Wajah comel Aisha Amaira sering menjadi tumpuan warga maya , sementelah Fasha dan suaminya Aidil sering memuat nak gambar mahupun video si kecil ini. Membuatkan ramai yang geram melihat telatahnya.
Terbaru Fasha Sandha telah berkongsi video keletah anaknya, baby Aisha dan seorang lagi bayi yang baru lahir menerusi video yang telah dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Menurut kapsyen yang dimuat naik Fasha, anak perempuannya itu menunjukkan wajah kurang senang apabila ayahnya memegang baby lain.
Baby Aisha Amaira and baby Aaira Kecik2 dah pandai jealous tengok ayah pegang baby kecik lain… Nampak gayanya, tak boleh ada adik lagi 😂
Congratulations Syafiq and Atien for your beautiful and healthy newborn. Alhamdulillah sihat, takde demam kuning dan healthy baby, Syukur Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat baby Aaira . We love you already…. bff Aisha
Dalam rumah tangga, suami isteri harua memainkan peranan bersama-sama untuk membahagian pasangan. Berikut tip rumah tangga yang turut diamalkan Rasulullah agar hubungan suami isteri nyata lebih mesra dan sentiasa berkasih sayang.
Oleh itu untuk membina sebuah keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Jadi, asasnya adalah hubungan suami isteri yang bahagia. Ikuti amalan Rasululullah ini moga kita dapat membina sebuah hubungan hingga ke jannah.
1 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memberi Hadiah
Ha, yang ini mesti kaum hawa paling gembira untuk tahu. Ya, sebagai seorang suami anda harus peka dan tahu mengambil hati isteri. Jangan asyik bagi alasan “I tak tahu jadi lelaki romantik”. Kalau tak tahu, BELAJAR.
Jangan asyik isteri je yang perlu jaga anda secara keseluruhan. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, cukuplah dia dah menjaga makan dan minum anda selama mana anda telah berkahwin dengannya selama ini, cukuplah dia telah melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Barulah wujud keadilan 🙂
Nabi s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )
Tak perlu yang mahal-mahal, ikut pada kemampuan. Belikan dia sekuntum bunga mahupun bungkuskan makanan kegemarannya sahaja pun sudah amat bererti buat si penerima. Yang hawa pun jangan lupa memberi okay?
2 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memuji
Kita semua suka dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta.
Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya. Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh nabi terhadap isterinya Aisyah r.a adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.
3 Nabi Muhammad S.A.W Akan Saling Membantu Pasangan
Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya? Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.
Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya: Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4 Nabi Muhammad S.A.W Peruntukan Masa Dengan Pasangan
Hanya berdua okay? Kalau dah beranak-pinak tu mintalah tolong sesiapa jagakan anak sebentar. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.
Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu: “Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.
5 Nabi Muhammad S.A.W Amalkan Sentuhan
Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang bisa menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.
Dari Hafsah, puteri Umar r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa…”
(Hadith Riwayat: Ahmad)
Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah s.w.t melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”.
(Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id)
Diriwayatkan juga, daripada Aisyah, dia berkata… “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengeluarkan kepalanya ke tempatku saat baginda di masjid, lalu aku menyisirkannya dan selama beriktikaf baginda tidak masuk rumah, kecuali kerana suatu keperluan”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya: “Pada satu hari ketika aku sedang datang bulan, lalu aku minum dari gelas baginda Rasul s.a.w. Apabila baginda Rasul s.a.w melihat perbuatanku tersebut, maka baginda pun meminum air yang ada di gelas itu betul-betul di tempat mulutku meminum dari gelas tersebut. Bahkan ketika aku datang bulan dan dalam keadaan berkeringat, aku pernah memberikan gelas pada baginda Rasul s.a.w kemudian baginda minum darinya betul-betul dari tempat aku minum pada gelas tersebut”.
(Riwayat Muslim)
Tentunya ramai antara kita sudah terasa begitu lama tidak dapat balik ke kampung dan rindu untuk bertemu ibu dan ayah. Ada yang hampir setahun tidak bersua muka, dan kerinduan ini begitu berat untuk ditanggung dan ianya tidak dapat dinafikan. Kita semua merasakannya semenjak tidak dibenarkan rentas negeri bagi mengelak penularan Covid-19.
Rindu Masakan Mak
Menerusi perkongsian video di media sosial yang dikongsikan Bumohsurprise di akaun Tiktoknya, di mana seorang isteri berkongsi rasa kerinduan suaminya dengan masakan ibu di kampung.
Apa yang lebih sayu, bila si isteri usahakan memasak mengikut resipi yang diberikan oleh ibu mertuanya sebagai menu berbuka dan saat hidangan dinikmati oleh suami, secara tidak langsung air mata suami bercucuran disebabkan merasakan menu yang dimasak oleh isteri sama macam ibunya masak di kampung.
Tidak dapat menahan pilu, suami tersebut terus mengalirkan air mata kerana terlalu rindu dengan ibunya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata ramai turut berasa sedih kerana turut sama tidak dapat pulang ke kampung bertemu ibu ayah setelah sekian lama. Malah tidak kurang juga berkongsi pengalaman mereka sendiri yang juga rindukan masakan daripada air tangan ibu.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.