Tahniah diucapkan buat pelakon, Raja Ilya yang kini mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian di Instagram, Raja Ilya memuat naik foto menunjukkan ‘baby bump’ dan imbasan ultrabunyi bayi keduanya.
“Dua kali ganda cinta, dua kali ganda kegembiraan. Lebih ramai, lebih meriah!
Ads
“Kami sangat gembira untuk umumkan. Dua kali cinta dan lampin kotor. Pusingan kedua,” tulisnya di Instagram.
Entri terbaru itu sudah semestinya dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan pengikutnya.
Ads
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 3 tahun.
Sungguh kehilangan orang tersayang bukanlah satu perkara yang mudah. Rindu pasti ada di hati, bukan tidak tidak redha dengan apa yang terjadi. Tapi rindu itu tetap ada tanpa batas.
Siapa jangka, ajal menjemput isteri dahulu. Sudah tentu kehidupan bertukar 360 darjah. Setulus cinta seorang suami tidak hilang, kenangan kekal abadi dalam diri sehingga hayat.
Begitulah nukilan jiwa Khairul Abdullah atau juga dikenali sebagai SuperDaddy yang sering berkongsi kisah hidupnya bersama ketiga-tiga anak setelah isteri tercinta pergi selamanya di laman sosial facebook miliknya.
Terbaru, beliau berkongsi momen meraikan sambutan hari jadi arwah isteri tercinta. Biarpun hilang dimata, tapi tidak dihati. Hari jadi tetap dirai bersama anak-anak. Biarpun sibuk dengan rutin harian, diri tidak lupa akan hari istimewa insan yang pernah bertakhta dihati.
Ikuti perkongsiannya.
ANAK-ANAK PENYERI HIDUP
Kelam kabut aku pagi tadi. Kelas untuk semester baru dah start. Semuanya online, nak kena mengadap pc sepanjang hari.
Sambil dengar lecture sambil goreng telur untuk breakfast anak-anak pun boleh tahan mencabarnya. Sambil diorang breakfast sambil aku nak ambil nota pun mencabar jugak.
Ada budak tertelan pensil ni karang.
Sambil ambil nota dengar pulak classmate pompuan yang sendawa kuat 3 kali tu pun menikam kalbu jugak. Kenapalah dia tak mute microphone tu.
Dah selesai breakfast.
Baru nak fokus, depa ni bertumbuk pulak.
Siap bedebuk-debuk bunyi tumbuk tampar dan dengan adegan berguling-guling lagi. Siap dengan sound efek jeritan dan pekikan yang diakhiri dengan tangisan secara berjemaah.
Huhuhu, aku nak tumpang nangis jugak weh. Baru habis 2 kelas. Ada lagi 2 kelas sampai pukul 6 petang ni.
Lunch ni aku order jer online.
INGATI HARI KELAHIRAN ARWAH ISTERI
Budak bertiga ni dah kalut tanya birthday cake untuk mommy depa. Khaleel request suruh letak bunga kat atas. Mommy suka bunga katanya. Khaleef suruh letak 4 lilin supaya kami 4 orang dapat tiup sorang satu.
Khaleed pula bergaduh dengan Khaleel katanya tak perlu kek, mommy dah tak ada. So depa bertumbuk lagi. Entah macam mana ketiga-tiga join bertumbuk dan Khaleef luka di bawah mata.
Dan, telinga aku sebelah masih dengar apa lecturer cakap dan lagi sebelah melayan tangisan mereka yang tewas bertumbuk.
My plate is full guys. Tak cukup tangan dah.
Doakanlah agar aku berjaya mengharungi hari yang mencabar ini. Dan, berjaya sampai ke hatimu.
SAYU PERMINTAAN ANAK-ANAK SIMPAN KEK UNTUK ARWAH MOMMY
Perkongsian lelaki ini apabila mendengar tazkirah bersama seorang ustaz berkenaan menjemput rezeki, elok kita sama-sama hayati. Agar rezeki yang melimpah ruah juga menjadi milik kita.
