Lumrah apabila ada anak yang masih kecil tentu pelbagai kerenah yang diluar jangkaan. Begitulah yang dihadapi oleh seorang suri rumah apabila anaknya yang berusia dua tahun terkena ham 3 saat di mata ketika dia sedang mengemas rumah.

Detik cemas itu dedahkan oleh seorang doktor mata yang merawat kanak-kanak berkenaan. Katanya pendedahannya itu telah mendapat keizinan wanita berkenaan untuk tujuan pengajaran.

Seterusnya ikuti detik cemas yang diceritakan oleh doktor ini.

Bacaan lanjut: 

Seakan Memberi Tahu Tidur Tak Cukup Setelah Bergelar Ibu, Neelofa Kongsi Kapsyen Ringkas, Tapi Ini Komen Netizen.

Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!

Nak Kos Murah Bila Nak Ubah Suai Rumah, Perunding Kewangan Ini Bagi Trik Mudah Kena Tahu, Baru Boleh Jimat!

Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!

Mata kena gam

“Pertama Kali Dapat Kes Macam Ni.” Kanak-Kanak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat, Terpaksa Buat Pembedahan! Doktor Mata Cerita Detik Cemas.
Ketika mula-mula datang ke hospital

Pada satu malam hari minggu, menerima panggilan dari jabatan kecemasan. Seorang budak 2 tahun terkena gam 3 saat(yg banyak jual dekat Mt.DIY tu). Habis satu muka kene katanya, mata tak boleh bukak langsung. Hmmm…pertama kali ni dapat kes macam ni. Lantas pesakit diarahkan datang ke wad mata untuk diperiksa.

Sejarah pesakit diambil dari ibunya, Ketika si ibu melakukan kerja di rumah, dia panjat kerusi nak pasang hiasan pada rumahnya. Anaknya girang bermain di kerusi ibunya, memegang kerusi tak nak ibunya jatuh.

IKLAN

Tanpa sedar gam 3 saat yang dipegang ibu tertumpah ke bawah dan terkena pada seluruh muka anaknya. Allahuakbar, pantas ibu membasuh muka anaknya dan dibawa terus ke hospital. Namun gam 3 saat memang susah nak hilang,terkena kulit tangan kita pun ia cepat mengeras dan sangat sukar dicuci, apatah lagi kena pada kulit muka dan mata.

Ketika melakukan pemeriksaan, matanya cuba dibuka, bulu mata semua dipotong kerana semuanya melekat antara satu sama lain. Namun kekuatan gam itu benar-benar terbukti, tiada hasil. Kedua-dua belah kelopak mata melekat atas dan bawah.

Gel sapuan pada mata

Usaha diteruskan dengan meletakkan gel petroleum khas untuk mata,kami berikan masa untuk ibu sapukan sepanjang malam dan tengok semula esok berkesan atau tidak.

“Pertama Kali Dapat Kes Macam Ni.” Kanak-Kanak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat, Terpaksa Buat Pembedahan! Doktor Mata Cerita Detik Cemas.
Selepas 1 malam sapuan gel petroleum

***antara tips hilangkan kesan gam ini pada kulit ialah dengan basuhan air suam + sabun atau gunakan gel petroleum(seperti Vaseline). Tapi sebab dekat mata, kami gunakan yang khas dibuat untuk mata supaya tidak pedih jika termasuk dalam mata.

Pembedahan 

Keesokannya, si ibu datang dengan wajah muram. Mata anaknya masih tidak terbukak. Gam pada pipi dan muka nampak menipis dan tertanggal, namun pada matanya sama sahaja.

IKLAN

Perkara ini tidak boleh dibiarkan lama, kerana kanak-kanak jika dibiarkan kedua-dua mata tertutup pada tempoh yang lama, ia boleh menjadi punca kepada mata malas, mengakibatkan penglihatan yang kurang sempurna seumur hidupnya.

Keputusan dibuat untuk melakukan pembedahan secara bius penuh, keluarga setuju. Alhamdulillah, dalam dewan bedah lebih mudah untuk buang gam pada matanya, kerana pesakit sudah tidak meronta-ronta.

Ada kecederaan pada dalam mata juga kerana gam tersebut masuk ke dalam matanya , tak sempat anak itu nak tutup mata sebab tiba-tiba tertumpah atas mukanya. Alhamdulillah pesakit semakin sembuh.

Peringatan
Sebagai peringatan bersama, perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malang tidak berbau. Sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja dengan gam gajah/gam 3 saat(superglue) terutama apabila ada kanak-kanak disekeliling.
*Gambar pesakit sebenar, keizinan lisan telah diambil dari ibu pesakit untuk peringatan bersama
Dr.Syaz
Pegawai Perubatan Oftalmologi

Sumber: Syed Abu Zulfadhli Al-qadrey

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

IKLAN

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

“Pertama Kali Dapat Kes Macam Ni.” Kanak-Kanak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat, Terpaksa Buat Pembedahan! Doktor Mata Cerita Detik Cemas.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI