Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang boleh diungkapkan dengan wanita ini. Melihatkan rupa keretanya mungkin ramai menyangka, pemandunya sudah tiada lagi. Namun Allah masih mengasihinya.
Tarikh 23 Mac yang lalu pasti menjadi detik yang sukar untuk dilupakan oleh Farah Amirah lebih mesra dengan panggilan(Famie). Dia yang memandu sebuah kereta Perodua Bezza terlibat dengan kemalangan arah Bulatan kemajuan ke Bulatan Selangor, Seksyen 15 berhampiran Kompleks Media Karangkraf .
Dalam kejadian tersebut, pemandu sebuah lagi kenderaan maut di tempat kejadian manakala Famie dikejarkan ke Hospital Shah Alam. Famie mengalami Kecederaan di bahagian kepala dan bahagian kaki(lutut dan peha) Kepala berjahit dan 3 kali menjalani pembedahan bahagian kaki.
“Dalam tempoh seminggu, ‘mimpi ngeri’ itu bertukar menjadi kenangan yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila,” Demikian luahan Famie yang terpaksa melangsungkan pernikahan di atas “stretcher”.
Ads
Kakitangan Islamic Relief Malaysia (IRM) memberitahu, terpaksa meneruskan majlis tersebut kerana kad undangan telah diedarkan kepada tetamu.
Ads
Sementara menunggu proses untuk keluar daripada hospital dan Ambulans, Famie bersiap dengan berbaju pengantin, berinai di Hospital. Famie yang dibawa keluar hospital Pantai Klang menggunakan ambulan dan berada di atas ‘stretcher’, tetap gembira ketika melangsungkan akad nikah kerana dapat memenuhi impian dan harapan keluarga.
Ads
“Dalam tempoh mendapatkan rawatan di hospital saya hanya berdoa untuk diberi kekuatan bagi meneruskan majlis pernikahan yang sudah dirancang.
“Ketika kejadian memang saya tak sedar, dan tak percayapun saya boleh selamat apabila melihat gambar kedua-dua kereta remuk teruk.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan dapat meneruskan hari bersejarah kami walaupun terpaksa berada di atas katil,” katanya.
Jika dilihat ramai ibu bapa hari ini selesa merancang untuk menunaikan umrah bersama keluarga di musim cuti sekolah. Walau pun harga pakej yang ditawarkan agak tinggi, namun itu semua tidak menghalang tujuan tersebut.
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga ibu bapa masih teragak-agak untuk membawa anak yang masih kecil menunaikan umrah kerana bimbang kesukaran yang bakal dihadapi sepanjang berada di sana. Umpamanya membayangkan anak meragam, menangis, demam dan macam-macam hal di sana sudah cukup membantutkan niat untuk membawa si kecil bersama.
Meredakan gusar di hati, cubalah baca tip dan cara yang dikongsikan oleh Puan Sabrina ini yang telah pun melalui pengalaman membawa anaknya mengerjakan umrah, bukan seorang tapi tiga orang yang masih kecil iaitu berumur 5 tahun, 3 tahun dan Setahun.
Semoga melalui perkongsian ini akan memberi inspirasi untuk ibu ayah yang lainnya membuat keputusan terbaik dalam mengerjakan Umrah di masa akan datang.
UMRAH JOURNEY : 2 TIPS PENTING PERLU IBU BAPA TAHU BAWA ANAK KECIL SEUSIA 1,3 DAN 5 TAHUN
Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar
“Eh tak susah ke bawa anak anak ni datang sini”
“Payah kan bawa budak budak”
“Budak budak ni tak meragam ke”
Ini di antara kata kata yang kaksab hadap dari mula nak pergi dan sepanjang dalam flight yang mengambil masa 8 jam dari Kuala Lumpur ke Jeddah
Dengar dari pengalaman orang lain, kita perlu cari yang memberi pandangan positif sahaja, sebab dari situ minda kita akan di set kan, alhamdulillah dari mula nak buat keputusan daftar nama untuk menunaikan umrah kaksab dah sungguh-sungguh positif
“Boleh ni bawa depa, nanti umi nak angkut Muhammad Ismail Mahdi pi tawaf dan masuk hijr ismail, nak bawa iffat Mifzal bergambar depan Kaabah, nak bawa isma Madihah di raudhah masjid nabawi
Alhamdulillah mudahnya lahai, apa yang telah di set dalam minda dari mula betul-betul terjadi tau… Sebab itu visualisasi dibawah pemikiran separa sedar, fikiran yang positif, kata kata baik dan doa itu perlu
Alhamdulillah hari pertama dari Malaysia terus ke Jeddah selama 8 hari di Makkah segalanya dipermudahkan Allah, berpeluang masuk selama sejam di kawasan hijr ismail di kala kesesakan jemaah yang sangat ramai, maklumlah musim sejuk/musim cuti sekolah yang semestinya menjadi pilihan jemaah untuk turun menunaikan umrah di Makkah.
Baki 4 hari di Madinah pula diuji dengan demam yang melanda namun, Allah permudahkan perjalanan kaki menjejak raudhah bersama anak anak dengan sangat sangat mudah dan lapang perjalanannya
Alhamdulillah banyak sangat Allah mudahkan, macam nak cerita banyak lagi, tapi tak pe sesiapa yang nak detail tentatif dan tip boleh je pm InsyaAllah nanti kaksab kongsikan ya secara detail, semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaatnya dan Bolehlah kita bantu mereka mereka yang mencari cari tips ini
Ada 2 tips yang penting kaksab nampak sesuai di praktikal kan bila nak travel jauh dan bagi menyesuaikan anak anak dengan keadaan untuk terbang dalam tempoh yang lama
1) Sebelum terbang beri masa untuk anak anak menikmati masa masa mereka seperti bawa ke taman di sekitar KLIA (beri mereka ruang berlari lari, bergelak ketawa, makan kenyang-kenyang)
2) Selesai cukupkan yang pertama, bawa ke tandas, tukar lampin, cuci muka dan beri mereka pakaian bersih (tips iffat, isma dan ismail lena di sepanjang penerbangan 8 jam)
Ekstra tip
Lain-lain tips pastikan anak anak kenyang dan gembira bagi memastikan mereka tidak meragam, jadi perjalanan yang kita rancang pasti berjaya huheeee senang kata lebih mudah bawa anak anak yakni “rezeki” kita ini bersama.
“Sebaliknya jika tidak bawa sangat sangat lah rugi tau.. Tiada istilah bawa anak anak susah, sebaliknya kalau kita seorang diri lagi susah uiiii bermacam ujian akhlak kau akan di uji (ini yang kaksab perhatikan terjadi) okay lah semoga bermanfaat tau”-Sabrina
Sepasang suami isteri dari Sabah terpaksa hidup dalam keadaan daif bersama sembilan orang anaknya di sebuah pondok usang tanpa dinding sejak 18 tahun lalu.
Tular di laman media sosial baru-baru ini malah orang ramai terkejut melihat keadaan pasangan ini bersama anak-anaknya yang hidup serba daif.
Kesusahan yang dialami oleh pasangan yang dikenali sebagai Aidil dan Vernnah didedahkan oleh aktivis kebajikan, Adrian Edy yang menziarahi mereka pada 31 Oktober lalu.
Menurut Adrian di laman Instagramnya, tambah menyedihkan pondok yang dihuni 11 isi sekeluarga itu tidak mempunyai bekalan elektrik serta air di mana mereka akan pergi ke sungai berhampiran rumah untuk membersihkan badan.
Pendapatan bulanan pasangan ini tidak menentu memandangkan Aidil bekerja sendiri dengan membantu membersihkan kebun penduduk setempat.
“Sudah 18 tahun mereka tinggal di situ, sejak kak Vernnah kahwin dan melahirkan anak pertama mereka, mereka sudah pun tinggal di situ, rumah mereka tiada elektrik, tiada bekalan air, ibarat sebuah pondok kecil sahaja.
“Mereka mandi di sungai berdekatan rumah, suami kak Vernnah, abang Aidil kerja sendiri bantu bantu bersihkan kebun orang, itupun tidak tentu juga, kalau ada orang panggil kerja, adalah pendapatan untuk beli makanan.” katanya berkongsi.
Aktivis kebajikan ini juga turut membantu dengan membelikan lampu solar, kipas solar,tilam dan bantal serta bekalan makanan buat mereka.
“Syukur kita bantu pasangkan lampu solar, kipas solar, berikan tilam, bantal dan beri bekalan makanan buat mereka, kalau mereka mahu keluar ke kedai beli barang makanan memang jauh.
“Rasa sedih sangat bila nampak rumah mereka kosong sahaja, hanya ada baju baju, tilam dan bantal memang tiada, mereka tidur di atas papan sahaja setiap hari, belajar pun kadang tidak dapat belajar kalau malam sebab tiada lampu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pasangan suami isteri tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adrian yang sanggup datang memberikan pertolongan walaupun kediaman mereka jauh daripada orang ramai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.