Naluri keibuan pasti tersentuh melihat penderitaan si kecil ini. Apa tidaknya, dalam usia yang baru menjangkau 5 bulan, si kecil bernama Afiya mengalami masalah kulit yang serius. Menurut doktor, Afiya disahkan mengalami ekzema sejak usianya 2 bulan lagi.
Penderitaan baby Afiya rupa-rupanya turut mendapat simpati dari Datin Paduka Eina Azman. Beberapa bulan yang lalu, Eina Azman pernah membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit ekzema bertemu dengan pakar bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Terbaru, pelakon ini sekali lagi bermurah hati menghulurkan bantuan buat seorang bayi perempuan bernama Afiya yang mengalami masalah kulit sejak berusia dua bulan.
Menurut Eina Azman, semuanya bermula selepas ibu saudara kepada Afiya menghubunginya melalui instagram.
Ads
Salam semua… today eina nak share dengan u all about baby Afiya yang baru berumur 5 bulan. Baby afiya kena Eczema since umur 2 bulan. So adik kpd kak yani yang dm eina bertanya mengenai budak2 yang eina pernah tlg sblm ini. Dia tanya clinic atau hospital mana yang eina bawa sblm ni.
Ads
Atas keprihatinan Eina Azman membawa Afiya bertemu pakar dari klinik yang sama sebelum ini.
Dan dia ada hantar gmbr baby afiya. Terus eina ckp nk tlg sbb tgk keadaan baby afiya kulit dia yang dah mengelupas dan pedih2 berdarah. Sure pedih tu 😢😢 so Alhamdullilah today all the way from kluang johor family kak yani dtg bawa baby afiya utk mencuba rawatan di clinic pakar yang eina sering bawa budak2 yang ada sakit kulit.
Ads
Hopefully kulit baby afiya akan cepat sembuh🙏🏻🙏🏻🙏🏻 so for those yang nak membantu or menghulur kan apa2 utk baby afiya boleh transfer ke account 0310529000248278 BSN NURUL ELYANI 😊
Belum reda isu kenaikan dan kekurangan bekalan ayam di Malaysia, kini timbul pula masalah bekalan ikan yang dilaporkan turut berkurangan sekaligus berlaku kenaikan harga.
Menerusi laporan yang dibuat myMetro, kenaikan harga sebanyak 20% di Kelantan disebabkan nelayan di negeri itu tidak dapat turun ke laut berikutan keadaan cuaca buruk sejak seminggu lalu.
Keadaan itu membahayakan nyawa nelayan sekali gus menyebabkan mereka tidak boleh menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.
Harga ikan dilaporkan telah naik mendadak dengan selayang kecil berharga RM12 sekilogram berbanding RM8 sekilogram sebelum ini dan kerisi sebanyak RM16 sekilogram berbanding RM10 sekilogram sebelum ini.
Manakala Sinar Harian pula melaporkan, di Johor, bekalan ikan dan hidupan laut berkurangan sebanyak 50% berbanding sebelum ini menyebabkan harganya meningkat sekitar RM1 sehingga RM4 sekilogram.
Hal ini berlaku disebabkan faktor cuaca selain kos pengangkutan yang semakin mahal.
Ikan kembung, cencaru dan selar kuning mengalami masalah kekurangan bekalan yang ketara dan kini kebanyakannya hanya boleh diperolehi dari pembekal di Perak.
Sebelum ini, kembung dijual pada harga RM14 hingga RM16 sekilogram namun telah mula meningkat dan dijual antara RM18 hingga RM20 sekilogram.
Ikan selayang pula sekarang RM15.50 sekilogram berbanding hanya RM11 manakala cencaru pula naik ke RM11 berbanding hanya antara RM8 hingga RM9 sekilogram.
Ibu-ibu selalu mengabaikan anak-anak bila mana anak demam. Mungkin hanya demam biasa bagi ibu, namun bila mana mengambil tempoh yang lama, perlu menjadi satu kerisauan.
Selain memeriksa suhu setiap masa, memberi lebih perhatian pada pernafasan dan keadaan anak adalah langkah yang wajib ibu lakukan. Jangan hanya sekadar memberikan ubat semata-mata tetapi tidak memberi memeriksa keadaannya.
Perkongsian cerita Dr Farhanah Ibrahim, Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic, Klinik Ibu dan Anak berkongsi kisah dua anaknya yang demam secara serentak. Ibu-ibu wajib baca ni. Penting!
IBU-IBU WAJIB BACA. JANGAN ULANGI KESILAPAN SAYA
Dulu, masa Kak Hana still keja gomen, ada satu peristiwa yang Kak Hana masih ingat sampai saat ni.
Satu masa tu, anak-anak demam berjemaah. Iffah 37.7 je, tapi Irfan dan Irsyad konsisten sampai 39 dan lebih 40 degree. Melepek dan lembik je. Irsyad hanya nak breastfeed, makan takda selera.
Tapi disebabkan Kak Hana ni seorang yang sangat berdedikasi lagi berwibawa, Kak Hana memang akan fikirkan colleague lain. Nanti kalau aku EL, tak cukup MO, patient kena tunggu lagi lama, kesian depa, etc etc.
Memula ingatkan lepas 3 hari, demam anak-anak akan reda, tapi Kak Hana silap. Hari ke 5 masih tinggi. Dapat pulak pakej selsema batuk bagai. Satu minggu tu, malam-malam pun anak-anak batuk teruk. Perlukan gas MDI salbutamol malam dan pagi. Banyak malam kami anak beranak tak tidur lena.
Seingat Kak Hana, 4 hari Kak Hana datang lewat ke klinik, antara 8.02am – 8.07am. Punch card memang merah. Tapi walaupun lambat dan muka macam zombie sebab seminggu tak rehat, Kak Hana still usaha jugak untuk datang keja. Kalau boleh tak nak ambik EL dan menyusahkan orang lain walaupun anak-anak kat rumah lebih perlukan umminya. Sob sob ?
Kak Hana memang dah plan nak bawak anak-anak ke klinik ambik darah, takutlah denggi ke apa, tapi asyik tak sempat je. Dr tak cukup la, patient terlalu ramai la, macam-macam halangan.
Jumaat last day minggu tu, Kak Hana accident. Disebabkan banyak hari tak tidur lena, Kak Hana jadi macam mental block. Dah nampak tembok besar depan mata, tapi Kak Hana jadi BLUR tak tau nak tekan pedal brek macamana. Dan akhirnya Kak
Hana dan pakcik Serena gedegang bercium dengan tembok besar.
Ya Allah. Rupanya mental block ni memang betul-betul wujud ek? Cemana agaknya Kak Hana boleh lupa pedal brek yang mana? Padahal setiap hari bawak keta yang sama gi keja kot!
Dah accident pun, PEGI JUGAK KEJA!
Dengan keta kemek tu pegi jugak klinik. B
AGUS TAK KAKHANA NI? Tolonglah cakap BAGUS! Hahahaha
Untung tau sape dapat ai jadi pekerja, memang sejenis tak bagi alasan! Accident pun tak EL. Sebab tu jugaklah Kak Hana memang susah skit nak bagi MC kat orang yang sakit-sakit manjalitis ni.
Ok sambung cerita. Akhirnya, weekend baru kami dapat bawak anak-anak ke hospital.
Rupanya, masa tu Irsyad dah sangat teruk. Nafas dia laju, dada dia berombak. Berat turun banyak. Nangis pun tak keluar air mata sangat. Suara sayup-sayup je, dengar masa pasang jarum.
Oksigen dalam badan dah tak cukup, SPO2 tinggal 89-91%.
Paru-paru penuh dengan creps dan ronchi. Tanda saluran pernafasan dah collapse dan sempit.
X-ray sebelah kanan dah putih (sepatutnya paru-paru yang sihat warna hitam kalau xray)
Ya Allah…
Bayangkan apa perasaan Kak Hana sebagai seorang ibu, seorang DOKTOR! Rasa macam LOSER sangat masa tu. Kera di hutan disusukan… tapi… tak sanggup nak sambung.
Kak Hana rujuk anak orang lain masuk hospital, anak sendiri Kak Hana tak assess betul-betul! Memang tak boleh dimaafkan langsung! Kalau apa-apa jadi kat Irsyad, Kak Hana tak boleh maafkan diri sendiri.
Ya Allah, nauzhubillah, nauzhubillah, nauzhubillah.
Alhamdulillah Allah izinkan kami dapatkan rawatan just in the nick of time!
So Kak Hana just nak cakap something, sebagai pengajaran kat diri sendiri.
1. UTAMAKAN YANG UTAMA
Memang kita nak jadi pekerja cemerlang terbilang gemilang. Memang kita nak jadi colleague yang baik, taknak susahkan orang lain kat tempat kerja. Tapi, sedarlah. Kalau apa-apa jadi kat anak kita, takde siapa akan bertanggungjawab
melainkan diri kita sendiri. Wang ringgit, pangkat dan kerjaya takkan dapat ganti anak-anak.
2. ALERT PADA TANDA AMARAN
Kalau anak-anak batuk selsema sikit-sikit, demam sikit-sikit, masih aktif, makan minum bagus, maybe boleh harap kat pengasuh bergantung pada keadaan. Tapi ibu ayah wajib pantau WARNING SIGNS pada anak-anak. Apa yang Kak Hana maksudkan
dengan tanda-tanda amaran ni?
– Langsung takmau makan minum
– Demam terlalu tinggi dan tak kebah dalam masa 3 hari
– Lembik melepek dan tak aktif
– Sawan
– Kalau batuk selsema, perhatikan pernafasan anak-anak.
Kadang-kadang anak tak pandai cakap diorang ni sesak nafas. So mak ayah please be alert. Tengok video Irsyad, tu antara tanda pernafasan anak-anak semakin teruk. Antaranya nafas laju dari biasa, bila bernafas ada lekuk di rusuk dan trakea.
3. YOU ARE STILL A MOM
Tak kisah ibu-ibu bekerja sebagai doktor, engineer, pensyarah, professor, atau perdana menteri sekalipun. Remember, tugas utama anda masih lagi sebagai seorang IBU.
By the way, Kak Hana izinkan video #irsyadsolihin tak pakai baju ni diSHARE kepada ibu-ibu ayah-ayah lain untuk pengetahuan dan education, supaya semua alert dan tahu detect warning signs pada anak-anak ni ok?
Menikmati keenakan masakan berasaskan daging korban tentunya pelbagai menu boleh disediakan. Salah satunya yang menjadi kegemaran ramai dan sangat istimewa untuk dinikmati di Hari Raya Haji ini tentulah Rendang Daging.
Jadi tidak salah kiranya kita sediakan menu rendang power ni yang dikongsikan oleh Puan Zaimah.
Menu yang disediakan nampak begitu menyelerakan dan ini dikongsikan resipi untuk menyediakannya.
Rendang Daging Power
Bahan
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
-kisar kering sampai halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 batang serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
Cara Penyediaan:
-kisar bahan-bahan bertanda *
-tumis bahan-bahan kisar sampai garing@pecah minyak
-masukkan rempah yang dikisar halus tadi..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan masak sampai pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dengan garam.. saya tak suka rendang yang manis, kalau suka manis nak letak gula pun boleh
-saya buat banyak rendang ni.. boleh frozen kan.. in case ada tetamu datang mengejut boleh pergi cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan?
*rendang saya tak ada lengkuas.. kalau nak tambah boleh jer, selera masing-masing.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...