Pelakon Ummi Nazeera yang sedang hangat diperkatakan sejak menampilkan lakonan hebat dan berkarisma dalam drama Rindu Kasih telah mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah depresi sewaktu belajar di Melbourne, Australia suatu ketika dahulu.
Perkongsian ini telah dibuat menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini yang menampilkan Ummi Nazira dan Izzue Islam sebagai tetamu.
Menurut Ummi, dia pernah mengalami masalah tersebut ketika berjauhan dengan keluarganya sehingga sukar untuk tidur. Malah, Ummi turut berkongsi mengenai cara penyelesaian yang disarankan oleh pakar terapinya. Ujar Ummi, dia perlu meluahkan segala yang dirasai dalam bentuk penulisan.
Sebenarnya saya memang jarang bercerita dengan kawan-kawan. Saya pernah menghadapi masalah masa saya belajar dulu dekat Melbourne. Tiba-tiba kita jauh dengan family, memang saya menghadapi depression tak boleh tidur malam.
Jadi saya jumpa pakar terapi yang disediakan oleh universiti dan dia ajar saya untuk tulis setiap benda yang saya rasa. Alhamdulillah, memang it makes you feel better, menulis memang menolong dan bersenam. Saya tulis semua benda yang saya rasa. Mungkin sebab tu saya nampak macam orang gila.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh Ummi tentang cara menangani masalah depresi yang dialami. Ujar netizen, teknik menulis dapat meredakan emosi.
World Quran Hour 2026 bawa mesej global apabila program tahunan yang menyatukan umat Islam di seluruh dunia ini tampil dengan pendekatan lebih inklusif tahun ini. Penganjuran kali ke-11 itu bukan sekadar acara membaca Al-Quran, malah menjadi platform mengajak masyarakat terutama institusi keluarga kembali menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama kehidupan.
Program yang bakal berlangsung pada 11 Mac 2026 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak ini turut membawa kelainan apabila buat pertama kalinya bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama bagi meluaskan capaian mesej ke peringkat global.
Ketua Pegawai Content Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, penggunaan bahasa Inggeris dipilih selaras dengan nama kempen World Quran Hour 2026 yang membawa misi global.
Menurutnya, sebelum ini mesej yang disampaikan menerusi program tersebut agak terhad dari segi kefahaman masyarakat antarabangsa.
“Jadi pada tahun ini, kita memilih menggunakan bahasa Inggeris dengan harapan mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk menobatkan Al-Quran sebagai panduan hidup dapat dicapai,” katanya ketika hadir ke Taklimat Sinergi Media Sempena World #QuranHour 2026.
Tambahnya lagi, langkah tersebut juga diharap mampu menarik lebih banyak penyertaan daripada golongan muda, institusi pengajian tinggi serta masyarakat dari pelbagai negara.
Penganjuran tahun ini membawa tema “Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia” dengan memberi fokus kepada Surah Al-Muzzammil, iaitu surah ke-73 yang mengandungi 20 ayat.
Menurut Fazrul, surah ini mempunyai mesej yang sangat penting kerana ia menjadi panduan kepada Nabi Muhammad SAW dalam memperkukuh kekuatan diri ketika berdepan amanah dan cabaran yang lebih besar.
“Mesej itulah yang ingin kita bawa kepada orang ramai. Kita harap masyarakat dapat bersama-sama menghayati formula daripada Pencipta bagi memperkukuh diri, negara dan dunia dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa,” jelasnya.
Menerusi penghayatan Surah Al-Muzzammil, peserta World Quran Hour 2026 bukan sahaja membaca ayat-ayat Al-Quran, malah digalakkan memahami serta mentadabbur mesej yang terkandung di dalamnya.
Bagi kebanyakan keluarga Muslim, penyertaan dalam World Quran Hour 2026 sebenarnya merupakan peluang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil mendekatkan diri kepada Al-Quran.
Dalam kesibukan kehidupan seharian, meluangkan sekurang-kurangnya satu jam membaca dan mentadabbur Al-Quran bersama keluarga mampu memberi kesan besar kepada pembentukan nilai dalam rumah tangga.
Ibu bapa juga boleh menjadikan program ini sebagai medium mendidik anak-anak mencintai Al-Quran sejak kecil. Apabila anak melihat ibu bapa membaca dan memahami Al-Quran, ia secara tidak langsung membentuk contoh teladan yang baik dalam kehidupan mereka.
Aktiviti seperti membaca bersama, berbincang maksud ayat dan berkongsi pengajaran daripada Al-Quran boleh membantu membina suasana rumah tangga yang lebih harmoni serta dipenuhi nilai keimanan.
Penganjuran World Quran Hour 2026 dijangka lebih istimewa dengan kehadiran beberapa tetamu kenamaan Diraja yang turut memberi sokongan terhadap usaha memartabatkan Al-Quran.
Antara yang dijangka hadir ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang juga merupakan Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Turut dijangka mencemar duli ialah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Kehadiran kerabat diraja ini pastinya menambahkan lagi seri program serta memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Sementara itu, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub menyeru umat Islam supaya menjadikan World Quran Hour 2026 sebagai satu gelombang kesedaran global.
Menurutnya, umat Islam perlu kembali berinteraksi dengan Al-Quran bukan sekadar membaca, tetapi juga memahami dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.
“Tanpa kesedaran ini, umat Islam akan terus berpecah, keliru dan mudah dipergunakan oleh pelbagai pihak,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha ini penting bagi mengembalikan momentum kempen ini supaya lebih ramai umat Islam kembali membudayakan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sejam sehari.
Sejak diperkenalkan 11 tahun lalu, World Quran Hour 2026 dan edisi-edisi sebelumnya telah berjaya menghimpunkan penyertaan dari puluhan negara di seluruh dunia.
Program ini turut mendapat sokongan pelbagai rakan media termasuk Astro Oasis, TV AlHijrah, Media Prima, TV9, Astro Awani, Bernama, Sinar Harian dan IKIM FM, dengan Astro Oasis sebagai penyiar utama.
Usaha ini diharap dapat terus menghidupkan gelombang kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan masyarakat.
Akhirnya, mesej utama yang ingin disampaikan melalui World Quran Hour 2026 amat jelas perubahan besar dalam dunia sebenarnya bermula dari perubahan dalam diri dan keluarga yang kembali menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Apabila berpindah ke rumah sewa dan mendapati ruang dapur yang hanya tersedia hanya table top tanpa kitchen kabinet yang sempurna, tentu lama kelamaan sakit mata juga dibuatnya.
Kalau boleh, hendak juga ditutup dengan sesuatu agar tong gas, bekas masakan, periuk belanga dan sebagainya tidak terlihat.
Andai ingin dibina kabinet dapur, bajet yang diperlukan pastinya beribu jumlahnya. Jadi apa kata, buat masa terdekat ini praktiskan cara yang dikongsikan oleh Puan Nadira ini.
Bukan sahaja jimat malah cantik bergaya. jom semak cara membuatnya.
DIY Langsir Kabinet Dapur
Saja nak berkongsi. Pada yang menyewa macam dira dan fan. Rumah ada table top (Alhamdulillah) tapi kabinet tak ada. Tapi tak mahu sakit mata dan minat mendeko. So dira share cara dira buat. Dira serta kan sekali seller di shopee. Semua barang beli di shopee je. Details pada gambar.
Modal keras sikit tapi untuk jangka masa yang lama bagi dira berbaloi lah. Sebab kalau esok-esok ni bosan dengan suasana dapur. Just tukar-tukar langsir dah dapat mood baru. Hehehehe
Nampak kemas sikit bila pakai rail
langsir. Sebelum ni cuba juga pakai
dawai langsir. Tapi sebab table top ni
panjang sangat dawai tu jadi longgar
and tak tegang. Jadi tak kemas
Ni bukan langsir tau. Actually ni table
cloth cover. Kain ni memang bagus. Tak
serap air. Murah tapi kain elok dan
tebal. Beli dekat shope je.
Table top rumah sewa ni panjang 8 kaki
setengah darab lebar dalam 2 kaki.
Make sure ukur dulu panjang table top
baru beli kain size yang sesuai.
Jangan jadi macam kita tak cukup kain.
Seronok macam ni, harini pasang harini
juga dah bosan, esok beli table cloth
pattern lain pulak jahit hahaha
Bahan yang digunakan:
Rail langsir single layer 9 kaki : RM36
Table cloth cover: RM9.50×2
Pita langsir 3.5 meter: RM7
Cangkuk besi langsir beli dekat diy. Dalam RM1.70 kot beli dua plastik.
Total +- : RM65.40
Untuk lekat kan rail langsir tu Dira pakai
clear double tape ni.
Serious kuat. Kalau nak tanggal dia pun tak lekat bekas. Bagus kalau nak guna buat lekat frame di dinding lepas tu nak tanggal
tak ada isu lekat bekas.
Dauble tape ni lebar sikit, untuk jimat Dira potong bahagi dua.
Lekat dan cabut je.
Rail langsir ni beli yang single layer. 9
kaki dalam RM36. Lepas tu potong jadi
8.5 kaki. Besi ni lembut. Dira gergaji
sendiri je. Beli gergaji besi. Kejap je dah
siap.
Table cloth cover beli dekat shopee ready
stock. Jenis kain ye bukan plastic.
Paling murah dengan seller ni.
Lepastu beli pita langsir ni jahit lah dekat
table cover tu. Dekat kedai kain pun
ada jual. Kalau malas nak ke kedai boleh
order di shopee je.
Tq kak ipar pinjam kan mesin jahit. Kurang dah kos nak hantar ke tukang jahit. Jahit sendiri boleh jimat sikit hehe
Aktiviti gotong royong biasanya sering dianjurkan di kawasan perumahan, tempat kerja, rumah ibadah dan sebagainya dengan tujuan untuk membersihkan kawasan tersebut. Tidak kurang juga kita anak beranak akan membersihkan kawasan halaman rumah bila hujung minggu dengan kutip sampah, bersihkan longkang dan sebagainya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Itu biasa kita lihat dan buat, namun apa yang mencuri tumpuan wargamaya bilamana viral di aplikasi tiktok apabila video yang dikongsikan melalui akaun @mdroslin yang merakam aksi seorang ‘Minah Saleh’ bersama dua orang anaknya mengutip sampah di satu kawasan yang dipercayai di Singapura.
Perbuatan ibu dan anak-anaknya itu meraih pelbagai reaksi netizen tempatan kerana mereka dilihatkan sedikit pun tidak kekok atau geli untuk mengutip sampah. Ini sekali gus menampakkan mereka tiga beranak seakan telah biasa melakukan perkara sedemikian untuk menjaga kebersihan di kawasan umum.
The real ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’
Bukan itu sahaja, didikan yang ditunjukkan oleh ibu itu turut mendapat pujian kerana berjaya mengajar anak-anaknya melakukan perkara baik yang jarang dilakukan oleh orang lain.
Komen warganet rl1787 merakam rasa terima kasih dengan usaha anak beranak ini, “Thx for helping Singapore to keep clean. Your kids are so blessed with such great parenting. They surely grow up to be a great man. Well done 😘”
Manakala Saiful Sumoslam pula menulis, “Org kita ni nak suruh clear table sendiri je ade yg dah kecoh. Padahal dekat rumah dah memang kene clear sendiri 😂
Alex Chin juga turut meluahkan rasa bangga dan hormat kepada keluarga ini, tulisnya “Omg…… I’m totally respect this mom! Paiseh Sia…. SG people also don’t do this stunt”
Home Harmony | Edison, turut meninggalkan komen, “These kids will grow up to be great!!
“we all have to learn from young(keep clean and protect the environment)is a very good family educational,” tulis warganet yang lain pula memuji.
Didik anak solat sejak kecil menjadi keutamaan Adam Corrie dalam membentuk disiplin dan tanggungjawab agama anaknya. Ketegasan yang disertai kasih sayang menjadi inspirasi buat ibu bapa.