Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sudahlah menceroboh dan merompak malah menyebabkan kecederaan parah pada seorang gadis di sebuah rumah baru-baru ini.

Kisah ini tular di media sosial bila mana seorang wanita Puan Siti Afipah yang berkongsi kisah rumahnya dimasuki perompak dan mencederakan anak buahnya juga merupakan pengasuh kepada anak-anak Siti Afipah..


“Leher Dijerut, Kening & Dagu Dikelar.” Wanita Ini Kongsi Kisah Rumah Dimasuki Perompak, Anak Buah Dicederakan.

Assalamualaikum.. Minta jasa Baik Anda semua viralkan sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan keluarga kita dan orang ramai.

Allah, Allah Allah..Astaghfirullahaladzim..
Tak tahu nak mula dari mana. Biasa terbaca kisah orang lain, kali ini, berlaku pada keluarga sendiri. Menggigil seluruh badan. Allahuakbar. Saya betul-betul tak kuat…harini baru saya mampu bercerita.. dan maaf kepada yang wasap saya tak dapat balas sorang2..

Rumah saya dimasuki perompak beberapa hari yang lepas. Kejadian berlaku pada 01/03/2019 hari jumaat yang saya sendiri tak pasti pukul berapa. Lokasi di Apartmen Dahlia, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

IKLAN

Saya balik dari kerja jam 6.50 petang, mula-mula sampai rumah dah rasa pelik bila tengok pintu hadapan terbuka dan dua orang anak saya yang berusia hampir 5 tahun dan 1 tahun 1 bulan sedang bermain dan menonton tv di ruang tamu dengan keadaan rumah agak bersepah dan terdapat sedikit kesan darah di tepi bilik air.. Saya dah mula memikirkan yang bukan-bukan lalu bertanya kepada anak di mana ‘Mek Nor?” (panggilan saya kepada anak buah tersebut.) Mek nor merupakan anak buah dan pengasuh kepada anak-anak saya. Bila diberitahu ada di dalam bilik air, saya segera melulu ke sana.

Ya Allah! Tergamam, Lidah kelu. Saya meraung-raung apabila melihat anak buah yang hampir separuh nyawa berlumuran darah berada di dalam bilik air. Dalam keadaan leher dijerut dengan kain, dan dikelar di bahagian kening, dagu, yang saya percaya menggunakan pisau pemotong daging ayam.. tergamaknyaa!!! Si kecik ade sedikit kesan kuku di bahagian badan belakang.. Si kakak saya tanya dia cakap dia tengah tido.. bangun2 adik ngah nangis n Nor darah2.. Allahu.. ?

Keadaannya kini masih belum stabil, tidak dapat bertutur dengan jelas baru selesai operation pada hari sabtu lepas. Setiap kali dapat melawatnya dia akan cakap,’ Jangan tinggalkan dia sorang-sorang di rumah lagi’. Allah… saya tak dapat bayangkan apa yang berlaku padanya sepanjang hari kejadian.

Cara yang digunakan oleh perompak untuk masuk ke rumah saya dengan mengatakan kereta saya yang berada di parking kena langgar dengan lori sampah, menyebabkan anak buah saya panik dan segera membuka pintu grill untuk melihat keadaan kereta. Selepas itu, perompak tersebut segera menolaknya ke dalam rumah dan menumbuknya bertubi-tubi ke bahagian perut dan memukulnya di kepala.

IKLAN

“Leher Dijerut, Kening & Dagu Dikelar.” Wanita Ini Kongsi Kisah Rumah Dimasuki Perompak, Anak Buah Dicederakan.

Laporan polis sudah dibuat. Antara barang yang diambil seperti hp , purse dan barang kemas milik Nor… Saya terima dengan redha segala musibah atau ujian yang berlaku pada kami sekeluarga.

Cuma satu pesanan sebagai peringatan, perompak sekarang semakin licik dan mereka akan gunakan bermacam trik. Kita harus peka dan waspada sentiasa.

Saya mohon, mohon sangat-sangat sekiranya ada info berkenaan perompak tersebut tolong bantu kami untuk tangkap pelakunya.

IKLAN

Doakan kami sekeluarga. Hanya Allah tempat kami berlindung.

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI