Cuaca panas terik memang buat badan rasa tidak selesa dan tekak pula pasti terasa perit. Kalau saat itu dapat meneguk air yang sejuk menyegarkan pasti terasa puas. Apatah lagi jika air tersebut ada mengandungi jelly. Tentu bertambah asyik dibuatnyam, minum sambil mengunyah sesuatu yang kenyal.

Oleh itu usah membayangkannya sahaja, ayuh kita sediakan minuman istimewa ini untuk dinikmati bersama keluarga dengan menggunakan alo vera. Selain sedap rasanya, khasiatnya pun banyak.

Bagaimana cara penyediaannya? Ayuh fahami langkah demi langkah yang dikongsikan di fb Puan Nur As Shifa Halim ini.


Resepi Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco 

Sedap angpa oii sejukk ja masuk tekak (sis buat sirap limau). Sebelum ni tak lalu jugak nak makan, byk buang ja aleo vera yg tua2 tu sebab bau dia Allah tak lepas nak piiii.

Baru ni, suami sis try buat ehhh sedap pulak, masuk harini kali kedua lah ni try selepas adjust semua and google resepi bagi puas hati. Finally sedap rupanya Aleo Vera ni.

Nak lagi bagus boleh makan mentah2 gitu, lagiii banyak khasiat, tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) boleh rujuk gambar dibawah kena buang dulu bagi bersih2 supaya tak gatal dan selamat dimakan. Kami share step by step kat gambar la kan senang nak terang.

CARA PENYEDIAAN : 

  1. Pilih yang matang (tua). Macam mana nak tau? Cuba tekan tengah2 tu kalau keras padat dah boleh harvest (tuai). Yang suami sis tanam ni spesies bila kecik ada bintik2, dah besaq hilang bintik tu.

 

2. Part ni sangat penting. Nak keluarkan Aloe Latex (cecair kuning tu). Boleh akibatkan  gatal2 kalau tak bersih elok2. Ni suami sis tegakkan Aloe Vera yg dituai tadi, tegakkan dalam 1-2 jam. Alhamdulillah kami buat step ni tak dak gatal2 tekak ka apa bila makan.

 

3. Lepas proses “tegak” tubasuh bersih2. Nak senang potong kepada 2 @ 3bahagian ikut keselesaan anda nak proses. Sebab time 1st time buat, suami sis luka jgk tapak tangan. Duri Aloe vera agak tajam.

 

4. Buang bahagian tepi dulu (bahagian duri) kemudian buang kulit bahagian atas.

 

5. Pastu potong ikut suka saiz. Nak senang, (sebab bendanya berlendir mudah lari2) potong dulu ikut saiz yg nak, tapi disarankan petak2 sederhana jgn kecik sangat nanti tak feel time gigit2. Lepas potong macam ni, amek sudu korekk ja dari atas.

 

6. So dapat lah macam ni hasilnya. Basuh bersih2. Dah boleh rebus.

 

7. Rebusan kali pertama 30minit (Aloe Vera + air saja)


8. Rebusan kali kedua dlm 15min saja (Aloe Vera+Gula batu+daun pandan).

 

9. Siap untuk dihidang sedap naaa rasa macam peel fresh Marigold tu.

sumber : Nur As Shifa Halim

Tinggalkan Komen