Siapa tak kenal dengan youtuber Jepun yang terkenal dengan video-video masakan iaiatu Bayashi. Bagi peminat saluran Bayasyi TV pasti anda akan teruja setiap kali pemuda ini memuatnaik video masakan yang terlihat sangat enak.
Namun yang lebih menerujakan adalah apabila baru-baru ini Bayashi TV telah memuatnaik video masakan bersama pendakwah bebas yang sangat terkenal di Malaysia, Ustaz Ebit Lew.
Rata-rata penonton tidak menyangka akan jalinan kerjasama di antara kedua pempengaruh ini dan apa yang membuatkan rakyat Malaysia bangga adalah masakan yang dimasak oleh mereka adalah nasi goreng yang sangat terkenal di negara kita.
Dalam video itu mereka berdua memasak Nasi Goreng Kampung bersama-sama. Kemudian mereka merasai sendiri hasil masakan tersebut sambil berkata “Sangat Sedap”.
Rata-rata peminat Bayashi terkejut apabila melihat Ustaz Ebit Lew ada di dalam video berkenaan.
Ads
Mereka merasakan agak janggal apabila melihat ada orang Malaysia boleh berkolaborasi dengan YouTuber tersebut.
Pada dua minggu lalu Bayashi TV telah berkongsi video beliau memasak bersama dengan seorang lagi YouTuber terkenal dari US, MrBeast.
Pada akhir video berkenaan, Ustaz Ebit Lew dan Bayashi membungkus sebahagian nasi goreng yang mereka masak dan pergi berjumpa dengan seorang gelandangan di sebuah taman.
Ads
Mereka memberikan bungkusan makanan itu dan air. Kelihatan juga Bayashi turut memberikan sejumlah wang dipercayai hasil pemberian Ustaz Ebit Lew kepada gelandangan itu.
Kisah Ustaz Ebit Lew pergi ke luar negara dan buat kerja amal di luar negara bukanlah satu perkara yang asing. Sebelum ini beliau pernah ke Indonesia, Korea dan juga Syria.
Bagi yang minat berkebun di rumah, tak payah nak beli baja untuk suburkan tanaman,. Guna bahan dari dalam rumah je. Ibu-ibu lepas ni, sila simpan kulit telur tu setiap kali lepas memasak.
Sebabnya kulit telur ni kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanaman. nak tahu caranya, jom cuba tip yang dikongsikan oleh Zureena Nor Hakim. Telur semua orang suka kan.
Nak-nak musim PKP ni. Sayangnya kalau kulit telur tu dibuang saja.
Apa kata kita buat baja untuk tanaman.
Apa kelebihan baja kulit telur ini?
Actually kulit telur kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanah.
Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah.
Selain itu, baja dari kulit telur juga merupakan bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan bahaya kepada alam sekitar.
Jom kita buat baja organik! Cara membuat:
1. Kumpulkan kulit telur yang telah digunakan. Bilas sedikit dengan air bagi menghilangkan lendir telur putih
2. Hancurkan sedikit. Ramas kulit telur dengan tangan.
3. Disangai sehingga kekuningan.
4. Dikisar dengan pengisar kering.
5. Taburkan disekeliling tanaman.
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
Rumah pusaka peninggalan orang tua tentunya menyimpan 1001 kenangan buat setiap ahli keluarganya.
Di situlah kita adik beradik membesar bersama, ada kisah suka, gembira, duka mahu pun sedih dan mana mungkin rumah pusaka tersebut tergamak dibiarkan sepi setelah ketiadaan ibu dan ayah disisi.
Atas sebab itu juga, adik beradik Puan Norlinda membuat keputusan untuk mengecat semula rumah pusaka peninggalan orang tuanya bersempena meraikan Hari Raya yang akan datang.
Pujian harus diberikan kepada keluarga besar ini kerana sepakat adik beradik dan semoga turut memberi inspirasi buat keluarga yang lain dalam menghargai rumah peninggalan orang tua di kampung.
Rumah tempat jatuh lagi dikenang…
“Setelah 6 tahun arwah ayah dan ibu meninggalkan kami 11 beradik… upgrade rumah pusaka oleh anak menantu dan cucu…”- Norlinda Bt Johari Nlin
Menurut Puan Norlinda, akan ada lagi fasa kedua untuk memperbetulkan atap rumah. Buat sementara waktu, mana yang bocor dibaik pulih sahaja.
Semua ahli keluarga bergotong royong memperindahkan rumah pusaka.Pastinya kerja-kerja sebegini bukan sahaja menjadi lebih cepat disiapkan malah apa yang lebih bernilai adalah moment dapat berkumpul bersama adik beradik, anak-anak, menantu dan cucu-cucu.
Menyuntik keunikan dan kecantikan rumah pusaka ini, keluarga ini turut memberi sentuhan tradisional dengan lukisan tangan berbentuk ukiran kerawang di bahagian hadapan rumah. Nyata nampak begitu unik dan tersendiri.
Pastinya, Hari Raya tahun ini cukup istimewa buat keluarga besar Puan Norlinda.
Sumber : Norlinda Bt Johari Nlin via Deko Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mana yang tak banggakan bila anak-anak berjaya dalam pelajaran. Segala penat lelah dan usaha selama ini akan berbaloi dengan keputusan yang terpampang di depan mata. Demikian juga dengan ibu bertuah ini bila mana anaknya mencapai kejayaan.
Namanya tidak pernah tercicir dari senarai 10 pelajar terbaik di sekolah. Usaha gigihnya yang sentiasa mengulang kaji pelajaran dan tidak suka membuang masa antara faktor yang membolehkan dia mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR sebelum ini.
Muhammad Zaki Mahdi bin Chamam, muncul sebagai anak Melayu pertama yang memperoleh 8A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).
“Zaki merupakan seorang yang sensitif dan boleh dikatakan manja. Selagi kerja rumah atau hasrat dia tidak saya turut selagi itu dia tidak akan berhenti berusaha. Dalam erti kata lain dia seorang yang konsisten dan tahu apa yang dia nak.
Dia juga lebih suka habiskan masa dengan membaca buku cerita pada waktu lapang. Sekiranya kami ke Ampang Point, kedai buku Popular sudah menjadi keutamaan untuk dia singgah. Selain itu, di rumah dia ada jadual belajar sendiri yang memang dia akan ikut sepenuhnya.
“Malah, dia rajin buat peta minda dengan pen warna-warni. Zaki juga gemar membaca buku cerita. Untuk memperbaiki bahasa Mandarin saya bawa dia ke kedai buku Popular dan belikan buku cerita yang dia pilih sendiri. Setiap buku cerita yang dibeli pasti Zaki akan meminta saya balut terlebih dahulu.
“Seminggu 3 kali mereka akan ikuti kelas bimbingan untuk mata pelajaran UPSR. Saya menyediakan mereka dengan pelbagai jenis kamus sebagai bahan rujukan. Saya juga beli kan buku latih tubi sebagai persediaan dan saya akan tetapkan masa seperti peperiksaan sebenar agar mereka terbiasa untuk menyiapkan soalan dalam masa yang ditetapkan. Selain dari itu saya juga menyediakan whiteboard untuk mereka gunakan sebagai alat bantuan agar dapat ajar satu sama lain,”jelas Nurhidayu ibu kepada si kembar Muhammad Aqil Mahdi dan Muhammad Zaki Mahdi ketika ditemu bual oleh Majalah Keluarga baru-baru ini.
Kembar tidak bermakna minat dan pemikiran sama. Namun satu kelebihannya mereka punya hati dan perasaan yang sama. Saling menyayangi dan tidak wujud perasaan iri hati jauh sekali cemburu biarpun salah seorang daripada mereka lebih berjaya.
“Waktu mengambil keputusan UPSR baru-baru ini, saya dari awal sudah tahu keputusan mereka kerana menerima melalui SMS. Sebagai ibu, saya rasa gembira dan terharu sehingga menitis air mata.
“Cuma saya kena bijak main peranan supaya tidak ada yang terasa hati. Walaupun abang tidak mendapat A dalam Bahasa Mandarin, tetapi dia seolah olah dapat menjangka yang adiknya pasti mendapat keputusan lebih baik dan dia turut rasa bangga atas pencapaian adiknya.
“Keputusan Zaki mendapat 8A’s juga semuanya atas izin Allah SWT. Saya selalu mengingatkan Aqil dan Zaki, UPSR hanya permulaan, mereka perlu tempuh ujian yang lebih besar lagi selepas ini. Justeru, sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan anak-anak saya akan mendapat keputusan yang cemerlang juga di PT3 dan SPM.
“Bab layanan tidak timbul soal berat sebelah kerana sejak dahulu lagi saya berusaha sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata baik abang mahupun adik. Soal gaduh itu perkara biasa nama pun adik- beradik kan. Oleh kerana mereka belajar di SJKC, setiap Sabtu dan Ahad pagi mereka akan belajar agama dan mengaji Al-Quran di Azraq Center. Selepas itu kami akan melakukan aktiviti bersama seperti bermain badminton di Sport Planet, roller blade di Taman Cabaran Putrajaya, berenang di rumah. Aktiviti seperti ini setiap minggu saya akan ganti-ganti agar mereka tidak bosan.
“Pada hujung minggu juga saya akan bawa Aqil Zaki untuk berjumpa atok dan nyang mereka di Kota Warisan Sepang. Bila di rumah atok pasti Tok Wan akan masakan kari ayam lauk kegemaran Aqil Zaki. Di sana mereka juga akan meluangkan masa bermain bersama sepupu,” ujar Nurhidayu Kamaludin sambil memberitahu anaknya gemar makan bijirin dengan susu sebelum pergi sekolah dan setiap hujung minggu dia akan bawa anak-anak ke bakery untuk memilih roti kegemaran mereka sebagai bekal sekolah.
Memegang jawatan sebagai Regional Sales Manager, GeoTeric di salah sebuah syarikat oil & gas services, Nurhidayu bagaimanapun tidak mahu kerjaya menyebabkan masanya dengan anak-anak terbatas. Bahkan, setiap kali menjelang peperiksaan baik dia mahupun suami, Chamam Zulkarnen yang bertugas sebagai Freelance Konsultant Geophysicist sentiasa menadah telinga dan membuka mata untuk anak-anak andai diperlukan.
“Satu yang penting apabila menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan adalah menyediakan pelbagai kamus supaya mereka dapat banyak manfaat daripadanya. Saya dan suami tiada pengetahuan dengan Bahasa Mandarin, jadi kami kena banyak guna kamus untuk membantu mereka. Sebab itu saya belikan pelbagai kamus kerana dapat memahami banyak perkataan baru.
“Dua minggu sebelum UPSR, ibu saya iaitu nenek kepada Aqil dan Zaki yang telah pun bersara merupakan seorang guru bahasa Melayu, turut membantu mereka mengulang kaji dalam subjek bahasa Melayu. Sehari sebelum peperiksaan, saya mengingatkan mereka untuk menelefon nenek dan atok agar mendoakan kejayaan buat mereka.
“Ketika hari peperiksaan UPSR saya memberi mereka motivasi dengan menghantar mereka ke sekolah dan teman mereka ulang kaji di dewan sekolah sehingga lah loceng berbunyi. Saya cuma berpesan, lakukan yang terbaik dan berserah pada Allah. Sekiranya panik ingat pada Allah dan berdoa lah.
