Datin Paduka Eina Azman baru sahaja memaklumkan yang beliau, suami dan dua orang pembantu rumah disahkan positif Covid-19.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagramnya.
Sebelum ini, Eina sekeluarga sering melakukan ujian saringan Covid-19. Malah dia sendiri yang baru keluar dari hospital turut sudah melakukan swab test.
Namun takdir mengatasi segalanya. Mereka tetap dijangkiti. Namun begitu, Eina sedikit lega apabila anak-anak dan kakaknya disahkan negatif.
Ads
Lebih menyedihkan lagi, Eina Dan suami, Datuk Paduka Kaise disahkan positif covid-19 hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Menurut Eina, ketika ini beliau dan suami mengalami demam tinggi dan bacaan oksigen juga masih turun naik.
Ads
“Sekarang saya dah mula demam panas n dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas n oxygen dia turun naik..” tulisnya.
Ads
“Saya minta tolong semua doa kan untuk kami sekeluarga bersama bibik2 semua kembali sihat seperti biasa.
Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya. If anyone yang ada experience dengan covid tolong share kalau ada apa2 petua yang boleh kami amalkan..” tambahnya.
Pernah tak suami merajuk? Jangan kata isteri je tahu merajuk suami pun ada perangai macam tu.
Siapa sahaja tidak kenal pasangan selebriti Malaysia iaitu Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang sudah mendirikan rumahtangga selama 12 tahun.
Menjadi satu pemanis rumahtangga untuk merajuk setiap kali bergaduh. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Menerusi perkongsian Awal Ashaari di akaun Instagramnya, kebiasaannya selepas ambil Lila pulang dari sekolah, mereka terus pulang ke rumah.
Lila diam termenung sambil memandang jauh ke arah tingkap kereta. Dia menyakat anak bongsunya.
Dia menjelaskan anaknya Lila sedang merajuk terpaksa mengikutinya ke tempat kerjanya. Malah Awal mendedahkan perangai anak kesayangannya seakan dirinya.
“Sebijik macam daddy kalau gaduh dengan mommy,” -Awal Ashaari.
RAIH PERHATIAN NETIZEN
Perkongsian Awal meraih perhatian ramai termasuk isterinya Scha Al-Yahya.
“Yes Daddy Always Merajuk”- Scha Alyahya
Dalam pada itu, netizen mengakui merajuk dikalangan anak nombor dua perkara biasa.
Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung dan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Kisah si kecil ini tular dan menjadi bualan hangat di seluruh negara kerana kepetahannya berbahasa Inggeris. Hana Aishah Mustafa Kamal, 7, yang lancar berbahasa Inggeris sewaktu ditemubual sebuah saluran televisyen tempatan ternyata menarik perhatian ramai.
Gelagat si kecil ini dilihat dalam satu rakaman video berdurasi 23 saat dari berita RTM, menunjukkan Hana Aishah begitu fasih dan penuh keyakinan apabila bercerita tentang pengalaman pertama kali ke sekolah.
Video tersebut dipercayai diambil ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat lawatan ke Langkawi sempen Program Back To School baru-baru ini.
Dalam satu temu bual Mustafa Kamal yang merupakan ayah kepada Hana memberitahu kebolehan anaknya berbahasa inggeris adalah anugerah sejak dari kecil lagi.
“Dia boleh berbahasa Inggeris sejak umur tiga tahun, masa umur dua tahun masih pelat lagi. Tapi perkataan pertama dia dulu pun dalam bahasa Inggeris.
“Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London.
“Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang,” kata Mustafa lagi.
Beliau yang merupakan seorang peniaga, tidak mempunyai sebarang tip khusus dalam membesarkan anak-anaknya, apatah lagi mengasah kemahiran mereka dalam bahasa Inggeris.
Namun, beliau yang juga bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) memberi penekanan terhadap pendidikan agama buat Aishah dan lapan lagi anaknya yang lain sejak mereka kecil.
“Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.
“Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan,” kata Mustafa.
Tambahnya lagi, mereka sekeluarga sering belajar bahasa Inggeris dengan Aishah memandangkan dia mampu berkomunikasi dalam bahasa itu dengan lancar, berbanding adik-beradiknya yang lain.
Dalam pada itu, Mustafa berkata, Aishah juga seorang anak yang mudah diurus dan dia langsung tidak gentar untuk menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan, pada Selasa.
“Dia teruja nak ke sekolah, kejutkan dia untuk bangun pagi pun senang, sekali panggil sahaja dan bangun.
“Soalan pertama dia pada guru kelas adalah mengenai peraturan sekolah, apa boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah.
“Dia memang suka tanya soalan yang pelik. Pernah dia tanya saya, kenapa kita solat ada kiblat ke Makkah, tapi tak nampak Makkah pun. Jenuh nak menjawab,” katanya lagi.
Mengulas mengenai video tular anaknya, Mustafa berkata dia bersyukur dan gembira dengan reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan Aishah.
Malah, video murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Kedawang, Langkawi, Kedah itu turut menerima ratusan ribu tontonan menerusi laman Facebook, Twitter dan Instagram.
“Bapa mana yang tak suka. Saya bersyukur sangat. Semoga ia menjadi contoh kepada anak-anak lain.
“Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting, bila kita kuasai bahasa asing, lebih banyak ilmu kita boleh dapat,” jelasnya lagi.
Tambahnya, Aishah juga pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi seorang doktor atau pereka fesyen apabila dewasa kelak.