“Rezeki ini, kita kena jemput dia masuk dalam rumah kita, pejabat kita, kilang kita, kedai kita, perut kita, keluarga kita, semuanya kena berjemput. Tak boleh main-main biarkan dia duduk luar dan berlegar,”
Gulp. Tak pernah saya dengar mana-mana orang cakap begitu. Saya pun duduk sahajalah mendengar ustaz yang duduk di mejanya. Jadi orang yang ke sana ke mari, solat di mana-mana surau yang kami singgah memang selalulah nak cepat, dan selalu juga dapat momen begini rasa susahnya nak lepaskan.
Beliau menyambung,
“Nak jemput ia masuk, kena ada 2 cara ini,” saya pun lekas ambil telefon dan taip semuanya! Kahkah, ini bagus woih.
1. Rezeki akan mengetuk pintu rumah kita, apabila kita mendahulukan adab terhadap rezeki sebelumnya. Contohnya, adab semasa makan, adab semasa dapat gaji, adab semasa sihat, adab semasa kuat dan adab semasa hebat.
Semua benda ini ada adab-adabnya. Dan itulah rezeki yang kita dapat sebelum atau pada waktu semasa.
Ada makanan lebih, kongsi. Ada gaji lebih, simpan dan beri kepada keluarga dan ibu bapa, ada kesihatan lebih, bantu orang, ada kemahiran yang hebat sikit, tolong orang. Itu semua akan menyebabkan ‘rezeki’ lama akan beritahu kepada ‘rezeki’ baru untuk kembali ketuk ke rumah kita semua.
2. Menghormati pembawa dan pemberi rezeki. Umumnya kita tahu yang ibu bapa itu adalah anugerah yang sangat besar nilainya.
Namun ramai tak sedar yang mereka itu adalah pembawa rezeki kepada kita semua. jadi, bagaimana ingin teruskan rezeki itu masuk ke dalam rumah kita, diri kita dan keluarga adalah dengan menyenangkan ibu bapa, memberi keselesaan serta membantu semasa senang dan susah.
Waktu lapang, balik. Waktu sibuk, telefon. Dan tak boleh berkira sesen pun sekiranya mereka minta apa-apa. Biar berhabis, nanti adalah yang Allah akan ganti.
Satu lagi, tentang pemberi rezeki. Semua orang boleh sebut, “rezeki ini Allah beri,” namun tak tahu disebalik Allah beri itu, ada satu makhluk yang sentiasa melihat dan membawa doa kita naik ke atas.
Ia disebut berkat.
Makhluk berkat ini sentiasa dengan kita. Apabila kita berbuat kebaikan, si berkat ini akan naik ke atas. Lalu berjumpa Allah dan beritahu yang kita ini sentiasa berkongsi, sentiasa bersyukur dan selalu meminta kepada Allah sama ada dalam bentuk sikit atau banyak.
Dalam solatnya, dalam puasanya, dalam sedekahnya, ada sahaja yang dia minta-minta. Dan yang paling besar dalam setiap permintaannya iatu, dia mulakan dengan taubat, memohon keampunan dan kemaafan di atas segala dosanya.
Lalu barulah dia meminta rezeki yang melimpah-limpah untuk dia, untuk emak ayahnya, untuk adik beradiknya, untuk keluarganya, untuk jirannya, untuk kawan-kawannya dan untuk semua yang mengenalinya.
Ustaz itu duk ulang banyak kali, “berkat ini datang apabila kita nak orang sekeliling kita pun diketuk pintu rumahnya oleh rezeki-rezeki, kita bahagia apabila orang lain dapat rezeki itu memang sebuah kesempurnaan hati.”
Lalu Allah makbulkan kita punya permintaan.
Begitulah. Saya tulis kembali di sini untuk kalian semua. semoga kita boleh buat sama-sama ya.
Suami menyusul pergi selepas dua minggu isteri meninggal dunia bersalin anak ke empat. Hanya selepas dua minggu pemergiannya isterinya, seorang lelaki menyusul ‘pergi’ selepas ahli keluarganya mendapati dia tidak sedarkan diri.
Safry Roslan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 pagi di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan, Sabah. Terdahulu isterinya, Airyn Darwisa Rudy, 25, meninggal dunia pada 30 Julai lalu ketika melahirkan anak keempat mereka.
Menurut adiknya, Jefrie Roslan, 29, arwah abangnya dalam keadaan sihat tetapi sehari sebelum meninggal dunia dia bersikap luar biasa dengan ahli keluarga dan rakan sekerja.
“PADA ISNIN LALU, ARWAH KELIHATAN SIHAT SAJA DAN PERGI KERJA SEPERTI BIASA. CUMA ADA KAWAN-KAWAN MEMBERITAHU DIA BERSIKAP PELIK APABILA SEPANJANG HARI ITU DIA BERSALAMAN, MEMINTA MAAF DAN MEMELUK RAKAN-RAKAN SEKERJA.
“Ketika di rumah pula, dia bawa kami sekeluarga makan bersama-sama dan turut meminta maaf jika ada salah dan silapnya.
“Pada awalnya saya tertanya-tanya tetapi saya menganggap mungkin dia rindukan arwah isterinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Menurut Jefrie, arwah abangnya berubah sikap selepas isterinya meninggal dunia.
“PADA MALAM SEBELUM DIA ‘PERGI’, KAMI BERSEMBANG DAN DIA BERCERITA ARWAH ISTERINYA ADA BERTEMU DAN MENGAJAKNYA KE ‘RUMAH’ BAHARU MEREKA YANG CANTIK.
“Saya anggap mungkin arwah terlalu rindukan isterinya kerana selepas isterinya meninggal, dia kerap bermimpi dan mengigau,” katanya.
Katanya lagi, arwah abangnya tidur sekitar hampir jam 12 tengah malam dan beberapa kali mengigau sehingga terpaksa dibangunkan.
“DIA MENGIGAU SEKITAR JAM 1 LEBIH PAGI, KAMI BANGUNKAN DIA DAN DUDUK SEKEJAP SEBELUM BARING SEMULA TETAPI DIA TERUS MENGIGAU.
“TIDAK LAMA KEMUDIAN, TIADA KEDENGARAN SUARA DIA MENGIGAU DAN TERUS SENYAP. KAMI PANTAU KEADAANNYA TETAPI DIA SEPERTI TIDAK SEDARKAN DIRI.
“Dia sedar sekejap dan menarik nafas kemudian diam. Dalam tiga kali dia begitu,” katanya.
Jefrie berkata, memandangkan keadaan abang agak teruk dan bibirnya mulai pucat, keluarga membawanya ke hospital.
“Kami kemudian dimaklumkan dia sedang kritikal dan meminta kami terus berdoa sementara doktor berusaha tetapi sekitar jam 2.50 pagi, akhirnya abang disahkan telah tiada,” katanya.
Jefrie berkata, arwah abang dikebumikan di sebelah kubur arwah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Aman Sandakan.
Van jenazah yang sama membawa jenazah Allahyarham Safry selepas dua minggu menguruskan jenazah isterinya.
“Alhamdulillah, semuanya telah selesai jam 8 malam tadi.
“Kami tidak mengharapkan apa-apa, kami hanya harap jika ia telah tular sebelum ini, berilah komen yang baik-baik supaya anak-anak arwah sudah besar nanti tahu kisah ibu bapa mereka,” katanya.
Ditanya nasib empat anak arwah yang kini telah menjadi yatim piatu, Jefrie berkata, bayi yang baru dilahirkan itu kini dalam jagaannya bersama isteri.
“Walaupun saya anak keempat dan arwah anak sulung, tetapi kami sangat rapat kerana tinggal bersama-sama.
“JADI SEBELUM DIA PERGI, DIA ADA BERPESAN MEMINTA SAYA MENJAGA ANAKNYA YANG BARU DILAHIRKAN ITU.
“TIGA LAGI ANAKNYA MASING-MASING BERUSIA LIMA, EMPAT DAN DUA TAHUN KINI DIJAGA OLEH NENEK MEREKA,” KATANYA.
Sebelum itu, pemilik akaun TikTok Abam Botak atau nama sebenarnya, Yunizam Yusop, 36, menerusi satu video yang dimuat naiknya pada Selasa memaparkan van jenazah yang dikendalikannya terlibat dalam pengurusan jenazah arwah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.