“Kami tidak pernah bertanya bagaimana kertas soalan peperiksaan pada hari tersebut sehingga lah semua kertas UPSR telah selesai sepenuhnya. Yang sudah selesai tidak perlu dibicarakan. Fokus pada kertas yang seterusnya,” ujar Nurhidayu lagi sambil memberitahu anak-anaknya juga seperti kanak-kanak lain yang berminat main game dan mereka hanya boleh berbuat demikian pada hujung minggu selepas selesai kerja sekolah dan membasuh kasut.
Ditanya mengenai pemakanan untuk anak-anaknya, akui Nurhidayu selain bijirin dan susu, menu sayur antara yang wajib ada di meja makan baik siang mahupun malam.
“Sejak dari kecil mereka suka makan sayur. Sayur kegemaran mereka seperti bayam, kacang panjang, sawi dan kangkung. Susu pula minuman pilihan selepas makan malam dan sarapan mereka. Setiap minggu saya akan masak tempe dan tauhu goreng buat mereka. Selain dari itu Zaki juga suka sangat makan telur mata separuh masak. Alhamdulillah mereka pengemar sayur tetapi kurang gemar makan daging dan tidak makan seafood. Nasi goreng cina dan nasi goreng telur menjadi pilihan bila makan di luar.
“Saya jadikan waktu makan dan hujung minggu sebagai waktu bersama-sama keluarga. Oleh itu pada waktu makan malam saya akan sentiasa bertanya kegiatan dan kejadian yang berlaku seharian di sekolah. Masakan spegetti bolognise yang saya masak merupakan makanan kegemaran Zaki. Oleh itu hujung minggu saya akan hidangkan untuk mereka.
“Buah yang mereka makan hanya Buah Naga yang berwarna merah. Buah ni dari kecil mereka makan sampai lah sekarang. Kalau buah lain mereka akan makan kalau dipaksa. Kalau bab makan mereka banyak persamaan tetapi hobi sedikit berbeza, Aqil suka membaca komik dan aktiviti lasak manakala Zaki pula suka membaca buku terutama novel selain melukis.
Ditanya sama ada akan terus belajar di SJKC selepas ini, Zaki hanya menggelengkan kepala kerana dia kini sudah ada impian lain iaitu ingin menyambung pengajian di Sekolah Aminuddin Baki bersama abangnya, Aqil jika ada rezeki dan terpilih.
“Sebagai ibu, saya tidak akan memaksa mereka untuk sambung belajar di sekolah menengah cina. Saya akur dengan pilihan mereka untuk tidak sambung belajar di sekolah menengah cina. Saya sendiri telah melihat bagaimana mereka luangkan masa mengulangkaji dan cuba memahami mata pelajaran yang tidak mampu saya ajar sendiri.
“Saya cuma boleh support mereka dengan membayar kelas tambahan. Kami hanya dapat mengajar mereka subjek Bahasa Melayu dan English sahaja. Matematik dan Sains semua nya dalam bahasa Mandarin.
‘Satu lagi, saya dan suami elakkan gajet pada anak-anak. Cuma apabila mereka capai kejayaan dalam UPSR jadi saya belikan hadiah telefon kerana itu yang mereka inginkan. Cuma jika mereka mahu belajar bahasa Mandarin, saya berikan telefon saya kerana ada apps di dalamnya yang boleh membantu mereka. Malah, kami tahu siapa kawan mereka dan dengan siapa mereka bergaul. Saya suka mereka bawa kawan ke rumah, saya akan memasak dan mereka akan makan bersama.
“Alhamdullillah mereka hargai pengorbanan yang kami lalukan buat mereka. Terima kasih Zaki dan Aqil telah berusaha dan juga membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya berpesan kepada mereka agar lakukan yang terbaik untuk PT3 dan SPM agar terus mengharumkan nama bangsa Melayu,”ujar Nurhidayu lagi.
Tip belajar dari Zaki
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.