Dalam dunia perkahwinan banyak perkara perlu diambil perhatian oleh suami dan isteri terutama mengenai tanggungjawab masing-masing. Lantaran itu, pelbagai cara harus dilakukan untuk memastikan hubungan kekal indah dan manis sentiasa. Jom semak panduan bagaimana untuk kekal bahagia

8 Cara Kekalkan Kebahagiaan Perkahwinan Anda

Nak Kekal Bahagia Perkahwinan, Begini Caranya Setiap Pasangan Kena Tahu Barulah Sweet Selalu

1. Hidup Saling Lengkap-Melengkapi
Melayari bahtera perkahwinan bukanlah seperti kehidupan ketika anda bujang dulu. Ia memerlukan komitmen dan perkongsian hidup dalam pelbagai aspek. Sentiasalah ingatkan dalam diri anda bahawa perkahwinan yang bahagia boleh dicapai dengan anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Bantu pasangan anda jika dia mempunyai masalah dan cuba atasi kelemahan dia.

2. Suami Libatkan Diri Juga Dalam Urusan Rumahtangga
Sebagai suami, anda tidak boleh abaikan 100% urusan kerja rumahtangga dan hanya mengharap isteri anda. Sekali-sekala, ringan-ringankan tulang anda untuk membantu isteri di dapur atau mengemas rumah. Peruntukkan sedikit masa cuti hujung minggu anda membantu isteri.

IKLAN

3. Ringankan Mulut Memberi Pujian
Sentiasa beri pujian kepada pasangan anda. Tak kira samada anda seorang suami mahupun isteri. Mulakan dulu. Memberi pujian merupakan cara anda menunjukkan anda menghargai kehadiran pasangan anda dalam hidup anda serta ia boleh menggembirakan hati dia.

4. Jangan Sering Memperkatakan Kelemahan Pasangan
Elakkan suka memperkatakan kelemahan pasangna anda. Ini merupakan perkara yang sensitif di mana, kelak boleh menyumbang kepada berlakunya pergaduhan konflik dalam rumahtangga. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kelemahan dalam soal seks. Bincang secara baik bersama pasangan anda jika anda mengalaminya.

IKLAN

Nak Kekal Bahagia Perkahwinan, Begini Caranya Setiap Pasangan Kena Tahu Barulah Sweet Selalu

5. Elakkan Ungkit-Mengungkit
Satu lagi kesilapan yang harus anda elakkan ialah elakkan daripada mengungkit pekara-perkara yang silam. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau membantu dia, jangan ungkit-ungkit perkara tersebut. Ini menunjukkan anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan.

IKLAN

6. Jaga Penampilan Setiap Masa
Sebagai isteri, ini merupakan salah-satu tanggungjawab anda. Sentiasa tampil dengan kemas dan menawan di mata suami anda. Ini boleh memberi mood yang baik kepada suami anda seterusnya dia akan lebih sayang anda. Suami juga harus jaga penampilan diri mereka. Cukur ‘bulu-bulu’ yang ada di muka anda.

7. Pelihara Kebersihan Kamar Beradu Anda
Bilik tidur anda merupakan tempat terpenting dalam hubungan suami-isteri. Inilah di mana kemuncak cinta anda berdua akan direalisasikan. Pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih dan kemas. Jangan biarkan kain baju kotor bersepah. Adalah juga dinasihatkan anda cuci cadar, selimut dan sarung bantal anda sebulan sekali sekurang-kurangnya. Semburkan wangi-wangian yang boleh ‘membangkitkan’ ghairah anda berdua.

8. Beranikan Diri Untuk Mulakan Dulu
Sebagai isteri, anda tidak harus hanya bersikap menyerah diri dan tunggu suami anda mulakan aktiviti berbentuk seks. Sekali-sekala, anda mulakan dulu. Mulakan mencium dengan penuh ghairah suami anda. Jadi lebih aktif dalam hubungan seks. Pasti suami anda bertambah-tambah sayangnya kepada anda.

Sumber: www.ikahwin.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI