Hati ibu mana yang tidak gembira apabila anak-anak menjadi seorang yang begitu berhemah kepada ibu bapa.
Begitulah yang dikongsi oleh pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sering mendapat perhatian ramai dalam caranya mendidik dan membesarkan anak- anak.
Mereka yang tegas dalam mendidik anak, memberi impak kepada anak-anak. Terbaru, Ozlynn ada memuat naik video yang memaparkan anaknya, Nur Latifah Chantiq Hanania sedang memakaikan stoking dan kasut Ozlynn.
Memang betul, bila seorang wanita memilih untuk menggalas tugas sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, hakikatnya dia tidak akan mempunyai wang pendapatan sendiri. Pun begitu, kini ramai ibu-ibu yang mengambil inisiatif untuk melakukan kerja sambilan bagi menampung bebanan dan kos kehidupan yang semakin meningkat kini.
Sekiranya ada ibu-ibu diluar sana yang masih tercari-cari pekerjaan apa yang sesuai dan boleh dilakukan bermula dari rumah, ini kami senaraikan. Mungkin ada satu yang sesuai untuk anda laksanakan. Jom semak!
Ini antara pekerjaan yang seronok juga jika anda lakukan. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang ramai kenalan di laman sosial dan aktif posting. Mudahlah kerja, promote saja produk yang memang tengah ‘in’ mesti senang hendak dapat untung bukan?
2. Menjadi agen “affiliate”
“Affiliate” juga adalah agen jualan. Beza affiliate dengan “dropship” ialah affiliate tidak mengambil bayaran daripada pembeli dan mereka cuma mempromosikan link laman web produk yang dijual.
3. Berniaga makanan
Kalau anda memang suka dan pandai memasak, dan kebetulan juga kawasan perumahan dekat dengan sekolah. Inilah peluang keemasan! Anda boleh jual makanan tanpa perlu keluar dari rumah sekali pun. Berniaga sahaja di depan rumah, cukup memudahkan anda.
4. Tulis blog
Sekiranya suka sangat menulis dan share sesuatu perkara yang bermanfaat kepada orang ramai, sesuai sangat untuk anda menulis blog. Bila sudah ramai follower bermakna pendapatan anda juga boleh kira ‘masyuk’.
5. Menjadi Pengasuh
Alang-alang seharian menguruskan anak-anak di rumah apa kata anda jadi pengasuh, dapat juga jana pendapatan. Bermula dengan seorang dahulu dan kemudian jika selesa barulah dibuka kepada jumlah yang lebih ramai mengikut keselesaan dan kesanggupan diri sendiri.
6. Rumah Transit
Ini lagi mudah, anda jadikan rumah anda transit persinggahan anak-anak sementara menunggu sesi sekolah bermula. Apa yang penting anda perlu sediakan makanan dan ruang rumah yang selesa untuk anak-anak ini berehat dan membuat persiapan untuk ke sekolah. Waktu anda juga lebih fleksible kerana anak-anak ini hanya singgah sementara sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki anak yang ramai dan masih kecil adakalanya membuatkan ibu bapa lebih suka anak-anak tidur bersama.
Namun, jika lebih dari sorang mungkin menimbulkan ketidakselesaan kerana terpaksa berhimpit.
Tetapi seorang bapa ini yang sangat kreatif apabila DIY katil berkembar bagi membolehkan ruang katyil tersebut mampu memuatkan mereka enam beranak tidur.
Bapa ini membuat katil berkembar supaya mereka enam beranak boleh tidur bersama kerana kanak-kanak yang tidur bersama dapat membantu tumbesaran mereka menjadi lebih baik. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidur bersama ibu bapa kurang mengalami stres dan akan mempunyai ikatan yang kuat bersama ahli keluarga.
Isterinya, Irene Nadia telah berkongsi hasil pembuatan katil berkembar tersebut di laman Instagramnya. Menurutnya, katil berkembar tersebut dihasilkan dengan menggabungkan dua unit katil bersaiz king dan ia mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkannya.
Irene Nadia memanggil katil berkembar tersebut sebagai ‘Pada mulanya dia seperti tidak percaya apabila suaminya memberitahu untuk membuat katil berkembar tersebut. Jadi, dia ingin menunggu dan melihat apa hasilnya.
Sebelum memasangnya, suaminya keluar mendapatkan kayu, mesin pemotong kayu dan mesin lain yang diperlukan untuk membuat katil berkembar tersebut.
Apabila sudah siap memasang kerangka katil tersebut, Irene sangat teruja melihat hasilnya. Irene mengatakan bahawa katil tersebut penuh dengan nilai sentimental kerana suaminya sanggup untuk membuatnya dengan usaha sendiri. Anak-anak mereka juga teruja melihat katil tersebut dan tidak sabar untuk tidur bersama.
Besar dan luas, anak-anak pasti selesa tidur bersama dan tidak perlu berhimpit-himpit. Idea kreatif ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa diluar sana.
Cyst dan fibroid menjadi ketakutan semua bergelar wanita. Menurut Dr Hamid Arshat, banyak penyebab berlakunya cyst dan fibroid. Antara salah satu sebabnya adalah stress yang melampau.
Walaupun selepas pembedahan membuang cyst, wanita jangan mudah rasa lega dan tidak menjaga kesihatan tubuh. Penting menjaga pemakanan selepas proses pembedahan.
Ini pesanan dan nasihat Dr Hamid Arshat buat semua wanita. Paling penting adalah menjaga kesihatan tubuh badan.
DERMOID CYST PADA OVARY KIRI
Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telur.
Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya.
Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal.
Lepas bedah perlu amalkan cara gaya hidup sihat.
MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH
1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll. Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-kuih, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll. Saya galakkan makan ulam-ulam , sayur-sayur bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas seminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadrat. Makan buah-buah atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis carbohydrate.
9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut.
Kredit: Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.