Kadang kala, masak menu yang sama jemu juga terutama masakan berasaskan mee. Selain mee sup atau goreng tentu kita tercari-cari menu istimewa yang nak dihidangkan buat suami dan anak-anak. Tentu nak cari kelainan.
Apa kata cuba menu Mee sup ala Thai. Rasa memang superb walaupun tidak menggunakan sup bunjut.
Mee sup Ala Thai
Bahan-bahan:
– Bawang merah 6 biji (blend )
– Bawang putih 6 ulas ( blend )
– lada hitam 1 sudu ( blend )
– rempah 3 sekawan * kayu manis…bunga lawang dan bunga cengkih
– ayam / daging / udang / sotong
– sayur-sayur carrot & sawi
– limau kasturi ( 2 biji )
– telur
– daun sup
– bawang goreng
Ads
Cara penyedian:
Ads
– tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau
– masukkan bahan lauk-lauk. masak hingga separuh masak
– masukan carrot
– masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas )
– masukkan mee yg telah dibersihkan
– pecah kan telur ( jgn kacau kuat )
– masukkan sawi
– perah limau
– sebatikan dgn perasa
– taburkan bawang goreng & daun sup
Sebut sahaja menu pantang, pasti tergambar ikan kukus atau bakar dengan lauk pauk ringkas dengan sepinggan nasi panas. Memang sedapnya lain macam.
Apa kata kali ini kita cuba menu pantang air tangan ibu dengan Sambal Kecur yang merupakan menu istimewa untuk orang berpantang. Ia biasanya dimakan bersama ikan masin salai atau ikan haruan bakar. Diulamkan bersama bunga kunyit. Wah memang sedap!
Jom intai resepi yang dikongsikan oleh Atailla Zainuddin ini. Boleh dijadikan menu wajib ketika berpantang nanti!
Antara menu pantang bersama ibu di kampung lepas bersalin anak yang ke-2. Dah lama simpan, baru arini nak share.
Saya memang suka makan ulam, hadap lauk pantang hari-hari pun sy tak kisah. Mostly lauk pantang cuma menu ikan (tenggiri,jenahak,merah,kerisi,cencaru, siakap,bilis) yang dibakar, goreng, stim atau sup. Dah hujung-hujung pantang saya teringin makan ayam kampung masak ungkep & daging blackpepper, saya pantang 44 hari je.
Tapi lauk pantang yang paling saya suka ialah homemade crispy peria, garlic & sambal cekur dengan isi ikan tenggiri yang ibu saya buat, sedap sgt!
Gaul dengan nasi panas pun dah cukup selera, sebab tu penuh nasi sepinggan. Saya share resepi kat bawah ni kalau nak cuba.
Resepi sambal cekur dgn ikan tenggiri:
Sepotong ikan tenggiri yang digoreng/bakar (ikan lain pun boleh)
3 biji cekur
1 biji bwg merah
1 biji bwg putih
Sedikit lada hitam/cili api
Sedikit perahan air limau
Tumbuk semua bahan sehingga lumat kemudian perasakan ikut selera masing-masing. Siap!
Alhamdulillah, lepas 2 minggu pantang (bersalin normal), luka jahitan dah kering, dah tak sakit bila berjalan, nak membuang pun tak rasa seriau lagi, jalan pun laju je, tapi lepastu kena sound dengan ibu, katanya jalan tu slow-slow sikit kang melecet.
Duduk bersila pun kena sound. (2 minggu dah pakai seluar yang loose).
Selamat berpantang buat mommies semua! Semoga dipermudahkan segala urusan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ada orang kata gula perang lebih bagus digunakan berbanding gula putih untuk menjaga kesihatan. Benarkah?
Mencari jawapan tersebut, baik kita baca perkongsian daripada doktor ini yang pastinya berasaskan fakta. Jom semak perkongsiannya.
GULA PERANG & GULA PUTIH: APA PERBEZAANNYA?
Gula adalah bahan yang sangat biasa digunakan oleh masyarakat kita hari ini. Tanpa gula kita akan rasa segala makanan dan minuman tidak lagi sedap dan menyelerakan.
Tetapi kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula berlebihan adalah merbahaya kepada kesihatan.
Oleh kerana itu, kita selalu mendengar pendapat yang menyatakan bahawa gula perang adalah lebih baik daripada gula putih. Adakah pendapat ini benar dan berlandaskan bukti kajian sains yang betul.
PERBEZAAN NUTRISI – GULA PERANG & GULA PUTIH.
Sebenarnya gula perang dan gula putih kedua-duanya adalah dibuat daripada tebu atau daripada lobak bit . Kebanyakan gula perang adalah dihasilkan dengan mencampurkan gula putih dengan molasses iaitu sejenia gula perang cecair.
Molasses ini menyebabkan warna gula menjadi perang dan menambahkan sedikit kandungan nutrisinya. Penambahan ini akan menambahkan kandungan kalsium,zat besi dan potassium didalamnya. Data menunjukkan, jumlah penambahan nutrisi ini adalah sangat sedikit dan tidaklah menjadikan ianya sumber terbaik kepada nutrisi tersebut .
