Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dalam bersahabat kena saling membantu antara satu sama lain. Apabila salah seorang ditimpa musibah, maka sebagai sahabat kena menghulur tangan membantu apa yang patut.
Melihat perkongsian dari rakan Tiktok yang menggunakan nama samaran Long Chicken 69, pastinya menyentuh hati, betapa indahnya mempunyai sahabat yang sangat prihatin.
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan menghantar barang-barang dapur untuk kawannya yang serdang menjalani kuarantin akibat cov1d-19.
Setelah meletakkan batanagn keperluan tersebut Di hadapan pintu pagar , dia kemudiannya memanggil sahabatnya untuk mengambil makanan berkenaan.
Ads
Namun apa yang melucukan, sahabatnya keluar sambil bergurau mengejarnya membuatkan warganet terhibur menyaksikan video berkenaan. Lucu apabila lelaki tersebut siap membaling rokok dari supaya kawannya tidak mendekati namun tidak dihiraukan.
Rata-rata yang menonton memuji ikatan persahabatan antara mereka.
Minggu ini sudah tentu ada yang akan pulang ke kampung meraikan hari raya bersama ibu ayah di kampung.
Perasaan teruja pastinya berganda pada tahun ini apabila dua tahun tidak merainya bersama setelah dilanda wabak Covid-19.
Kini kita ke arah endemik, sudah tidak merancang pulang ke kampung dalam tempoh yang lama. Jadi sudah tentu meninggalkan kediaman dalam tempoh itu. Bagi yang bercucuk tanam sudah tentu bimbang jika tanaman akan layu jika berhari-hari tidak pulang ke rumah.
Sudah tentu mereka akan mencari tip untuk memastikan tanaman kekal subur walaupun kita tiada di rumah.
Sebagaimana perkongsian Lina Sahedin menunjukkan cara yang mudah untuk memastikan pokok tidak layu.
Dia hanya menggunakan plastik dan getah yang diletakkan pada tanaman. Seterusnya ikuti perkongsiannya.
“Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Kebetulan hari ini saya nak balik kampung.
Cara yang mudah tanpa keluar modal yang banyak sebab saya banyak juga pasu depan ,belakang dan tepi rumah… Kebetulan hari raya pun semakin hampir ,semua sahabat boleh buat begini..”
Langkah pertama
Pastikan bungkusan air tidak diikat terlalu ketat.
Langkah ke dua
Letakkan di dalam pasu dan kemudian cucukkan bungkusan tadi dengan jarum peniti .
Langkah ketiga
Cucukkan juga garfu plastik di dalam pasu agar kedudukan bungkusan berisi air tadi terletak elok.
Sumber: Lina Sahedin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lazimnya anak-anak akan tidur lasak dan tidaklah sesuatu yang pelik jika cadar yang digunakan boleh beralih kedudukannya malah lagi ‘kreatif’ dijadikan selimut, dua dalam satu katanya.
Bila tengok semua ini, memang boleh mengundang marah di hati ibu. Lebih-lebih lagi jika sudah terlambat ke tempat kerja. Mana mungkin sempat mengemas nak tarik cadar agar tegang, sudahnya kita biarkan sahaja bilik tersebut sehinggalah dikemas semula sebelum tidur. Inilah rutin harian yang sering dilakukan!
Tapi untuk lebih mudah apa kata anda cuba menggunakan cadar quilt patchwork. Dikatakan cadar ini apabila diletakkan di atas tilam akan terletak rapi kerana ia berat dan mudahlah untuk anda pastikan tempat tidur anak-anak terlihat kemas.
Selain itu, cadar jenis ini mempunyai corak yang cukup menarik yang dihasilkan daripada 100% cotton.
Persoalannya bagaimana pula untuk menjaga cadar quilt patchwork ini agar tahan lama? Nak tahu caranya, jom semak perkongsian Nova Adila Erizal
[su_highlight background=”#f0f0f7″ color=”#120c52″]Berikut tip yang perlu kita ambil perhatian:[/su_highlight]
Caranya:
Rendamkan cadar selama satu jam dengan ½ cawan baking soda bersama air suam (bukan panas) sebelum dicuci. Kemudian cuci seperti biasa dalam mesin dengan mencampurkan ½ cawan baking soda lagi. Baking soda yang di campur sabun pencuci menjadikan cucian lebih bersih dan lembut.
2.Sentiasa asingkan basuhan dengan pakaian lain yang berzip, bercangkuk atau apa-apa yang tajam. Sarung bantalnya juga diasingkan pembasuhan dengan cadar (bedspread) – atau gunakan ‘washing bag’ kerana sarung bantal ada zip yang tajam, risau akan mudah terentas alur-alur jahitannya.
3.Sebaiknya jemur cadar di kawasan teduh dan tidak terlampau panas dengan sinar matahari. Begitu juga dengan cara menyimpan cadar – jangan direct dengan terik mentari, fabrik mudah rosak nanti.
4.Gunakan pencuci yang lembut setiap kali basuhan, jangan sesekali gunakan harsh detergent atau peluntur.
5.Untuk penyimpanan cadar, pastikan cadar betul-betul bersih untuk mengelakkan kulapuk dan sebagainya. Elakkan penyimpanan cadar dalam plastik terlalu lama – cadar juga perlu ‘bernafas’. Antara kaedah yang baik adalah melipat kemas cadar dan masukkan dalam sarung bantal kapas yang lain, baru disimpan dalam almari.
