Penyanyi dan instruktur zumba, Nas Adila disahkan menghidap kanser payudara sejak awal Mac lalu dan memberitahu penyakit itu mula dikesan selepas dia menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang, Selangor.
Nas, 37, bagaimanapun kini hanya mahu kuatkan semangat seterusnya sentiasa positif dalam fasa berdepan ujian dariNya.
“Saya sebenarnya baru tahu (kanser) pada 1 Mac tempoh hari. Saya mulanya perasan ada ketulan (pada bahagian payudara) pada awal tahun, namun lama-kelamaan ia semakin membesar.
“Jadi saya ambil tindakan untuk pergi lakukan pemeriksaan dan dapat keputusan pada 1 hari bulan 3 memang pasti ia kanser payudara bermungkinan tahap tiga,” katanya.
Nas memaklumkan perkara tersebut menerusi sesi temu bual bersama Buletin FM, pada Khamis.
Ditanya sejauh mana dia kuat dalam melalui ujian berat ini, Nas menyifatkan apa yang berlaku sebagai hikmah untuknya lebih mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.
“Bagi saya, apa yang pertama difikirkan ialah saya perlu reda. Saya pun tidak tahu dapat kekuatan ini daripada mana, mungkin Allah yang kurniakan.
Ads
“Saya fikir lagi bersyukur sebab bila kita diuji, maknanya Allah sayang. Allah nak saya lebih rapat lagi denganNya.
“Saya tak mahu fikir sangat mengenai penyakit yang dialami. Jadi saya positifkan diri selain banyak bertanya dengan mereka yang pulih daripada kanser katanya.
Nas pada masa sama menjelaskan dia akan melakukan ujian CT scan bagi mengetahui tahap sebenar kanser minggu hadapan sebelum memulakan rawatan kemoterapi.
Meninjau di ruangan komen, ramai mendoakan semoga urusan Nas dipermudahkan dan diberikan kesembuhan.
Ads
Terdahulu, rakan artis yang juga penyanyi Ismaliza Ismail berkongsi tentang perkembangan Nas Adila di Insta Stories.
“Salam semua. Post ini dibuat dengan izin tuan punya badan. Seorang lagi sahabat kita sedang diuji.
“Setelah melalui pelbagai saringan kesihatan, sahabat kita Nas Adila baru saja disahkan menghidap kanser payudara dan akan memulakan rawatan kemoterapi pada 20 Mac ini.
Ads
“Sama-sama kita doakan semoga Nas Adila kuat melalui ujian dan dugaan ini. Doa dan semangat.
Sahabat semua diperlukan untuk memberi kekuatan kepada beliau melalui ujian ini” titipnya.
Nas Adila yang berkahwin pada 12 Disember 2015 bersama peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) Aliff Razali dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Meniti akhir-akhir ramadan, semua orang bersiap sedia melakukan persediaan untuk menyambut Syawal tidak kira dari aspek persiapan dari sudut juadah ataupun kelengkapan raya seperti baju baru, perhiasan rumah dan sebagainya. Yang paling gembira menantikan bulan penuh kemuliaan itu semestinya anak-anak kecil sama ada yang mengerti maksud sebenar bulan kemenangan itu atau tidak.
Dalam persiapan yang melebihi keperluan itu, perlu diingatkan ada insan lain di luar sana yang tetap bersyukur sama-sama membuat persiapan meskipun dalam keadaan serba kekurangan. Seperti yang dikongsian oleh Tuan Abd Ghani Haron di laman sosial Facebook, tentang pasangan suami isteri dan anak mereka yang sedang memilih baju terpakai untuk anak-anak mereka.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami. Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam.
“Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Untuk makluman, Projek sedekah pakaian terpakai ini telah berlangsung hampir 9 tahun. Ia telah menjadi saksi beribu-ribu pakaian bertukar tangan. Beribu-ribu hati yang gembira dan berbunga menyarung pakaian hasil sumbangan anda para dermawan. Sehingga kini, kami masih menerima sumbangan pakaian terpakai untuk disedekahkan. Malah ada juga yang menyumbangkan periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat. Sumbangan boleh disampaikan dengan datang sendiri ke rumah Cikgu Ghani ( sebelum jam 6petang) di Tikam Batu atau poskan ke alamat 318B, Kg Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah. Semoga sumbangan kecil kita ini terus dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Didik anak ni ada banyak cabarannya terutama anak zaman modern ni. Malah dengan pengaruh gajet pasti agak sukar.
Ia termasuk sikap diri anak dalam rumah termasuk aspek pembaziran.
Bagi ibu ini yang juga merupakan occupational therapist menggunakan pendekatan penceritaan atau storytelling memudahkannya mendidik anak-anaknya. Ikuti perkongsiannya.
___________________
Anak-anak saya ni kerap juga tak habiskan makanan masing-masing. Walaupun tinggal sedikit saja lagi makanan, tetap tidak habis.
Saya perhati lama dah. Jadi kebiasaan walaupun dah banyak kali ditegur dan dinasihati.
Anak-anak zaman ini tak sama macam zaman dahulu. Kena guna pendekatan berbeza untuk menitipkan nilai moral dan akhlak yang baik dalam diri mereka.
Saya gunakan kaedah storytelling, gambar-gambar serta video.
Untuk sikap selalu membazir makanan, saya kisahkan tentang seorang budak miskin yang tiada duit. Mengharapkan ihsan serta sedekah orang lain untuk meneruskan kehidupan. Mengutip sisa makanan dari tong sampah dah kotoran.
Saya juga ceritakan tentang kisah nasib mangsa peperangan di Syria, Palestine dan Yaman. Mereka tidak mampu untuk makan makanan yang sedap-sedap tetapi mereka sangat bersyukur menerima rezeki dan tidak membazir makanan.
Anak-anak saya terpaku mendengar cerita. Terdiam melihat gambar yang saya tunjukkan serta video-video kanak-kanak yang kebuluran dan mengemis.
LATIH ANAK BERFIKIR
Kesimpulan dari storytelling itu, saya minta setiap anak-anak bagitahu apa yang mereka dapat simpulkan.
– Tidak membazir makanan
– Tidak memilih makanan
– Tidak tamak, habiskan makanan yang ada dahulu
– Sentiasa berkongsi rezeki
– Sentiasa bersyukur
– Sentiasa berdoa untuk dimurahi rezeki
Wah…. Membantu sangat untuk saya sebenarnya. Tak stress dah tengok makanan yang selalu tak habis. Hahahaa. Alhamdulillah.
Kawan,
atas semua storytelling ini, selain mengelakkan mereka membazir makanan, kita sedang melatih anak kita sikap empati di dalam masyarakat dan sekeliling.
Sikap ini wajib kita latih anak-anak kita supaya mereka bertimbang rasa, bertindak rasional, tidak pentingkan diri sendiri dan membentuk mereka peribadi yang baik.
Empati bermaksud kebolehan untuk menyelami dan memahami perasaan, emosi serta situasi orang lain.
Storytelling juga boleh digunakan untuk anak-anak yang selalu bergaduh dengan matlamat memupuk kasih sayang antara adik beradik.
Pantang ada cerita yang trigged sikit di televisyen, mulalah netizen ni meluah rasa tak puas hati di media sosial. Misalnya seperti baru-baru ini, sana sini buka lah sosial media apa pun, mesti akan ada nama Nuha dan Adam, nama watak dalam drama hangat ‘Aku Tanpa Cintamu’.
Malah, ada sampai yang tak sanggup menonton khuatiri terlampau emosi menonton drama tersebut. Tetapi, pada hakikatnya, konflik rumahtangga sebegitu sememangnya ada sahaja di luar sana. Bezanya didedahkan pada umum atau tidak sahaja.
Tidak ketinggalan, baru-baru ini, penceramah bebas Ustaz Syamsul Debat akui tahu tentang watak Nuha dan Adam itu selepas menonton di laman Tiktok. Dia yang sedang memberi ceramah sempat menyebut nama Adam dan Nuha dalam perbincangan topik bertajuk ‘Keluarga & Kerjaya’ dan menjadikan mereka contoh dalam topik tersebut.
Mengambil contoh bagaimana Nuha terpaksa menggunakan wang sendiri untuk memenuhi kemahuan suami, hal sebegitu sebenarnya tidak seharusnya berlaku.
“orang perempuan tak wajib tolong suaminya. Dari sudut duit gajinya, tak wajib bagi kat suaminya.
“Isteri pula tolong settle bayar duit kereta suami, isteri yang teruk. walaupun isteri anak orang kaya.” kata ustaz dalam petikan video yang tular itu.
Tambah ustaz, dalam segi pengurusan rumah, sepatutnya itu adalah kerja suami tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk isteri membantu.
“Cuma, Walaupun itu tanggungjawab lelaki, orang perempuan dengan penuh rela hati menganggung tugas suami dan membuatnya dengan lebih baik daripada suami buat.” jelansya.
Bagi yang mengenali ustaz, sememangnya tahu bahawa ustaz sememangnya gemar menyelitkan unsur lawak dalam percakapannya. Bertanya apakah tajuk drama tersebut, ustaz sempat bergurau dengan tetamu lain tentang drama yang menjadi bualan orang ramai itu.
Melalui ruangan komen, ratusan netizen sangat terhibur dengan gaya santai ustaz menjadikan 2 watak itu sebagai contoh mudah dalam kandungan ceramahnya. Viral sejak semalam, video berkenaan sudah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.