Dikatakan air tangan isteri atau ibu adalah pengikat kasih sayang keluarga yang tiada tandingannya.
Memasak hidangan buat ahli keluarga akan memberikan hubungan erat ahli keluarganya. Inilah yang dikatakan memasak dengan penuh kasih sayang.
Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, masa amat mencemburinya. Nyata, apa sahaja hidangan yang cepat dan mudah, menjadi rujukan ibu-ibu ini.
Ads
RESEPI VIRAL : PIZZA ROTI GARDENIA UMMI ❤
Ads
Bahan-bahan :
*Roti Gardenia
*Keju
*Sosej dicelur
*Cendawan – potong kecil dan celur
*Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
*Bawang Merah potong halus
*Cili besar – potong halus
*Daun parsley
Cara-cara membuat :
1.Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.
2.Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.
3.Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.
Memilih menu masakan sarapan tidak mudah, lebih-lebih lagi untuk sentiasa memasak masakan yang tidak membosankan, tetapi cepat dan ringkas. Resepi Pizza Roti Gardenia Bakar sesuai dimakan seisi keluarga serta mengenyangkan.
Ads
Selamat Mencuba!
Kredit: Resepi Memikat Suami
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika mahu siang ikan terutama ikan cencaru, ada caranya. Bila kena dengan cara yang betul, barulah mudah tarik buang kulit, isi pun tak terkoyak.
Ikan cencaru adalah antara masakan yang menjadi kegemaran ramai. Namun cara untuk menyiang kulit ikannya bukan suatu yang mudah. Jika silap caranya tentu habis isi ikan terkoyak sama.
Bagi yang tak tahu cara untuk siang ikan cencaru atau juga dikenali sebagai ikan jaket, nak tahu caranya, ikuti perkongsian Aira Ina Zalina ini.
Masa Ai kecil-kecil dulu selalu admire cara Bubuyi (Ibu) Ai buang kulit ikan cara ini. Memang teringin sangat nak siang, setiap kali bubuyi or ayah beli caru, Ai akan siang.
Jadi seawal umur 13 tahun Ai dah expert buang kulit caru nie. Hari nie Ai tunjuk cara Ai buang kulitnya ea.. pada Ai senang sangat .
Video pertama tu cara Bubuyi Ai dulu-dulu yang Ai admire tu.. tarik guna pisau atau pun playar. Ai guna duu-dua cara ni ikut kesenangan Ai.
3 cara tarik kulit ikan cencaru:
1) guna playar
2) guna pisau seperti video pertama
3) guna tangan seperti video kedua.
Jangan risau, tangan or jari Ai tak pernah luka guna cara-cara nie. Mungkin sebab dah biasa. Semoga bermanfaat pada mereka-mereka yang takut atau tidak mahir buang kulit ikan cencaru.
Dua tiga bulan ni memang ramai lah mencari kuali periuk baru untuk kegunaan raya. Mana tidaknya, alatan kat rumah tak begitu muat kalau nak masak untuk buat open house. Gitu! hehe
Sebenarnya, ramai yang masih menggunakan kuali yang sama selama berbelas-belas tahun kerana masih elok tanpa perlu membeli kuali baru. Tapi kalau tak tahu jaga, kuali memang akan senang berkarat dan masakan mudah melekat.
Rupa-rupanya jika beli kuali baru kena ‘bakar’ dulu atau dikenali ‘season the wok’. Proses ini penting bagi memastikan kuali tahan lebih lama, tak berkarat dan masakan juga tak melekat.
Macam mana cara bakar kuali baru tu sebenarnya? Jom baca perkongsian oleh saudara Wan Luqman di bawah.
Cara Bakar Kuali Baru Supaya Tahan Lama
Baru² ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat.
Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda.
Cara-caranya:
Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu, tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″. Saiz 13″ susah sikit nak dapat.
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang, kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan² tu. Biarkan je, jangan sedih pulak kuali calar.
Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar!
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru. Bakar seluruh permukaan kuali ye.
Dah siap. Biarkan dalam 10 minit.
Lepas 10 minit, kite test season. Letak minyak sikit.
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak.
Test Run, goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Goreng je sampai garing ke hangus ke.
Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Bagi dia cool down dulu.
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.
Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali.
Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.
Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.
Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu x season pun, malas. Bila x season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih², bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu. Jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan.
Sebut je biskut coklat memang ramai peminatmya tak kira peringkat umur semua suka. Rasa coklat yang manis membuatkan satu balang biskut coklat tak cukup.
Misalnya biskut badam coklat yang disaluti coklat ditambah dengan badam pasti membuatkan makan sekeping dua tak cukup. Bayangkan jika ahli keluarga yang ramai.
Kalau nak beli biskut ni boleh tahan harganya. Jadi nak makan hingga puas apa kata buat sendiri di rumah. Tak perlu guna oven. Nak buat memang sangat mudah,
Boleh jadi kudapan sambil santai-santai dengan keluarga ketika PKP ni.
Nak tahu lanjut cara penyediaan biskut badam coklat ikuti perkongsian Mashitah Amin di facabook miliknya ini.
Beliau menggunakan coklat beryl’s yang rasanya sangat sedap, confirm licin satu balang dalam satu malam!
Resipi Biskut Badam Coklat
Bahan:
Badam
Coklat beryl’s
Cara penyediaan:
Coklat Badam Crunchy dua bahan tak perlu pakai oven. Sangai badam sampai perang dan sejukkan. Cairkan coklat. Masukkan badam dalam coklat yang dah cair, gaul dan masukkan dalam acuan kemudian sejukkan. Mudah sangat dan cepat!
Dah siap! Dah boleh makan terus!
Selamat mencuba!
Khasiat badam
Badam merupakan kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi baik untuk kesihatan dan kecantikan telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu.
8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat
Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan kacang lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%.
Ini adalah kerana badam mengandungi asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.
Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing.
Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan.
Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.
Jadikan badam sebagai snek sihat anda setiap hari , boleh ambil 5 ke hingga 6 biji badam semasa snek, ini membantu anda mengawal selera makan.
Badam adalah sumber zat yang dikatakan membantu dalam perkembangan otak. Sebab itulah,beribu-ribu tahun dahulu,ia telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan juga India, untuk tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, hadis dan juga pelbagai ilmu.
Jadi, anda disarankan memberikan badam sebagai makanan wajib buat anak-anak anda yang sedang membesar.
Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis kerana kira-kira 25-30 biji badam mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu.
Seperti kita tahu,kalsium sangat diperlukan untuk menghalang osteoporosis malah, kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum.
Terdapat kajian yang mendapati sekiranya wanita yang memakan sekurang-kurangnya 30gm badam atau mentega kacang badam dalam seminggu dapat mengalami penurunan 25% risiko batu karang
Sekiranya tekanan darah seseorang itu turun,ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi stress. Oleh itu vitamin dan mineral yang terdapat pada almond bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah stress terjadi.
Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat sangat penting bagi wanita hamil. Folate dapat membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.
Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit.
Manakala,dalam rawatan terapi wangian(aromaterapi),minyak badam berperanan sebagai memainkan pelindung kepada kulit daripada terbakar. Ia dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.