Siapa yang tidak mahu cantik. Lebih-lebih lagi apabila sudah meningkat usia sudah tentu ada pelbagai masalah pada wajah termasuk jerawat, jeragat dan muka kusam.
Selain mengunakan produk yang dijual dipasaran, tak salah mencuba petua daripada rak dapur. Semua bahan sudah ada. Yang penting rajin untuk membuatnya.
Ikuti perkongsian Seri Sairi memberikan petua agar wajah kembali berseri.
Petua untuk wajah pinkish berseri-seri.
Seri nak share petua orang dulu-dulu nak naikkan seri wajah agar nampak lebih cerah ‘pinkish’ dan berseri-seri.
Salah satunya dengan mengamalkan minuman campuran susu kunyit badam madu ni.
Banyak khasiatnya baik dari segi kecantikan dalaman dan luaran. Ia selamat sebab menggunakan alam semulajadi serta menjimatkan.
Minum sebelum tidur,lagi-lagi masa datang bulan.
Boleh diamalkan seminggu 2 kali.
Korang cubalah.komfem bangun pagi nampak muka glowing pinkish
Bahan
Ads
Susu rendah lemak 2 inci kunyit hidup ditumbuk kasar Badam ditumbuk kasar 2 sudu madu
Caranya
Masukkan susu rendah lemak di dalam periuk Kemudian masukkan kunyit yang ditumbuk kasar,kacau sebati dengan api yang perlahan. Masukkan pula badam dan kacau sebati. Masukkan susu ke dalam gelas dan biarkan suam. Selepas itu masukkan pula 2 sudu madu.
Khasiat susu
Mengurangkan stress Mengurangkan senggugut ketika haid(PMS)
Ads
Khasiat madu
Mengatasi insomnia Memperlambatkan penuaan Menjaga kelembapan kulit
Khasiat badam
Rendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung Turunkan berat badan Melancarkan peredaran darah
Khasiat kunyit
Kurangkan tahap kolestrol dalam badan Memperbaiki sistem penghadaman Mencegah kanser
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap orang baik yang bujang mahupun yang sudah berumah tangga. Namun seiiring dengan perkembangan semasa dan taraf hidup yang tinggi, ramai yang tidak mampu untuk membeli dan memiliki kediaman sendiri. Rata-rata memilih untuk menyewa.
Bagi yang bekerja di bawah jabatan kerajaan, tidak menghadapi masalah untuk membuat pinjaman perumahan, tetapi bagi pekerja swasta terpaksa mengambil masa untuk berbuat demikian. Namun, dalam pembentangan bajet pada 2011 oleh Kerajaan Malaysia, di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP), dapat membantu golongan muda yang baru bekerja serta berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 / sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini berfungsi untuk membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang turut mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu untuk membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat pihak Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.
SIAPA YANG LAYAK DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU?
Skim SRP ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan ke bawah (berumur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM10,000.00 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi setiap peminjam).
Perlu diambil berat bahawa skim ini hanya terhad kepada pekerja untuk sektor swasta, termasuk badan berkanun yang tidak menawarkan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
CIRI-CIRI & FAEDAH UTAMA SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
Pembiayaan sehingga 100%
Harta kediaman sahaja
KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Di bawah merupakan maklumat ringkas (perlu diketahui) mengenai pemohon yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).
Pemohon Yang Layak
Warganegara Malaysia
Pembeli rumah (pertama kali)
Bekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
Individu yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun
Pendapatan kasar peminjam perseorangan yang tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Keperluan Pembiayaan
Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
Harta Yang Layak
Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
Nilai minimum hartanah RM100,000
Nilai maksimum hartanah RM500,000
Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
SOALAN LAZIM
Q: Jika bekerja sendiri dengan pendapatan RM2,000 boleh mohon Skim Rumah Pertamaku?
A: Tidak boleh. Skim SPR hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
Q: Sekiranya saya bekerja sendiri dan pasangan bekerja di sektor swasta bolehkah kami memohon skim ini?
A: Tidak. Hanya pasangan anda yang layak mohon skim tersebut.
Q: Saya dan pasangan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ingin membeli rumah berharga RM300,000. Bolehkah kami mohon skim ini?
A: Boleh. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.
Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200.
Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini:
Contoh kiraan :
Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000
Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.
Q: Adakah skim ini termasuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?
A: Tidak. Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:
PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat seperti di atas. Atau, anda boleh layari Portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Karenah anak-anak memang mengundang ibu bapa pening kepala. Lagi-lagi waktu begini, terkurung di dalam rumah. Macam-macam gelagat yang terpaksa dihadapi ibu bapa.
Selain rumah berselerak, ada juga anak-anak yang jenis kerap buka tutup laci atau rak. Akhirnya drawer boleh rosak.
Daripada nak dibuang begitu sahaja, agak membazir terutama bagi drawer yang amsih elok dan boleh dipakai. Mungkin masalahnya berpunca pada rail sahaja. Buat apa nak membazir beli yang baru kan.
Jom cuba tip oleh saudara Ahmad Ruim yang berkongsi bagaimana cara tukar rail dengan mudah. Jimat duit tak perlu beli baru.
Hari ni bertukang tukar rail drawer. Ganti dengan soft close mechanisms Puas hati. Macam laci ikea rasanya
Siap. Selamat mencuba!
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Minuman jamu sering dihidangkan ketika kita mendapatkan rawatan kecantikan di spa. Selalunya jamu ini dihidangkan sementara menunggu atau selepas membuat rawatan. Memang sedap minuman ini. Terasa lega tubuh selepas meminumnya.
Kadang-kadang macam tiba-tiba terasa minum air jamu ini yang harum berbau rempah dan juga pudina. Kalau rindu apa kata buat saja sendiri di rumah. Boleh dijadikan amalan kerana ada banyak khasiatnya seperti dikongsi oleh Sarifa Redzuan II.
Jamu untuk tenaga dan awet muda
Jamu ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sesuai untuk remaja juga. Selepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala berkurang.
Sesuai diminum 1 cawan setiap hari. Bagus untuk pemilik spa yang nak bagi pelanggan minum sebagai ‘welcome drink’ awak. Pasti pelanggan teruja nak datang selalu minum.
Aromanya memang superb! Lepas minum paling best burrrpp, burrppp angin keluar. Lega…
Bahan-bahannya:
Halia
2 batang serai
1 sudu kecil halba campur
1 sudu Kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu
Beberapa helai daun pudina
Cara membuat:
1. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk.
2. Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.
3. Tapis airnya dan masukkan 1 sudu besar madu.
4. Siap jamu awet muda yang mampu tambah tenaga. Rasanya pun sedap!
Untuk sinus, mandian, stim muka pun boleh. Selain dibuat jamu, air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus.
Untuk sinus air ini perlu di wap (steam) pada kulit wajah sambil menyedut aroma ini. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
Lagi satu boleh buat rendaman kaki singkirkan toksin untuk rendaman kaki perlu tambah garam.
Untuk mandian pun boleh. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Kemudian boleh mandi buat bilasan terakhir. Boleh juga dijadikan tangas dengan cara merebus dan steam untuk bahagian intim.
Sumber: Sarifa Redzuan II
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...