Ibu kepada Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman pagi ini memaklumkan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Datuk ND Lala yang merupakan pelakon dan penyanyi era 1980-an.
Perkara ini dikongsikan sendiri menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya yang memaparkan sebuah gambar tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp yang berbentuk mesej suara.
Di ruangan kapsyen, Fauziah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangga mereka akhirnya berakhir. Dedah Fauziah, ND Lala telah melafazkan cerai pada 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan memaklumkan kepada dirinya pada Selasa.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.
“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-Allah,” tulisnya.
Tambah Fauziah, dia menjelaskan status mereka agar tidak timbul sebarang fitnah di kemudian hari.
Ads
“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata ini memohon orang ramai mendoakan agar dirinya kuat untuk meneruskan kehidupan sepertimana ketika dirinya ditipu.
“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
Ads
“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” jelasnya.
Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Sebelum ini, mahligai cinta pasangan sejoli ini dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati, seorang anak bernama Arif yang masih kecil namun besar jiwanya. Tahu akan ibunya tidak sihat membuatkan dia menguruskan diri sendiri.
Bila ibu tak sihat… Pergi dapur tgk waaa anak teruna masak… Katanya nak masak ayam goreng kunyit… Ok x pe la masak dulu ibu x larat… Pergi dapur lagi utk kali ke 2 kussss semangat minyak ko isi arif 😭😭😭😭
Baru 38 ari dok madrasah… X sangka da boleh rasa air tgn anak teruna umur 12 tahun… X pe nanti ibu ajar masak ye… 😆
Masak awal cz bg adik2 makan dulu… Adik2nya cm mulut burung asik lapor 24 jam 😪😅
Perkongsian ini mendapat respon ramai. rata-rata memuji keprihatinan Arif kepada ibunya.
Allhamdulillah…semoga terus membesar sebagai anak penyejuk hati ibu abah. Aamiin…
Pakej dik,hensem..pndai masak,agama bgus..
Alhamdulillah syukur…macam ank saya duk madrasah bila balik ada je dia masak…sbb kat madrasah diajar utk masak oleh ustznya.
Tahniahhhh..kecik dah pandai ….kesian Kat Mak n adek adek laa tuuuu….
Alhamdulillah bertuah ibu dapat anak yg soleh, handsome, baik budi pekerti. Semoga Allah sentiasa pelihara & berjaya dunia akhirat. Aamiin Ya Rabbal’alamin
Alhamdulillah.. ank2 madrasah mmg pandai memasak..klau Ada jamuan kenduri ke dorang akn masak sendiri ramai2… pengalaman ank saya tahun yg 5 kt madrasah mmg pandai segalanya…terbaikkk
Rajinnya abg…terbaik abg masuk madrasah anak yang hebat anak soleh kebanggaan ibu Alhamdulillah,, rupa pun hensom dah, rajin lak tolong ibu,, ya Allah sejuk mata memandang
Pelakon Anzalna Nasir menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada anak sulungnya, Mohamad Eidrees sempena hari kelimanya.
Menerusi perkongsian video Anzalna di Instagram, ibu cantik jelita ini dilihat melakukan trend meminta Eidrees memilih hadiah serta tempat makan bagi meraikan ulang tahunnya itu.
Paling beruntung, Eidrees memilih pilihan wang RM10,000 yang diberikan ibunya.
“‘Spoiling’ (manjakan) Eidrees pada hari lahirnya. Boleh pula dia ambil semua yang mahal-mahal.
“Segala permintaan anak akan ditunaikan selagi ada rezeki,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, bahkan tangan bertuah Eidrees memilih dompet mewah berjenama Versace dan makan di restoran dalam pusat membeli-belah di ibu kota. Memang terbaik.
Raikan anak yatim
Tidak hanya berbelanja untuk meraikan anak sulungnya itu bahkan kata Anzalna, lebihan wang itu juga akan turut disumbangkan kepada rumah anak yatim seperti kebiasaan dilakukannya setiap kali hari lahir Eidrees.
“Duit lebih membeli-belah kita belanja Rumah Anak Yatim Nur Qaseh sempena hari jadi Eidrees,” katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna menganggap Eidrees anak yang cukup bertuah kerana dapat merasai pengalaman tersebut sewaktu masih kecil.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 5 dan Mohamad Emirhan, 2.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti tv yang cukup sinonim dengan rancangan membeli belah Go Shop buat beberapa tahun lamanya, wajah manis Nur Syakirin Husnal As’hari saban hari dinanti kemunculannya di kaca TV.
Bukan sahaja kerana cantiknya dia, malah kepetahan bercakap untuk mempromosikan barangan di dalam rancangan tersebut, benar-benar berjaya mencuri perhatian penonton hingga ada yang menggelarnya sebagai kakak Go Shop!
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, tidak ramai mengetahui bahawa ibu kepada dua cahaya mata ini telah mencipta kejayaannya yang tersendiri di dalam bidang akademik apabila baru-baru ini dia telah menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana.
Kenangan manis mengenakan jubah konvokesyen di majlis istimewa tersebut telah dikongsikan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Difahamkan Syarikin Husnal merupakan graduan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Malah apa yang lebih membanggakan, bukan sahaja berjaya menamatkan pengajiannya bahkan ibu mud aini berjaya memperolehi purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.98 dan sekali gus dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK.
Berkongsi perjalanan sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang, graduan dalam bidang kejuruteraan biokimia dari Donyang Mirae University dan Yonsei University Korea Selatan ini mengakui bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ketika menyambung pelajaran.
Sempat kerja. Sempat mengandung. Sempat bersalin. Sempat jaga anak. Sempat buat extra curricular activities. Sempat buat job luar. Sempat manage election campaign. All during my MBA journey.
“Alhamdulillah saya mempunyai sistem sokongan yang kuat. Dan sudah tentu, saya banyak berkorban untuk berada di tahap ini, terutamanya berkorban masa lapang. Sesungguhnya tiada yang lebih menggembirakan selain dapat melihat hasil jerih payah ,” kongsinya apabila pengikut Instagramnya mengajukan pertanyaan bagaimana dia berjaya menamatkan pengajiannya walaupun sibuk.
Tentunya ramai yang akan merinduinya mengacara program Go Shop, bukan? Namun Syakirin sudah menamatkan perkhidmatannya bersama Astro selepas 11 tahun berkidmat di syarikat penyiaran terbesar negara itu.
Baru-baru ini, Syakirin dilihat memulakan tugas rasminya dalam sektor kerajaan. Semoga terus maju jaya!