Bagi penggemar laksa, pastinya tahu bahawa kesedapan hidangan laksa itu sebenarnya terletak pada rasa kuah ikannya yang pekat. Jika sempurna rasa kuahnya maka pasti akan dihirup hingga licin. Dan itu menandakan laksa tersebut memang terbaik!
Pun begitu, tahukan anda sebenarnya ada rahsia bagaimana untuk mendapatkan ramuan kuah yang pekat dan enak itu. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Niezam Abdullah di mana ramuan kuah laksanya menggunakan gabungan 4 jenis ikan iaitu Ikan Sardin, Ikan Kembung, Ikan Tongkol dan Ikan Bilis.
Nak tahu lanjut jom baca artikel penuh di bawah ini.
Untuk makluman… saya hanya akan buat laksa tiga kali saja dalam setahun iaitu pada Aidilfitri, Aidiladha dan juga open house di opis (itu pun kalau takde orang lain naik buat).
Selain daripada tiga masa berkenaan… minta maaflah ya… takde masa nak siang ikan…
Antara selebriti yang pernah mencuba laksa saya ialah Azza Elite, Azza Rima Diana Danielle, Maya (Matahari), Haiza, Shamsul Ghau-Ghau, pengarah drama Shuhaimi Lua, Shuhaimi Lua Abdullah Nadia Mustafar, Hairi Safwan dan beberapa lagi… Lupa dahhhh!!!
Tidak ketinggalan rakan-rakan wartawan dan juga sahabat-handai lain.
Cara menyediakan kuah laksa yang lazat dan tetamu akan hirup kuah adalah seperti berikut.
(Resipi ini untuk 20 orang makan tapi Syawal baru ni saya buat untuk 150 tetamu).
Bahan-bahan:
Ikan Sardin (bukan dlm tin tu) – 1 kg
Ikan kembung – 1 kg
Ikan tongkol – 2 ekor cukup
Ikan bilis – 200 gram
Belacan – dalam 2 cm (lebih lagi sedap… huhu)
Cili kering – dalam dua genggam cukup
Bahan-bahan hiasan – bawang besar, cili api, daun salad – ikut suka hati.
Laksa – Jenama Laksa Penang (Giant ada jual) atau Laksa Mak Siti – Laksanya halus-halus dan mudah direbus.
Ads
Cara membuatnya.
1. Bersihkan ikan. Buang perut dan insang segala… basuh dengan air asam jawa untuk hilang hanyir.
2. Rebuskan ikan dalam periuk. Campurkan dalam 20 keping asam keping. Biar air rebusan menggelegak dalam 10 minit dan kemudian cedok ikan dengan penapis dan asingkan. Air rebusan tadi ditapis dan dimasukkan semula dalam periuk (takut ada sisa tulang)
3. Perisi ikan tadi dan asingkan antara isi dan tulang.
Ads
4. Kisar semua isi ikan sehingga hancur dan tuang dalam periuk yang terdapat air rebusan tadi.
5. Kisar juga tulang-tulang ikan dan kemudian tapis. Basuh tulang tadi sehingga putih dan air-air tulang tadi yang sudah ditapis dituang dalam periuk. Tulang kemudian buang dalam tong sampah.
6. Cili kering (guna cili yang kerinting-kerinting tu tak pedas sangat) yang digunting halus direndam dalam air panas. Kemudian setelah ia lembik, kisar bersama 3 labu bawang besar. Masukkan sedikit belacan.
7. Sediakan kuali dan panaskan minyak dalam 3 sudu besar. Apabila minyak panas… tumiskan bahan nombor 6 tadi sehingga pecah minyak dan naik bau. Tujuannya agar cili tadi masak dengan sempurna dan tak sakit perut. Minyak jgn banyak tau. Nanti kuah berminyak. Dalam dua atau tiga sudu besar je.
8. Tuang cili yang ditumis tadi dalam periuk berisi kuah ikan yang sudah diproses.
Ads
9. Ikan bilis direndam dalam air panas, toskan dan kisar. Kemudian masukkan dalam periuk (untuk hasilkan rasa lemak dan manis kuah. Tak payah guna penambah perisa)
9. Apabila kuah dah mendidih, masukkan 2 kuntum bunga kantan dan daum kesum.
10. Masukkan juga 4 sudu teh (sudu kecil) gula pasir dan garam secukup rasa. (Gula jangan terlebih tauuu…)
11. Kuah akan menjadi pekat dan boleh tambah sedikit air lagi. Biarkan ia mendidih, menggelegak… akhirnya kuah dah siap…
12. Laksa yang direbus… disejat. TAPI AWASSSS… JANGAN CURAH AIR SEJUK ATAS LAKSA YANG DIREBUSTADI kerana laksa akan belendir dan cepat basi. Bila kita nak makan laksa, belum sempat masuk mulut laksa dah jatuh dalam mangkuk. Ni semua disebabkan laksa dibasuh selepas ia direbus.
13. Hiaskan daun salad, timun dan bawang dalam laksa dan ia sedia dimakan…
Harap-harap resipi ini dapat membantu menghasilkan laksa kuah sedappp naaa…
Bila ditanya apa istimewanya masakan Melayu berbanding cita rasa hidangan lain? Pasti belum pun sempat menjawab pertanyaan itu, sudah ada yang membayangkan betapa lazat dan enaknya rasa sambal belacan, rendang, masak lemak cili padi, asam pedas, ayam goreng berempah dan ribuan lagi menu yang lainnya.
Apa yang pasti, kelazatan dan keunikan rasa hidangan masakan Melayu mewah dengan rasa yang berlemak, berempah dan beraroma. Ini sekali gus menjadikan hidangan Melayu cukup istimewa dan unik.
Bercerita tentang bahan masakan yang bukan sahaja boleh memberi rasa hidangan menjadi lebih enak malah memberi bau masakan lebih menyelerakan, salah satu yang sering digunakan adalah lengkuas. Istimewanya lengkuas ini selain memberi rasa, turut berperanan menghilangkan bau hanyir daging mahu pun ikan.
Biasanya lengkuas akan dimanfaatkan di dalam masakan sama ada ditumbuk, dikisar halus atau pun dihiris nipis.
Antara menu yang sering dimasak menggunakan lengkuas adalah seperti sup singgang, rendang dan sering juga dijadikan ramuan rempah untuk menggoreng ayam.
[su_highlight background=”#d25643″ color=”#242121″]Tip Simpan Lengkuas Agar Lebih Tahan Lama[/su_highlight]
Tip ini dikongsi oleh Norul Mas Hana melalui akaun Facebooknya. Jom semak!
[su_quote]Biasa masak lengkuas pakai 2-3 hiris je, bila beli mesti dalam kuantiti banyakkan? Takde kedai jual 2-3 hiris. Oleh itu, nak simpan lengkuas bagi tahan lama, supaya tidaklah mengecut dan mengering lalu ke tong sampah, akak selalu buat macam ni. Jadi bila nak pakai amil sikit dan simpan semula. Inshaallah, lengkuas akan lebih tahan lama dan sedia untuk digunakan bila-bila masa. [/su_quote]
Step By Step :
1. Bersihkan lengkuas.
2. Letak lengkuas dalam bekas. (macam balang kaca atau plastik bertutup)
3. Masukkan air sehingga paras lengkuas (tenggelamkan lengkuas)
4. Tutup rapat bekas dengan penutup.
5. Simpan dalam peti ais.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan ada antara kita memang lebih gemar menggunakan kelapa yang diparut berbanding santan segera yang tersedia di pasaran untuk mendapat rasa santan sebenar dalam masakan.
Kelemakan rasa santan asli tidak boleh ditandingi dan itulah juga menjadi rahsia masakan seperti kari, rendang, gulai dan sebagainya lebih enak malah tekstur hidangan nampak lebih menyelerakan.
Pun begitu dalam memastikan kelapa parut yang digunakan dapat menghasilkan pati santan yang banyak, ada caranya dan tahukah anda, sebenarnya cara lebih pantas dan mudah boleh dilakukan iaitu dengan cara mengisar.
Nak tahu lebih detail, jom kita hadam teknik ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Zalisqha ini. Malah lebih mengujakan, katanya dengan menggunakan hampas kelapa tersebut menjadikan kulit tangannya lebih lembut, selembut kulit bayi.
Cara-caranya:
Masukkan kelapa parut ke dalam mesin pengisar bersama sedikit air.
2. Tapis untuk asingkan hampas dan pati santan.
3. Ini hasilnya, pati santan bolehlah terus digunakan untuk sediakan menu pilihan.
Hampas kelapa tu jangan buang boleh buat scrub kulit badan dan muka. Untuk bagi kulit lembut macam baby. Sebab tu saya tak suka beli santan kotak.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Menyediakan menu baharu dan istimewa untuk dinikmati bersama keluarga tentu sahaja menjadi antara perkara yang memberi rasa keterujaan buat ibu-ibu. Lebih-lebih lagi jika menu tersebut menjadi kegemaran anak-anak dan suami.
Jadi apa kata hujung minggu ini ambil peluang untuk sajikan menu nan satu ni, menu churros yang mudah disediakan dan enak dimakan.
Jom semak bahan dan cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Ezani ini.
Aktiviti men”churros” for breakfast!! Ada byk variasi resepi churros (donat spanish/mexican yg garing). Resepi yg saya guna simple sgt suami saya boleh buat sendiri.
Bahan-bahan:
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kaster
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula dan serbuk kayu manis (optional)
Cara buat :
1) Didihkan air dan 1 sudu besar minyak dalam periuk. Sementara itu ayakkan tepung bersama gula dan garam.
2) Bila air menggelegak masukkan semua sekali campuran tepung yang diayak tadi ke dalam air. Tutup api dan kacau dengan senduk kayu laju2 sehingga tepung sebati.
3) Masukkan sebiji telur dan kacau lagi sehingga adunan likat dan licin.
4) Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle star. (Saya pakai 2 lapis piping bag)
5) Panaskan minyak menggoreng. Paipkan adunan churros dan goreng hingga garing dan keperangan. Balikkan.
6) Angkat dan tuskan minyak. Gaulkan dalam gula dan serbuk kayu manis.
Selamat mencuba!
Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).