Bila cerita pasal kecantikan ni memang semua orang teruja nak cuba. Kalau ikut nenek moyang kita memang bahan semulajadi lah yang terbaik untuk jaga dalaman dan naik seri muka. Lepas tu buat pulak sendiri di dapur lagi dijamin terbaik!
Guna 3 bahan dari dapur je dah dapat pekej tubuh sihat bertenaga dan makin hari makin cantik berseri. Haa tapi kena amalkan lah petua ni.
Bahan diperlukan :
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 batang serai
Gula batu (optional)
Air 3 gelas
Cara membuat :
Potong atau hiris semua bahan. Kemudian masukkan 3 gelas air putih. Didihkan sehingga air rebusan menjadi 1 gelas. Pastu minum ler panas-panas. Amalkan seminggu sekali.
Ads
Senang je kan nak dapat manfaat dari bahan dapur ni. Kunyit, serai dan halia ni memang banyak sangat manfaat untuk badan tau.
KHASIAT:
Kunyit :
Ads
Bantu sembuhkan luka dengan cepat.
Melambatkan proses penuaan.
Membuang lebihan racun berbahaya dan bahan kimia dari badan.
Meningkatkan antibodi badan.
Mengawal paras gula dalam badan.
Kandungan kurkumin dalam kunyit dapat bantu kurangkan lemak badan.
Halia :
Menurunkan paras kolestrol
Buang angin dalam badan
Bantu penghadaman
Kurangkan berat badan
Menguatkan imuniti badan
Sifat dan naluri semula jadi setiap wanita pasti ingin tampil cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki. Namun, seringkali kita hanya fokus pada perawatan kulit dan rambut dari luar, seperti menggunakan produk penjagaan atau melakukan perawatan kecantikan di salon.
Hakikatnya perawatan kecantikan dari dalam juga sangat penting supaya kulit kekal sihat dan cantik. Sekali gus kelihatan awet muda dan glowing setiap masa.
Nak glowing tak? Inilah masa untuk kita siap sedia untuk melakukan 7 tips cantik perawatan diri luar dan dalaman. Ayuh!
1.Minum air secukupnya
Hidrasi! Mesti kena minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari! Bahkan jika ada yang mempunyai masalah wajah berjerawat bukan sahaja disebabkan oleh kulit berminyak tetapi kerana kekurangan air dalam badan.
2.Kurangkan mengambil makanan bergula
Percaya atau tidak, pengambilan gula yang berlebihan boleh merosakkan kolagen dalam kulit seterusnya membuatkan kulit menjadi tidak anjal! Bahkan ia juga antara punca jerawat pada muka.
3.Rambut berkilau dan sihat
Untuk mendapat rambut idaman yang berkilau dan sihat dengan melakukan basuh rambut dengan menggosok lembut rambut serta kulit kepala bagi memastikan syampu sampai ke akar rambut. Kemudian urut kulit kepala dengan vitamin E. Seterusnya jangan lupa ambil ssid lemak Omega-3 menyihatkan rambut dan membuatnya nampak lebih berkilau. Kandungan asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam ikan salmon, makarel, sardin dan telur kuning.
4.Pakai sheet mask
Sheet mask boleh digunakan setiap hari kerana ianya mampu menyuburkan kulit dan memberikan kulit terasa lebih bertenaga.
Jadikan ia rutin penjagaan muka, confirm akan nampak perbezaannya!.
5.Gunakan eye cream
Lingkaran gelap dan lebam bawah mata bawah adalah merupakan salah satu musuh utama setiap wanita. Ia menyebabkan solekan tidak menjadi cantik. Tips paling mudah sekali ialah rajin-rajinlah menggunakan eye cream di bawah mata. Kalau tak ada eye cream, guna ais pun boleh. Urut pelan-pelan di bawah mata, kuranglah sikit lebam mata.
6.Pilih produk yang betul
Elakkan penggunaan produk yang boleh mengeringkan kulit wajah. Hal ini kerana ia akan menggalakkan lagi kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak.
Namun, bagi wanita yang sibuk menguruskan rumah tangga terutama anak-anak yang sedang membesar dan kerjaya. tentu tidak mempunyai banyak masa untuk membelai diri. Tak perlu penin kepala, mulakan dengan menggunakan Youvit Collagen Gummies. Manfaaat 3 In 1, sudah tentu glowing dengan mudah! Nak raya tak lama lagi, ini lah persediaan dalaman yang mak-mak kena buat!
7. Youvit Collagen Gummies 3 In 1
Selaku perintis produk gummy kecantikan, Youvit menawarkan tiga produk dalam rangkaian kecantikannya, iaitu gummy yang mengandungi Niacinamide, Biotin, dan Kolagen. Setiap produk dirumus khas untuk memberikan hasil yang menyeluruh supaya kecantikan anda kekal berpanjangan.
Menurut Maarten Vrouenraets, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi Youvit, melabur dalam kecantikan bukanlah sekadar membuat rawatan muka, namun kita seharusnya menangani punca utama yang menjurus pada masalah kecantikan yang selalu dialami wanita seperti keguguran rambut, kulit kering, dan jerawat.
“Gummy kecantikan kami terhasil daripada penyelidikan yang bertahun lamanya untuk menyediakan vitamin dan mineral yang seimbang supaya dapat memancarkan kecantikan anda dari dalam. Dengan cara ini, kami bukan sahaja melonjakkan penampilan anda namun juga kesejahteraan anda secara keseluruhan.”
Youvit Niacinamide Gummies mengandungi Niacinamide dan Aloe Vera yang dirumus khas untuk menyerikan wajah supaya kulit, Biotin dan Ginseng yang dirumus khas untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat bagi mengelakkan rambut gugur. Ia juga mengandungi 1000 mg Kolagen dan buah-buahan terbaik untuk membantu mengekalkan keremajaan kulit supaya kekal berseri. Pakar nutrisi mengesyorkan pengambilan ketiga-tiga produk sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan harian.
Lebih membanggakan, sejak Youvit Beauty Gummies diperkenalkan pada akhir tahun 2022 eksklusif di Watsons, produk Youvit ini laku keras, dengan lebih 2 juta gummy terjual sehingga menjadi bualan ramai pengguna di media sosial yang teruja dengan hasilnya.
Tunggu apa lagi, jom buat rutin harian kecantikan. Yang penting konsisten baru nampak resultnya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular satu posting dari seorang wanita yang meminta pandangan serta petua dari netizen berkenaan dengan rawatan bagi anaknya yang kerap berkudis.
“Bagaimana nak rawat penyakit kudis pada tangan anak saya?,” demikian pertanyaan seorang ibu dalam satu kumpulan Facebook baru-baru ini.
Selain menerima pelbagai nasihat, pertanyaannya itu turut ditempelak beberapa netizen kerana gambar yang dimuat naik bersama coretan memaparkan kuku tangannya dan bayi, panjang.
Rata-rata netizen menyarankan supaya dia memotong kuku terlebih dahulu sebelum meletakkan sebarang krim perubatan.
Pun begitu, selepas menerima kecaman teruk, wanita berkenaan memadamkan posting berkenaan.
Amalan menyimpan kuku bukanlah perkara baharu dalam masyarakat sebaliknya berlaku sejak dahulu kala lagi terutama di negara Barat.
Namun di dalam Islam, ia sangat dititikberatkan kerana melihatkan isu kebersihan.
Menerusi perkongsian Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam Selangor, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata, menyimpan kuku panjang adalah tidak bagus kerana boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan diri.
Menjelaskan mengenainya, beliau berkata, kuku yang panjang berpotensi mengumpul kotoran di celah bawah kuku.
“Walaupun beri alasan rajin cuci tangan, itu masih tidak menjamin kuman-kuman terlepas dari tempatnya.
“Ia tidak mudah dihilangkan dengan kaedah cucian tangan biasa. Pengumpulan kotoran ini secara tidak langsung akan membiakkan bakteria berbahaya seterusnya menjejaskan kesihatan tubuh,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.
Malah katanya, berdasarkan kajian yang pernah dilakukan di luar negara, pernah dilaporkan bahawa bakteria paling merbahaya iaitu MRSA dijumpai di celah kuku yang panjang.
