Lelaki bawa anak jadi peneman daki bukit, “Hana langsung tak meragam, menangis…”Kisah dua beranak Hazwan Harawi mendaki bukit bersama bayinya mendapat perhatian warga maya.
Lelaki Bawa Anak Jadi Peneman Daki Bukit
Hazwan memuat naik video pendakiannya bersama anak angkatnya, Hana di TikTok. Hana mendapat pendedahan mendaki bukit kerana bapa angkatnya, Hazwan Harawi, 29, sering membawanya sebagai peneman untuk mendaki di bukit dan taman riadah sekitar Lembah Klang.
Hana sudah merasai pengalaman mendaki walaupun baru berumur sembilan bulan. Bercerita lanjut, Hazwan berkata, mendaki adalah minat dan salah satu hobinya sejak di kampus lagi.
Menurut Hazwan, isterinya, Fatin Sihan, 29, juga ada minat yang sama dan mereka pernah pergi mendaki bersama, salah satunya di Bukit Broga, Selangor.
“Dulu kami pergi mendaki berdua saja tapi sejak hadirnya Hana, dia pun dibawa bersama.
“Cuma, kami ambil Hana sebagai anak angkat pada umurnya tiga bulan. Waktu umurnya empat bulan baru dedahkannya dengan aktiviti riadah.
“Hana Langsung Tak Meragam, Menangis…”
“Awalnya bawa Hana pergi Taman Saujana Hijau di Putrajaya saja kemudian waktu umurnya lima bulan saya dan isteri bawa dia berkhemah di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan pernah juga ke Taman Tugu, Kuala Lumpur ketika umurnya tujuh bulan selain berjalan di Pulau Pinang,” katanya.
Hazwan berkata, setakat ini, isterinya tiada halangan walaupun dia pernah pergi berdua saja dengan Hana.
Ia kerana dia dan isteri percaya aktiviti itu baik malah dapat mendedahkan anak kepada alam semula jadi dan bukan hanya membesar dengan gajet atau menonton televisyen semata-mata.
“Selalunya memang kami pergi bertiga tapi dua bulan lalu, isteri ditahan di Hospital Kajang dan saya kena uruskan anak waktu ketiadaannya.
Ads
“Jadi bila nampak saya boleh lakukan, isteri tak ada masalah untuk saya bawa Hana berdua tambahan dia kini pun baru hamil.
“Cuma, saya tetap buat persediaan rapi sebelum bawa Hana mendaki di sesuatu tempat dengan menonton video terlebih dulu untuk tengok bagaimana laluan trek dan periksa sama ada kawasan berkenaan mesra bayi serta ada kemudahan tandas berhampiran atau tidak,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran dan digital.
Hazwan juga membuat persediaan lain termasuk menyediakan alat pembawa kanak-kanak selain lampin, susu juga snek sebagai bekalan.
Katanya, persiapan lain adalah dengan melihat ramalan cuaca dan ke pusat gimnasium sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu bagi memantapkan stamina.
“Setakat ini, Hana beri kerjasama baik malah tak meragam pun… paling terkejut waktu mendaki Bukit Sri Bintang kerana dia tak menangis langsung.
“Cuma waktu di Taman Tugu, Hana menangis dalam 100 meter sebelum sampai di atas tapi itu pun sebab dia nak minum susu.
Ads
“Cabarannya lebih kepada saya kerana umur Hana pun sudah sembilan bulan jadi agak berat juga nak pikulnya di belakang dan memang sakit bahu serta lenguh kaki setiap kali balik mendaki,” katanya.
Menyentuh mengenai perkongsiannya di TikTok, Hazwan berkata, dia baru memuat naik video aktiviti bersama Hana sejak Mei lalu dan tidak menyangka mendapat perhatian hingga ada yang mengenali serta mahu bergambar dengan anaknya ketika berjumpa di luar.
Menurutnya, niatnya adalah untuk menyimpan memori dengan Hana dan memberi inspirasi kepada bapa di luar sana untuk habiskan masa di luar sana.
“Secara tak langsung, saya nak buktikan juga orang lelaki pun boleh diharap untuk jaga anak cuma bila baca komen, baru saya sedar ramai rupanya ibu bapa di luar sana tak bawa anak beriadah.
“Ada yang tak pernah keluar rumah pun sejak ada anak kecil kerana paranoid. Segelintir netizen pula persoalkan kenapa bawa Hana mendaki kerana anggap ia bahaya untuk keselamatan selain risau jika anak terkena gangguan mistik.
“Saya faham kebimbangan mereka malah sebagai orang Islam memang kena percaya dengan benda ghaib cuma risiko atau bahaya ada di mana-mana jadi kita cuba ambil langkah keselamatan.
“Selebihnya doa minta perlindungan Allah SWT,” katanya yang menggalakkan ibu bapa lain membawa anak beriadah sebagai terapi emosi bagi menghilangkan tekanan menjaga si kecil.
Tidak dinafikan bila adanya aplikasi Waze ini menjadikan ramai antara kita yang pada mulanya tidak berapa mahir akan selok belok jalan, namun kini boleh sampai ke mana-mana destinasi yang ingin dituju dengan mudah.
Pun begitu, ada hari dan waktunya bilamana menggunakan waze untuk ke suatu tempat, kita akan ‘dibawanya’ melalui jalan-jalan pelik dan merepek.
Hakikatnya, waze pun perlu di setting. Nak tahu stepnya, ini dikongsikan oleh Aida Joseph yang menurutnya, jika auto setting takut bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan.
Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu.
Satu lagi, avoid jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit jer) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.
Step 1: Bula aplikasi wave dan click butang setting.
Step 2 : Click pada butang berkenaan.
Step 3 : On kan beberapa button seperti di bawah untuk elakkan dibawa ke jalan-jalan tidak berturap, berbelit-belit mahu pun jalan melalui sungai.
Penyanyi Ainan Tasneem berkongsi perkembangan terbarunya yang bakal melahirkan bayi kembarnya selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, penyanyi berusia 28 tahun itu mengakui sudah tidak sabar untuk kehadiran sepasang anak kembar tersebut.
Kandungan dah nak masuk 36 minggu. Doktor bagi masa sampai 37 minggu je untuk bersalin sebab twins kan. So inshaaAllah this week or next week dapat jumpa baby twins. Tak sabar! Dua dua kepala dah kat bawah, hopefully sangat dapat bersalin secara naturally tanpa induce & dapat bersalin normal kalau tiada sebarang komplikasi. Mohon doa dari semua ya 🥺
Dalam masa yang sama juga, Ainan turut berkongsi situasi yang dialaminya kini memandangkan kandungannya semakin sarat.
Actually memang tak larat dah nak bawak perut sebenarnya. Sakit pinggang, sakit belakang, time tido pon lenguh2 badan padahal takde buat apa2 aktiviti pon. Kalau nak tukar position time tido lagi la subhanallah…. sakit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pon tak boleh lama sangat kalau tak memang gigil2 kaki😭
Menerusi perkongsiannya sebelum ini, Ainan pernah menyatakan kebimbangan bagi melahirkan bayi kembar pramatang berikutan masalah saiz bayinya.
“Ainan tak sabar jumpa twins, tapi dalam masa yang sama mengharap untuk diorang stay lama lagi dalam kandungan supaya cukup bulan dan kedua-dua bayi mencecah berat melebihi 2KG. Pls semua orang aminkan,” ujarnya.
Ainan mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun.
Perkongsian Ainan mengenai situasinya membuatkan ramai yang menitipkan doa semoga dipermudahkan urusannya dan selamaty melahirkan bayi kelak.
mmunirahnazrii Time tidur kalau nak alih badan pun rasa sakit kan. 🥲 Muya sampai kena berpaut dkt mana mana kalau nak ubah position. 😂
tashamanshaharTu la kan pengorbanan seorg ibu. Ainan ni mengandung nampak perut je besar tp bdn still nampak kurus. Stressnya tengok! Semoga dipermudahkan utk Ainan dan twins 😍
amalinaghani_igWahhh dah siap 2 tu swing. Bestnya. May Allah ease everything ainan. 😍
cikz_amirah_anuarAmimnn semoga dimudahkn,ada org ckp mkn bendi bagus nk beranak
liesazuraimiAmin. Semoga dipermudahkan segala urusan. Nnt google juga ya cara bf anak kiri kanan. Senang keja nnt. Akak dlu mcm tu. 😂
Jika anda suka bercucuk tanam memang banyak manfaatnya. Bukan dari segi kos untuk ke kedai, tetapi masa pun jimat. Hanya petik ajer bahan masakan di halaman rumah.
Namun, nak tanam kena tahu cara yang betul jika tidak ada yang kecewa bila tanaman tak menjadi.
Antaranya cara tanam halia yang sering digunakan dalam masakan.
Halia atau nama saintifiknya iaitu Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan.
Sifat halia yang bagus buat kesihatan
Selalu kita dengar atau lihat mengenai mitos halia itu adalah bagus buat kesihatan manusia, bukan? Ini sebenarnya adalah disebabkan oleh sifat halia itu sendiri, berikut adalah sifat-sifatnya:
Antiradang
Keradangan merupakan satu fungsi semula jadi untuk melindungi tubuh. Kuman, bahan kimia dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan berlakunya terlalu banyak keradangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri.
Pengambilan halia boleh membantu menghalang dan menyembuhkan keradangan. Terdapat kajian yang mengatakan halia juga boleh mengurangkan reaksi alahan yang disebabkan keradangan.
Antioksidan
Halia dikatakan boleh membantu mencegah penyakit jantung, penyakit neurodegeneratif seperti Parkinson, Alzheimer, dan Huntington, kanser dan simptom penuaan. Antioksida melawan spesis oksigen reaktif (ROS) yang dihasilkan tubuh secara semula jadi.
Pemilihan gaya hidup yang tidak sihat, seperti pengambilan alkohol terlalu banyak, merokok atau alami masalah tekanan kronik membuatkan tubuh menghasilakn ROS dengan lebih banyak.
Pengambilan makanan dan minuman dengan antioksidan seperti halia, boleh membantu mencegah dan melawan kesan sampingan negatif ROS – tekanan oksidatif dan merosakkan sel-sel tubuh.
Menguatkan imunisasi tubuh badan
Halia dapat membantu dalam memperbaiki imunisasi dalam tubuh badan. Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.
Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol. Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser. Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.
IKUTI CARA SEMAI HALIA , RUJUK GAMBAR.
Selamat mencuba. Menjadi cara ni.
Kredit: Nur Nurul
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kekosongan jawatan guru, KPM tawar penempatan 6,300 calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pendekatan baharu bagi mengatasi isu kekurangan guru dengan menawarkan penempatan kepada 6,300 calon program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di seluruh negara bagi mengisi kekosongan jawatan guru tahun ini.