Gula perang juga mempunyai nilai kalori yang kurang sedikit iaitu 15kcal berbanding gula putih 16.3kcal, tetapi perbezaan tersebut sangat minimal dan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada gula perang. Perbezaan utama adalah dari segi warna dan rasa sahaja.
PERBEZAAN PENGHASILAN – GULA PERANG & GULA PUTIH
Gula dihasilkan samada daripada tebu atau lobak bit, walaubagaimanapun terdapat perbezaan di antara pengahsilan gula perang dan gula putih. Langkah pertama adalah jus daripada tebu atau lobak bit di ekstrak, di pekatkan dan di panaskan untuk membentuk pekatan perang yang di panggil ‘molasses’ .
Kemudiannya molasses perang bergula ini di putar dengan mesin ‘centrifuge’ untuk mengasingkan kristal gula dengan molasses . Kristal gula putih di proses seterusnya untuk mengasingkan lebihan molasses dan menjadikan kristal gula lebih kecil. Seterusnya, kristal gula di tapis melalui sistem penapisan untuk menjadikannya gula putih yang biasa kita lihat.
Gula perang halus (refine) adalah gula putih halus yang dicampurkan semula dengan molasses. Manakala, gula perang yang kasar (unrefined) melalui proses yang kurang berbanding proses menghasilkan kristal gula putih yang menjadikan ia mempunyai kandungan molasses yang lebih tinggi dan warna perang yang asli.
PENGGUNAAN DALAM MASAKAN
Gula putih dan gula perang di gunakan dengan cara berbeza dalam seni masakan dan pembuatan kek. Ia juga digunakan secara bersama untuk mengolah warna, tekstur dan rasa masakan dan makanan.
Molasses dalam gula perang lebih kuat mengekalkan lembapan (moisture), oleh penggunaannya dalam pembuatan kek akan menjadikan kek tersebut lembut tetapi lebih pejal. Biskut yang dibuat menggunakan gula perang akan menjadi lebih ‘moist’ (lembab) dan pejal dan biskut yang menggunakan gula putih akan menjadikan ianya lebih kembang dan rapuh serta lebih kering.
.
Oleh kerana perbezaan sifat ini maka gula putih dan gula perang digunakan untuk tujuan berbeza dalam pembuatan kek dan biskut untuk tekstur, rasa dan kerapuhannya. Gula perang juga digunakan sebagai sapuan untuk mengilatkan makanan dan juga sebagai sos gula seperti dalam sos barbeque dan sebagainya.
PERBEZAAN GULA PUTIH & GULA PERANG
.
Perbezaan utama diantara gula putih dan gula perang adalah kerana ‘rasa’ dan ‘warna’ serta kesan tekstur kepada makanan yang disediakan. Ia bukanlah kerana perbezaan kepada kesannya kepada kesihatan atau kesannya kepada indeks glisemik (GI). Oleh itu pendapat yang menyatakan gula perang lebih sihat daripada gula putih adalah tidak tepat kerana kedua-duanya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sama serta nilai nutrisi yang hampir sama iaitu kedua-duanya mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa didalamnya.
Menukar gula putih kepada gula perang hanya akan mengubah warna dan rasanya sahaja dan tidak menjadikan makanan atau minuman tersebut lebih sihat.
Menggunakan gula perang dalam pembuatan kek cokelat dan kek buah adalah lebih sesuai daripada segi rasanya dan warnanya berbanding dengan gula putih.
Menggunakan gula putih lebih sesuai untuk kek atau biskut yang berwarna cerah dan juga produk makanan yang memerlukan rasa yang lebih manis seperti kek span dan pastri manis.
YANG MANA SATU HENDAK DI PILIH?
Samada anda menggunakan gula putih atau gula perang, kesannya kepada kesihatan adalah serupa. Oleh itu pemilihan hanyalah berdasarkan rasa, warna dan tekstur makanan yang ingin dibuat. Walaupun gula perang mempunyai kandungan mineral yang lebih berbanding gula putih, tetapi jumlah kandungan mineral didalamnya terlalu kecil sehinggakan ia tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada kesihatan.
Gula adalah faktor risiko utama yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang berlaku sekarang seperti obesiti , diabetes, penyakit jantung , kanser dan sebagainya . Oleh kerana itu pengambilan gula perlu dikawal dan di kurangkan seminimum yang boleh iaitu kurang daripada 5 sudu teh sehari iaitu dalam anggaran kurang daripada 5% gula tambahan daripada jumlah kalori keseluruhan pemakanan seharian kita .
Pengambilan sekali sekala makanan manis bergula masih boleh diterima, tetapi penggunaan secara berterusan setiap hari akan menjadikan seseorang ketagih kepada rasa manis gula dan untuk jangkamasa panjang memudaratkan kesihatan .
Menggunakan alternatif gula perang menggantikan gula putih bukanlah satu alternatif yang sihat dan betul kerana kedua-duanya sebenarnya sama tentang kesan negatifnya kepada kesihatan. Penggunaan pemanis gantian seperti stevia atau lakanto adalah lebih baik dan lebih sihat.
KESIMPULAN
Gula perang dan gula putih adalah dua jenis gula yang sangat mudah diperolehi di pasaran. Walaupun terdapat perbezaan sedikit diantara keduanya dari aspek warna dan rasanya, tetapi kesannya kepada kesihatan adalah SAMA kerana kandungan nutrisi yang sama.
Pengambilan gula samada gula perang atau gula putih masih perlu kita hadkan dalam pengambilan makanan setiap hari untuk mengurangkan risiko jangkamasa panjang kepada kesihatan umumnya.
Tambahkan manis dalm senyuman, kurangkan manis dalam pemakanan, Insyaallah.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE
Rujukan:
1. https://www.ers.usda.gov/topics/crops/sugar-sweeteners/background/
2. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/343930/nutrients
3. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/468247/nutrients
4. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B9780128022399000141
5. Barker AL, Dayan FE. Fate of Glyphosate during Production and Processing of Glyphosate-Resistant Sugar Beet ( Beta vulgaris). J Agric Food Chem. 2019 Feb 20;67(7):2061-2065. doi: 10.1021/acs.jafc.8b05672. Epub 2019 Feb 11.
6. Singh, Amandeep et al. “Phytochemical profile of sugarcane and its potential health aspects.” Pharmacognosy reviews vol. 9,17 (2015): 45-54. doi:10.4103/0973-7847.156340
7. Delli Bovi, Anna Pia et al. “Obesity and Obesity Related Diseases, Sugar Consumption and Bad Oral Health: A Fatal Epidemic Mixtures: The Pediatric and Odontologist Point of View.” Translational medicine @ UniSa vol. 16 11-16. 1 Jul. 2017
8. DiNicolantonio, James J, and James H OKeefe. “Added sugars drive coronary heart disease via insulin resistance and hyperinsulinaemia: a new paradigm.” Open heart vol. 4,2 e000729. 29 Nov. 2017, doi:10.1136/openhrt-2017-000729
9. Yang Q, Zhang Z, Gregg EW et al. Added sugar intake and cardiovascular diseases mortality among US adults. JAMA Intern Med. 2014 Apr;174(4):516-24. doi: 10.1001/jamainternmed.2013.13563.
10. Rippe JM, Angelopoulos TJ. Sugars and Health Controversies: What Does the Science Say?. Adv Nutr. 2015;6(4):493S–503S. Published 2015 Jul 7. doi:10.3945/an.114.007195.
11. Bhardwaj, Bhaskar et al. “Death by Carbs: Added Sugars and Refined Carbohydrates Cause Diabetes and Cardiovascular Disease in Asian Indians.” Missouri medicine vol. 113,5 (2016): 395-400.
Apabila bulan ramadan, menu berbuka puasa wajib di beli adalah tau fu fa. Lebih sedap di makan waktu tengah sejuk.
Namun, bagi yang ingin membuat sendiri boleh cuba resepi yang di kongsi oleh puan Siti Zarina Jaidon melalui laman fb Makan Apa Hari Ni.
Resepi Tau Fu Fa
Semalam test buat Tau Fu Fa, jadi terlajak lembut. Hari ni test lagi sekali dan Alhamdulillah menjadi lembut, sedap makan sejuk-sejuk.
Nampak renyah tapi senang je nak buatnya…tak sampai sejam dah boleh siap. Nak sejukkan je lambat sikit.
Jom tengok resepi dan cara buat.
*Update
Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone)
Serbuk putih ni dia membekukan air soya tu.
Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Untuk lebih detail tentang GDL ni bolehlah google sendiri ye.
Bahan-bahan dan cara penyediaanya
Bahan A
500gm kacang soya ( basuh dan rendam 5 jam )
( nak guna lebih kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
3200 ml air atau lebih untuk kisar kacang soya
Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis
Saya tapis guna kain cottan
Sukat 3 liter air soya letak dalam periuk buh 3 helai daun pandan didihkan atas dapur.
Kene selalu kacau biar tak hangit. Dan bila dia mendidih air soya akan naik ke atas so memang kene rajin kacau lagi-lagi bila air soya dah start nak mendidih.
Pastikan juga air soya cukup masaknya kalau tak, jadi kurang sedap.
Dah mendidih tapis dalam satu bekas yang senang dipegang.
Bahan B
1 1/2 tsp GDL
1 tbsp + 1 tsp tepung jagung
3 tbsp air soya yang belum dimasak
Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B, kacau rata.
* tsp – teaspoon
* tbsp – tablespoon
* saya guna sudu kat bakery, sudu sukatan buat kek tu
1 tbsp + 1 tsp Tepung jagung
Tbsp -tablespoon
Tsp -teaspoon.
Saya guna penyukat sudu untuk buat kek tu.
1 1/2 tsp GDL
selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Humairah dan Umar cemerlang dalam pelajaran serta dipuji guru kerana sahsiah yang baik. Nurul Shuhada meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian membanggakan kedua-dua anaknya.