Penari profesional, Alam Wakaka berkongsi berita gembira selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram pemilik nama sebenar, Muhamad Haslam Abdul Rahman.
Dia melahirkan rasa syukur kerana isteri dan anak lelakinya itu kini berada dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang komplikasi.
“Assalamualaikum dunia. Syukur ke Hadrat Illahi. Alhamdulilah segala puji milik Allah. Hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti.
“Keadaan Alisya dan bayi stabil terima kasih pada doktor dan nurse yang sangat baik memberi layanan yang terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua,” tulisnya menerusi kapsyen.
Alam turut menzahirkan penghargaan kepada doktor dan petugas hospital yang telah merawat serta menjaga isteri dan anaknya itu dengan baik.
Malah, juara program So You Think You Can Dance musim pertama ini berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.
Dalam perkongsian Alam sebelum itu, dia memaklumkan isterinya itu bakal menjalani prosedur pembedahan bagi melahirkan cahaya mata sulung mereka itu.
Sejak 4 hari lalu wajah figura ini sinonim dengan bendera putih dengan #benderaputih memenuhi ruang media sosial.
Manakala di Twitter sahaja, lebih 40,000 kemaskini ditemui dengan’hashtag’ #benderaputih.
Lebih manis kejayaan mesej ini capat matlamat apabila beberapa buah keluarga telah menerima bantuan.
Menerusi carian, mendapati kempen ini dimulakan oleh pengguna facebook bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan yang juga seorang aktivis masyarakat dalam misi bantuan kemanusiaan.
Bukan calang-calang rupanya individu ini yang mencetuskan idea ini yang membuatkan seluruh masyarakat mula menghulurkan bantuan.
Idea yang dilontarkan secara bersahaja ini telah mendapat lebih 20K share sehingga ia menjadi tular dan kempen ini menjadi!
Menerusi perbualan daripada Astro Awani, Nik Faizah Nik Othman mendedahkan bahawa idea itu adalah secara spontan setelah melihat masalah kewangan menjadi punya ramai yang menderita termasuk bertindak diluar batasan dengan membunuh diri dan masalah keluarga yang meruncing.
Katanya hatinya lulur melihat situasi ini sehingga merasakan kempen bendera putih dapat membantu mereka yang mengalami kesukaran hidup.
“Saya tulis dari ikhlas dari hati saya. Bila lihat banyak kesusahan sekitar kita. Asalnya saya nak sampaikan mesej untuk masyarakat sekitar. Tapi tak sangka jadi viral, ayat yang simple.
“Sebagai wanita dan aktivis masyarakat, hati tersentuh banyak kes bunuh diri, suami kurung anak. Ia seolah wake up call, kena buat drastik untuk bantu segera.
Katanya lagi, pilihan warna bendera putih adalah atas faktor mudah didapati di rumah seperti boleh menggunakan lampin anak dan baju sekolah sebagai bendera. Ia sebagai tanda ‘signal’ untuk bantuan.
Beliau melahirkan rasa syukur kempen ini menyaksikan ramai yang datang menghulukan bantuan.
“Saya bersyukur dengan posting yang ringkas dapat membantu. Ini usaha kecil saya tapi kita patut memberi pujian kepada yang lain sudi membantu.”
Harap semua pihak bersatu tanpa peduli siapa yang mulakan dulu.
Dalam pada itu menerusi perkongsian facebook miliknya, beliau berharap kempen ini berjaya tanpa mempedulikan siapa yang mulakan dulu. Baginya apa yang penting membantu lebih ramai mereka yang memerlukan bantuan.
Sikap rendah dirinya terserlah apabila tidak berbangga menjadi orang pertama memulakan kempen itu sebaliknya berharap mesej yang disampaikan itu capai matlamat.
Tak kisah lah siapa orang pertama yang memulakan kempen bendera putih itu. Apa warna yg anda suka itu bukan isunya. Siapa pun nak kempen amatlah di alu-alukan. Isunya sekarang adakah ia mencapai matlamat kita semua untuk membantu? Jika berhasil teruskan. Jika ada yang rasa tidak sesuai guna kain putih, pakailah nak pakai kain hijau ke, merah ke asal mencapai matlamat untuk tarik perhatian penderma. Kepada anda yang dalam kesusahan, ambil kesempatan ini untuk meminta bantuan, sementara kempen masih berjalan. Jangan sia-siakan usaha mereka yang uar-uarkan kempen ini. Kami semua nak bantu anda. Abaikan kata-kata negatif. Cuba kumpul kekuatan untuk membela nasib keluarga dengan hanya mengangkat bendera.
