Barang lama, selagi boleh digunakan jangan buang! Mungkin kata-kata ini tidak boleh digunapakai pada barangan atau alatan penyediaan makanan terutamanya papan pemotong.
Umumnya, papan pemotong akan kita gunakan sampai bila-bila selagi tidak terbelah dua.
Namun tahukah anda, andai terdapat banyak kesan hirisan hingga menyebabkan terlihat berdaki, itu sebenarnya menjadi tanda bahawa papan pemotong tersebut selayaknya tidak digunakan lagi.
Sebabnya apa?
Ianya sangat merbahaya dan boleh menjadi punca cirit birit dan seterusnya keracunan makanan untuk seisi keluarga.
Untuk lebih jelas lagi tentang itu, ikuti perkongsian doktor ini.
Ads
Lama dah perasan benda ni makin tak elok tapi hari ni saya tak teragak-agak lagi nak buang keluar benda ni dari rumah saya.
Mujurlah masa kami singgah kat DIY semalam, isteri saya teringat yang salah satu papan pemotong kami ni dah calar balar dan berdaki. Apa lagi, dia teruslah capai papan pemotong yang baru masukkan ke dalam troli.
Bukan apa, benda ni kalau jarang tukar dan asyik guna sampai dah nampak daif dan berkulat, takut takut itulah sebenarnya yang jadi punca kita sekeluarga kat rumah selalu sakit perut dan cirit birit akibat keracunan makanan.
Ads
Mana taknya, kalau kalian perasan kesan calar dan merekah pada papan pemotong tu adalah antara tempat bakteria bahaya seperti E. Coli dan Salmonella berkumpul dan membiak.
Ada satu kajian ni, pengkaji jumpa yang rupa-rupanya pada setiap 1 cm persegi papan pemotong yang kotor dan penuh kesan rekahan, kat situ je dah mengandungi lebih dari 24 ribu bakteria. Beratus kali ganda lebih banyak berbanding kuman kat tempat duduk tandas yang kita buang najis tu!
Lepas ni saya mintak kalian pun cepatlah pergi cek papan pemotong kat dapur tu. Kalau agak-agak dah daif sangat tu, bolehlah cari yang baru ye.
Ads
Lagi satu, tolong asingkan jugak papan pemotong untuk bahan mentah macam ayam, ikan dan daging dengan papan pemotong untuk sayur dan buah.
Bila kita gunakan papan pemotong yang sama, risiko untuk kuman pada bahan mentah yang belum dimasak tadi berpindah pulak melekat kat sayur atau buah yang kita nak makan tu nanti jadi sangat tinggi dan boleh mengundang bahaya.
Badan kita orang dewasa mungkinlah ada sistem imuniti yang kuat. Tapi kalau jangkitan tu terkena kat anak kecil kita, silap haribulan terpaksa duduk beberapa hari dekat wad di hospital sana.
Ahmad Luqman Bukhari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam genap setahun usia bidadari kecil rakyat Malaysia. Siapa sangka, anak kecil bernama Ainul Mardhiah yang menghidap “Germ Cell Tumour” sudah diuji dengan dugaan cukup hebat dan telah berjaya menjalani pembedahan.
Oleh kerana sifat terkenal rakyat Malaysia yang bermurah hati, pelbagai bantuan telah disalurkan untuk adik Ainul ini mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi merawat penyakitnya itu. 10 Jun 2019 – 10 Jun 20
Hari ini genap setahun tarikh ainul dibedah di Great Ormond Street London. Pada tarikh hari ini, tahun lepas, kami suami isteri sedang berada di luar dewan bedah dan menanti pengkhabaran gembira dari Dr @dramalinabakri yang berada di dalam OT bersama Doktor-Doktor yang lain. Gambar ini diambil secara candid dari aunty kesayangan kami @halizahashimdoyle ketika kami mendapat pengkhabaran bahawa ainul telah berjaya dibedah dan semuanya selamat.
Sebagai ibu bapa, saya dan isteri memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana telah berikan kami peluang baharu dalam membesarkan Ainul Mardhiah dengan keadaan ainul yang semakin baik. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Tapi, usaha ini juga tidak akan berjaya jika tanpa pertolongan dan bantuan dari manusia-manusia kiriman Allah ( Allah gerakkan hati rakyat malaysia ) yang turut sama sama membantu baik dari segi kewangan dan juga doa kalian.
Terima kasih semua rakyat malaysia yang prihatin terhadap Ainul Mardhiah. Tidak lupa juga buat semua wakil-wakil kerajaan, wakil bukan kerajaan, embassy malaysia london, MAHB, Hospital Avisena, Para Doktor KKM, jururawat dan lain-lain. Terima kasih Dr Amalina kerana menjadi suara kami sepanjang kami disana. Terima kasih Aunty Haliza, Aunty Zaharah, Kak Sri & Kak Shira sebab teman kami bawa kami jalan-jalan semasa di sana.
. Terima kasih tak terhingga buat Dr Jaseem, Dr Guna dan Dr Razin selaku pengiring ainul pergi dan balik. ( tugas ni antara yang berat sebab 3 orang doktor ini perlu memastikan ainul selamat pergi dan balik ). And last, Special thanks buat kakak kakak doktor kami yang menjadi peneman kami, mudahkan urusan kami sepanjang keberadaan kami di sana, Kak Fahja, Kak Najmiah & Kak Faridah. Terima kasih semua. Anda semuanya baik hati. Hanya Allah swt dapat membalasNya.
Rumah jenis kayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Biarpun ramai yang mengemari rumah batu, namun kediaman berkonsep kayu tetap punya aura sendiri.
Begitu juga dengan dekorasi kediaman kayu. Tidak bermakna ciri-ciri binaan kampung, rumah jenis kayu tidak boleh ditatahias jadi sebuah kediaman morden.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Khazinatulasrar Anis. Beliau telah melakukan transformasi rumah sewanya kayu tradisi Kelantan menjadi lebih modern.
Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh pasangan ini. Ia bukan penghalang untuk beliau dan pasangan mengubahsuai rumah kampung menjadi modern.
DIY sendiri
Pertama kali duduk rumah sewa sendiri, berganding bahu suami isteri deco sendiri. Cat sendiri, pasang sendiri langsir dan barang-barang perabot ikea, bunga gubah sendiri, cermin tu kedai Diy pasang sendiri jugak, alhamdulillah.
Rumah sebelum proses ubahsuai.
Keadaan bilik sebelum diubahsuai.
Proses ubahsuai.
Ruang tamu rumah semasa proses ubahsuai
Gaya modern
Keadaan rumah selepas selesai diubahsuai. Cantik dan dekorasi kelihatan modern.
Ibu ayah mana yang tidak suka melihat anak pandai dan boleh menghafaz Al-Quran. Malah menjadi impian dan harapan yang besar ibu bapa apabila anaknya digelar sebagai Al-Hafiz atau Al-Hafizah.
Apa yang pasti ia bukan satu tugas yang mudah untuk mendidik anak dalam era globalisasi sekarang. Namun bak kata perpatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jadi sudah tentu kita akan berusaha untuk memastikan ia berjaya.
1. MEMAINKAN CAKERA PADAT VIDEO (CD) SURAH YANG SENANG DIHAFAL. Ibubapa boleh memainkan cakera padat video Al-Quran di rumah atau di dalam kereta ketika hendak ke mana-mana saja. Memainkan VCD surah-surah Al-Quran pada setiap masa mampu menimbulkan minat anak-anak terhadap surah yang diperdengarkan. Anda juga boleh perkenalkan surah-surah pendek kepada anak-anak.
2. MENDAHULUKAN MENGAJAR AL-QURAN BERBANDING MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS. JANGAN FIKIR ATAU RISAU ANAK ANDA BERKEMUNGKINAN TIDAK DAPAT MEMBACA. Hal ini juga penting bagi ibubapa yang perlukan anaknya boleh menghafaz Al-Quran dengan baik. Mengajar banyak perkara dalam satu masa kemungkinan anak-anak akan menjadi keliru dengan apa yang dipelajari secara serentak. Fokus anak-anak juga pastinya teralih kepada sesuatu selain hafazan mereka.
3. MEMULAKAN DENGAN MENGHAFAL SEBELUM MENGENAL HURUF AL-QURAN. Mengikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal dapat meningkatkan kuasa otak kirinya. Otak kiri bertanggungjawab untuk menganalisa secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa manakala otak kanan pula bertindak untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan seni dan muzik. Ramai juga penghafal Al Quran daripada kalangan orang buta. Ini bermakna seseorang yang tidak mengenal huruf juga boleh menghafal Al Quran dengan baik.
4. BIASAKAN DIRI UNTUK MEMPERDENGARKAN SURAH DARIPADA AL-QURAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR. Menurut pengetahuan saya, pada usia dua tahun lapan bulan anak-anak sudah boleh menghafaz lapan surah pendek dan sekurang-kurangnya 17 surah apabila usia mencecah umur tiga tahun. Mereka telah diperdengarkan dengan surah-surah Al-Quran sejak masih bayi lagi. Menurut satu kajian luar negara, memperdengarkan lagu dengan irama yang perlahan ketika bayi tidur mampu meningkatkan kemampuan memori si bayi tersebut. Oleh itu, pilihlah audio bacaan Al-Quran yang dibacakan secara jelas dan perlahan-lahan.
5. GUNAKAN DAYA KREATIVITI IBU BAPA UNTUK MENARIK MINAT ANAK-ANAK TERHADAP AL-QURAN. Kad imbasan juga boleh digunakan untuk membantu menarik minat anak-anak. Sebagai contoh, bayi berusia setahun akan membuatkan ibu bapa terpaksa menarik perhatian bayi mereka untuk menyebut setiap kad imbasan kerana pada waktu ini, mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai kerja sendiri dan kurang fokus terhadap apa yang ibubapa inginkan. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
6. MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENGHAFAL SURAH SEBANYAK YANG MUNGKIN MENGIKUT KEMAMPUAN MEREKA. Semakin panjang dan semakin banyak surah yang dihafal, semakin tinggi kekuatan memori mereka. Jika mereka telah selesai menghafal sesuatu surah, minta mereka teruskan dengan surah yang lain pula.
7 . MEMBERIKAN GANJARAN APABILA ANAK-ANAK BERJAYA MELAKUKANNYA Setiap kali anak berjaya membaca setiap surah, berikanlah ganjaran kepadanya walaupun sekadar satu surah. Ganjaran bukanlah berbentuk material semata-semata. Apa kata hadiahkan anak anda dengan satu ciuman dan pujian dan doakanlah kejayaan mereka bersama-sama mereka agar mereka juga tahu segala usaha mereka sangat dihargai anda.
8. SENTIASA MEMINTA ANAK-ANAK MENGULANG SEMULA MEMBACAKAN APA YANG TELAH MEREKA HAFAL. Kaedah untuk mempraktikkan bacaan ialah kaedah mengulang. Ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga. Mengulangi dengan kerap apa yang telah dihafaz mampu mengubah memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang juga. Ini juga boleh dilakukan dengan menvisualkan setiap ayat Al-Quran yang ingin dihafaz.
*Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk anda mendidik anak-anak membaca Al Quran.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.