Kunyit, penggunaan dalam menyediakan masakan di rumah boleh dikatakan hari-hari kita menggunakannya. Lazimnya, serbuk kunyit akan dilumur pada ikan mahupun ayam sebelum digoreng untuk memberi rasa dan warna, malah kunyit segar juga kerap digunakan untuk menyedapkan lagi masakan gulai dan beberapa menu lain. Begitu juga daun kunyit pasti digunakan dalam masakan tradisi seperti menyediakan menu rendang dan sebagainya.

Jadi alangkah mudah kiranya jika kita dapat menanam sepokok dua kunyit untuk kegunaan sendiri. Jika terdetik untuk menggunakannya, terus boleh di petik segar.

Pun begitu, sebelum ingin melakukan aktiviti menanam kunyit, apa kata kita baca perkongsian daripada saudari Enkay Nik Mutaffa ini bagaimana dia menanam kunyit. Malah turut dikongsikan cara mengenal kunyit yang sesuai untuk ditanam dan akan mudah hidup. Jom semak.


Hari ni pelatih bermurah hati berikan tunas kunyit yang dah bercambah. Katanya dia beli kunyit untuk buat masker muka, lepas dua kali buat, lupa. Bila nak mengemas, baru perasan semua kunyit dah bertunas.

Bila baru nak menanam, rasa memang mencabar kan? Orang sekarang kata “nubis” (newbie) Orang kata – pandai tanam dan pokok hidup, sebab tangan sejuk…Tak pandai tanam, tangan panas. Macam-macam lah analogi yang diberikan. Ada yang kata orang yang pandai bercucuk tanam ni tangan hijau, tangan sejuk, green finger. Err..saya ni kategori darah manis.. Bagi saya, saya berpegang pada prinsip doa, usaha, ikhtiar, tawakkal.

Sewaktu awal remaja dulu, pokok orkid yang lasak pun mati saya kerjakan. Puncanya terlebih baja, konon nak pokok cepat besar, letak la baja lebih. Akhirnya pokok orkid mati sebab kemasinan baja.

Yang penting, nak buat apa-apa pun, perlu tuntut ilmu dulu. Jom, saya kongsikan cara tanam kunyit. Esok, sebelah petang atau hujung minggu ni dah boleh mula tanam kunyit. InsyaaALLAH

IKLAN

Nak Tanam Kunyit Lihat Mata Tunasnya. Lagi Besar Lagi Bagus & Wanita Ni Bagi Tahu Cara Nak Kenal Pasti!

Cara-caranya

1. Pergi ke kedai atau pasar yang menjual kunyit hidup.

2. Pilih kunyit yang sudah keluar mata tunas. Lagi besar mata tunas, lagi cerah peluang untuk hidup. Kalau tak jumpa yang dah bertunas, ada option kedua iaitu cari kunyit yang tidak cedera mata tunasnya.

Nak Tanam Kunyit Lihat Mata Tunasnya. Lagi Besar Lagi Bagus & Wanita Ni Bagi Tahu Cara Nak Kenal Pasti!

IKLAN

3. Mata tunas ni senang saja untuk dikenalpasti. Warnanya sedikit keputih-putihan. Menandakan kunyit itu dah sedia untuk mengeluarkan pucuk.

Nak Tanam Kunyit Lihat Mata Tunasnya. Lagi Besar Lagi Bagus & Wanita Ni Bagi Tahu Cara Nak Kenal Pasti!

4. Sediakan tanah dengan komposisi 50% pasir, 50% tanah biasa. Anda juga boleh menggunakan medium cocopeat, tanah 6 in 1, 3 in 1 dan sebagainya.

5. Tanam kunyit yang anda beli lebih kurang sedalam 2-3 inci dalam tanah. Siram 2 kali sehari. Medium gembur dan poros ini memudahkan anak pokok bercambah dan supaya anak pokok tidak teremdam air yang banyak hingga terencat tumbesarannya. Biasanya daun keluar dalam masa seminggu atau 2minggu.

IKLAN

6. Setelah dah keluar daun dan anak pokok dah setinggi sejengkal, alihkan anak pokok ke tanah biasa atau tanah bercampur kompos. Ini untuk membantu pembesaran yang maksimum. Saya tak pindah pun sebab suka dengan daun yang sedikit bushy, cuma saya perlu kerap membaja.

7. Dari segi pembajaan dan siraman pula, boleh digunakan air basuhan beras, air basuhan ikan atau baja tinja ayam, baja AB dan sebagainya yang sesuai. Nak siram dengan air paip pun boleh. Namun pastikan air tidak bertakung.

8. Untuk mendapatkan daun kunyit yang cantik, ia perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang kurangnya 6 jam sehari. Untuk tujuan ini saya letak ditepi bumbung. Maksudnya bila matahari pagi, pokok kunyit mendapat cahaya, bila matahari berganjak, ia dilindungi.

9. Untuk mendapatkan isi kunyit yang banyak, medium perlu poros. Kalau guna tanah biasa, perlu digemburkan selalu.

Untuk tanaman kunyit kali ini, saya target untuk digunakan semasa Ramadhan dan Aidilfitri (kalau panjang umur, murah rezeki)

sumber : Enkay Nik Mustaffa via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI