Setiap kali membaca posting puan Raudzah Arippin, sering kali jugalah hati ini tersentuh melihat ketabahan dan kegigihan seorang wanita bergelar isteri. Cukup positif dalam mengharungi cabaran apabila suaminya di serang strok. Malah Puan Raudzah juga tidak pernak lokek berkongsi ilmu daripada pengalaman yang dilalui dari dulu hingga kini.
Dan ini antara yang pernah dikongsikan adalah tentang tip menjaga dan melawat pesakit. Semoga panduan ini bermanfaat bagi diri kita sekiranya sedang berdepan dengan ahli keluarga yang sakit.
TIPS : MENJAGA DAN MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU/HDW
Agak kerap juga saya menerima mesej dari waris yang menjaga pasangan atau ibu dan ayah yang terlantar di Wad ICU atau HDW. Kata mereka, apa yang perlu dibuat jika pesakit terlantar di wad begitu? Tidak mungkin hanya datang, tunggu dan lihat sahaja perkembangan pesakit.
Baik, saya kongsikan pengalaman saya.
Ini antara bacaan yang saya lakukan (saya pernah kongsikan dalam posting tahun lalu). Waktu suami saya di hospital dulu, saya banyak bertanya pada orang yang lebih arif. Ramai juga yang kongsikan dengan saya. Jadi saya kompilasikan semuanya di sini.
Saya juga ada catatkan panduan untuk pelawat, apa yang sesuai kita bawa ke hospital (sebagai buah tangan), dan apa yang perlu dielakkan.
………………………………………………..
BACAAN : SURAH, AYAT & DOA
1. Surah Yasin (sebaiknya awal pagi dan awal malam)
2. Surah Al Waqiah (untuk sembuhan luka dalaman)
3. Surah Al Kahfi (saya baca pada hari Jumaat, ganti surah Al Waqiah)
4. Surah Al Fatihah (baca 7 kali dan baca senafas pada ayat terakhir sambil berdoa kesembuhan)
11. Doa Hizbul Bahr (Imam Abu Al-Hasan As-Syadzili)
12. Doa Abu Darda’ (awal pagi dan awal malam)
Semua ayat dan doa ini saya bacakan setiap kali waktu lawatan tengahari dan petang, mengikut ruang yang ada.
………………………………………………..
AMALAN LAIN :
1. Sebaiknya, seorang waris sentiasa berada di samping pesakit dan bacakan ayat-ayat dan doa yang disebut di atas.
2. Minta jururawat masukkan air zam zam ketika ‘feeding’ melalui Ryle’s tube (tiub susu dan ubat yang dimasukkan melalui hidung ke perut). Jika kehabisan air zam zam, boleh ganti dengan air bacaan surah Yasin.
3. Wudhu’kan pesakit menggunakan botol penyembur (spray) setiap kali waktu solat (walaupun mereka belum sedar). Bisikkan ke pesakit, sudah masuk waktu. Adalah baik pesakit sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
Ads
4. Letakkan sedikit wangian (sebaiknya wangian kasturi), atau wangian yang biasa dipakai pesakit, di hidungnya. (Kata pengamal perubatan alternatif, ia untuk merangsang pernafasan yang baik dan juga merangsang otak. Wallahu’alam)
5. Apabila tinggalkan pesakit selepas waktu melawat, elok diperdengarkan bacaan ayat Quran di telinga pesakit menggunakan pemain MP3 dan earphone. (Waktu di HKL dahulu, jururawat akan tolong simpankan pemain MP3 tersebut apabila baterinya sudah habis). Jangan gunakan telefon bimbit.
………………………………………………..
PANDUAN BUAT PELAWAT :
APA YANG SESUAI DIBAWA SEBAGAI BUAH TANGAN KEPADA PESAKIT / WARIS :
1. Air zam zam
2. Air bacaan Yasin
3. Naskhah Manzil / Buku Doa / Buku yang sesuai
4. Bawakan botol spray (sekiranya penjaga belum ada. Botol spray ini banyak kegunaan ketika di hospital)
5. Makanan yang sesuai untuk penjaga pesakit di hospital (pesakit di ICU atau HDW biasanya tidak boleh makan). Elakkan bawa lauk pauk yang dibungkus dalam plastik, buah-buahan yang besar dan berat, atau apa sahaja yang sukar dan berat untuk dibawa.
