Masih ingat lagi sewaktu kecil dulu setiap kali kami adik-beradik demam, ibu akan cepat-cepat melumur dengan lendir dari daun lidah buaya atau lebih dikenali dengan nama aloe vera.
Ibu akan lulurkan pada umbun-umbun kepala, dahi, ketiak dan leher. Alhamdullilah, kami adik-beradik jarang ke klinik kerana selepas dilumurkan dengan lendir lidah buaya ini, suhu badan akan turun.
Caranya sangat senang :
Hanya patahkan daun lidah buaya
Buang kulitnya.
Masukkan lendir ke dalam bekas.
Campurkan sedikit sahaja air agar tidak terlalu pekat.
Petua ini sampai ke generasi kami adik-beradik masih digunakan apabila anak-anak demam dan pokok lidah buaya memang wajib ada di rumah kami.
Pokoknya senang membiak dan tidak sukar dijaga.
Kalau sukar untuk mendapatkan pokok ini, anda boleh dapatkan di farmasi.
Terdapat beberapa jenama yang menjual lendir ini secara komersial. Jadi wajibkannya dalam First Aid anda supaya dapat menbuat langkah awal jika anak tiba-tiba demam panas.
Ads
Selain daripada itu, banyak khasiat aloe vera ini yang secara tidak langsung akan kita dapat apabila memakainya seperti :
Untuk kulit yang cantik.
Dapat mengurangkan parut dia wajah dan badan.
Sebagai masker muka.
Mengurangkan kelemumur
Membantu merawat Ekzema
Di sini, terdapat beberapa jenama Aloe Vera yang boleh anda dapatkan di farmasi.
Kalau boleh kita semua inginkan kulit yang sihat dan nampak menawan. Tapi hakikatnya kulit wajah kita berbeza-beza dan punya masalah yang tersendiri.
Jika tidak dirawat tentu sahaja akan menjadi lebih teruk dan akhirnya boleh menyebabkan wajah terlihat kusam.
Sebut pasal kulit wajah yang putih, gebu dan licin berseri, siapa yang tidak mahu bukan?
Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mengatasi maslah kulit wajah dan seterusnya merawat kulit agar menjadi lebih sihat dan berseri.
Sama ada menggunakan rawatan atau produk moden yang ada di pasaran, atau pun dengan cara yang lebih jimat dan selamat iaitu dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati dari dapur kediaman kita seperti kunyit mahu pun timun.
Istimewanya juga, penggunaan bahan-bahan tersebut dalam bidang perubatan dan kecantikan sudah lama diamalkan. Keberkesanan petua yang diamalkan terbukti serasi dan menunjukkan kesan sebagai mana yang diharapkan.
Jadi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, putih dan gebu, apa kata anda cuba petua yang diamalkan oleh Norshahida Lambri dalam menghasilkan masker wajah yang dikongsi bersama melalui group fb Mahn. Jom semak!
Masker wajah
Bahan yang diperlukan :
1 sudu serbuk kunyit
1 biji timun
Cara penyediaan
Kena rajin buat seminggu sekali ye, kulit semakin cerah dan gebu. Jangan malas kalau nak cantik.
Info Ekstra
Kunyit
Kaya dengan vitamin C dan dikatakan bagus untuk mengatasi masalah kulit berjerawat, berminyak, penuaan,pigmentasi serta mampu menghaluskan kulit.
Timun
Kaya dengan vitamin E dan berfungsi untuk menghilangkan bintik hitam, lingkaran gelap bawah mata (eyebeg) serta meremajakan kulit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kucing merupakan haiwan kegemaran yang popular untuk dijadikan haiwan peliharaan. Sama ada di bandar atau di kampung, kucing menjadi penghuni wajib di kebanyakkan rumah.
Bila kucing sudah selesa dengan kita, ia akan menjadi ‘bff’ yang sentiasa ada bersama kita. Malah boleh dikatakan sangat manja.
Namun kehilangan si bulus sudah tentu akan membuatkan kita meratap pemergian kucing.
Menerusi perkongsian di TikTok memaparkan @puan_miella kisah sedihnya apabila si bulus tersayang meninggalkannya.
Katanya ketika lepas solat subuh kucingnya yang dikenali panggilan Pablo memanggil di luar pintu bilik. Apabila dibuka pintu bilik, kucing tersebut masuk seperti dia merindui pemiliknya itu.
Walaupun tidak dapat bercakap tetapi hanya pencinta kucing akan dapat mengenali sekiranya kucing itu memanggilnya.
Bila dibuka pintu, kucing itu masuk dan berbaring seperti terlampau penat dan kedengaran pemiliknya sedang bercakap dengan kucing kesayangannya itu. Siapa rupanya si bulus seakan memberitahu bahawa dia akan pergi selamannya.
Meninjau di bahagian komen, para netizen meluahkan rasa sebak. Hanya pencinta kucing yang tahu betapa sukarnya melalui saat kehilangan haiwan peliharan yang amat disayangi.
Sumber:
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Sebenarnya, tidak semua kotoran yang melekat pada barangan rumah hanya boleh ditanggalkan dengan menggunakan pencuci yang mahal.
Sebaliknya, ada saja bahan yang mudah dan murah yang boleh berbuat demikian. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal!
Cuka gebukan tuala
Jika tuala anda mula bau hapak atau pun tidak lagi gebu seperti mula-mula anda membelinya, rendamkan tuala anda dalam air bersama cuka. Ia akan kembali pulih seperti baru dan tiada lagi bau yang kurang menyenangkan.
Hilangkan kesan pada meja
Tidak perlu membeli meja yang baru untuk menggantikan meja yang sudah ada corak baru akibat kesan cawan yang melekat pada meja. Anda hanya perlu menggunakan campuran minyak zaitun dan garam untuk menghilangkan kesan tersebut. Ia akan kembali bersih seperti meja kopi yang baru.
Bersihkan ketuhar gelombang mikro
Panaskan air dan jus lemon atau cuka selama 5 minit dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian lapkan ketuhar gelombang mikro dengan menggunakan campuran tersebut. Memang kotoran yang melekat di dinding ketuhar akan hilang dengan mudah.
Gosok besi karat dengan ubat gigi
Jika anda ada besi berkarat atau pun kotoran karat melekat pada barangan anda, gunakan ubat gigi kerana floridanya mampu menghilangkan kotoran tersebut. Anda boleh gunakan kain buruk atau berus gigi untuk membersihkannya. Memang mudah.
Minyak bayi untuk kotoran berminyak
Letakkan semburan kimia dan keluarkan kain buruk dan minyak bayi untuk membersihkan kotoran yang berminyak. Bukan hanya mampu membersihkan, malah dapat membuatkan barang anda Nampak bersinar.
Bersihkan kotoran di permaidani
Letakkan kain lembab pada kotoran tersebut dan tekankan seterika dengan suhu yang tinggi. Cara stim ini akan menghilangkan kotoran tersebut. Mudah saja kan.
Atau boleh cuba tip ini. Taburkan soda penaik dantepung jagung di atas permukaan permaidani dan biarkan ia selama 15 minit. Setelah itu, vakum seperti biasa. Kaedah ini dapat membantu anda membuang kotoran dan menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di rumah.
Menghilangkan kesan karat di bilik mandi
Anda boleh menghilangkan karat di jubin seramik di dalam bilik mandi dengan menggunakan campuran cuka dan serbuk penaik. Tuangkan campuran ke tempat yang terjejas dan biarkan larutan selama beberapa minit. Bilas dengan air dan lap jubin dengan kain kering.
Lantai bersinar
Kaedah yang sesuai untuk membersihkan lantai dari material kayi adalah dengan campuran cuka dengan air. Campuran ini dapat membuatkan lantai anda kelihatan bersinar. Hanya campurkan 1/4 cawan cuka ke dalam 1 liter air dan anda boleh menggunakannya sebagai pencuci lantai. Jika lantai anda dari material jubin, gunakan air yang mendidih untuk membersihkannya.
Menghilangkan bau busuk
Untuk menghilangkan bau di dalam peti sejuk anda, gunakan campuran jus lemon dan air untuk mencuci peti sejuk anda. Anda boleh menambah soda penaik pada campuran tersebut. Ini akan memudahkan proses menghilangkan kotoran.
Bersihkan pintu bilik mandi dan dinding jubin
Salah satu cara untuk menghilangkan kesan air dan cendawan dari jubin dan pintu kaca adalah dengan menggunakan soda penaik atau lemon. Celupkan berus gigi basah ke dalam soda penaik dan gosok grout jubin sehingga bersih. Apabila anda sudah selesai, basuh jubin dengan air bersih. Untuk seminggu sekali, gosok permukaan jubin dan pintu kaca dengan separuh lemon dan biarkan selama10-15 minit, bilas dengan air dan lap sehingga kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.