Kunyit sebagai bahan utama kecantikan? Memang sedikit janggal bunyinya. Kunyit yang menjadi bahan utama ketika menggoreng memang besar manfaatnya buat tubuh kita. Tak hanya untuk masakan, kunyit yang kita guna dalam makanan ini besar manfaatnya buat kecantikan terutama kecantikan kulit.
Tapi tahu tak kunyit juga mempunyai tugas lebih daripada peranannya di dapur? Anda pasti akan suka dengan kunyit kerana ternyata banyak manfaatnya untuk kecantikan.
Kunyit menerusi beberapa kajian, telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet.
Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia kini mula menyedari dan menggunakannya ke dalam produk kecantikan masing-masing.
IKLAN
Tidak hairanlah jika kita dapat lihat krim-krim pengecut jerawat berasaskan kunyit. Dan secara tradisionalnya, memang ramai dah gunakan kaedah menumbuk kunyit untuk ‘ditepekkan’ ke muka bagi mengecutkan jerawat.
Kunyit juga dipercayai ada khasiat berguna dalam membantu rawatan penyakit seperti kanser dan Alzheimer. Siapa sangka begitu banyak kegunaannya kan?
IKLAN
Sejak zaman purba lagi, masyarakat India dikatakan sudah menyedari kebaikan kunyit ini kepada kulit. Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan serta kandungan sodium yang sangat rendah.
Macam Mana Nak Cantik Dengan Kunyit?
Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri.
IKLAN
Sapu Pada Wajah
Serbuk kunyit boleh digunakan dan dicampur sedikit air atau jus limau nipis. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit.
Dalaman Tubuh
Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya kisar kunyit hidup dengan air kosong, tapis dan hidangkan dengan sedikit asam keping dan gula melaka. Jika diamalkan, ia dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.
Skrub Kunyit
Anda juga boleh mencuba skrub kunyit dengan mencampurkannya bersama tepung dan air. Sesudah itu mulakan tugas menyental ke seluruh badan sebelum mandi. Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suasana pembelajaran dan kehidupan sekarang yang membuatkan anak-anak terkurung dan hanya belajar secara online akibat Covid-19. Lebih-lebih lagi anak-anak tertekan dengan situasi pembelajaran di rumah selain tidak dapat bergaul bebas seperti sebelum ini. Tekanan ini sedikit sebanyak membuatkan minda serta emosi anak-anak terganggu.
Bukan setakat emosi anak-anak yang perlu kita jaga, kita juga perlu memastikan perkembangan sistem imun kanak-kanak yang sihat. Sistem imun yang kuat dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. Bercakap tentang nutrien utama yang dapat membantu menyokong fungsi imun yang baik , pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin C, Zat Besi, Zink, Vitamin A, dan Vitamin E adalah penting.
Jenis-jenis makanan yang mempunyai nutrien-nutrien penting ini seperti bawah:
Brokoli mengandungi Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan Zat Besi
Ubi Keledek dan Lobak kaya dengan Vitamin A
Buah-buahan Sitrus dan Betik mengandungi Vitamin C
Manakala untuk memastikan anak-anak fokus ketika belajar di rumah, nutrien utama yang boleh membantu termasuklah Asid Folik, Vitamin B, Zat Besi dan DHA. Nutrien-nutrien ini membekalkan tenaga dan menyokong perkembangan sel-sel otak yang sihat.
Berikut adalah senarai makanan yang kaya dengan nutrien yang boleh membantu menyokong perkembangan kognitif mereka yang sihat:
Ikan berlemak seperti Salmon mengandungi Vitamin B dan DHA
Sayur-sayuran berdaun hijau seperti Bayam kaya dengan Asid Folik dan Zat Besi
Telur mengandungi Vitamin B, Asid Folik dan Protein
Daging mengandungi Zat Besi dan Vitamin B
Pertumbuhan badan yang sihat juga sangat penting untuk kanak-kanak. Tahukan ibu bapa semua dengan membina kepadatan tulang pada waktu kanak-kanak boleh membantu mengurangkan risiko masalah tulang dalam masa dewasa.
Nutrien-nutrien seperti Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D adalah penting untuk tulang dan gigi yang kuat. Selain itu, Protein dan Zink juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan, terutamanya Protein yang juga merupakan blok binaan asas tubuh badan bukan sahaja dari segi pertumbuhan, tetapi juga dalam perkembangan mental.
Contoh makanan sumber nutrien pertumbuhan yang baik seperti di bawah:
Daging mengandungi Protein dan Zink;
Telur kaya dengan Protein dan Vitamin D
Susu & Produk Tenusu seperti Yogurt dan Keju mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D
Dalam situasi norma baru kini, anak-anak perlu kekuatan fizikal, emosi serta minda untuk menyesuaikan diri. Peranan kita sebagai ibu bapa adalah untuk membantu anak-anak membesar dengan baik dalam musim pandemik ini.
Dengan situasi sekarang di mana bukan sahaja anak-anak belajar secara online, bahkan ada ibu bapa yang bekerja dari rumah. Justeru, kena bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga. Pastikan anda menyediakan makanan berkhasiat bagi memastikan anak-anak mendapat semua Vitamin dan Mineral yang mereka perlukan untuk memenuhi perkembangannya.
