PKPB datang lagi dan hari ni hari pertama.Salah satu perkara penting yang kita kena manfaatkan dengan PKPB kali ini ialah untuk segarkan kembali kasih, cinta dan sayang kita terhadap pasangan kita.
Ada banyak benda yang kita boleh buat. Yang paling utama dan perlu didahulukan ialah baiki solat berjemaah kita bersama pasangan kita.
Boleh mulakan dengan solat Subuh pagi ini dan solat-solat fardhu yang lain sepanjang hari. Ini bukan benda main-main dan cliche tau. Ini benda benar yang saya nak pesan ni.
Ramai orang cari macam-macam kaedah untuk hangatkan cinta. Tambah pulak bagi yang dah lama kahwin. Tentu dah kurang sikit kehangatannya kan?
Tapi sebenarnya sebelum kita pilih cara-cara yang macam-macam ada tu, kita terlepas pandang. Rupa-rupanya ada cara yang terbaik untuk taut semula hati antara kita dan pasangan iaitu dengan solat berjemaah. Dah la sempoi, takde kos pulak tu.
Cuma, walaupun ianya sempoi, ia tak semudah ABC untuk kita buat kalau tak mula, paksa dan amalkan secara konsisten.
So, ambil la kesempatan PKPB ni semua duduk kat rumah untuk hidupkan balik solat berjemaah. Betul tak?
Special untuk kita dan pasangan, buat beberapa benda ni secara konsisten sepanjang sebulan PKPB ni. Alaaa.. macam sebulan Ramadhan juga la.
Ads
Lima amalan dilakukan bersama keluarga
1.Bangun awal sebelum Subuh dan saling mengejutkan. Yang terbaik, sejam sebelum Subuh untuk kita ada ample time untuk beribadah secara personal.
2. Solat sunat malam secara berasingan. Ini ‘me time’ sebenar tau. Me time kita dan Allah SWT. Me time pasangan kita dengan Allah SWT. Masa ni la nak menangis, mengadu, merintih, bercerita, berdoa, meminta dan berkomunikasi secara personal dengan Allah SWT.
Berjemaah dengan keluarga
Ads
3. Solat Subuh berjemaah dengan pasangan. Kalau ada anak-anak, ajak anak-anak join sekali. Cuba la lain aura dia bila solat berjemaah dengan ahli keluarga ni.
4.Berzikir, berwirid dan berdoa bersama-sama. Suami berdoa, isteri aminkan. Ayah berdoa, anak-anak aminkan. Semua ambil bahagian masing-masing.
5.Bersalaman dan berpelukan kasih sayang selepas selesai solat. Maybe kita pun dah lama tak peluk pasangan kita lama-lama kan? Maklumlah, dah tua dah kot.
Ads
Tapi inilah antara benda kecil tapi penting yang ala-ala suwit gitu, yang kita kena buat. Pelukan tu boleh mententeramkan hati yang gundah, menenangkan perasan yang gelisah dan mencambahkan perasan kasih yang tak sudah.
Peluk lama-lama sikit. Take your own time. Biar sempat tarik nafas dalam-dalam masa peluk tu.
Cukuplah dulu tips romantis musim PKP kali kedua ni. Hehehe.. semoga kita semua dapat manfaat.
Saya yakin, setiap sentuhan kasih sayang antara kita dan pasangan sudah pasti akan menambahkan pahala dan menghapuskan dosa sesama suami isteri. Barulah nanti layak untuk till jannah ye tak?
Ok. Selamat pagi semua. Enjoy your PKP dengan rahmat Allah dan kebaikan yang sangat banyak.
Tarikh 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang paling dinantikan Fazura dan Fattah. Semuanya bagi menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Tahun ini genap empat tahun usia Fatima dan sambutan tahun ini pastinya sedikit berbeza dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui kedua selebriti ini. Namun ia bukan halangan untuk membahagia si comel Fatima.
Menerusi perkongsian keduanya, hari lahir anak kesayangan itu turut disambut cukup meriah namun dalam dua acara berbeza.
Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura dilihat memilih tema siri popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.
“Since my birthday falls on a Wednesday and I love Wednesday Addams, everyone must be in character,” tulisnya dikapsyen.
Fatima tampil dalam persalinan serba hitam bersama Fazura dan sepupunya yang turut disertakan dengan tema kek Wednesday.
Menerusi perkongsian video, Fatima dilihat begitu pandai membawakan karektor watak utamanya Wednesday. Memang comel.
Menakala Fattah pula dilihat turut meraikan hari istimewa Fatima dengan membawanya ke indoor playground malah turut memotong kek bagi meraikan Fatima.
Terdahulu pada 13 September yang lalu, Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu bapa, tidak dinafikan ramai yang sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak, tanpa memikirkan kesan pada diri sendiri. Mahu melihat kehidupan anak-anak lebih sempurna, itu harapan utama sebagai orang tua.
Begitu juga andai memiliki harta, pasti akan cuba diurus dengan baik agar dapat diwarisi kepada anak-anak tanpa ada isu pergaduhan adik beradik di kemudian hari.
Memandangkan harta ini tidak boleh diurus sambil lewa, ada keluarga yang sanggup bergaduh berebut harta peninggalan malah ada juga yang putus saudara dek kerana tidak puas hati dan macam-macam hal yang berkahir dengan tidak baik.
Pun begitu kisah yang dikongsikan oleh Farizal Radzali yang mempunyai pengalaman di Firma Guaman bertahun-tahun lamanya ini juga perlu diberi perhatian.
Kisahnya bermula apabila seorang ayah melakukan pindah milik rumah yang dihuni kepada nama anak-anak mereka. Siapa sangka, ingatkan anak-anak akan lebih kasih dan berpuas hati dengan pindahmilik harta itu namun lain pula jadinya.
Pindahmilik Atas Dasar Kasih Sayang
Pemilihan lokasi hartanah amat mustahak sebelum memutuskan untuk melakukan pelaburan.
9 tahun lepas, kami didatangi seorang lelaki dlm usia 40an. Katanya nak buat pindahmilik rumah atas dasar kasih sayang dari ayah kpd 4 org anak. Maka, kami pun minta dia bawa ayah sbg pemilik & 4 anak sbg penerima milik.
Selang sehari lepas tu, lelaki itu pun bawalah semua org² tersebut & beberapa dokumen yg kami minta. Wajah si ayah agak sugul. Saya senyum kat dia tapi dia balas acuh tak acuh, pandang tak pandang je. Tapi beliau kelihatan spt seorang yg beriman, dgn kopiah & wajah yg bersih. Isterinya pun hadir pada masa tu.
Selepas jelaskan segala butir undang² tentang pertukaran tu, semua angguk² tanda faham termasuk si ayah & ibu.
Masa si ayah nak tandatangan borang pindahmilik, si ibu tiba² bertanya, selain dari tukar nama dlm hakmilik, ada cara lain ke supaya rumah ini dibiarkan atas nama si ayah, tapi bila si ayah meninggal dunia, baru tukar kpd nama anak².
Belum sempat saya jawab, anak sulung jawab, “Itu nama dia wasiat, makcik. Islam tak boleh buat wasiat kpd org yg layak terima faraid”. Wah. Saya kagum jugak, maknanya anaknya pandai, tahu tentang semua tu.
Si ibu diam, tunduk kembali. Si ayah pandang wajah isterinya. Daripada panggilan makcik tu, saya syak, wanita itu bukanlah ibu kandung anak² tersebut. Mungkin mak tiri.
“Sain cepat ayah, kita ada tmpt lain nak pergi ni,” kata anak yg sorang lagi. Lalu si ayah ambil semula pen, yg tadi dia letakkan tak jadi sain sbb isterinya mengemukakan soalan.
Lalu saya beritahu, kalau nak cara yg si ibu tadi cakap, ada jalannya. Iaitu buat hibah.
Wajah si ayah & isterinya cerah sikit, si ayah tak jadi sain.
“Mcmmana pulak nak buat hibah tu?” Si anak bertanya.
“Kena pergi kpd peguam shari’e. Mereka yg boleh buat. Peguam saya bukan shariah, tak boleh buat. Nak buat sdiri pun boleh, terus ke Mahkamah Shariah, nanti pegawai sana ajar. Tapi kalau buat sdiri, byk kerja la, sbb semua buat sdiri kan. Kos murah sikit. Kalau peguam buat, kos tinggi sikit,”
Lalu mereka berpandangan sesama sendiri.
“Dari rumah tadi, ayah setuju nak tukar nama. Sampai sini, dah lain pulak. Skrg nak kena cari lawyer shariah pulak. Semua tu perlukan masa. Kami ni hari ni je cuti, ptg nanti kami nak balik tmpt kami masing2 dah. Jadi, mcmmana ni, nak tukar nama ke taknak?” Salah sorang anak dah mula tarik muka.
“Kalau buah hibah tu, lepas ayah meninggal dunia, ada prosidur lain kena buat ke? Ada bayaran lagi?” Soalan dari anak lain pula, yg nampaknya lembut sikit.
“Hibah ni nanti semua waris akan dipanggil bicara. Lepas pemilik meninggal, ada prosidur tukar nama kena buat kat pejabat tanah & ada bayaran tambahan sikit,” jawab saya.
“Kalau buat pindahmilik skrg, bayar sekali ni je la kan? Semua selesai, takde kisah lain kemudian nanti, kan?” Sorang anak lagi tanya.
“Iya,” saya sahut.
“Jadi, mcmmana skrg ni, ayah? Nak sain ke tak?” Anak sulung tanya.
Si ayah & ibu saling berpandangan.
“Ayah tak perlu tanya makcik pun. Masa ayah beli rumah ni, dgn mak. Bukan dgn makcik,” anaknya bersuara lagi. Makin saya yakin, itu adalah mak tiri mereka.
“Ayah risau kalau kami halau ayah keluar rumah tu ke lepas tukar nama nanti?” Seorang anak bertanya.
Ayah diam.
“Kalau ayah tak yakin dgn kami, takpe. Mungkin ayah lebih yakin dgn makcik. Jadi, ayah tak perlu sain. Tak perlu tukar nama. Jom, kita balik,” kata anak sorang lagi.
“Kejap nak sain, kejap taknak,” rungut seorang anak lagi.
“Takpelah, kita tukar je nama. Kita pun tak tahu nak hidup berapa lama lagi. Dah mati nanti senang, tak payah anak² nak usahakan faraid bagai.” Kata si ayah kpd isterinya. Nampak mcm isterinya yg melarang.
Lalu semua diam seketika. Si ayah ambil pen & turunkan tandatangan pada borang pindahmilik.
Setelah selesai tandatangan oleh semua nama, saya minta no telefon si ayah. Tapi si ayah kata, apa2 urusan boleh hubungi anak sulungnya. Sbb katanya dia tak tahu apa² nanti. Saya terpaksa akur. Sebenarnya saya minta no telefon si ayah utk bertanyakan keikhlasan beliau utk buat tukar nama tu. Tapi saya hanya menjalankan kerja saya, tak boleh nak lebih². Beliau sdiri meminta saya berurusan dgn anaknya. Maka saya akur.
Sebulan lepas tu, semuanya selesai. Dan geran telahpun bertukar nama.
Minggu lepas, selepas 9 tahun berlalu, si ayah & isterinya hadir ke pejabat. Kudrat makin kurang kerana usia makin bertambah. Nasib baii saya masih ingat, mungkin kerana kes mereka agak menarik perhatian saya, dan menimbulkan pelbagai syak dlm hati saya.
Lelaki tua tersebut bertanya samada proses tukar nama 9 tahun lepas boleh dibatalkan..saya pun ternganga..
Tak boleh pakcik. Kenapa?
Anak² saya nak jual rumah tu. Saya tak izinkan mereka jual sbb kami masih tinggal di situ. Mereka suruh kami pindah ke kampung lama. Rumah tu dah usang, berhutan, tunggu masa nak roboh je. Mmg takde manusia pun boleh duduk kat situ.
Hmmm…. Minta maaf Pakcik. Saya tak dpt bantu. 😓😭😓😭
Kalau seorang anak yg berbuat demikian, itu mungkin masalah anak tersebut tapi kalau 4 org sanggup berbuat demikian, saya pun tak pasti apa silapnya. Mungkin ada kisah silam antara mereka yg kita tak tahu antara keluarga ini. Sbb andai betul didikan ibu ayah pd anaknya, takkan sampai hati seorang anak berbuat demikian.
Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi sebarang perkara perihal membabitkan rumah tangganya di media sosial.
Menurut laporan Utusan Online, Diana berkata, itu adalah cara bagi menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga seorang aktor serta pengarah, Farid Kamil.
“Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial. Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang.
“Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.
Bercerita lanjut, Diana turut mengakui persefahaman dan toleransi antara hubungan suami isteri penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia serta keluarga harmoni.
“Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.
“Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 7.