Menerusi satu perkongsian baru-baru ini di Facebook, seorang teknologis makanan yang menggunakan  Facebook Sazly Tulih mendakwa terdapat sejenis bahan pemanis yang digunakan pada buah Baby Nenas.

Menururnya lagi, bahan pemanis tersebut iaitu  Siklamat merupakan pemanis tanpa zat yang menyebabkan buah itu akan menjadi lebih manis daripada rasa ‘manis buah’ yang asalnya.

“Lepas Makan Rasa Nak Penat, Lidah Tak Selesa.”  Bimbang ‘Baby Nenas’  Guna Pemanis Tiruan ‘Siklamat’, Pakar Ni Minta pengguna Hati-Hati Beli!

Baby Nenas (Baby Pineapple)

Dua tiga minggu lepas, saya ada ternampak peniaga-peniaga di tepi jalan yang sebelum ini menjual jeruk mangga telah beralih kepada baby nenas. Saya berharap sangat, produk ini bukanlah jenama “Dragon King” yang menggandungi siklamat iaitu pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis pada buah sehingga 30-50 kali ganda. Ingatkan Musang King Malaysia je yang femes kan… Dragon King pun femes. Untuk pengetahuan semua, Siklamat ni tidak dibenarkan penggunaannya di dalam buah-buahan segar termasuk dikupas atau sedia dimakan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Tak silap saya, pada tahun 2019 DG Kesihatan pernah membuat kenyataan akhbar berkenaan hal ini. Menurut kenyataan akhbar tersebut, baby nenas jenama Dragon King ini tidak dieksport ke Malaysia. Jangan ada penyeludupan buah ini ke Malaysia sudah lah.

Justeru, dia meminta pengguna supaya berhati-hati agar tidak terbeli baby nenas yang manisnya lain macam.

“Lepas Makan Rasa Nak Penat, Lidah Tak Selesa.”  Bimbang ‘Baby Nenas’  Guna Pemanis Tiruan ‘Siklamat’, Pakar Ni Minta pengguna Hati-Hati Beli!

Kepada pengguna, jika pernah terlihat atau terbeli produk baby nenas yang rasa manisnya lain macam tu, berhati-hatilah. Jika ada kemusykilan, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan atau boleh buat aduan di http://moh.spab.gov.my.

IKLAN

Kepada penjual pula, saya nak maklumkan jika tuan puan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 yang mana memperuntukkan, tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya. Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.

Perkongsian tersebut meraih maklum balas daripada warganet. Ada yang bertanyakan bagaimana untuk mengetahui produk Itu mengandungi Siklamat.

“Lepas Makan Rasa Nak Penat, Lidah Tak Selesa.”  Bimbang ‘Baby Nenas’  Guna Pemanis Tiruan ‘Siklamat’, Pakar Ni Minta pengguna Hati-Hati Beli!

Bagaimana kita nak tahu ada siklamat? End user mcm kita ni selalu jd mangsa. Apa2 pun terima kasih atas perkongsian. Sy dulu mmg gemar baby nenas ni, tp kini dah beralih ke nenas yankee & crystal honey jika nak yg manis2 ni. 🙂

Pertanyaan tersebut mendapat respond dari saudara suzy.

IKLAN

Kadar kemanisan siklamat lebih dari 30 kali ganda. Saya rasa dengan deria rasa kita, kemanisan yang tersangat manis tu antara indicator bahawa baby nenas itu ada siklamat.

Bahkan ada antara mereka yang berkongsi pengalaman mereka memakan ‘baby nenas’ ini.

Saya rasa ada sikalamat tu.. Sbb lps saya mkn nenas ni rasa nk penat.. saya mmg sensitif dgn pemanis tiruan ni.. pernah mkn anggur jeruk jenis kecil2 tu.. jemmm.. batuk, lelah on the spot..

Pernah makan mmg sedap manis melenting. Sekali bangun pagi bibir habis luka.

Saya pernah rasa buah nenas ni..manis…xleh mkn byk..saya mkn sebiji jer lps tu lidah saya rasa x selesa…

Dh beli sekali, baru makan lidah gatal2 terus stop makan, ingat nak smbung mkan lagi tapi takut bibir plak jadi mcm ikan bandaraya mampuih den… Trauma nak makan lagi 😂😂😂🤣🤣🤣

IKLAN

Sumber: Sazly Tulih


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI