Semalam, influencer terkenal dan juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona telah dikecam nitezen kerana memuat naik satu video menunjukkan kertas undi miliknya di media sosial.

Leona kini sedang melanjutkan pelajarannya di London, United Kingdom terpaksa membuat undian pos bagi PRU-15. Namun, perkongsiannya di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi oleh netizen.

Ramai yang beranggapan bahawa undiannya telah rosak kerana telah melanggar peraturan PRU yang telah ditetapkan.

Namun ada yang beranggapan bahawa tindakan Leona tersebut adalah kerana keterujaannya mengundi untuk pertama kali.

Seperti yang diketahui umum, rakyat Malaysia akan mengundi pada 19 November ini. Jadi di sini, kami kongsikan 10 perkara yang perlu anda tahu ketika mengundi agar tidak melakukan kesilapan.

Telefon Bimbit Tidak Dibenarkan
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika PRU15, menerusi satu infografik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa pengundi tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit/pintar semasa membuat pengundian nanti.

Artikel Berkaitan

IKLAN

Terdapat 10 langkah penting yang perlu diikuti. Ini turutan mengundi semasa berada di bilik undi:

1. Masuk bilik undi – anda boleh masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang bertugas mengawal selia pintu masuk di bilik undi.
2. Serah Mykad – serahkan Mykad atau dokumen pengenalan diri dan slip semakan (jika ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
3. Semakan Mykad – kerani pengundian pertama akan memberikan Mykad atau dokumen pengenalan diri pengundi kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang disebut oleh kerani pengundian pertama adalah tepat.
4. Celup jari – bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh kerani pengundian kedua.
5. Kertas Undi – anda akan menerima kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.
6. Tinggalkan telefon – anda akan bergerak ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit/pintar.
7. Pilih calon – bergerak ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi dengan menggunakan pen. Anda hanya boleh pilih satu calon sahaja.
8. Peti Undi – masukkan semula kertas undi tadi ke dalam peti undi yang betul.
9. Ambil semula telefon – bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil semula telefon bimbit/pintar yang diletakkan tadi.
10. Beredar- segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.
Langkah penyerahan telefon bimbit bermula pada langkah ke enam. Jika dilihat melalui infografik yang dikongsikan, pengundi diminta untuk bergerak ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit selepas menerima kertas undi.

Ketika membuang undi, pengundi hanya boleh memilih satu calon dan memasukkannya ke dalam peti undi. Setelah selesai mengundi, pengundi akan bergerak ke meja KTM semula untuk mengambil telefon bimbit yang ditinggalkan dan terus keluar daripada tempat mengundi.

Pastikan anda meninggalkan telefon bimbit di meja KTM. Langkah ini penting bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan tegas oleh petugas SPR.

IKLAN

 

CARA SEMAK TEMPAT MENGUNDI:

– Portal rasmi spr.gov.my

– Hubungi ibu pejabat SPR 03-8892 7018

IKLAN

– Semak dalam portal MySPR Semak di mysprsemak.spr.gov.my

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Mesti Baca :

Tip / Petua

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Leona Dikecam Kerana Muatnaik Kertas Undi. Ini 10 Perkara  Yang Perlu Anda Tahu Ketika Mengundi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI