Pelakon dan kini bergelar Usahawan, Fazura mendapat pujian kerana sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit dalam menghargai pekerjanya.
Beruntung apabila mendapat majikan yang prihatin dan bertimbang rasa kepada pekerja. Terasa segala penat lelah berbaloi apabila dihargai oleh pihak majikan.
Kisah tersebut dimuatnaik menerusi laman tiktok oleh seorang pengguna bernama Sonic Hussein.
@sonichussienFazura juga belanja saya beg 😭! Terima kasih♬ original sound – DJ SONIC HUSSIEN
Fazura dan suami kesayangannya, Fattah Amin dilihat sedang sibuk berbelanja beg tangan di sebuah butik jenama mewah bersama dengan sekumpulan individu.
Ibu kepada Nur Fatima Aishyah ini dilihat mengagihkan barangan yang dibeli kepada para pekerjanya.
Kelihatan pekerjanya berterima kasih kepada Fazura atas pemberian yang istimewa lebih-lebih lagi sempena hari lebaran. Rata-rata melahirkan rasa terharu dan menitipkan doa buat Fazura.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap prihatin Fazura sebagai majikan.
Jual tudung mampu milik. hargai staff beli tu ini. rakyat msia pun happy nak support dia.
mcm mana nk minta keja fazura .best dapat majikan mcm ni ,hargai staff,terasa dihargai betul dpt mcm ni.
Bertuahnya sang suami dpt isteri cm fazura,sempurna bagi saya..cantik,lemah lembut,humble,pandai jaga hati org lain,da pakai tdung…Subhanallah
Rezeki mcm ni allah bg berlipat2 ganda..sbb ikhlas dlm menghargai org lain..xde pun jd miskin bila berabisan/sedekah utk org lain👏🏻🤲😍
Fazura mmg generous & humble. X pernah tunjuk kemewahan yg die ada. Semoga semakin murah rezeki. Aaamin. Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah.. rezeki dikongsi bersama.. bersyukurlah selalu dapat ladyboss yang pemurah mcm Fazura.saya juga suka beli tudung fazura.cantik🥰
Sumber: sonichussien
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Manjanya Aliff Syukri Dengan Ibunya, Tapi Bila Sebut Nak Kahwin Lain, Kena Tegur Terus!
Jelas tergambar kebahagiaan yang tulus dari hati apabila melihat video yang dikongsi oleh Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ketika menghantar ibu dan isteri menunaikan ibadah haji.
Video berdurasi beberapa minit ini, menunjukan senda gurau beliau bersama ibu yang juga merupakan pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Melalui caption, beliau mengakui ibunya seorang yang garang tetapi hasil didikan cara yang tegas dalam membentuk dirinya menjadi seorang yang berguna. Boleh video penuh di instagramnya.
Siapa yang ada mak garang macam abg? cer komen di bawah penglamn korg.
Kadang kala abg tak sangka mak abang @bondarozitaibrahim yang sebelum ini menang ratu cantik masa zaman jahiliah.. sekarang ni dah tua tmbah baik dan sopan.. hahah tpi tenaga dia kalah org muda walapun dah tua.. maklumlah dulu waktu abang kecil-kecil abang ni selalu kena pukul ,rotan dengan mak abang sebab abg tak pandai sekolah dan nakal x dengar cakap.. .
.
bagi abg kalau tak kerana mak@bondarozitaibrahim abang yg garang mcm singa lapar ni mgkin abg tak sampai ke hari ini ..Sebab tu abang sedaya upaya akan memberi balasan kepada mak …Walapun abang tahu dia ada segalanya.. semoga anak2 abang akan menghargai abang … macam abang menghargai mak dan arwah mak abang..
Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gelagat bersahaja beliau berseloroh dengan isteri dan ibunya.
Sumber: aliffsyukriterlajaklaris
Anak Autisme Melatih Ibu Bapa Menjadi Lebih Kreatif.
Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkah laku terhad dan melakukan sesuatu perkara berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.
Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka tidak suka disentuh, tidak mahu bertentang mata, taksub dengan objek yang berputar seperti kipas dan seolah-olah berada di dalam dunia sendiri.
Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.
Mereka bukanlah pembawa masalah, sebaliknya kehadiran mereka sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.
Ciri-ciri Autisme :
a) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
b) Lebih suka bermain bersendirian atau mengasingkan diri – biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah atau perlakuan yang merosakkan diri sendiri
c) Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika ada sebarang perubahan dan enggan melakukannya.
d) Sangat sensitif pada rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
e) Menunjukkan minat yang pelik, seperti terhadap peta, peralatan elektronik dan sebagainya
Kesan kepada pembelajaran mereka :
a) Kurang tumpuan dan fokus dalam persekitaran dan pembelajaran
b) Pertuturan kurang jelas dan sukar difahami
c) Mengelak daripada membuat kerja dengan cara menangguh, lari, menanggis atau ‘buat perangai’
d) ‘Stimming’- perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar-mandir, ketawa di luar konteks, bermain dengan jari dan sebagainya.
“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.
“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” jelas Puan Intan Miranti yang merupakan Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme semasa bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, beberapa strategi boleh kita dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
a ) Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Pada peringkat awal, gunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan anak anda. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolah deria visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan mudah.
b) Ajari anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dengan beratur mengikut susunan ( how to takes turn ) walaupun antara dia dan adiknya sahaja di rumah. Gunakan cara hubungan komunikasi yang baik dengan ajari mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakan pandangan mata ( eye contacts) dengan anda. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
c) Alunan muzik dan disertai pergerakan badan yang tersusun seperti di dalam kelas khas bagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan yang mudah di dalam pembelajaran. Contohnya, apabila bait lagu menyuruh mereka please sit down and turn around, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut urutan dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktis setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh ini akan meningkat.
c) Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.
Contohnya ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti.
Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumahbagi mendapat perubahan yang memberangsangkan.
Selamat maju jaya menjadi ibubapa yang kreatif !
Sumber: www.excelqhalif.com
Jangan Buat Main Bila Sakit Lutut, Dr Ini Jelaskan Cara Nak Cegah.
Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran semasa (tahun 2019) iaitu hanya 10.3% daripada jumlah penduduk. Wargatua (individu yang berusia 60 tahun ke atas) berisiko untuk mengalami masalah yang melibatkan tulang, sendi dan otot.
.
Masyarakat tidak sedar bahawa memiliki sistem muskuloskeletal (iaitu tulang, sendi dan otot) yang sihat dan kuat merupakan faktor penting untuk hidup yang berkualiti pada masa tua. Jika tidak mereka akan mengalami rasa tidak selesa seperti kekakuan yang menjejaskan pergerakan mereka. Oleh itu masyarakat kita terutama yang sudah mencapai umur 40 tahun ke atas supaya menjaga kesihatan muskuloskeletal mereka dari awal lagi bagi melambatkan masalah ini.
.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan muskuloskeletal?
.
Sistem muskuloskeletal tubuh kita terdiri dari tulang kerangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain. Secara ringkasnya sistem muskuloskeletal mencakupi 3 sistem iaitu tulang, sendi dan otot. Menurut International Osteoporosis Foundation, tubuh kita disokong oleh 206 tulang, 230 sendi dan 600 otot. Sistem ini memberikan bentuk dan sokongan pada tubuh. Ia juga memberikan kestabilan dan kekuatan ketika kita bergerak bagi menjalankan aktiviti harian dengan bebas.
.
Untuk mendapatkan kesihatan muskuloskeletal yang baik dua faktor yang penting kita harus lakukan iaitu mendapatkan nutrien yang seimbang dalam pemakanan. Pemakanan kita haruslah mengandungi kalsium yang tinggi, protein, kolagen, vitamin dan minerals.
.
Selain itu kita haruslah melakukan pergerakan fizikal, bersesuaian dengan umur dan fitness kita. Kita boleh melakukan aktiviti aerobik seperti berlari, mengangkat berat atau melakukan senaman regangan seperti Tai-Chi, Yoga atau Senaman Melayu Tua.
.
Masalah dengan masyarakat Malaysia sekarang, mereka tidak mengambil makanan seimbang yang mempunyai cukup nutrisi. Mereka mengambil makanan ringan, makanan segera, makanan berproses dan makanan dan minuman yang bergula dan bergas. Jadi mereka kekurangan mikronutrien sama ada mineral (terutamanya kalsium), vitamin dan antioksida.
.
Pada masa yang sama kita tidak melakukan aktiviti fizikal secukupnya. Menurut Tinjauan Kebangsaan berkaitan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 25.1% orang dewasa di Malaysia tidak aktif fizikal. Dari bangun tidur, pergi kerja menaiki kereta, sampai tempat kerja duduk selama 8 jam, balik rumah berkereta. Sampai rumah duduk lagi sehingga waktu tidur. Ini yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah sendi (terutamanya sendi lutut), kerapuhan tulang (osteophorosis) dan kelemahan otot (sarcopenia).
.
Bagaimanakah sistem ini merosot mengikut umur dan menjejaskan kehidupan kita?
.
Terdapat tiga masalah yang berkaitan dengan sistem muskuloskeletal ini, iaitu sarcopenia, ostrophorosis dan osteoarthritis.
.
Sarcopenia adalah sindrome (kumpulan gejala) yang menyebabkan kehilangan otot-otot secara beransur-ansur dan secara keseluruhan (bukan hanya otot kaki atau tangan sahaja) yang menyebabkan masalah ketidakupayaan fizikal (badan menjadi tidak buat membuat sesuatu), kualiti hidup yang rendah dan akhirnya kematian. Dua tanda utama adalah kehilangan stamina dan merasa cepat penat.
.
Osteoporosis adalah penyakit yang berkaitan tulang apabila tulang menjadi lemah dan mudah patah. Ia disebabkan oleh tubuh kehilangan kalsium dengan cepat dari tulang, atau membuat tulang terlalu perlahan (yang sering berpunca dari kekurangan kalsium) atau kedua-duanya. Tulang menjadi patah apabila terjatuh, terhantuk, tersendung pada perabut ketika berjalan. Dua tanda utama apabila tulang mudah patah dan merasa sakit ketika berjalan atau memegang (kerana tidak menyedari tulang mereka patah).
.
Osteoarthritis adalah penyakit sendi yang sering berlaku apabila terdapat kerosakan tulang rawan (cartilage), iatu tulang lembut yang berada di antara dua tulang dan berada dalam sendi. Ia melibatkan sendi lutut, jari tangan dan jari kaki, sendi punggung dan sendi tulang belakang. Dua tanda utama iaitu sendi tidak boleh dibengkokan kerana sakit dan bengkak pada sendi terutama di awal pagi.
.
Punca bagi ketiga-tiga masalah adalah akibat umur yang semakin meningkat, pemakanan yang diamalkan, dan tahap aktiviti fizikal semasa muda.
.
Sebagai contoh, tulang mungkin menjadi lemah seawal usia 30-an. Tulang rawan sendi, 60% daripadanya dibina dari kolagen, yang bertindak sebagai ‘kusyen’ antara dua tulang, merosot dengan ketara pada usia 40-an. Ramai yang terpaksa bersolat di atas kerusi kerana tidak boleh membengkokkan sendi lutut ketika sujud. Kekuatan otot kita pula semakin berkurangan sebanyak 30% jika kita tidak melakukan apa-apa akitiviti langsung selama dua minggu.
.
Contoh pesakit yang baru menjalani pembedahan besar, contohnya pada abdomen, tidak mampu berdiri tanpa bantuan. Begitu juga wanita yang baru menjalani pembedahan Caesarean. Jika dia hanya berbaring selama dua minggu kekuatan ototnya akan berkurangan. Apatah lagi apabila kita semakin berumur. Dikatakan apabila mencapai umur 50 tahun kekuatan seseorang akan merosot sebanyak 10%.
.
Kemerosotan tulang, sendi dan otot apabila usia meningkat boleh menyebabkan wujudnya beberapa keadaan seperti osteoporosis, osteoarthritis dan sarcopenia yang boleh menjejaskan pergerakan jika kita tidak menjaga tubuh kita. Sesetengah keadaan ini mendatangkan rasa sakit (seperti sakit lutut akibat osteoarthritis), rasa tidak selesa seperti bangun dari kerusi, tidak dapat mengekalkan keseimbangan tubuh ketika berdiri, tidak dapat mengekalkan postur semasa berjalan dan pergerakan menjadi semakin perlahan. Secara beransur-ansur mereka mengalami kesukaran bergerak secara bebas dan kualiti hidup mereka terjejas. Mereka sentiasa memerlukan pembantu dalam menguruskan kehidupan seharian seperti membersihkan diri, makan, minum dan memakai pakaian.
.
Kumpulan apa yang lebih berisiko tinggi?
.
Mereka yang berisiko adalah :
1. Individu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, sehingga tidak mendapat nutrien yang diperlukan untuk membina otot, sendi dan tulang.
2. Individu yang tidak melakukan aktiviti fizikal juga berisiko mendapat masalah-masalah ini, terutama mereka yang duduk ketika bekerja selama 8 jam.
3. Individu yang mengalami masalah penghadaman seperti keradangan usus, mengganggu penyerapan nutrien yang diperlukan.
4. Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit auto-immune atau ketidakseimbangan hormon.
.
Bagaimana pencegahan untuk kemerosotan tulang, otot & sendi?
.
Secara amnya kita harus menjaga pemakanan kita yang seimbang. Gunakan konsep pemakan pinggan sihat (healthy plate) atau di Malaysia disebut “suku-suku separuh”. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun, protein sihat dari susu, ikan dan telur, dan banyakkan makan sayur dan buah.
.
Lakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan umur. Bagi orang muda mungkin sesuai senaman agresif seperti High Intensity Intermittent training (HIIT), tetapi bagi orang tua mungkin berjalan kaki, menaiki tangga dalam rumah, senaman regangan seperti yoga, tai-chi atau senaman Melayu Tua. Melakukan akitiviti menanam pokok, membersihkan rumah dan membasuh kereta juga dianggap sebagai aktiviti fizikal yang berfaedah.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad