Tanggal 16 November genap 100 hari usia Ayash Affan, anak keempatnya kepada penyanyi Shuib dan Siti Sarah. Malah, tarikh tersebut juga genap 100 hari Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia akibat covid-19.Dalam perkongsian terbaru di Instagram milik Allahyarham, satu majlis cukur jambul dan aqiqah buat Ayash serta tahlil buat arwah telah diadakan.
Dalam majlis malam ini, Shuib dan anak-anaknya memakai baju serba putih. Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah gelagat Ayash Affan kelihatan sangat comel dan tersenyum tatkala majlis cukur jambul sedang berlangsung.
Rata-rata meluahkan rasa sayu melihat majlis tersebut berlangsung tanpa kehadiran Siti Sarah. Malah, tak kurang yang tersentuh hati melihat senyuman yang diberikan Ayash seolah-olah merasai ‘kehadiran’ ibunya Di Dalam majlis tersebut.
cikda94_MashAllah comelnya..pandainya senyum kat spe tu😍😍
norfazlinmohdsenyum Ayash seperti ibu ada bersama😢😍😍😍semoga Ayash membesar dgn sihat
nurhazwaniabhamidMasyaallah Tabarakallah. Anak soleh senyum dkt sape tu? Cute dooh. Moga jadi anak yg hebat dunia akhirat. Sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T😍😍
surayahafizAyash nampak ibu…sebelah daddy…tu yang ayash senyum….. moga jadi anak yang soleh….berjaya dunia dan akhirat…
Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya. Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasaan sedih kehilangan seseorang akibat kematian merupakan satu luahan emosi yang selalunya dirasai oleh mereka yang kehilangan orang terdekat seperti pasangan hidup, ibu bapa dan anak-anak.
Walaupun itu adalah suatu reaksi yang normal, pun begitu adakalanya ia boleh berpanjangan dan menjadi bertambah teruk sehinggakan menjadi sebab hidup dalam kemurungan dalam tempoh yang panjang.
Berkongsi kisah seorang suami ini umpamanya, sangat terasa sedih dengan kehilangan isteri tercinta dan tidak dinafikan turut berasa murung. Namun tidak mahu diri terus dibelunggu rasa sedemikian, Salim Aman, 62 mengisi waktunya dengan bertanam sayur di bahu jalan kawasan perumahannya.
“Selepas isteri meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa tahun lalu, saya melepaskan kemurungan dengan menghabiskan banyak masa di kawasan tanaman terbabit,” katanya yang turut menanam pelbagai jenis pisang, nanas, betik selain tumbuhan herba dan bunga hiasan.
Beri Percuma
Difahamkan juga daripada petikan berita di Berita Harian, ketika harga sayur semakin mahal namun Salim tidak berkira apabila memberi percuma sayur-sayuran ditanamnya kepada penduduk sekitar kejiranan di Taman Paya Rumput Indah dan Kampung Paya Rumput, Melaka.
Memanfaatkan tanah terbiar dan ruang di bahu jalan di taman berkenaan dengan tanaman kangkung, bendi, cili, serai dan keledek sepanjang lebih 1,000 meter, Salim berkata, dia lebih banyak memberi hasil tani itu secara percuma dan hanya menerima wang jika diberi.
Difahamkan juga sebelum ini pelbagai sayur-sayuran termasuk bayam, kacang, sawi, kalian dan jagung juga diagihkan percuma, namun kini ia mula mengalih kepada tanaman lain mengikut kesesuaian kerana ruang yang agak terhad.
Peraih Datang Beli
Apa yang melegakan, ramai juga peraih yang datang untuk membeli terutama pisang yang dijualnya dengan harga jauh lebih rendah daripada pasaran.
Menggunakan air paip dari rumah yang berjarak lebih tiga kilometer menerusi paip getah untuk menyiram tanaman, Salim menganggap berbudi kepada tanah mampu membawa pulangan yang memuaskan. Usahanya juga menampilkan pemandangan menghijau di bahu jalan dan kawasan taman perumahan berkenaan.
“Saya buat sendiri kerja-kerja membaja dan meracun selepas solat Subuh, Zuhur dan Asar,” katanya.
Bukan calang-calang ibu ayah untuk membesarkan anak autisme. Cabaran sikap anak-anak sebegini memang menduga kesabaran.
Namun, hasil didikan yang betul anak-anak ini mampu berdikari dan bersikap baik.
Begitulah yang diceritakan oleh pemilik akaun facebook, Tuan Amir Danau yang berkongsi kisah anaknya seorang autisme jenis ADD + Aspergers.
Katanya sejak kecil anaknya dianggap sebagai seorang yang biadap disebabkan sikap yang tidak sensitifnya.
Namun ia tidak menjadi alasan untuk beliau dan isteri lepas tangan untuk membiarkan membesar dengan sikap begitu.
Berkat sabar dan ilmu yang ada, anak keduanya itu mempunyai kendiri yang baik sebagaimana yang dikongsikannya di facebooknya.
Seterusnya ikuti kisahnya. Moga jadi inspirasi!
