Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee dan Optimus Prime, hilang gementar pergi sekolah. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.
Murid Tahun 1 Dirai Dengan Maskot Bumblebee & Optimus Prime, Hilang Gementar Pergi Sekolah
Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai meriah apabila murid-murid yang memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 termasuk Tahun 1 disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular daripada siri filem Transformers.
Murid-murid SK Kuala Perai teruja bergambar dengan dua maskot robot, Bumblebee dan Optimus Prime yang menyambut mereka pada hari pertama persekolahan pada Isnin.
Murid-murid SK Kuala Perai bergambar bersama maskot Sang Kancil, Bumblebee dan Optimus Prime yang berada di hadapan sekolah pada hari pertama persekolahan pada Isnin.
Dengan ketinggian hampir tiga meter, kedua-dua maskot tersebut menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa serta guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka untuk sesi persekolahan pertama tahun ini.
Menurut Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman, idea tersebut tercetus bagi mengurangkan rasa cemas dan takut dalam kalangan murid-murid baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.
Dua murid teruja apabila dapat bersalaman dengan maskot robot sebelum memasuki pekarangan sekolah untuk memulakan sesi persekolahan.
Dua murid teruja apabila dapat bersalaman dengan maskot robot sebelum memasuki pekarangan sekolah untuk memulakan sesi persekolahan.
“Kami memahami bahawa hari pertama sekolah boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan bagi murid-murid Tahun 1.
“OLEH ITU, PIHAK SEKOLAH INGIN MELAKUKAN SESUATU YANG BERBEZA, SESUATU YANG BOLEH MEMBUATKAN MEREKA TERUJA DAN GEMBIRA UNTUK MEMULAKAN PERJALANAN BAHARU INI.
“Usaha ini juga sebagai peniup semangat kepada murid-murid sekolah terutamanya prasekolah dan Tahun 1. Kedua-dua maskot robot dan Sang Kancil akan berada di sini selama dua jam,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah bagi sesi 2025/2026.
Dalam pada itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut memuji usaha pihak sekolah dalam menceriakan hari pertama persekolahan.
Ads
Muhammad Daniel.
Muhammad Daniel Abdullah, 33, berkata, dia berasa lega apabila raut wajah anaknya bertukar ceria selepas ternampak dua maskot robot di hadapan sekolah.
“SAYA MEMANG RISAU SEBAB ANAK SAYA PRASEKOLAH, JADI INI KALI PERTAMA DIA MASUK SEKOLAH. TADI DI RUMAH, MUKA DIA NAMPAK RISAU, TAKUT. SAYA PUN RISAU ANAK SAYA MENANGIS SELEPAS SAMPAI DI SEKOLAH.
“Tetapi apabila sampai depan sekolah, raut muka dia dah berubah. Dia nampak seronok dan tidak menangis selepas masuk ke kawasan sekolah. Lega saya. Bagus sekolah buat usaha ini,” katanya.
Pekerja kilang, Zan Azriani Rahim, 36, berkata, usaha sekolah dengan membawa dua maskot robot di hadapan sekolah adalah tindakan bijak.
Zan Azriani.
“Saya puji dengan usaha ini, murid-murid jadi semangat nak masuk sekolah terutamanya murid Tahun 1 seperti anak saya.
“Mereka lupa dengan perasaan gementar untuk mengikuti alam persekolahan,” katanya.
Suri rumah, Saforah Awang, 31, berkata, dia berharap agar pihak sekolah meneruskan usaha seperti ini dalam memberi semangat kepada murid-murid untuk datang ke sekolah.
Ads
Saforah.
“Usaha ini wajar diteruskan, bukan saja murid-murid malah kami sebagai ibu bapa pun seronok tengok anak-anak gembira masuk sekolah,” katanya.
Ibu tunggal dipukul, diugut bekas kekasih, rugi lebih RM300,000. Seorang wanita yang juga anak ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa menjadi mangsa pukul selain diugut bekas teman lelaki kerana gagal memberikan wang.
Ibu Tunggal Dipukul, Diugut Bekas Kekasih, Rugi Lebih RM300,000
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jihan, 39, mendakwa turut kerugian lebih RM300,000 akibat diperdaya lelaki itu.
Ibu tunggal seorang anak itu mendakwa mengenali lelaki terbabit yang bekerja sebagai penjawat awam di sebuah agensi penguat kuasa di Langkawi sejak 2020 melalui media sosial.
Katanya, pada mulanya lelaki itu langsung tidak menunjuk belangnya malah menunjukkan sifat romantis dan penyayang selain berjanji untuk berkahwin dengannya.
“Dia beritahu saya yang dia dalam proses untuk berpisah dengan isterinya walaupun sudah mempunyai seorang anak namun semuanya tipu belaka.
“Disebabkan dia berjanji untuk berkahwin dengan saya, apa saja yang dia mahu saya tunaikan sehinggalah saya sanggup membelikan sebuah kereta mewah jenis BMW, sebuah motosikal, jam tangan berjenama bernilai RM6,000, cermin mata bernilai RM2,000 selain wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya setiap bulan.
“Saya mula mengikut kehendaknya dengan memberi apa saja termasuk wang sejak itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurut Jihan, dia juga sering bertemu dengan bekas kekasihnya itu di Langkawi kerana lelaki itu bertugas di sana malah turut membelikan jet ski untuk lelaki itu menjalankan perniagaan di sana.
Katanya, lelaki itu mula menunjukkan sikap panas baran apabila dia tidak memberikan wang kepadanya sejak tahun lalu.
“Saya pernah dimaki hamun oleh lelaki berkenaan malah pada 10 Oktober 2023 pada jam 3.13 petang dia turut mencekik saya sehingga meninggalkan kesan merah, lebam di bahagian mata akibat ditumbuk serta dihantuk kepala.
“Saya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Langkawi akibat kecederaan yang dialami.
“Bukan itu saja malah bekas kekasih turut mengugut dengan pelbagai ugutan termasuk mahu mengaibkan diri saya kepada keluarga jika saya tidak menurut kehendaknya serta pernah juga mengacu pisau ketika kami bergaduh tahun lalu,” katanya.
Jihan berkata, lelaki itu yang bekerja di Langkawi juga sering mencari kesilapan dalam perhubungan mereka dan terus menghantar WhatsApp ugutan kepadanya.
Katanya, keadaan itu menjadikan dia trauma dan terpaksa menyekat nombor telefon lelaki terbabit bagi mengelakkan terus menerima ugutan.
“Namun, disebabkan tidak tahan selain risaukan keselamatan diri, saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi Rabu lalu untuk memaklumkan kejadian yang menimpa saya.
“Saya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadapnya di atas apa yang berlaku,” katanya yang terpaksa mengambil masa lama untuk membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.
Menurutnya dia kini terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling melalui rakannya selain bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan kerana trauma dengan apa yang berlaku sehingga mengalami tekanan perasaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada wanita terbabit.
Che Ta bukan mak mentua cerewet – “Nanti menantu takut nak balik rumah kita.” Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.
Che Ta Bukan Mak Mentua Cerewet – “Nanti Menantu Takut Nak Balik Rumah Kita”
Sebaliknya, dia lebih memilih untuk menyemai kasih dan menjaga hubungan baik dengan bakal menantu demi kesejahteraan keluarga.
“SAYA BUKAN SEJENIS MAK MENTUA YANG CEREWET. KALAU NAK CEREWET DENGAN MENANTU, TAKUT NANTI ANAK KITA TAK NAK BALIK RUMAH KITA.
Nak pikat anak kita, kena pikat dulu menantu,” ujar Che Ta.
Pelakon yang sinonim dengan watak Kiah Pekasam itu turut mendedahkan bahawa pendekatannya terhadap bakal menantu banyak dipengaruhi oleh pengalaman peribadi bersama bekas ibu mentuanya.
“Saya belajar daripada pengalaman bersama bekas ibu mentua saya dulu. Dia tidak pernah menyuruh dan memaksa saya.
Contohnya dia akan cakap hari ini mama buat pulut kuning, teringat kat Rozi, Rozi kan suka. Secara tidak langsung dia nak suruh saya balik rumah dia.
Jadi saya belajar semua benda tu daripada dia dan saya akan gunakan cara yang sama untuk bakal menantu saya nanti,” katanya lagi.
Untuk makluman, sekitar Ogos tahun lalu, Che Ta pernah berkongsi perihal persiapan merisik bakal menantunya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak sulungnya, Ammar Effendy, 29. Pasangan ini dijangka akan bernikah dalam masa terdekat.
Alam rumahtangga, memang banyak dugaannya. Tiada siapa yang dapat terlepas dari dugaan ini. Kadang kala dari masalah kecil boleh jadi besar jika cara menanganinya tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Seperti yang tular mengenai dugaan yang kini sedang menimpa pelakon cantik, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof apabila dikatakan hadir orang ketiga dalam istana yang di bina.
Terbaharu di Instagram Stroies milik Puteri Sarah telah dikongsikan satu artikel mengenai kisah rumah tangga.
Katanya perkongsian ini telah diberikan kepadanya oleh seorang netizen.
“Ni kisah hidup orang lain, not me tapi no 4 tu sangat betul. Get readylah ya.”
Setelah melihat apa yang terdapat dalam artikel tersebut, yang dinyatakan dalam point nombor 4 adalah :-
Suami sebelum kahwin berbeza dengan lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin korang rasa dah cukup kenal perangai pasangan, silap besar.
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menekankan beberapa pint yang disetujui dari artikel tersebut antaranya adalah :
1. Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ini kita tak terkontang-kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.
2. Ketahui hak anda sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak itu.
3. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ini singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat.
4. Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu.
Bagaimanapun ini adalah pendangan serta mungkin dari pengalaman Puteri Sarah sendiri mengenai alam rumahtangga yang dialami olehnya. Dan Sarah mempunyai sebab untuk mengukuhkan point tersebut.
Apa-apapun, dalam rumah tangga haruslah ada tolak ansur dan capai kata sepakat untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul.
Puteri Sarah dan kedua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah baru saja pulang dari bercuti di Tokyo, Jepun.