
Dalam pada keterujaan untuk mencuba permainan lato-lato yang kini sedang viral di negara Asia Tenggara, namun terselit juga perkara yang membimbangkan apabila bermain permainan ini.
Selain dikatakan agak membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak, baru-baru ini permainan ini sekali lagi mencetuskan pandangan negatif apabila seorang individu dikatakan berang apabila cermin keretanya pecah dan berderai, dipercayai terkena permainan lato-lato.
Kejadian yang berlaku di Guar Chempedak, Kedah ini telah dikongsikan di laman sosial oleh Tiniey Zatiey yang melibatkan sebuah kenderaan yang ditinggalkan seketika di lot parking.
“Harap sesiapa yang buat, tolong bertanggungjawab. Bagi anak main lato-lato sampai pecah cermin kereta aku dan lepas tu lari tinggal.”

[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
“Aku dah tengok rakaman CCTV, harap siapa yang buat sila bertanggungjawab.”
Lato-lato Warna Putih
“Main .. lepas tu kena cermin kereta aku pecah, habis lari macam itu saja. Lato-lato warna putih ada tinggal di kereta aku.”
Bagi yang bertanggungjawab berhubung perkara ini diharap tampil berjumpa dengan pemilik kenderaan ini. Jadilah insan yang bertanggungjawab dan jujur.
Sebagai makluman, permainan lato-lato telah diharamkan di Amerika Syarikat dan Britain kerana boleh membawa kecederaan kepada kanak-kanak dan digunakan sebagai senjata.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biar Betul Tahi Mata Boleh Buat Solat Tidak Sah? Penjelasannya Di Sini…

Jadi wuduk tak sempurna. Takut bila solat, tidak dikira. Nauzubillah. Nak selamat cuci dulu baru wuduk. “
Anda boleh mendengar penjelasannya menerusi video dibawah.
@almahiraja Jaga jangan sampai solat kita tak sah kerana x ambil berat bab ini #almahiraja #dakwahbiarsampai #usrahdbs ♬ original sound – ALMAHIRAJA
Untuk membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia, keraplah melakukan aktiviti bersama antaranya seperti solat berjemaah.
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘Saya Suka Dengar Celoteh Umar.’ Rupanya Kanak-kanak Ini Yang Ajar Tun M Buat Mini Love

Sejak petang tadi, seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada negarawan Malaysia dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad atau lebih mesra di panggil Tun M.
Sejak gagal mempertahankan kerusi di Parlimen Langkasi, Tun Dr Mahathir Mohamad seakan sepi daripada arena politik negara. Namun menerusi hantaran terbaharunya di laman sosial, rata-rata seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada insan yang banyak berjasa dalam pentadbiran serta pembangunan negara sewaktu kepimpinannya dulu.
Menerusi hantaran Tun M di laman sosialnya itu menceritakan mengenai seorang kanak-kanak cilik bernama Umar Amirul Shakur Haiccal atau mesra dipanggil Umar yang telah mewawancara negarawan ini untuk sebuah saluran Youtube.


[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
Jika sebelum ini subjek utama yang akan dikongsikan di laman sosial milik Tun M adalah aktiviti yang berkaitan dengan tugasannya atau perkembangan parti yang dinaungi namun untuk hantaran kali ini amat berbeza.
Seakan teruja menceritakan mengenai Umar, warga maya dapat dilihat kemesraan mereka walaupun pertama kali berjumpa.
“Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap.”

Untungnya Umar apabila dipuji oleh lagenda negarawan yang menjadi idola ramai itu.
“Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak.”
“Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi baru tahu macam mana boleh capai.”
“Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi,” kongsi Tun M mengenai wawancara bersama kanak-kanak cilik itu.
Apa yang paling menarik perhatian warga maya adalah Umar sempat ajar Tun M buat mini love.

“Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu ‘mini love’. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu.. itu simbol minta duit!
“Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. “ Cerita Tun M lagi mengenai Umar.
@bintangkecilmy Siapa sangka Tun M dah boleh buat mini love untuk semua #TunMahathir #TunM #MiniLove #BintangKecil #kids #Fyp #foryou #foryoupage ♬ Buah Hati – Armada
Patutlah Tun M teruja bercerita tentag Umar ini, memang petah orangnya. Anda boleh melihat sendiri Umar menerangkan mengenai Mini Love dalam sat hantaran video di TikTok Bintang Kecil.
Rupanya Umar adalah salah seorang kanak-kanak yang terpilih untuk bertemu dengan idola dan menjadikan Tun M sebagai tokoh yang ingin ditemui.
Umar juga pernah menjadi host dalam program Pa&Ma TV melalui segmen Adik Tanya terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Dalam sebuah segmen khas, saluran Bintang Kecil yang aktif di Youtube telah merealisasikan impian Umar untuk bertemu legenda iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.

Di akhir hantaran, Tun M sempat menitipkan pesanan buat Umar.
“Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.” Tulisnya mengakhiri hantaran tersebut.
Sementara itu, menjengah di ruangan komen ramai yang memuji tokoh negarawan itu kerana begitu ‘sporting’ melayan ketelah Umar.
Malah Tun M sempat memakai helmet Star Wars apabila ditanya ‘Kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader.’
@bintangkecilmy Replying to @bende sia 😂 Tun M memang sporting habis lahh #bintangkecil #tunmahathirmohammad #fyp ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman
“Tun tetap idola dan jadi inspirasi untuk anak-anak dan generasi akan datang. Semoga satu haru nanti lahir seorang great leader seperti Tun untuk Malaysia.” – Robin Labu

@chedetofficialSaya ditemuramah Umar Amirul Shakur Haiccal untuk satu rancangan di YouTube. Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak. Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi lah baru tahu macam mana boleh capai. Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap. Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi. Umar tanya saya, kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader. Sebenarnya helmet ini dicetak mengguna 3D-printer. Saya berminat dan beli printer ini untuk buat sendiri beberapa barang, cumanya perlu belajar program dan sabar tunggu hingga siap. Kalau dahulu saya ukir kayu guna pisau dan tangan, sekarang semuanya pakai mesin. Lebih mudah. Cuma perlu faham dan mahir untuk program mesin saja. Semasa bergambar di hujung temuramah, Umar minta posing dengan “mini love”. Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu “mini love”. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu itu simbol minta duit! Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.♬ Full Senyum Sayang – Evan Loss
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah Bintik Hitam Macam Biasa Terjadi Bila Makin Berusia, Tapi Ada Cara Untuk Atasi Tanpa Laser!

Mungkin ada yang menganggap bintik-bintik hitam suatu perkara yang biasa akan terjadi bila sudah berusia. Namun jika tidak diberi perhatian khusus dalam penjagaan kecantikan, bimbang juga walau pun masih muda sudah ada tanda-tanda penuaan pada kulit wajah dan masalah-masalah lain.
Lantaran itu, bagi meraikan kejaayan lebih daripada 100 tahun dalam inovasi penjagaan kulit, Eucerin memperkenalkan produk berteknologi tinggi, terbaharu Eucerin Spotless Brightening Booster Serum yang mempunyai Thiamidol yang dipatenkan dan Pro-Brightening System. Serum ini mampu menghilangkan bintik hitam sehingga 75% dalam masa hanya dua minggu dan mengekang bintik hitam daripada muncul kembali.

Produk terbaharu Eucerin Spotless Brightening Booster Serum merupakan produk terulung dalam rangkaian Eucerin Spotless Brightening dengan tambahan pada bahan utama, tekstur formula serta pembungkusan yang lebih baik dan premium, menjadikan ia sebagai produk ideal buat pengguna yang sedang mencari solusi kulit berasaskan dermatologi.
Spotless Brightening Booster Serum mengandungi dua bahan aktif yang inovatif untuk pengalaman penjagaan kulit wajah yang terbaik. Thiamidol yang telah dipatenkan ini merupakan bahan eksklusif, ciptaan para saintis Eucerin selepas melakukan pelbagai ujian terhadap lebih daripada 50,000 bahan kandungan yang lain.
Keberkesanannya telah terbukti secara klinikal mampu menghilangkan bintik hitam sehingga 75% tanpa perlu melakukan rawatan laser dan memberikan kulit mulus berseri seawal 2 minggu. Thiamidol merupakan bahan efektif yang lembut terhadap kulit wajah. Ia mempunyai kebolehan menyerikan wajah sebanyak 10x ganda dan mampu menghalang pengeluaran melanin pada sumbernya selain mengekang berlakunya hiperpigmentasi,
Eucerin turut memperluaskan usaha untuk mewujudkan keberkesanan dalam rangkaian produk dengan memasukkan bahan utama Thiamidol selepas melakukan testimoni sosial rasmi menerusi kempen #1000SpotlessChallenge di Instagram, di mana lebih daripada 500 pengguna telah menyertai cabaran ini. Anda boleh melihat sendiri testimoni ini menerusi tanda pagar berkenaan.
Para saintis di Eucerin juga menaik taraf serum ini dengan bahan tambahan Sistem Pro-Brightening, untuk memberikan keberkesanan yang lebih baik di mana ia mampu membaiki kulit secara mendalam. Sistem Pro-Brightening ini berkesan untuk meningkatkan tahap perlindungan daripada kerosakan sel kulit dan mengekang kemunculan semula bintik hitam.
Eucerin turut mengambil kira permintaan penggunanya di mana botol Booster Serum kini dinaik taraf dan hadir dalam pembungkusan ruang mono bagi memudahkan penggunaan selain membaiki kadar kitaran semulanya. Hadir dalam emulsi ringan bertekstur krim, serum ini mampu memberikan emulsi amat-ringan namun tetap berkhasiat untuk kulit, dan juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