NI ANAK NOMBOR DUA AKU, ISTIMEWA SIKIT LAH
Ni anak no.2 aku. Huzaeer nama dia. Sekarang umur dia dah 17 tahun. Dia yang ada ADD + Aspergers (ADD ni dalam kategori Autistik/autism jugak) tu. Bila ADD ni banyak jugak jenisnya dan minatnya.
Macam anak aku yang ni, dari kecik kalau dia pergi mana pun, biasanya orang akan cakap dia ni biadab, tak reti hormat orang dan tak sensitif langsung.
Tau pasal apa? Pasal dia memang jujur je, tak reti bohong. Dia akan cakap apa yang dia nak cakap. Kira kalau kau merokok depan dia, depan kau dia akan cakap jangan merokok. Merokok ni bahaya bla bla bla. Tak kisah depan siapa pun.
Anak ni aku besarkan lain sikit dari yang Hyper tu. Tapi tetap aku masukkan elemen tegas supaya dia tahu dalam rumah ada lagi orang yang lebih berkuasa yang kadang-kadang dia kena pilih untuk tolak tepi logik dia dan terima logik dari aku. Susah sikit tapi aku percaya, tak mustahil.
Pernah tu aku nak ajak semua keluar pergi masuk hutan yang ada sungai. Semua seronok. Sampai dekat dia, dia jawab,
“Nak pergi mana? It’s okey. Huzaeer taknak ikut. “
“Huzaeer, follow. Semua ikut. Dedi nak semua ikut.”
“But, why? Hurm, okey..”
Dia pun siap-siap lah dengan muka agak bosan. Bila sampai je sungai tu, dia start perangai bersahaja dia lagi. Macam nak taknak gitu lah. Mata dok hadap phone, telinga ada earphone.
“Jom, dah sampai “
“Huzaeer tak follow kot, duduk dalam kereta je”
“Follow lah, jom jom jom. Semua adik-adik dah turun ni”
“It’s my life, I have my own rule”
Dia cakap macam tu, tercabar jugak aku. Kalau anak normal lain yang cakap macam ni, memang aku dah rulerkan je kepala tu tau. Tapi layan anak yang ADD ni, jawapan kau kena bagi dia berfikir dan nampak logik. Sabar kena tinggi. Kalau layan sangat nanti letih dan hilang power, kena tengah-tengah.
“Ya i know. I have my own rule too. You duduk dengan dedi, naik kereta dedi so you kena follow Dedi punya rule. Thank you “
Dia macam biasa, dia pending kejap lepas tu dia kemas-kemas barang dia, dia turun. Bila dah masuk hutan, dia lah yang paling seronok. First time tengok benda-benda real yang selama ni dia tengok dan baca dalam internet je, hari tu dia dapat tengok depan mata.
“Dedi, lepas ni kalau nak datang sini bagitau lah. Senang saya nak siapkan kelengkapan saya”
Haa tau pun seronok. Ingat rule aku suka-suka ke. Ni Tuan Amir Danau lah, mana aku bawak anak jantan tu semuanya bersebab. Aku nak korang lasak dan belajar erti kejantanan dan tanggungjawab.
Memang mencabar
Membesarkan si anak no.2 ni memang agak mencabar. Kau boleh tegas, tapi kena selitkan permainan psikologi tu lebih sikit. Kau kena explain, kena bagi dia faham. Bila dia faham, senang sikit nak susun tu. Bila dia tak faham, kalau kau tak kuat hati, memang rasa nak pulas je tangan dia sampai dia menjerit. Dia akan persoalkan kaw-kaw. Bila kau tak dapat jawab, kan ke rasa tercabar. Rasa kalah sikit lah. Kalau Conor Mcgregor yang persoalkan ni, boleh lagi kita nak kicapkan sampai menggelupur mintak nyawa. Ni anak, mana nak lepas. Sabar je lah boleh kan. Kah kah.
Ini belum cerita part suruh buat kerja lagi. Kalau kau bagi arahan tak spesifik dekat dia contohnya kau bagi arahan macam ni,
“Huzaeer, tolong kemas rumah ya. Basuh pinggan dengan lap meja “
Dia angguk. Lepas dia habis buat kerja dia, kau akan tengok yang lain masih bersepah, pinggan dengan meja je setel. Haa ini pun masalah besar. Awal-awal tu memang rasa macam nak baringkan dia dekat atas meja makan, panjat tangga terus lompat hentak je kan. Bila tengok muka dia, oh ok. Masih anak. Nasib baik.
Boleh bayang tak kesabaran tu macam mana? Tapi aku seronok, ni ujian aku dengan isteri sebab Allah pilih berdepan uruskan anak istimewa ni.
Sungguh awal tu, aku mental juga. Lama-lama aku belajar untuk faham, dan sekarang aku dah faham. Aku jadi seronok. Benda ni ajar aku banyak sangat tentang kehidupan.
Anak ADD + Aspergers ni memang Rare. Dia ada banyak kelebihan lain, banyak lah juga kekurangannya. Kalau dia minat sesuatu tu, esok memang jadi je benda alah tu. Dekat rumah aku ni apa je dia tak buat sendiri? Panah? Sumpit? Beyblade? Pistol? Semua dia buat pakai barangan dia je. Last hari tu dia pernah request nak barang apa tah suruh belikan dekat farmasi. Bila tanya nak buat apa? Dia cakap nak buat bom. Dia tak melawak. Sebab ADD ni kalau buat lawak memang tak akan kelakar. Dia bukan macam korang yang tengok muka pun dah kelakar. Dia memang serius nak buat bom. Dan aku percaya kalau kitorang layan, mesti bom tu jadi.
Silap-silap bilik dia tu meletup dulu tempat dia uji bom dia. Banyak pulak duit aku nak melayan eksperimen yang boleh hanguskan duit gila-gila tu kan.
Seram kadang-kadang.
Hari demi hari, tahun berganti tahun, Alhamdulillah, banyak perubahan dekat Huzaeer ni. Untuk pengetahuan korang, kerja rumah dekat rumah ni hampir 70% dia yang buat, dari basuh baju, sidai baju, mandikan adik, cebok adik, buatkan makanan untuk adik, gosok baju, sapu lantai bagai.
Paling rare sekali semalam lah, dia borak dengan bini aku. Katanya sekarang dia solat dah penuh dah. Dari kehidupan yang tak tahu menahu pasal agama, pasal surah yang perlu di baca. Hari ni, kalau tak solat tu dia rasa tak selesa, rasa tak boleh tidur, gelisah semacam. Bila solat, dia senang tidur. Dia jadi tenang sikit. Dia dah macam excited dengan bab-bab agama ni. Nak tau lagi dalam. Walaupun sebelum ni aku rasa dia budak yang penuh dengan logik, bab tak logik ni payah dia nak terima.
Nak dijadikan cerita satu hari tu, barang dia hilang. Puas dia cari tak jumpa. Dia tanya bini aku, bini aku suruh dia doa dekat Tuhan. Kena yakin, Mohon pada Tuhan. Mesti jumpa nanti. Dia pun pergi, kejap tu dia masuk bilik bukan main happy. Dia dah jumpa barang dia lepas dia doa. Start situ dia jadi yakin banyak sikit dengan agama ni.
Pagi tadi aku whatsapp dia, suruh dia download Apps Muslim Pro. Aku suruh dia baca macam buku cerita je terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Biar dia tahu apa yang ada dalam Al-Quran tu yang boleh dia relatekan dengan Sains yang dia belajar.
“Huzaeer, kalau free ke atau rasa nak tau kisah-kisah power. Nanti u biasakanlah baca terjemahan Al-Quran. Baca sampai habis. Dalam tu banyak cerita yang sangat power. Tu direct dari Tuhan tu, Allah ceritakan macam-macam kisah. U minat sains kan? Dalam tu, Allah ceritakan Tentang hukum, peraturan hidup, tentang rumahtangga, tentang kejadian bumi, tentang sifat yang baik, tentang angkasa lepas, sejarah nabi-nabi dulu, tentang hak-hak dan banyak lagi. “
Kau tahu dia balas apa?
Dia payung Bluetick je. Kah kah. Ni memang perangai dia. Bila dia bukak lambat whatsapp tu, dia memang takkan balas. Sebab dia rasa macam malu nak balas sebab dah lambat.
Mudah-mudahan membesar jadi pejuang agama yang tegas dan tak mudah di manipulasi oleh kelompok-kelompok yang berkepentingan.
Kena ada tegas dalam mendidik
Untuk korang yang ada anak ADD+Aspergers ni, memang kena kuat semangat sikit. Dalam melayan kena ada tegas, supaya anak tu tetap dahulukan kita daripada pandangan dia sendiri. Dari awal aku risau gila dengan anak ni, bila hidup dia dengan speaking je, dengan layan serba serbi lifestyle western. Sampai aku cakap ke bini aku, kebiasaannya spesis macam ni kalau dibiarkan, silap-silap jadi atheis. Sebab depa ni hidup dia penuh dengan persoalan yang dia sangat-sangat perlukan jawapan.
Kalau tak layan atau jawab endah tak endah, haa bahaya.
Apapun, kuat semangat semua ibu-ibu, ayah-ayah yang terpilih dapat anak-anak istimewa ni.
P/s : Dua orang anak aku yang sikit istimewa ni. Sorang ADD sorang lagi ADHD. Yang ADHD hari tu aku dah ceritakan? ADD ni dia pendiam dan buat hal sendiri, ADHD ni pulak dia hyper, kuat bercakap, kuat menyibuk, dan suka tanya soalan yang dia dah tau. Dia tak boleh diam. Bayangkan macam mana nak susun mental layan dua jenis yang berlawanan. Tapi dengan ADHD ni aku tak berapa bagi chance sangat, sebab hati dia sekarang dah tak senang koyak. Yang ADD je aku layan sikit tenang, tapi ada tegas dia jugak lah.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...