Sempena Hari Raya Aidiladha yang dijangka akan disambut umat Islam pada penghujung bulan ni, ramai yang mengambil peluang untuk melakukan ibadah korban. Kebiasannya daging korban enak dibuat bakar dan sup tulang. Bahagian batang pinang biasannya dijadikan pilihan.
Bagi yang suka makan daging bakar boleh cuba buat resipi perapan dan sos sebagaimana perkongsian Aisyah Zulaikha .
IKUTI PERKONGSIAN INI
Perapan daging
Ads
Daging 500gm 4ulas bwg putih 1sudu lada hitam 1sudu kecil garam (ditumbuk lumat) 4sudu sos tiram 3sudu sos ikan 4sudu brown sugar Campur semua dalam daging dan perap. Kalau ikut tuan punya resepi,dia perap 4,5jam tapi ibu perap dari malam
Ads
Sos
Ads
Bawang putih cili api (tumbuk) 3sudu sos tiram 2sudu sos ikan 3 sudu brown sugar bwg merah hiris nipis cili api hiris air perahan limau nipis daun ketumbar hiris halus.
Som som sagu sesuai sangat makan waktu berbuka. Teksturnya yang lembut manis, bergedik sesuai dimakan sejuk-sejuk. Rasa segar bila ‘lalu’ ditekak. Rasa lemak-lemak santan memang asyik bila makan waktu berbuka.
Bagi memudahkan kerja, boleh letak som som sagu dalam bekas plastik. Supaya dapat efek lembut bergedik dan tak lembik boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Cotek ini.
Cara buat som som sagu lembut bergedik
Bahan sagu:
1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai pandan
Sedikit pewarna hijau
Cara membuat:
1.Masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
2. Keluarkan pandan, masukkan sagu.
3. Kacau hingga pekat (waktu ini sagu masih bermata ikan)
4. Tuang sagu ke dalam bekas kecil.
5. Kukus selama 15 in sehingga sagu jernih
6. Boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air tapi jika tak mahu lembik boleh guna cara kukus ini.
Bahan kanji som som:
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk, kacau sebati.
2. Masak hingga hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana
3. Sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul-ketul
4. Tuang adunan ke atas sagu dan sejukkan.
Bahan air gula:
1 1/2 cawan air
4 keping gula kerek/melaka/ gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai pandan disimpul
Cara membuat:
2. Tapis dan sejukkan. Siap
3. Tuang air gula yang sejuk di atas som som sagu, sedia dimakan.
Kalau ditanya apa ibu-ibu sedang sibuk buat sekarang, pasti jawapannya biskut raya selain menjahit baju raya bagi yang ada kemahiran tersebut.
Biskut raya memang juadah yang wajib ada setiap kali Syawal tiba. Namun bukan semua kanak-kanak menggemarinya. Ibu bernama Yatie Eimra berkongsi cara kreatif untuk menyediakan biskut buat anak-anak dengan corak Ultraman. Ibu-ibu yang lain mungkin boleh mencuba teknik ini.
Inilah yang dikatakan kisah kegigihan seorang ibu buat biskut raya comel berakhir dengan biskut marble.. ? ———————————————————————
Orang lain buat biskut raye tak sempat nak tunggu raye anak asyik makan je.. Fydh ni tak suka sangat biskut raya bagai, tapi ummi dia teringin nak buatkan jugak.. Dah buat cookies ultraman & teddy pun tetap tak layan.. Last² buat corak marble je la sebab dah frust.. Hahah ?
Bagi mengubat kekecewaan di hati.. Meh saya ajarkan cara buat biskut ultraman ni. Walaupun anak saya tak layan biskut² raye, manelah tau kot anak korang suka kan? Tak guna acuan pun, guna straw jer ?
Fancy German Potato Cookies ========================= 150°c, 15–20minit ±130 pcs (jika gunakan 1 tsp)
Optional: Choco emulco atau 1½ sb serbuk koko (untuk separuh adunan)
Cara²: 1. Pukul butter, gula aising & garam hingga separa kembang (jika whisk dengan tangan, whisk hingga gebu dalam 3-4 minit). 2. Masukkan tepung sikit demi sikit. 3. Optional – jika nak buat perisa choc, asingkan separuh adunan & tambahkan choc emulco/1½ sb serbuk koko. 3. Rehatkan adunan sekejap supaya mudah untuk dibentukkan. 4. Bentukkan adunan mengikut bentuk yang diingini. 5. Bakar pada suhu 150°c, 15-20 min bergantung pada oven masing²..
*kalau tak suka rasa susu, boleh kurangkan susu tepung 1½ sudu besar. Atau skip susu & gunakan pure butter (anchor, lurpak, scs, dsbnya) *jika buat perisa ori je (tanpa campuran coklat), boleh kurangkan gula aising (90 gram) *sebaik²nya gunakan pewarna dari gel untuk elak adunan terlalu lembik *jika susah nak bentukkan, boleh masukkan adunan dalam fridge (bahagian chiller) dalam 10 minit.
Nota kaki ?: Ramai pulak cakap sis gigih.. ? Gigihnya cuma 80% jer.. ? Memula semangat nak buat sebab nak tarik minat anak jer.. Lepas dah bakar, dia makan seketul je & dah tak layan (buat memain pulak kepale ultraman tu) ?… Ummi dia frust & menangis tak berlagu kat bucu oven.. 20% lg semuanya jadik marble.. ? Pengajarannya, tak payah terlebih rajin nak buat biskut raye untuk anak kalau anak memang jenis yang tak suke biskut raye?
Tentu ramai yang suka makan puding karamel. Dessert yang menjadi menu untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Malah tidak mustahil menjadi kegemaran ramai.
Biasanya terdapat resepi puding karamel menggunakan resipi menggunakan telur. Tetapi resipi yang dikongsi ini tidak mengunakan telur. Cara nak buat pun mudah.
Ikuti perkongsian olehMimiey Zuhaa yang mendapat perkongsian sehingga 3.6K ‘shares’ di facebook miliknya.
Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus.. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.. Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.. So boleh la cuba resepi ni nanti.. Yang tak boleh makan mesti boleh makan , budak² pun sukaa.. Ada yang nak resepi tak? Kalau ramai yang nak resepi nanti saya share resepinya
Bahan gula caramel: -¼ cawan gula -3 sudu besar air
Bahan puding: -1 paket agar-agar(10gm) -4 cawan air -1 tin susu cair -½ cawan susu pekat -¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan) -3 sudu tepung kastard -1 sk esen vanila
Cara membuatnya 1.panaskan gula dan air didalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu. 2.satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan. 3.biarkan ia larut dan tidak berketul. 4.setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api. 5.tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi. 6.selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul² adunan puding jadi keras. 7.bila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk²
Sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang
Mudah,ringkas dan cepat kan. Selamat berjaya semua!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.