Susu adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi pelbagai Vitamin dan Mineral penting untuk mengekalkan kesihatan keseluruhan. Tahukah anda, Garis Panduan Diet Malaysia 2020 sarankan pengambilan susu dua kali sehari dan juga menyatakan bahawa susu merupakan sumber makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Justeru, ia perlu diambil dengan secukupnya oleh semua orang terutamanya kanak-kanak yang tengah membesar.
Banyak jenis susu yang ditawarkan di pasaran pasti akan membuatkan ibu bapa menjadi keliru untuk memilih susu yang paling sesuai. Kebanyakan susu kini diperkukuh dengan Vitamin dan Mineral dengan formula dan tujuan yang berbeza. Pilihlah susu yang mengandungi pelbagai Vitamin dan Mineral penting supaya perkembangan mental, fizikal dan sosial anak-anak semuanya dijaga.
Dengan Susu NESPRAY Penuh Krim, anda tak perlu bimbang lagi, selain berkhasiat dan sebagai satu-satunya susu penuh krim dengan 15 Vitamin dan Mineral*, ia juga lazat dan berkrim, dan mudah disediakan. Masukkan Susu NESPRAY Penuh Krim ke dalam diet harian anak anda untuk membekalkan Vitamin dan Mineral penting yang mereka perlukan.
Pengambilan 2 gelas susu sehari adalah permulaan hebat untuk anak-anak. Setiap titisan Susu NESPRAY Penuh Krim mengandungi nutrient yang boleh membantu menyokong perkembangan fizikal , mental, dan pembangunan sosial anak-anak. Ia bukan sahaja susu yang berkrim dan lazat, tetapi ia juga memupuk potensi kanak-kanak dari dalaman sekali gus membantu tumbesaran fizikal dan mental sepenuhnya.
Jangan lupa bahawa Susu NESPRAY Penuh Krim juga merupakan sumber Protein yang baik, kaya dengan Kalsium, Zat Besi, Vitamin C dan D dan juga mengandungi 0g Sukrosa. Ia bukan sahaja susu yang berkrim dan lazat menambat selera anak-anak, tetapi ia lebih daripada itu.
Masalah perut buncit memang boleh buat wanita jadi jiwa kacau. Apa lagi jika ada rakan sepejabat yang mula menegur.
Memang sakit hati dengan teguran rakan-rakan tetapi ada baiknya untuk anda. Ia penanda bahawa anda harus lebih menumpukan pada kecantikkan diri sendiri. Jangan asyik kisahkan soal anak sahaja.
Sambil-sambil masak di dapur, apa kata anda cuba buat petua ini. Tak usaha tak tahu akan hasilnya. Jadi kenalah cuba!
Petua 1 -Limau Nipis vs Kapur Sireh
Perah jus limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sireh. Gaulkan rata dan sapukan seperti pilis pada perut. Lakukan pada keseluruhan perut dan kemudian barulah bengkung di pakai dengan kemas seperti biasa. Lakukan langkah ini setiap pagi dan petang, selama 40 hari sepanjang tempoh waktu berpantang.
Petua 2 – Cuka Vs Kunyit Hidup
Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit hidup kemudian kisarkan hingga halus. Sapukan pada permukaan kulit perut dan ratakan seluruh kawasan. Berbengkunglah seperti biasa dan lakukan setiap hari.
Petua 3 – Jus Gula Merah
Ambil sedikit beras dan kisar hingga halus. Kemudian ambil sedikit cekur bersama gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam dan gaulkan rata. Tapis kesemua bahan ini dan amalkan empat kali seminggu.
Petua 4 – Halia & Asam Jawa
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus kemudian gaulkan dengan perahan asam jawa yang agak pekat. Makanlah dengan nasi yang masih panas dan amalkan sajian ini setiap hari. Hasilnya, perut akan menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
Petua 5 – Halia & Limau Nipis
Gunakan halia sebagai asas utama untuk membuang angin. Ambil halia, perahan jus limau nipis, air suam, garam dan sesudu kecil lada hitam kemudian dikisar halus. Kacau adunan dan tapislah airnya. Amalkan minum air ini sehingga perut leper.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengorbanan seorang bukan sahaja mendidik malah dalam satu-satu situasi dapat membahagiakan para pelajarnya. Tidak sekadar wang ringgit, namun kasih sayang dicurahkan membuatkan anak-anak rasa disayangi.
Itulah yang dilakukan oleh seorang guru tatkala menunaikan hasrat para pelajarnya untuk makan pizza. Atas rasa simpati, guru yang bertugas di salah sebuah sekolah di Sarawak telah membuat sendiri 32 mini pizza demi memenuhi keinginan para pelajarnya. Lebih istimewanya lagi, mini pizza tersebut dikongsi pada hari kelahiran Cikgu Alia sendiri!
Satu sekolah dapat rasa mini pizza yang dibuat Cikgu Alia. Tindakan guru tersebut nyata sangat murni dan dek kerana itu ia mendapat pujian daripada netizen.
Kisah tersebut dikongsikan oleh guru berkenaan di laman twitternya. Menurut Alia Nadiera, dia berasa sedih kerana dikalangan ramai pelajarnya itu, hanyua seorang sahaja pernah makan, yang lainnya tidak pernah berpeluang merasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program...