MRSA memerlukan antibiotik yang sangat kuat dan biasanya jangkitan ini boleh menyebabkan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atau membawa maut.
Di Amerika Syarikat pada tahun 1997, sebanyak 16 kematian bayi di salah sebuah hospital dilaporkan adalah dikaitkan dengan jangkitan kuman yang dibawa oleh dua orang jururawat yang memiliki kuku panjang.
“Lagi satu, kebanyakan yang menyimpan kuku panjang juga adalah suka mewarnakan kuku sehinggakan tidak menampakkan ada kekotoran di celah bawah kuku dan ini menjadi tempat kuman-kuman membiak.
“Bukan saja bakteria tetapi kuman kulat atau fungal juga banyak tumbuh,” jelas beliau.
Tambahnya, kuku panjang boleh mencederakan diri.
“Kerap sekali saya jumpa pesakit-pesakit yang ada masalah kulit gatal suka menggaru sehingga menyebabkan luka dan menjadi jangkitan kuman.
“Ada beberapa kes saya mulakan ubat antibiotik kerana luka akibat garu dengan kuku panjang mereka menyebabkan jangkitan kuman. Ada yang menjadi luka ulser khususnya pesakit Diabetes,” ujarnya lagi.
Berkata lanjut, Dr Arisman memaklumkan bahawa kuku yang panjang dan tajam sangat bahaya kepada bayi dan anak kecil kerana kulit golongan itu masih nipis terutama bahagian wajah. Bayangkan jika secara tak sengaja kuku panjang ibu-ibu terkena pada wajah atau bahagian mata bayi.
“Bahkan dalam wad hospital atau di ICU, ada jururawat yang akan tolong potong kuku-kuku pesakit yang terlantar di situ kerana tidak mahu berlaku jangkitan silang dalam wad.
“Maka pentingnya para pelawat atau saudara yang datang ke hospital, bawa sekali pemotong kuku dan tolong potongkan kuku pesakit yang diziarahi. Itu sangat membantu,” tambah beliau.
Kalau sudah namanya kreatif, buat apapun nampak menarik kan. Ditambah dengan bakat serta kerajinan, maka semuanya menjadi.
Demikian lah bagi pemilik kediaman rumah teres kos sederhana ini. Menurut Ainul Zehraa, kediaman yang dibeli empat tahun lalu adalah rumah second hand.
Namun atas kreativitinya bersama suami, pasangan ini mahu menampakkan kelainan, dipecahkan bilik depan jadikan ruang tamu.
“Saya sebenarnya mmg teringin sangat sangat nak ada rumah berkonsepkan english style moden. Rasa mcm lambat lagi nak dapat buat sebab saving pun sikit lagi.. then alhamdulillah saya cuba loan sikit pastu topup duit saving.. dipermudahkan lulus dan saya terus buat design rumah yang saya nak..
“saya lukis sendiri bentuk yang nak untuk tandas sampai ke porch kereta dan tunjuk dekat tukang rumah. Hujung bulan 3 kami start renovation dan baru siap seminggu lepas raya, sebab banyak detailing jugak sambung pula bulan puasa,” jelas Ain
Dalam pada itu, Ain turut memberitahu memberitahu kos keseluruhan RM80 Ribu termasuklah ubah suai dari extend dapur, pindah bilik air sampai la ke porch kereta dalam RM60 ribu. Manakala kos beli lampu, plaster siling, aircond semua dalam RM20 ribu. kiranya total dalam 80k.
Ain atau nama penuhnya Siti Nurain yang bekerja sebagai guru manakala suaminya mengusahakan bisnes online dengan menjahit pakaian pengantin muslimah.
“Rumah ini biasa jer… rumah second hand saya beli empat tahun lalu.. klu ikut usia dia dah dekat 10 tahun lebih. Selain ruang tamu, kami juga pasang sendiri wainscotting. Gigih sebab nak jimat kos, ni pun masih tak siap lagi pasang keseluruhan rumah.
“semua pasang sendiri sebab nak jimat.. perabot pun saya tengah cat semula warna silver untuk dapat efek moden.. semua barang lama. Selain itu, kami juga tambah bilik satu lagi dekat tepi porch kereta,’ ujar Ain lagi.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.