Muat naik video penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza sedang bertarung aksi lasak telah meraih perhatian perminatnya.
Video berdurasi 1 minit itu merupakan penggambaran muzik video (MV) single terbaharinya berjudul Magis raih perhatian.
Video berkenaan menunjukan aksi lasak penyanyi sehingga membuatkan peminatnya kagum. Beliau yang sebelum ini dikenali ramai sebagai seorang yang lemah lembut telah membuat kejutan kepada peminatnya!
IMPIAN JADI SRIKANDI TERCAPAI
Ads
Menerusi kapsyennya Siti meluahkan watak Srikandi merupakan impian sejak sekian lama. Dia juga meluahkan puas hati dengan kerjasama itu berjaya merealisasikan impiannya.
“BTS .. Saya belajar step bertarung di lokasi dan syukur dapat laksanakan yang terbaik untuk masa yang ditetapkan.. Terima kasih guru seni pertahan diri , pelakon utama lelaki bersama saya berlawan , pelakon kanak kanak yang hebat ,pelakon aksi lasak yang gigih sama sama bertahan ditengah panas terik.”
“Team produksi yang melayan & menjalankan kerja dengan pantas , penari saya dan semua yang terlibat menjadikan MV ini lebih menarik dan mengikut kehendak dan impian saya .. Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi .. Semoga MV ini dapat diterima baik dan terima kasih juga Astro di atas kesempatan ini dan memilih lagu Magis sebagai lagu OST bagi Hikayat.”
Ads
PEMINAT TERUJA!
Ads
Sementara itu, menjengah diruangan komen, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa teruja melihat aksi lincah penyanyi anak kelahiran Pahang ini. Antara komen adalah seperti berikut
“Naik bulu roma tgok tokti silat.. Mcm srikandi melayu Islam terbaik.” “Tgh fight pun cantik tokti” “Comel je Tokti… Terbaik lah.” “Another side of Dato Siti… Hebat wanita ini.”
Anak demam, batuk dan selesema selalu buat kita rasa buntu. Ada ketikanya ubat yang diberikan doctor tidak serasi, demam dan batuk jadi berlarutan. Jangan biarkan keadaan ini.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, salah satu cara memulihkan anak yang demam, batuk dan selesema adalah menggunakan magnesium. Nak tahu macam mana? Jom ikuti perkongsian beliau.
Magnesium. Antara suplemen selamat yang ibu ayah boleh capai dulu bila anak demam, batuk, selsema. Tak perlu makan, hanya rendam dan sapu je. Baby pun boleh guna.
Lima cara guna magnesium bila anak tak sihat.
1. Macam mana nak rendam magnesium flakes?
Masukkan air suam dalam besen mandi atau bath tub anak. Ambil lebih kurang segenggam magnesium flakes, masukkan dalam bath tub tadi. Kalau baby bawah 2 tahun, letak dalam 2 – 3 sudu je dah cukup, tak perlu sampai segenggam.
2. Berapa lama nak rendam magnesium flakes?
Buat dalam 5 – 15 minit, bergantung pada kerjasama anak. Yang penting jangan stress masa rendaman. Boleh bawa mainan sikit, bagi anak seronok nak berendam sambil main.
3. Berapa kerap nak kena rendam magnesium flakes?
Kalau dapat buat 2 kali sehari, akan cepatkan lagi proses penyembuhan, insyaAllah. Kalau tak dapat. Sekali sehari pun dah ok. Masa anak tak sihat, memang kena buat tiap hari. Ejen detoks jugak magnesium flakes ni.
4. Lepas rendam kena bilas tak? Boleh jirus saja taknak rendam?
Kalau nak kesan optimum dan hasil yang cepat, cubalah rendam anak, bukan hanya jirus. Korang akan nampak, demam cepat suruh, kahak senang mencair. Beza ketara bila anak tak sihat kita buat rendaman dan tak buat rendaman.
Lepas mandi air laut kita bilas kan? Macam tu jugak magnesium. Kepekatan garam dalam magnesium ni tinggi, sebaiknya buat bilasan selepas rendaman.
5. Magnesium oil nak sapu macam mana?
Boleh sapu di tapak kaki. Sekadar 1 – 3 roll, atau 1 – 3 titis minyak, bergantung pada umur anak. Kalau baby, cukup je 1 roll atau 1 titis. Buat patch test dulu sebelum sapu. Sapu setiap malam. Bukan je imun anak makin kuat, tidur pun makin jerap dan kualiti.
Kalau anak batuk, boleh jugak sapu di dada. Kalau serasi, kejap je anak muntah kahak dengan banyaknya.
Bukan mudah menerima hakikat orang yang disayangi pergi dahulu. Lebih memilukan apabila si dia pergi mengejut tanpa sebarang petanda. Pasti sukar untuk berhadapan dengan situasi begini. Terasa seolah-olah dia masih ada dengan kita.
Situasi yang berlaku pada salah seorang wanita ini cukup menyentuh hati. Kehilangan suami tersayang dalam satu kemalangan belum mampu diterima dengan hati yang reda.
“Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?”
“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,” katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.
Kemudian tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.
Aku jadi cemas.
Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.
“Kenapa ni puan?” soal aku.
Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.
Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.
Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?
Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.
“Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?” tanya aku.
Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab “Suami saya dah tak ada, doktor.”
Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.” ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.
“Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada.” ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.
Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah “Arwah Hubby”. Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.
Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.
Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.
Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.
Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.
Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.
Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Masih ada hiba bersisa di hati
Semoga wanita tersebut terus kuat dan cekal dengan ujian yang dihadapinya. Cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah.
Tetapi macam mana sekali pun kita hadapi dengan hati yang reda. Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adik Muhammad Irfan Muhammad Irfan Mikael telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia tepat jam 12.30 malam tadi di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.
Berita duka ini dikongsikan menerusi laman Facebook Friends of Childhood Cancer Northern
BERANGKAT PULANG
Innalillahiwainnailahirojiun
“Telah berpulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi.Irfan Mikael Mohd Syukri telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.30 malam di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi kangar Perlis.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan para Syuhada.Salam takziah kepada Puan Mazatul Rohana sekeluarga.Kami simpan disini kenangan bersama anak kanser Irfan.
Tenang dan damailah wahai jiwa menuju pulang kepangkuan Tuhan.
Kisah Arwah yang berjuang melawan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) tular sebelum ini kerana ingin menaiki pesawat juang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth.
Hasrat tersebut dipenuhi oleh pihak TUDM. Malah, arwah juga berkesempatan melawat Pusat Simulator Pejuang dan merasai pengalaman mengendalikan simulator F/A-18D.
Adik Irfan turut diberi peluang menyarungksn persalinan lengkap ‘flying suit’. Itulah gambar terakhir arwah yang boleh dijadikan kenangan oleh ahli keluarganya.
Al-Fatihah buat arwah adik Irfan, semoga ahli keluarga kuat dan tabah dengan dugaan ini.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.