Ads
6. Vitamin atau multivitamin yang sesuai untuk penjaga (bertanya dahulu lebih baik)
APA YANG PATUT DIELAKKAN (TERUTAMA KETIKA MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU ATAU HDW) :
1. Tidak perlu melawat pesakit sekiranya anda sedang sakit, demam, batuk atau selsema. Bimbang kuman dari anda akan menjangkiti pesakit. Memakai ‘mask’ adalah lebih bagus sekiranya ada.
2. Tanya dahulu kepada waris pesakit, sama ada pesakit boleh atau sesuai menerima tetamu atau tidak.
3. Wad ICU atau HDW biasanya hanya boleh dimasuki 2 orang pelawat sahaja dalam satu masa. Elakkan mengambil masa terlalu lama melawat pesakit.
4. Basuh tangan sebelum mendekati katil pesakit. Ruangan basuhan tangan dan sabun disediakan oleh hospital.
5. Elakkan dari merakamkan foto pesakit tanpa izin waris dan pesakit sendiri. Apatah lagi menyebarkan gambar tersebut pada orang lain. (Peraturan di hospital sebenarnya tidak boleh rakamkan gambar, apa lagi di wad-wad kritikal).
6. Pelawat lelaki yang bukan mahram tidak digalakkan masuk melawat pesakit wanita. Kebiasaannya keadaan pesakit wanita di Wad ICU/HDW (juga di wad biasa) dalam keadaan tidak menutup aurat. Wakilkan waris perempuan untuk melawat.
7. Elakkan terlalu banyak bertanya kepada waris. Katakan perkara yang baik dan positif sahaja walaupun pesakit nampak sudah terlalu uzur.
8. Doakan pesakit ketika berada di sisinya.
9. Elakkan mempromosi dan menjual sebarang produk ‘supplement’ kepada waris ketika ini.
………………………………………………..
Maaf jika ada kekurangan. Catatan adalah berdasarkan pengalaman peribadi menjaga suami yang terlantar di Wad HDW selama 10 hari dan di wad biasa selama sebulan.
Apabila terbaca luahan hati dari seorang wanita yang belum pun sempat mendakap anak yang baru dilahirkan, si permata hati telah dijemput Ilahi. Tentunya hati kecil sesiapa pun pasti akan tersentuh dan sayu dibuatnya.
Memang benar, dugaan ini memang cukup besar untuk ditempuh apatah lagi anak tersebut merupakan kelahiran sulung bagi pasangan Siti Nasuhah Muhamed dan Muhammad Hazwan.
Untuk mengetahui kisah lanjut pasangan ini, ikuti coretan yang ditulis olehnya. Hakikatnya nukilan tersebut mengambil masa yang cukup lama. Setahun masa berlalu, barulah ibu ini mampu berkongsi kisah di media sosial. Bukan meraih simpati, namun baginya sebagai mengenang kisah manis dan pahit sepanjang bersama anak syurganya yang diberi nama Muhammad Yusoff.
~Al-Fatihah Anakku~
25/4/2017- 25/4/2018
Harini genaplah setahun pmergian putera kami Muhammad Yusuff Bin Muhammad Hazwan.. dan Ulangtahun kelahirannye yg ke 1 tahun..seorang yg kuat, manja dan seorang anak yang comel. Setiap kali 25hb stiap bulan pasti airmata ku mengalir tanpa sebab, bile tgok kalendar ohh putera kmi rindukan kami rupanya.. Hanya naluri seorang ibu yg dpt merasainya..stiap kali tiba 25hb sy hnya mampu melihat gmbr masa lahirnya smbil mbilang umurnye yg telah pergi stiap bulan smentara melihat org lain count monthsary anak stiap bulan bserta gmbr yg makin mbesar..
Ramai yg masih xthu knp anak kmi pergi.. Hanya yg terdekat saje yg mengetahui.. sy dh tekad bila sy dh kuat, sy akn critakan.. dan harini ckup setahun dan sy dh ckup kuat utk trima segalanya dan utk kenangkn kembali saat manis dan pahit bersama putera kami..
Mengandung selepas gugur
Sbelum kandungkn die, sy pernah kguguran yg pertama kali, mase tu baru 10mggu.. 2bulan lepas tu dpt rezeki mengandung lg.. Mengandungkn Yusuff ni sgt senang skali.. Alahan pun smpai 3bulan mcmtu je pastu ok.. masa ni xde masalah ap2 lg, pergi checkup klinik smua ok.. ksihatan sy pun ok xde masalh hb low ke high ke, kencing manis pun xde.. boleh dikatakan smua ok lah..
Ok, da nk masuk 27 mggu trasa mcm nk scan nk tgok jantina.. biasalah kte mesti excited nk thu kn. masa tu gedik nk g scan lua means scan klinik swasta sbb mgkin lebih nmpk kot..ok, dgn excited pergi, doc scan2 doc mcm senyap dan lama die scan baru die bsuara..die ckp ‘ puan tahu x yg air ketuban puan macam da kurang, dan sy xjelas nk tgok jantina nye’.. sy trus rasa xsedap hati.. doc tu ckp air ktuban sy bacaan die 8 jer.. mcm agak bahaya utk baby.. doc trus bg surat sruh pegi klinik yg sy checkup slalu tu harini trus..
Dh pegi klinik sy checkup tu, pun sama doc ckp btul air ktuban sy kurang dah tggal 5 bacaan nyer.. dorg trus buat surat sruh pegi hospital..then dgn hati xtenang rsa mcm nk menangis trus pergi serah diri kt hspital Sg Buloh yg pling trdekat.
Dekat sna dorg scan lg skali, dorg pun ckp bnde yg sama air dah kurang, pelbagai soalan yg ditanya, malah smua jawapan sy xde masalah, xde leaking or ap2 yg mbuatkn air tu kurang.
Luluh hati…
Pastu rjuk plak pakar dekat situ, Allahu jawapan yg sy xpenah terlintas yg kluar..Doc tu ckp die xnampak buah pggang sbelah.. luluh hati ni mendengar nyer.. rsa mcm nk pengsan kt situ trus.. trus berjurai airmata ni..rasa mcm xpercaya kndungan sy ad masalah.. tp doc ckp die pun xpasti.. smggu kne warded kt situ sbb nk pntau dan nk cucuk ‘Dexa'( ubat matangkn paru2 baby) incase klu kne brsalin awal..Dexa ni sakit sgt2, tp demi anak ku gagahkn jua.. sedih sgt waktu bile kenangkn bby ad masalah, kmi sama2 bjurai airmata sbb sedih dpt berita yg xdisangka2..
Dah masuk semggu kne warded, doc pakar situ call doc pakar yg lagi pakar bahagian scan baby.. so dapatla pakar dekat Hospital Klang.. Hati ni dah longlai sbb xsggup nk dgr keputusan yg sama lg.. tapi sbelum pergi serahkn diri ke sana, kmi cuba ikhtiar pergi scan swasta Kt Hospital Az-zahra dekat bangi, dgn harapan dorg ad peralatan canggih utk nampak segalanya.. Riak muka doc sama stiap kali scan perut sy, sy dh dpt agak mesti berita yg sedih jgk.. Doc situ pun ckp kndungan dlm bahaya, air ktuban awak sy dh xboleh kira brapa bacaan nye.. kluar dari blik doc, sy menangis semahu2nya, dah xhiraukan sesiapa dah sy rsa xkuat sgt, rsa lemah sgt..ok xpelah, pergi yg dekat Klang tu plak mggu depan..
Berjumpa pakar
First pegi sana, jawapan yg sama kami trima.. jawapannye xdpt tgok dgn jelas buah pggangnye.. andaian demi andaian doc berikan yg xsggup kami dgr.. sehinggakn doc minta utk buat ujian air ktuban utk tahu ap masalah sbnrnye..kmi buat solat hajat solat istikharah utk bg kputusan yg tepat smbil tnya kwn2, parents ap yg perlu dibuat.. so kmi decide utk xbuat ujian tu sbb tkut gngu kandungan..
Jadi bile kputusan itu sy buat, doc Klang tu ckp awk perlu tggung risiko, dan kne selalu pantau gerakan die.. dan last skali die tanya nk bsalin dekat mane..mase ni baru 8bulan..sy ckp je Hospital Serdang sbb dgr sana ramai pakar dan service ok skit.. so dpt surat pergi hospital situ plak.. penat kehulu kehilir dah xrasa sbb lebih pkirkan keadaan bby..airmata yg klua pun mcm smpai dh nk kering sbb tiap hari menangis..
Terus berikhtiar Dah mcm2 ikhtiar tradisional la, amek air penawar la, mtk org kg, budak tahfiz buat solat hajat, dan mkn buah2 yg boleh bnykkn air ktuban.. bermacam2 cara dan ikhtiar kmi cuba..
Pergi je dekat hospital Serdang jumpa pakar sana, Alhamdulillah, ad sedikit positif dri doc situ, die ckp buah pggang nye ok jer, sy boleh nmpk dua… cumaa, air ktuban tu mmg skit.. bile dgr cmtu, rasa lega yg amat.. sbb baby ku sempurna tp masih diuji air ktuban ditahap yg xboleh baca..
Seminggu Warded
Doc nk warded smggu sbb nk tgok keadaan bby.. kne cucuk lg dgn ‘Mexxa’ plak.. xthu btol x bacaannye.. tpi Mexxa tu Ya Allah sakit sgt , panas satu badann mgigil bdan ni.. dah la kne masuk ubat tu kena dlm laboor room.. xboleh wad biasa sbb nk guna peralatan dlm laboor room dan kne ad doc pantau stiap sejam..ok.. smggu admit kt sni.. hati ni xsenang duduk dah.. doc pun dtg ckp sy boleh kluar wad.. Sbb die tgok bcaan jantung baby ok, aliran darah smpai ke dia pun ok, gerakan ok mcm xde maslaah ap2.. so doc izinkn sy kluar wad tp stiap mggu kne dtg jupa pakar utk scan nk tgok keadaan..
Alhamdulillah kt sni sy dpt doc ppuan yg sgt baik, sopan dan sntiasa bg kata2 positif.. stiap mggu die scan die ckp baby ni aktif sgt la nk scan pun payah smpaikan terukir sedekit senyuman sy walaupun hati tgah resah. doc pun ckp die xboleh nk ckp knapa air ktuban sy sdikit sdgkn keadaan baby dlm ok..die ckp kte tgok nanti baby dh kluar, insyaAllah baby ok.. salu kata2 positif yg kluar dari mlut doc.. Doc da ckp die hnya tggu baby matang utk kluarkn die means kne bersalin awal.. awal tu mksudnye masuk je 9bulan (ckup2 37mggu) sy kne bsalin..
doc takut nk sruh sy bsalin pra matang sbb ksian kn bby, sbb bby masih ok kt dalam.. ok doc da bg surat utk bsalin tarikh 25/4/2017.. tapi doc dh ckp awk kne ceaser sbb kepala bby kt atas.. dia masih songsang.. xboleh nk bsalin normal.. Allahu, xkuatnye ak nk hadapi pembedahan plak..
Sehari sbelum sy dh kne warded, perasaan time tu Ya Allah, berikan la ak pluang utk bsalin normal, pusingkan kepala anakku kebawah.. doa xhabes2 , solat sunat suma dh buat.. Tp dah ini takdirku.. scan kali terakhir, kepala bby still kt atas.. so kne operate jgk..
Mlm tu berpuasa lah sy utk jalani operation pagi esk.. doc dh ckp sy giliran yg last skali iaitu lepas zhor.. ad 5 org kne ceaser hari trrsebut..ok sy trime dgn reda.. suami sy pun ulang alik2 die dtg tgok sy.. dh ckp kt die bsalin lepas zhor.. so die akan dtg tgahri la dgn mak ayah.. tp mlm tu Tuhan saje yg tahu, sebak xterkata sy duk bbual dgn baby smbil usap perut, stiap kali sy bckp die bergerak, seolah2 die pun nk berborak dgn sy.. sy hepy sgt.. sbelum2 tu pun die salu bg rangsangan bile sy bckp, mmg anak yg dgr kata maknya..
Tiba-tiba sakit Ok smbung balik, dlm pkul 11 lebih mcmtu sy rsa sakit2 kt perut, sy xthu sakit knp.. rsa nk buang air besar, pegi2 xnk buang plak.. smpai xboleh nk tdo lgsung mlm tu.. tp anak sy dlm perut tu lah teman kn, bergerak xhenti2.. xthu knp aktif sgt.. smpai kesubuh die bergerak.. tp smbil sy rsa xtahan dah sakit tu.. pggil nurse pun die ckp xde pape sbb die ingt sy sakit perut biasa.. sy ni xthu mcm mne contraction, sy pggil nurse lain utk cek sy, die ckp sy ni contraction ni, awk xboleh bsalin normal sbb songsang.. so emergency dorg tolak sy ke bilik OT pagi tu pkul 8.. sy sempat msg sepatah je gtaw suami sy perlu ditolak ke bilik OT..
Smbil ditolak sy dh menangis sbb sakit yg sgt dan menangis ketakutan kne operate zikir xhenti2 dmulut sy spaya diselamatkm smuanya.. Dlm bilik OT tu sy rsa dorg dh kluarkn bby, sy xsabar nk tgok bby.. tp da lama2 skit dorg xtunjuk lgsung dekat sy, nurse dtg cuma ckp dah selesai, sy tolak awk ke bilik lain utk rehatkn diri.. Tapi sy tetap xpuas hati, sy nk tgok baby sy. Hati sy dah resah mane baby sy.. dah xsedap hati knp dorg xbg sy tgok baby sy.. smbil baring blik sebelah sy duk angkat2 kepala ni nk paggil sapa2 yg lalu nk tnya pasal anak.. smpai sy trmuntah sbb dh angkat kepala sbb nurse dh pesan jgn tggikan kepala takut muntah.. sy dh xhrau dh sbb nk tgok bby..nurse tu pun ckp nanti doc pakar dtg gtaw awk keadaan bby..
Dtg la pakar dekat sy berehat, die ckp ‘puan rehat baik2 yea, anak puan ada dekat icu skrg, die ad maslah skit, die dgn ayah die kt sana..sy dh explain dekat ayah die..nti puan dh boleh bgun boleh la pegi tgok..’ hati ni trus rasa lega skit sbb die bsama ayah die..
walaupun trtanya2 knp duk icu.. dlm kepala sy pkir positif je masa tu.. ‘alah anak org lain ad jgk masuk icu, nti boleh klua la tu’ itu je sy pkir.. perasaan xsbaar nk bagun nk tgok jer.. sy bsalin dlm pkul 9 pagi.. sy ditolak naik ke wad biasa dlm pkul 11 mcmtu..
Mata semua orang merah…
Dah kat wad, suami sy dtg jenguk sy dlm pkul 12.. sy tnya mane ank.. die ckp kat icu, ank ok insyaAllah.. lega sy dgr.. tp sy pelik time tu, mata die merah.. sy hnya pkir mgkin die sedih anak masuk icu je kot..positif je yg sy pkir..tp mak ayah dtg salam dgn sy smua mata merah, sy tnya knp nk sedih ank duk icu je pun.. masih positif..dlm ksedihan tu sy tgok suami sy kelam kabut duk jupe nurse sbelah sna.. sy pkir positif lg mgkin die nk tnya bile anak boleh wt naik wad kot..
Tak lama kemudian, nurse dtg nk cek keadaan sy.. die terlepas ckp ‘ nanti puan dh boleh bgun boleh la tgok arwah kt bawah’ Ya Allah.. sy xbrape paham ayat nurse tu.. nurse tu pun terkejut sbb sy masih xthu keadaan sebenar hati sy dh berdegup kencang, ayah sy dan suami sy trus cepat mndekati sy smbil peluk sy.. smbil bisik dgn sy ‘bwk mengucap sygg.. anak kita dh pergi tggalkan kter’ sy xsggup nk gtaw td sbb tgok awk masih lemah’.. sy meraung sepuas2 nya kat situ.. sy rasa mcm nk bangun trus nk pergi tgok anak sy
Rupanya msa pkul 12 yg die mata merah2 dtg jenguk sy tu bby da mninggal die sdg nk bbincang dgn ayah mcm mne nk gtaw dkt sy Doc xbg sy bgun sbb patient baru lepas operate kne 6jam baru boleh bgun.. Ya Allah ujian apakah ini.. aku xkuat masa ni rasa nk pengsan jer..menangis xberhenti.. doc dtg explain anak sy ad masalah paru2 nye lemah.. kami dh cuba bantu bg saluran pernafasan, tapi die bertahan 3jam saje.. die ckp baby lemah pernafasan die slepas ptuskan tali pusat tersebut.. maknanya selama die aktif dlm perut, die hnya bergantung pada diriku 100%.. sbb tu die kuat dlm perut..manjanye kamu dgn mama
Sy meronta2 nk bangun nk tgok bby kt forensik, sbb bahagian forensik xbg wt naik atas sbb die ckp ikut prosedur mayat xboleh bawak naik wad..suami sy berkali2 pegi pjuk sruh bawak naik sbb sy nk kucup die kali terakhir sbelum di bawak kebumikan kt kg.. dorg still berkeras.
suami sy cuba pjuk doc plak spaya keciankn sy nk jumpa anak sy..last2 doc tu pegi bbincang bhagian forensik baru dorg benarkan..Dlm pkul 6 ptg mcmtu,dlm ksibukan bunyi bising, sy tdgr troli ubat mcm tgh bergerak , dan dlm masa yg sama sy dpt rasakan seolah2 anak sy tgah berlari utk dpatkn sy,
Ya Allah, sgguh perasaan ku betul.. troli td sbnrnya bawak anak sy utk jupa sy.. sy xboleh bgun dr katil cuma boleh tggikan bahagian belakang.. trus sy dakap trus sy cium die puas2.. diteliti tgn kaki nye.. Ya Allah, sempurna nya kamu syggg.. tp Tuhan lebih syggkn kamu mama redha dgn pmergian kamu nak.. pergilah jumpa Penciptamu syggku..
lepas pd tu suami sy minta izin utk bawak balik arwah utk kebumikan di kg.. Tp sy kne stay di hspital lg sbb bdan sy masih lemah.. suami sy bawak balik mlm tu jgk ke kg.. Sy merayu utk balik jgk sbb sy nk tgok anak dikebumikan. Allahu, Tuhan saje thu perasaan sy xdpt balik utk mandikan jenazah dan tgok kali terakhir sbelum dikebumikan.. Allah sedang uji sy lagi..
Smpai ke harini sy bangkit, bina hdup sy smula.. cuba kuatkn diri demi org2 yg sy syg disekeliling sy.. sehinggakan sy cipta WANITY WEDDING CONCEPT tersebut sbb ingin cari masa yg tluang utk bnde2 yg sy minat utk sy kurangkan kesedihan sy..
Alhamdulillah makin hari makin kuat.. Allah Maha Mendengar.. Harini 25/4/2018 sy bgun pagi dgn rsa sebak sbb terkenangkn harini hari kelahiran dan pemergian die.. Tapi sesampai di ofis, sy dpt berita gembira dimana suami sy dpt kerja yg lebih baik dari yg sekarang, pangkat yg lebih tggi… berita yg selama ini kami tggu.. genap setahun Engkau gantikan dgn tangisan kegembiraan pada hari yg sama.. Syukur padaMu Ya Allah.. Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengasihani hamba2Mu.. Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih sbb jadikan sy seorang hamba yg kuat
Terima kasih kerana sudi membaca coretan ku..ingatlah, Allah Maha Adil.. Dia datangkan hujan lebat ribut petir, disebalik tu Allah dtgkan pelangi kepada kiter.. renung2kan diri masing2..
SELAMAT ULANGTAHUN YG PERTAMA ANAKKU
AL-FATIHAH ANAK SYURGAKU
MUHAMMAD YUSUFF BIN MUHAMMAD HAZWAN DALAM KENANGAN
Dan ini pula perkongsian kisahnya bersama keluarga.my. apabila dihubungi baru-baru ini.
“Perkembangan terkini Kehidupan sy skrg alhamdulillah bertambah baik..lepas sy kehilangan anak, Alhamdulillah Allah kurniakan sy idea dan sdikit bakat dlm mghias pelamin disamping minat sy dlm bidang trsebut..Alhamdulillah sy buka perniagaan sy Wanity Wedding Concept trsebut demi arwah ank sy sbb sy nak mengisi masa lapang sy.. sy xnak dia sedih sy meratapi pmergian dia stiap masa..
Saya masih xde anak sbb doc nasihatkn sy utk rehat 2tahun sbb sy ceaser masa lahirkan arwah.. insyaAllah bulan 4 tahun depan ckup 2thun baru sy merancang nk tambah.. tp incase klu Tuhan bg skrg pun sy trima dgn hati terbuka.”
“Klu sy rindukan arwah, sy hnya boleh tgok gmbr dia yg ada, hnya boleh cium kain lampin yg last die pakai dan sntiasa baca Yasin utk dia.. itu je yg mampu sy buat..
“Doakan sy ad rezeki dikurniakan zuriat yg sihat..Aminn”-Siti Nasuhah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘Telur Dah Jadi Bubur.’ Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh seorang ibu apabila melihat anaknya bermain dengan telur mentah yang sudah pecah.
Baru-baru ini tular video di aplikasi Tiktok yang menunjukkan seorang kanak-kanak gembira bermain dengan telur yang telah dipecahkannya. Difahamkan lebih 100 biji telur telah dipecahkan gara-gara bermain bersama abang dan kakaknya.
Mungkin ramai yang pelik, kenapa terlalu banyak telur yang disimpan oleh keluarga ini. Sebenarnya telur-telur itu adalah untuk digunakan dalam perniagaan murtabak yang diusahakan oleh keluarga ini.
Bagaimanapun, ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut menzahirkan rasa redha dengan tindakan anaknya itu menerusi kapsyen ‘anak oh anak, sabar sahajalah, telur sudah menjadi bubur’.
Artikel Berkaitan
Sejurus video itu telah tular, majoriti besar orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memahami perasaan sang ibu tersebut apatah lagi telur sangat sukar untuk diperolehi sekarang kerana dipercayai kekurangan stok.
“Ya Allah anak, bukan mudah hendak dapat telur sekarang, menangislah emak awak adik, sabarlah kakak, budak cerdik memang banyak telatahnya,” komen seorang pengguna TikTok.
“Allahuakhbar, kena sabar yang paling tinggi buat ibu bapa dia, telur dekat sini susah dapat tetapi awak boleh mandi telur ye? Tinggal masuk dalam kuali sahaja ni, comel sungguhlah telatah budak-budak,” komen pengguna TikTok yang lainnya.
“Telur ibarat perkara penting dah sekarang adik, awak boleh sampai seratus lebih biji telur awak pecahkan dan buat mandi, bertuah sungguh la budak kecik ini,” usik pengguna TikTok itu.
Sementara itu, terdapat juga orang ramai yang lebih memikirkan bagaimana cara hendak membersihkan telur-telur yang telah dipecahkan itu kerana pastinya akan meninggalkan bau yang hanyir dan kurang enak.
“Kalau aku menangis bukan sebab susah dapat atau harga telur tetapi sebab kena bersihkan, itu yang tidak sanggup dengan bau hanyir lagi, nasib bukan anak aku, anak duhai anak,” tulis pengguna TikTok itu.
“Telur memang susah hendak dibersihkan, sudah bersih pun akan ada lagi bau hanyir dia. Memang boleh menangis masa hendak bersihkan ini,” kongsi pengguna yang lainnya.
Wanita adalah pelengkap dalam kehidupan seorang lelaki. Sanggup berkorban apa saja demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia.
Kerana itu, hargai mereka yang bergelar wanita, baik ibu mahupun isteri anda. Kerana mereka lah cahaya hidup kita. Semoga perkongsian dari saudara Ariff Ismail ini memberi manfaat pada semua.
WANITA TERAGUNG
“Di sebalik semua lelaki di dunia..Pastinya ..didukung seorang wanita..Dia berkorban untuk..Memberi yang mampu..Demi insan yang disanjung dalam hidup.. “
Kita tak boleh nafikan, dalam hidup kita sentiasa di bayangi dengan “wanita”. Dari hari pertama kejadian kita ada dalam rahim seorang wanita..menumpang selama 9 bulan 10 hari di sana.
Bila menerjah ke dunia, susu pertama kita dari seorang wanita. Wanita ini juga yang berkorban nyawa untuk lahirkan kita ke dunia. Bersengkang mata menjaga kita dari hari pertama kita lahir hingga kini.
Bila dah besar..sakit kita cari mak..happy kita cari gilrfriend/bini. Kita kecewa call mak..kita gembira kita call gilrfriend/bini. Tapi mak tetap setia ada untuk dengar segala rintihan kita.
Namun brother, hidup kita tetap dikelilingi seorang wanita, yang bergelar ibu, bergelar kakak, bergelar isteri, bergelar teman dan juga bergelar adik. Dalam kehidupan kita mesti ada wanita disisi.
Seorang lelaki tidak boleh menafikan yang kejayaan kita hari ini didokong oleh seorang wanita. Berjaya kita hari ini jasa seorang ibu yang berkorban segalanya membesar kan kita.
Tinggi nya kita sekarang atas sokongan tak henti henti seorang yang bergelar isteri. Berusaha kita hari ini atas semangat dari seorang kakak/adik perempuan kita.
Namun apa yang dipinta oleh seorang wanita dari seorang lelaki yang di hormati mereka? Adakah layanan bak sang Permaisuri? Atau layanan ibarat di dalam syurga? Hiasan emas berlian bak putri raja?
“Tenangkan hatinya bila resah…Setia didalam ceria dan gundah…Itulah saja balasan diminta Seorang wanita”
– Petikan lirik : KRU : Wanita –
Tidak wahai lelaki teragung sekalian, bukan itu yang dipinta seorang wanita dari kita. Mereka hanya dambakan kita ada disetiap saat duka gembira depa. Depa nak kita sentiasa menjadi penyejuk hati mereka dikala gundah.
Bukan layanan istimewa, bukan emas berjuta yang dipinta. Hanya secebis ruang dihati kita untuk mereka singgah dan bersemayam. Tunjuk kan lah kasih sayang kita pada mereka.
Wanita ni memang tak lari dari emosi, dari rajukan, dari keluhan. Namun bukan sengaja atau tanpa sebab mereka begitu. Selalunya, mungkin kita terlepas pandang apa yang di pinta oleh hati seorang wanita.
Macam kakak saya, ada masa mood dia swing, tiba tiba nak marah tiba tiba sedih tiba tiba emosi. Tapi saya tak kisah pon, dah nama pon wanita memang tak lari dari sifat tu. Tapi kita sakit ke, putus cinta ke, tgh bercinta ke, kecewa, dia tetap ada jadi pendengar terbaik.
Masih saya ingat kata kata arwah emak saya, ” mak bukan nak harta korang, mak dapat lihat korang berjaya pon dah cukup”. Kata kata ni membuatkan setiap kali saya merangkul kejayaan. Saya nampak wajah mak saya sedang tersenyum bangga melihat saya.
Selalu saya berkata dalam hati ” kan best kalau mak ada lagi “. Tapi hakikat nya dia telah tiada. Allah pinjam kan ibu saya sementara sahaja. Namun kenangan dan didikan dari “wanita” ini yang menjadikan siapa saya sekarang.
Jangan kecewakan setiap hati wanita yang ada dengan kita. Hargai mereka masa mereka masih bersama kita. Luangkan masa untuk meraikan mereka. Kerana kita bukan selamanya ada mereka di sisi kita.
Pada yang masih mempunyai emak, santuni mereka, belai lah mereka selama mereka bernyawa. Kerana bila tiada seorang yang bergelar ibu disisi, maka hilang lah satu keberkatan dunia yang Allah pinjamkan pada kita. ” DOA SEORANG IBU ” .
Hargai wanita, kerana mereka lah cahaya hidup kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.
Untuk lebih perkongsian bermanfaat dan tips tips keluarga dan kewangan boleh sertai Telegram Channel Percuma : https://t.me/TipsPremierAriffIsmail
Ada waktunya, kita sebagai ibu bapa diam seketika memerhati anak bermain dan tanpa sedar, fikiran melayang ke zaman kecil kita sendiri. Balik sekolah, main...