Sumber : Nova Adila Erizal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan ini banyak memberi inspirasi dan menjadi idola pada pasangan muda lain. Hidup diulit kemewahan namun mereka cukup simple dan tidak pernah riak jauh sekali sombong dengan harta dunia.
Pengisian hidup mereka banyak menjurus kepada membantu mereka yang memerlukan. Malah, masa dihabiskan ke luar negara terutama berkunjung ke negara-negara bergolak untuk menyalurkan sumbangan.
Baru-baru ini menerusi perkongsian bersama Zayan, Noh Salleh, penyanyi utama Kumpulan Hujan. Kisah hidupnya di samping isteri tersayang Mizz Nina. Cukup berinpirasi dan moga kita mendapt manfaat daripadanya.
Mengakui hidupnya dahulu lebih kepada muzik. Namun kini segalanya berubah, muzik hanya 20-30 peratus manakala 70 peratus santai.
“Memang rugi boleh kaut duit kalau all out, tapi kau rasa masa yang ada dengan duit yang dihabiskan lebih baik habiskan masa dengan keluarga, buat kebajikan. Dulu asyik show ke sana ke mari, temu ramah dan sebagainya. Sekarang lepas kahwin rasa perlu slow down.
“Dulu masyuk giler tapi bila Nina ajak melancong padahal dulu masa dengan Kumpulan Hujan tak terfikir nak duduk di tepi pantai dan reflect semula hidup. Fikir sekejap apa tujuan Tuhan letak aku di posisi ini.
Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengakui hidupnya berubah ke arah lebih baik atas dorongan isterinya, Mizz Nina.
“Waktu kahwin dengan Nina, orang anggap aku yang mengubah dia tapi salah. Sebenarnya Nina yang ubah Noh. Kalau dia tak de dia rasanya aku lagi teruk, hidap dadah semua.
“Kalau tanya tanggung jawab aku, aku sokong je apa yang dia buat sebab tu perfect. Sekarang dia nak belajar secara online, habis kelas contoh dia punya tugasan lepas belajar surah An-Nisa, habis dia belajar seminggu dua minggu tugas saya untuk bagitahu tiga orang dan terangkan kepada mereka.
“Jadi pagi-pagi Nina akan panggi aku, Sayang awak tahu sebab surah ni? Jadi aku pun dapat ilmu. Nina ni memang lain dari yang lain. Tanpa dipaksa itu memang keinginan dia sendiri. Memang rare hidayah dia,” ujar Noh sambil mengakui Nina ‘dicampakkan’ dari syurga untuk dirinya.
Ditanya perjalanan yang mereka lalui dalam mendapatkan anak, akui Noh bukan sesuatu yang mudah. Cukup perit bagi seorang suami apabila melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh isterinya Nina.
“Tahun pertama kami tak cuba, tapi tahun kedua dalam masa enam tahun turun naik hospital untuk IVF, cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle, tiba-tiba dia emosi. Ya Alllah all out weh, sampai sekarang aku kesian. Bila nak buat IVF kena ambil telur tu kan benda tu sakit dan aku pernah tengok dia mengerang sakit.
“Dalam kesakitan yang bergegar-gegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas. Aku macam Ya Allah. Ni untuk Allah dia cakap, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak.
“Rasa cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak. Dugaan tengok kawan-kawan kahwin satu dulu macam seronok juga kahwin kan. Rupanya lepas kahwin dia bagi anak pula, memang sentap. Aku rasa seronoknya bila tengok. Tapi mungkin Tuhan tengok kita tak bersedia aku rasa. Income pun tak betul sibuk nak besarkan anak orang,”jelas Noh lagi.
Akui Noh lagi, isteri kesayangannya itu jenis yang suka berterus terang jika ada masalah.
“Apa yang Tuhan bagi sekarang dah cukup. Orang tengok sukses ini macam-macam lapisan kan. Tapi berjaya itu subjektif. bagi aku apa yang dah ada dan rezeki lebih, inilah masanya untuk bagi balik. Sebenarnya apa yang Tuhan bagi itu bukan kepunyaan anda, tapi itu adalah milik orang yang memerlukan.
“Awak diamanahkan untuk bagi balik dan aku dah diberi tanggung jawab, kau terkenal untuk apa sudah tentu orang dengar suara kau dan aku tahu kerja aku untuk menginspirasikan orang lain, untuk memberi kesedaran dan membantu mereka buat baik.
“Bukan nak tunjuk baik, memang perkara baik itulah tanggung jawab kita. Aku cuma meletakkan tanggung jawab aku, merisikokan hidup aku untuk pergi sana dan bagitahu anda benda ini memang betul terjadi dan masih terjadi. Ramai orang tenat dan kita yang tenang kat Malaysia ni buat apa?
“Terserah sekarang ini aku nak jadi diri aku, aku buka baju lah. Kalau kau rasa benda tu negatif, dan terserah. Dan kalau kau fikir aku ni luaran jahat, tapi apa yang aku buat ni menyumbang lebih kepada komuniti daripada kau yang acah-acah ustaz tapi tak buat apa.
“Lebih baik lantang dan lebih menyumbang daripada diam kutuk-kutuk orang dekat sosial media mencampak batu menyorok tangan tapi tak menyumbang apa-apa”. Perkongsian daripada Noh Salleh.