukar difahami sebab semestinya kita nak society lihat apa yang kita nak mereka lihat betul tak?
“Jadi kami tersangat memahami parents-parents yang mungkin at 1st susah nak terima “special-ness” anak mereka because that was how we felt when Ace was diagnosed with moderate autism November last year,” tulisnya diruangan kapsyen.
Menurut Doktor Selebriti ini, dia dan isterinya cepat menyedari dan bertindak pantas demi menampakkan perubahan anak sulung mereka. Dan kini, Ace sudah menampakkan perubahan besar dalam perkembangannya.
“But when we accept it quickly & do something about it quickly, Alhamdulillah that is when we get to see tremendous progress on Ace.
“Dari dulu tak pandang mommy daddy, sekarang kalau nyanyi lagu Johnny Johnny, dia siap tarik muka kami nak tengok reaksi kami.
“Dari dulu seakan-akan tak endah orang sekeliling sekarang kalau kami acah-acah nak tinggalkan Sef, dia akan jerit “mommy daddy, help baby”.
“Dari dulu dia emo taktau nak communicate apa dia nak sekarang “daddy coke”, “wash buntek (buntut)” kalau dia yak, “more biscuit”. Bersambung later, tulis ni buat emotional sikit,” ungkapnya lagi.
Dr Say sebelum ini berkongsi perkembangan Ace yang dikhuatiri mempunyai masalah autism hingga akhirnya anak kecil itu disahkan mempunyai masalah itu.
Anak merengek, emak asyik menekan-nekan gaget, tidak penat-penat jari-jemari. Kemudian tersenyum dan ketawa seorang diri. Saya pasti dia sedang membawang menerusi media sosial. Kesian anak itu!
Maaf cakap, wanita pada hemat saya, lebih bersosial-sosial berbanding lelaki. Maksud saya media sosial.Penampilan – dan penonjolan – kaum Hawa selalu mendahului Adam dalam mana-mana media sosial.
Baik Facebook, Whatsapp, Instagram, Twitter, hatta SMS, orang perempuan yang lebih aktif menceriakan semuanya, tidak kira siang atau malam.
Maka bukanlah luar biasa apabila ada suami mengadu balik dari pejabat makan malam belum disiapkan, oleh sebab isteri leka bersosial menerusi FB. Malah, sesetengah wanita sendiri mengakui perihal ikan goreng di kuali hangus, atau nasi dalam periuk hangit dan garam serta serbuk perasa dimasukkan dalam pengat pisang, semua gara-gara terlajak membawang menerusi Whatsapp.
Telah beberapa kali saya coretkan di ruangan ini gelagat sesetengah kita – termasuk wanita – di tempat makan awam atau di restoran, tidak menghiraukan hidangan tetapi lebih menumpukan perhatian pada gajet di tangan.
Selalu saya berhenti di R&R lebuh raya, melihat anak-anak merengek meminta makanan sedangkan emaknya buat ‘dhek’ kerana sibuk dengan set canggih di tangan. Anak merengek, emak asyik menekan-nekan gaget, kemudian tersenyum dan ketawa seorang diri. Saya pasti dia sedang membawang menerusi media sosial. Kesian anak itu!
Secara peribadi saya bukanlah pencandu Facebook, walaupun mengakui media sosial itu menjadi salah satu keperluan harian untuk saya sebagai seorang wartawan. Saya menatap Facebook setiap pagi untuk melihat apa yang berlaku; sesetengah yang ditampal pada media maya itu boleh dijadikan tip untuk berita atau rencana. Macam-macam ada!
Tetapi saya jarang sekali menampal @ posting di laman tersebut. Seingat saya tahun ini – sudah pertengahan 2019 – baru dua posting saya buat, satu pada 28 Februari, hari jadi saya yang ke-65.
Maka saya kagum dan tabik spring pada mereka, khasnya wanita, yang setiap hari menampal hantaran – termasuk gambar-gambar – di laman Facebook, bukan satu tampalan tetapi empat lima setiap hari!
Mereka mesti banyak masa terluang, mungkin tidak ada kerja lain. Sebab itu apa sahaja yang berlaku setiap detik hendak dikongsi dalam media sosial.
Bertunang, kahwin, mengandung, melahirkan semuanya hendak diberitahu dalam Facebook dan Whatsapp. Kaki terseliuh, jari tersepit pintu pun hendak diberitahu. Solat dhuha, solat tahajjud, hafal surah al-Khafi, semua hendak diberitahu. Hatta, terkucil di tandas awam pun perlu dikongsi di alam maya.
Pagi sarapan di gerai, masuk dalam Facebook. Tengah hari makan mi rebus, masuk dalam Facebook. Malam makan tomyam pun ambil gambar dan masuk Facebook. Beli kasut baru, dapat hadiah beg tangan, set rambut di salun, hatta jari tercucuk jarum pun kena tampal juga di sosial media. Pendek kata bagi wanita, apa sahaja cerita – termasuk yang rahsia pun – elok dikongsi dalam media maya.
Jangan komplen. Itulah keistimewaan wanita! Saya ucapkan syabas kepada wanita yang setiap hari tanpa mengira waktu tidak penat dan lenguh jari, tidak jemu-jemu membuat coretan. Mereka telah menceriakan media sosial kita. Kalau mereka tidak aktif, media sosial kita akan mati!
Perlu lebih berhati-hati
Cuma suka juga saya mengingatkan pencandu media sosial, khasnya wanita, supaya jangan terlalu berjiwang-jiwang ketika bersosial di alam maya. Almaklumlah wanita cepat tergoda, dan itu bahaya. Almaklumlah di alam maya ada banyak penyangak, banyak penggoda. Dan telah terbukti ramai wanita kita terpikat dengan pujukan, tergoda dengan perasaan.
Mereka bukan sahaja mudah digula-gulakan dengan harta benda, malah boleh menyerah hanya dengan kata-kata dan pujuk rayu di alam maya. Ramai yang cair gara-gara cinta dalam media sosial.
Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, semakin ramai gadis dan wanita kita termakan pujuk rayu di internet, dan akhirnya menjadi mangsa sekian banyak sindiket penipuan di atas talian @ online.Pihak polis mendedahkan bahawa wanita Malaysia terus tertipu dengan jerat cinta lelaki Afrika dalam apa yang dikenali sebagai Love Scam.
Akhbar melaporkan saban hari ada sahaja wanita dan gadis kita menjadi mangsa sindiket ini, terkulai dan syok sendiri di tempat tidur sambil membayangkan kekasihnya yang tidak pernah ditemui di alam nyata; hanya berkenalan di dalam internet.
Lebih teruk lagi, oleh sebab terlalu asyik masyuk dengan pujuk rayu di alam maya, sesetengah mangsa sanggup menyerahkan wang kepada sindiket konon atas dasar cinta sejati. Adusss!
Fakta polis merekodkan beratus-ratus wanita dilaporkan menjadi mangsa, dengan jumlah kerugian @ penipuan RM berjuta-juta. Menurut polis ada yang sanggup menyerahkan wang simpanan peribadi sehingga beratus ribu RM kerana terpedaya dengan pujuk rayu lelaki dalam talian.
Berdasarkan kajian, antara punca wanita kita menjadi mangsa ialah sikap cepat teruja dan mudah tergoda dengan lelaki warga asing, terutama dari Afrika, yang tidak dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya.
Walaupun pihak polis dan media sering menghebahkan mengenai kegiatan sindiket seumpama itu di media massa, masih ramai lagi yang mudah mempercayai. Ada yang kata mangsa telah terkena pukau menerusi atas talian. Pukau pun boleh online. Canggih!
Saya tidak pasti pukau atas talian. Tidak juga saya mudah percaya pada fakta bahawa wanita kita mudah dipujuk atau digoda. Pengalaman zaman remaja saya mendapati anak gadis Malaysia – terutama yang beragama Islam @ Melayu – tidak mudah dipujuk rayu.
Zaman berubah
Agaknya zaman saya muda dulu anak gadis masih amat terikat dengan undang-undang keluarga. Kalau keluar tidak boleh duduk berdua rapat-rapat, ada beg tangan atau payung yang menjadi pemisah ketika duduk berduaan. Sekiranya jejaka terlajak laku alamat beg tangan atau payung hinggap ke muka.
Kalau menonton tidak boleh pegang tangan. Ada kes gadis menjerit dalam pawagam bukan sebab terkejut atau takut adegan di skrin, tetapi kerana tangannya disentuh oleh pakwe sebelah. Demikian susahnya memikat gadis dulu-dulu.
Boleh menonton, boleh juga makan-makan di tempat terbuka, atau borak-borak sambil memuji bulan, awan, bintang. Tetapi jangan cuba pergi lebih jauh atau terlajak laku. Malah selalu terjadi baru sekali dua belanja makan rojak buah dan ais kacang @ ABC, si dara sudah bermadah: “Sampai bila kita harus begini, bang…”
Eekeleh! Lemah jantung dan paru-paru saya apabila mendengar kata-kata klise itu. Baru sekali dua duduk bersebelahan dalam bas Len Seng – atau bas Tong Foong dari Jalan Silang KL ke pejabat Utusan Melayu Sungai Besi – sudah kedengaran madah bernada amaran itu.
Zaman berubah, masa berlalu, sistem nilai pun tidak seperti dulu-dulu. Agaknya gadis dan wanita sekarang tidak belajar ilmu menangkis pujuk rayu lelaki, sebab itu mereka mudah cair dengan godaan kekasih di media sosial, lebih-lebih lagi jika yang mendakwa kekasih itu adalah jejaka luar negara.
Tetapi, tidak sahaja di dalam internet, wanita kita juga mudah tergoda di alam nyata. Kalau ada jurujual datang ke rumah menawarkan barangan, wanita akan cepat terpujuk. Dia cepat kesian pada tetamu tidak diundang dan mudah sahaja mengeluarkan duit untuk membeli apa yang dijual, walaupun benda itu sudah ada di rumah.
“Bukan apa, kesian tengok dia bercakap berbuih-buih di luar pagar di tengah panas. Apa salahnya beli, boleh juga dia minum cendol atau makan popia!” kata wanita suri rumah apabila dinasihatkan oleh suami supaya jangan mudah simpati terhadap mana-mana jurujual. Beli hanya jika betul-betul perlu.
Sebab mudah simpati dan lembut hati ada wanita didatangi lelaki yang mendakwa mempunyai batu ajaib yang boleh memulihkan segala penyakit – termasuk buatan orang – menawarkan pada harga hanya RM20,000. Wanita berkenaan termakan pujuk, pergi ke bank dan mengeluarkan duit, dan dengan rela menyerahkan kepada jurujual yang tidak dikenali itu.
Hanya setelah wang diserahkan baru disedari batu yang dikatakan geliga ajaib itu, sebenarnya batu biasa yang nilainya tidak sampai 50 sen! Akhbar pernah melaporkan kes ini, tetapi wanita kita tidak serik… ramai lagi yang tergoda, terpedaya dan tertipu. Baik di alam maya, mahu pun di alam nyata, wanita perlu lebih berhati-hati. Sebab pujukan dan godaan ada di mana-mana, bila-bila masa!
sumber : ABD JALIL ALI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di