Kata orang terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak perbuatan buruk padahnya.
Itulah yang berlaku kepada seorang Tiktoker yang dengan tidak berfikir panjang telah membuat konten yang mendapat kecaman netizen kerana menjatuhkan maruah TLDM.
Segalanya bermulanya apabila beliau telah berkongsi ruang dan keadaan dalam kapal TLDM bersempena dengan Hari Terbuka Armada yang membolehkan orang awam masuk ke dalam kapal perang TLDM.
Walau bagaimanapun, tindakannya yang berlakon seolah kentut pada kapal mikrofon TLDM pada bilik kawalan utama demi konten itu telah membuat para netizen kurang senang.
Ads
Meskipun sekadar lakonan, tindakan yang dilakukan bukan sahaja menjatuhkan maruah TLDM malah menjatuhkan maruah diri beliau sendiri. Lebih ironi, terdapat warga TLDM yang dilihat turut berlakon menjayakan konten beliau.
Perkongsian yang dibuat turut mendapat perhatian Facebook Malaysia Military Power yang turut mengecam tindakan wanita ini yang popular dengan menghasilkan konten yang aneh.
Selain itu, seorang pesara Tentera menerusi TikTok @fakhrintokai turut mengakui terkejut melihat tindakan wanita ini yang seolah menghina para tentera.
Ads
“Dia ini orang awam, dia mengambil kesempatan kerana di luar sana ramai yang tidak suka pada askar dan kita tidak menafikan. Jadi, dia memang menunggu peluang seperti ini untuk menghina tentera.
“Yang menyedihkan, ada anggota tentera yang terlibat. Tak tahu sama ada mereka sedar apa yang mereka lakukan, tetapi pengelibatan mereka sangat menyedihkan saya.
Ads
“Yang kasihannya pegawai pemerintah kapal, rekod dah jadi buruk. Anggota tentera yang terlibat itu mungkin akan dikenakan tindakan disiplin,” katanya.
Menerusi video terbaharu TikToker wanita ini, beliau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak TLDM atas perkongsian yang tidak disengajakan beliau.
Wanita dan kecantikan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Siapa yang tidak mahu memiliki kulit wajah yang cantik dan kekal muda bukan? Jadi jangan srtes atau atau hilang mood sepanjang musim PKP ini, lakukan sahaja rutin penjagaan kecantikan seperti biasa sebagai terapi yang menggembirakan anda.
Umumnya, bukan selalu ibu-ibu yang keluar berkerja ada banyak masa di rumah. Walaupun ada yang stres berkerja di rumah sambil uruskan juga hal rumah tapi ambil positif sahaja dan lakukan hal-hal yang santai seperti memanjakan diri untuk jaga kecantikkan.
ANEW Jadikan Pilihan
Berita baik! Meraikan tahun ke-28, ANEW telah merevolusikan rangkaiannya dan kini menjemput ramai wanita untuk menyertai gerakan yang meraikan keindahan perubahan yang membentuk masa depan. Jenama ini memulakan era baru dengan mengambil langkah menjadi peneraju kepada sains penjagaan kulit dan teknologi canggih untuk membantu lebih ramai insan mengecapi kulit terbaik mereka.
Pelancaran era terbaru ini memperkenalkan krim kegunaan harian ANEW: Reversalist and Ultimate, yang tiba di Malaysia pada tahun ini dengan formula baru yang dikuasakan oleh teknologi terkini AVON, Protinol™. Dengan teknologi ini, pengguna yang berusia 30 hingga 50 tahun ke atas akan melihat peningkatan visual kepada kesihatan dan penampilan kulit mereka hanya dalam masa 48 jam. Krim pelembap ini juga terbukti dapat merangsang pengeluaran kolagen 2x lebih banyak berbanding jenama anti-penuaan terkemuka.
Julianne Ang, Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd berkata: “ANEW adalah jenama rangkaian utama bagi produk penjagaan kulit Avon. ANEW juga mempunyai rekod yang konsisten dalam menerajui pasaran utama dengan pelancaran pelbagai penjagaan kulit, seperti Asid Alpha Hydroxy, teknologi Activinol dan Paxillium, Vitamin C tulen yang berkuasa dan stabil, dan tiga kali ganda dos Asid Hyaluronic – antara bahan penjagaan kulit yang popular hari ini”.
Rangkaian ANEW yang diperbaharui ini menunjukkan ciri moden dan premium yang akan membawa perubahan terhadap tingkah laku pengguna. Momen pembaharuan ini menunjukkan bagaimana Avon menjadi peneraju yang membantu wanita untuk berasa bangga dengan kecantikan diri serta memahami cara penjagaan kulit mereka dengan sebaik-baiknya.
Identiti visual dan penjenamaan ANEW turut berubah untuk menampilkan sentuhan yang lebih moden, relevan dan lebih premium melalui elemen-elemen geometri dan grafik bersentuhan minimalis. Dengan inovasi terbarunya, ANEW mempromosikan peralihan imej yang lebih menarik, kontemporari dan hebat, yang lebih relevan dengan pengguna masakini.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pelakon Puteri Aisyah yang juga merupakan bekas Dewi Remaja telah kehilangan ayahnya Sulaiman Bin Hj Ab Rahman pada 17 Januari yang lalu di salah sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang kira-kira pukul 8.35 malam.
Berita itu dikongsi sendiri oleh Puteri Aishah menerusi Insta Stories, yang turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan bapanya itu.
Baru-baru ini, Puteri Aishah dilihat berkongsi kompilasi video kenangan bersama serta meluahkan rasa rindunya terhadap Allahyarham.
“Posting this video here sebagai kenangan esok hari. Saya tidak mempunyai banyak foto bersama dengan ayah. I wish ada gambar time kecik dengan ayah but tak jumpa. But it’s okay 😊.
I’m eternally grateful, Allah reunited us before you go. Alhamdulillah. I’ll treasure our memories forever in heart. Rindu Ayah.”-Tulis Puteri Aishah
Posting ini mengundang rasa sebak di kalangan para pengikutnya.
Kehilangan ayah atau ahli keluarga sememangnya merupakan kehilangan besar dalam diri seseorang. Ianya jugak boleh membawa impak besar dalam kehidupan seseorang.
Semoga Puteri Aishah tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan ucapan takziah di atas pemergian arwah bapanya itu.
Siapa yang tak rindu, bila adik kesayangan dan yang paling bongsu pergi buat selama-lamanya. Hanya barang-barang tinggalan arwah yang jadi peneman, pengubat kerinduan.
Pasti anda ingat lagi kisah Allahyarham Prebet Iman yang meninggal dunia akibat stok haba dan kegagalan fungsi organ selepas dilaporkan rebah ketika menjalani latihan ketenteraan iaitu kursus orientasi asas komando pada 19 September tahun lalu.
Setelah lima bulan, kakak kepada Allahyarham Prebet Iman telah menemui satu nota yang penuh dengan tanda tanya. Ianya ditulis sendiri oleh Allahyarham di dalam diarinya.
Menurut kakak kepada Allahyarham Prebet Iman, Noorzihansafira Arbain, dek kerana peresaan rindu yang menebal terhadap adiknya itu, dia kuatkan diri untuk menyelak helaian demi helaian bagi membaca catatan diari adiknya, Muhamad Iman walaupun sebenarnya diari itu telah lama ditemui.
Pembacaannya terhenti pada satu nota ini yang sangat menimbulkan tanda tanya lebih-lebih lagi, Allahyarham Prebet Iman tidak pernah bercerita apa-apa mengenainya.
Ia benar-benar mengejutkan si kakak sementelah kematian mengejut adiknya sebelum ini memberi pelbagai tanda tanya.
‘Baru-baru ini aku ketuk pintu bilik jurulatih. Ketuk, hentak kaki dan bagi salam. Selesai semua, aku buka pintu. (Jurulatih) kata aku kurang ajar ketuk pintu tak bagi salam, dan terus buka.’
Begitulah luahan Allahyarham Prebet Iman menerusi catatan diari itu.
‘Aku kena hukum, kepala aku dihayun oleh jurulatih banyak kali sampai pintu pecah. Dahi aku pun luka, ujian buat diriku,” tulisnya lagi.
Namun kata Zihan, coretan tulisan tangan itu tidak dinyatakan tarikh dan masa kejadian itu berlaku.
“Sebelum ini, saya buka macam tu je, tak tengok secara terperinci. Baru-baru ini baru tergerak hati nak tengok sebab rindu sangat kat dia.
“Saya buka dan baca satu demi satu muka surat, kebanyakannya yang ditulis ialah tentang rutin arwah iaitu apa aktiviti yang dia buat. Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila saya terbaca satu luahannya pada bahagian tengah,” katanya
Wanita berusia 31 tahun itu berkata, kejadian tersebut mungkin didakwa berlaku pada 2021 ketika arwah menjalani latihan sebelum bergelar prebet.
Sebagai kakak, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika membaca luahan adiknya.
“Saya terbayangkan situasi yang berlaku, terbayangkan dia memang tak akan melawan… sebab apabila ayah marah pun, dia tak akan melawan.
“Terutamanya part dia tulis ‘ujian untuk aku’, bermakna dia reda. Saya berlinang air mata kerana rasa sedih dan sakit hati,” ujarnya yang turut menegaskan bahawa luahan di dalam diari tersebut tiada kaitan dengan kematian adiknya lima bulan lalu itu.
Antara lain kandungan diari Allahyarham Prebet Iman yang memperuntukan gaji bulanan untuk mengembirakan ahli keluarga.
Menurut Zihan lagi, dia menegaskan bahawa perkongsian mengenai diari adiknya sekadar untuk memberi kesedaran kepada semua pihak.
“Kesedaran apabila seseorang jurulatih itu diberikan tanggungjawab, dia seharusnya memikul amanah itu sebaik-baiknya.
Dalam diari tu dia juga sebut tentang impian setelah tamat latihan… tapi tak kesampaian.
“Setiap latihan kena telus. Kita tak mahu budaya ragging berlaku dalam mana-mana badan beruniform mahupun asrama.
“Jangan gunakan pangkat untuk menunjukkan diri ada kuasa, menindas orang yang berada di bawah. Jangan melakukan sesuatu yang melampaui batas,” katanya dengan nada sebak.
Dalam pada itu, Zihan memberitahu dia tidak menyangka kekuatannya untuk membaca diari arwah adiknya turut menemukan luahan lain yang menyentuh hati.
“Dalam diari tu dia juga sebut tentang impian dia setelah tamat latihan. Tapi tak kesampaian seperti nak hias dan ubah suai biliknya sendiri.
“Ini termasuklah kiraan bajet dia nak bagi duit kat ayah, adik-beradik dan anak-anak saudara.
“Tapi syukur ada juga pencennya yang ditinggalkan untuk ayah,” katanya yang merancang untuk menyambung hasrat arwah adiknya dengan mengubah suai bilik tidur di rumah bapa mereka di Rawang, Selangor.