Dalam pada bangga melihat anaknya berbakti kepada masyarakat, terselit rasa kebimbangan dalam diri wanita tua ini apabila anaknya yang bekerja sebagai Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sering berdepan dengan ancaman dari haiwan berbisa.
Pada Selasa lalu, maka terungkailah segala kebimbangan Noriah Awang apabila anaknya Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad telah meninggal dunia akibat dipatuk ular berbisa ketika sedang bertugas.
Lebih menyedihkan lagi, anaknya itu sepatutnya bakal mengikat tali pertunangan pada hari raya Aidiladha yang bakal menjelang pada bulan Jun ini.
Menurut Noriah Awang yang berusia 67, anak lelakinya itu adalah daripada lima beradik itu akan bertunang dengan gadis pilihan hatinya yang berasal dari Pasir Tumboh, Kota Bharu.
“Arwah minat dengan haiwan reptilia ini sejak kecil dan dia mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa itu.
Ads
“Dia pernah kehilangan jari tengah pada 2017 akibat dipatuk ular.
“Saya sentiasa menasihati arwah supaya berhati-hati ketika bertugas dan tidak menyangka perkara yang dibimbangkan selama ini terjadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kemasin.
Ads
Mohd Idris telah dipatuk ular pada jam 8 pagi Ahad ketika memindahkan ular dari guni ke sangkar ketika sedang bertugas.
Ujar Noriah, anak lelakinya itu dipatuk di tangan kanan, tempat sama Allahyarham pernah kena sebelum ini.
Ads
“Pada jam 3 pagi, anak saya sudah kritikal kerana bisa ular telah menyerang bahagian buang pinggangnya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab menberitahu, Mohd Idris sudah berkhidmat selama 14 tahun sebagai anggota APM di Kota Bharu.
Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang anggota yang komited dan terlatih dalam menangkap haiwan berbisa.
Jenazah lans koperal itu dikebumikan selepas solat Zohor diiringi keluarga, rakan serta anggota APM Kelantan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak excited bila berkunjung ke rumah keluarga, sanak-saudara dan juga rakan-taulan di hari lebaran ini?
Selain dapat melepaskan rindu setelah sekian lama tidak berjumpa, juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah juga boleh menambat hati para tetamu.
Bila lagi nak merasa air tangan tuan rumah kan?
Namun dalam keseronokan menyambut lebaran ini tiba-tiba hati bagai direntap bila ada yang bertanya soalan sensitif.
Meskipun soalan “Bila nak kahwin? “, “Bila nak ada anak?”, dilihat sebagai soalan gurauan bagi sesetengah orang namun tidak semua dapat menerimanya dengan hati terbuka.
Bagi sesetengah pasangan, soalan ini sangat sentisif lebih-lebih lagi jika mereka telahpun berusaha namun masih lagi belum diberikan rezeki untuk mendapat zuriat.
Seperti video yang tukar di aplikasi TikTok baru-baru ini, seorang wanita @dbyoinn telah berkongsi momen di mana dia terpaksa melepaskan tangisannya dalam kereta kerana diasak mengenai soal cahaya mata apabila beraya memandangkan sudah mendirikan rumahtangga sejak tahun lepas.
Melihat kesedihan isterinya, si suami yang berada di sebelah dilihat cuba menenangkan keadaan dengan mengesat air mata isterinya.
Video tersebut meraih perhatian dari ramai netizen yang ternyata terkejut dengan situasi yang dihadapi oleh pasangan itu. Rata-rata dari mereka mengharapkan agar pasangan ini tabah dan mendoakan mereka cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.
Ada juga netizen yang geram dengan yang mengajukan soalan tersebut memandangkan soal tersebut adalah rezeki yang ditentukan oleh Allah. Malah menasihatkan agar lebih baik mendoakan pasangan yang masih belum memiliki zuriat berbanding bertanya soalan yang terang-terang adaah sensitif.
@1103qwertyuiop pls pls be extra-careful with your words. you don’t know what it’s like to not cry everytime my period shows….. do pray for us and other couples yang impikan malaikat kecil bcs kita tak tahu doa siapa yang termakbul nanti, insya Allah #ttcjourney♬ Kecundang by Masdo – Sofea Yaya
Tidak dinafikan ramai peminat ikan keli lebih-lebih lagi jika dianya digoreng rangup nam tidak dinafikan ramai yang tidak sanggup untuk menggorengnya. Malah untuk membuat gulai, ramai yang ‘angkat tangan’ kerana setiap kali menghidangkan lauk ini, ianya dicemari oleh bau hanyir dari ikan tersebut.
Nak masak ikan keli yang enak, rangup dan sedap sebenarnya mempunyai kunci rahsianya. Anda sebenarnya hanya perlu memastikan yang lendir dan hanyir ikan tersebut dibersihkan sebelum dibuat lauk.
Oleh itu, buat peminat ikan keli semua, berikut merupakan cara yang betul untuk anda hilangkan hanyir serta lendirnya sekali supaya tidak ada bau yang kurang menyenangkan ketika menjamu selera.
CARA HILANGKAN HANYIR KELI DAN LENDIR SEKALI, SENANG NAK MASAK
1.BUANG URAT PUTIH
Namun ada bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh. Paling penting kawasan insang dan darah di bawah tulang dalam perut kerana kawasan inilah terdapat darah beku. Jika dperhatikan dengan betul, ada jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar dan bersihkan.
2. ADA KELENJAR TEPI SENGAT
Rupa-rupanya, kelenjar yang terletak di sebelah sengat juga merupakan penyumbang kepada bau hanyir pada keli. Hanya picit keluar kedua-duanya di bahagian kiri dan kanan. Bersihkan hingga sebersih-bersihnya.
3. RENDAM IKAN
Untuk menghilangkan bau hanyir, ikan keli perlu direndam pula dengan buah-buah citrus seperti limau, lemon, belimbing buluh, asam gelugur dan asam jawa. Namun begitu, ada juga yang tertanya-tana sama ada berhasil atau tidak jika menggunakan tepung gandum?
Untuk pengetahuan anda, penggunaan tepung bukan untuk menghilangkan hanyir tetapi untuk membuang lendir pada ikan yang menyebabkan minyak meletup semasa menggoreng. Caranya mudah sahaja, rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih dan boleh dimasak!