Gambar koleksi 2019, aktif membantu masyarakat setempat
Berikut adalah koleksi lama gambar beliau yang aktif membantu golongan yang memerlukan sekitar tahun 2019 sebelum negara mengalami serangan gelombang Covid-19
Telah bantu selamatkan keluarga dan nyawa! Siapa sangka, usaha murni beliau ini rupanya telah mendapat sokongan padu seluruh masyarakat.
Apa yang pasti, bersama kita hulurkan bantuan, ringankan beban buat keluarga yang memerlukan. Teruskan membantu kepada yang terkesan tanpa mengharap balasan!
Penyediaan hidangan secara selamat adalah penting untuk memastikan keluarga tidak terdedah dengan bahaya bakteria yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.
Begitu juga kepada yang selesa memasak pada kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok dan dibekukan. Ada teknik dan cara yang disarankan oleh doktor ini untuk kekal selamat.
Ini perkongsiannya.
“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”
Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.
Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena dibersihkan, lepas tu dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.
Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kalian, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi mudah kalau gitu. Jadi makin susah pula. Hehe.
Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.
Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana? Camni:
◾Meletak bahan mentah di bawah air mengalir. Tak usah rendam dan tinggal.
◾Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller semalaman.
◾ Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Cara ini paling mudah dan cepat.
Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kalian masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.
Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat! Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasti masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia satu kes keganasan rumah tangga sehingga mengakibatkan seorang wanita, Jahidah Nordin koma kerana dipukul oleh suaminya.
Difahamkan sewaktu kejadian, rahangnya patah, tempurung kepala juga terpaksa dibuang, berlaku pendarahan dikepalanya malah Jahidah cedera teruk di belakang badan serta tulang rusuk retak dan patah.
Lebih memilukan, Jahidah ketika itu sedang hamil 4 minggu.
Walaupun perkara itu sudah berlaku lebih 2 tahun, namun si pelakunya yang merupakan suspek utama iaitu suami kepada Jahidah masih bebas dan seronok menyertai jelajah ride motosikal sehingga ke negeri Kedah beberapa hari yang lalu.
Selepas ramai yang mengetahui mengenai perkara ini, group permotoran ini teruk dikecam gara-gara menerima penjenayah menyertai ahli kumpulan mereka.
Terbaharu, wakil dari group permotoran itu, Puan Arenis tampil menjelaskan hal sebenar.
Menurut Puan Arenis yang merupakah ahli Northern Vario Club (NVC) menjelaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak tahu menahu bahawa individu berkenaan adalah suami kepada Jahidah, mangsa keganasan rumahtangga.
Rata-rata ahli kumpulan tersebut tidak cam muka Rosmaini iaitu suami kepada Jahidah memandangkan isu jenayah itu sudah berlarutan hampir 2 tahun.
Bahkan menurutnya, suspek telah menggunakan nama samaran iaitu Razmi.
Melalui pendedahan dari Puan Arenis ini, seorang saksi telah tampil mendedahkan bahawa Rosmaini juga turut menyamar sebagai anggota polis.
Meskipun cuma terserempak dengannya 2 kali ketika ride bersama, lelaki itu dikatakan pura-pura berlakon sibuk call anggota lain.
Dia juga mendakwa, terdapat jaket khas disimpan dalam seat motosikalnya.
Tindakan Rosmaini ini telah dikecam oleh keluarga isterinya kerana nama samaran yang digunakan oleh Rosmaini untuk memperdaya kumpulan motosikal itu adalah nama adik lelaki Jahidah.
Rosmaini sebelum ini merayu untuk dijamin atas alasan menanggung 3 isteri dan 7 anak, tetapi menurut adik kepada Jahidah iaitu Fazariah memaklumkan kakak serta anak buahnya sehingga kini tidak menerima sesen pun daripada suspek.
Dia juga menyatakan bahawa abang iparnya itu seorang yang psiko.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.