Meraikan insan tersayang sempena ulang tahun kelahirannya, lazimnya kita akan membeli kek dan menyanyikannya lagu Happy Birthday bersama-sama.

Pun begitu lain pula kisahnya bagi seorang gadis apabila baru-baru ini talah tular video di TikTok yang memaparkan gadis tersebut menerima kejutan seorang  ‘uncle’ yang duduk di meja sebelah semasa sambutan hari lahir di salah sebuah restoran telah mencuri tumpuan.

 

 

 

Apa yang dapat dilihat melalui video tersebut, seorang gadis ini bertemankan rakannya sedang meraikan ulang tahun kelahiran dengan terhidang sepotong kek yang tertulis Happy Birthday di hadapannya.

Man Bai Hadiahkan Lagu ‘Kau Ilhamku’ Untuk Gadis Di Meja Sebelah. Tarik Perhatian & Bikin Ramai Cemburu!

Apa yang menarik perhatian adalah apabila rakannya ingin merakam momen sambutan hari lahir tersebut dan seterusnya ingin menyanyikan lagu Happy Birthday, namun tiba-tiba lelaki di meja sebelah menawarkan diri untuk menyanyikan lagu ‘Kau Ilhamku’.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

IKLAN

 

Man Bai Hadiahkan Lagu ‘Kau Ilhamku’ Untuk Gadis Di Meja Sebelah. Tarik Perhatian & Bikin Ramai Cemburu!

Siapa sangka rupa-rupanya lelaki yang disangka uncle itu,  adalah penyanyi Man Bai yang terkenal bersama kumpulan Gersang  dan kemudian apabila bergerak secara solo,  begitu popular dengan lagu  ‘evergreen’ Kau Ilhamku.

@frh_aqlh This deserved a post! Celebrating my friend’s birthday then suddenly the uncle besides us offered to sing. HE WAS MAN BAI !! Thank you uncle Man bai. We are so lucky 🥹 #malaysiansinger #kauilhamku #fyp #fypシ #foryoupage ♬ original sound – Just Farah

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga melebihi 200K tontonan, 39K tanda suka dan melebih 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut teruja dengan kemunculan Man Bai bahkan  tumpang gembira dengan sambutan Hari Lahir gadis tersebut.

IKLAN

bday gift paling mahal ni 😭

The best birthday gift ever . I jealous 😅

Sir mambai. Thank you for bring back my childhood memory. Simple song but full memories.

Alhamdulillah.. Terbaikk.. suara masih mantap. Bertuahnya siap pakej nyanyi free & wish daripada artis Man Bai.

Terbaik la.. Man Bai nyanyi lagu tu!

IKLAN

Sumber : TikTok @frh_aqlh

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Man Bai Hadiahkan Lagu ‘Kau Ilhamku’ Untuk Gadis Di Meja Sebelah. Tarik Perhatian & Bikin Ramai Cemburu!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI