Salah satu cara untuk merangsang perkembangan otak anak adalah dengan membenarkan mereka explore dan bermain. Biarlah bersepah rumah, asalkan kemahiran sosial anak dapat dibentuk, berkreatif ketika bermain adalah satu rangsangan untuk membentuk keyakinan diri serta pemikiran anak.
Pelakon cantik, Raja Ilya, antara selebriti yang gemar berkongsi aktiviti yang dibuat bersama anaknya. Talita Love yang kini berusia 2 tahun dilihat begitu aktif dan suka melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahirannya berfikir.
Satu video yang dikongsikan oleh Raja Ilya menunjukkan Talita sedang bermain di rumahnya. Dapat dilihat Talita membina menara menggunakan tisu tandas. Bukan itu saja, ketika bermain Raja Ilya menggalakkan Talita untuk turut belajar mengira.
Tulis Raya Ilya melalui kapsyen, setiap kali hari penghantaran tisu tandas, inilah aktiviti dengan Talita.
“Every time Toilet roll delivery day , mcm ni laa activity dengan Talita .. Melayan dia bina tower . Chop!! Lepas tu Sapa nak kemas ??!!! Aduhhh..”
Lebih baik lagi, ketika bermain tisu tandas Talita menggunakan pemikiran kreatifnya untuk menyusun tisu tandas menjadi menara yang tinggi.
Ads
Sama ada dalam bentuk gegelung, bongkah atau cawan, apa saja aktiviti membina menara adalah bagus. Menerusi aktiviti ini, anak akan mengenali saiz, warna, keseimbangan dan bentuk. Dengan cara ini, anak akan jadi lebih bijak, kritis dan kreatif.
Sebab itulah, Talita mampu membina menara tisu tandas yang tinggi tanpa bantuan sesiapa. Good job Talita!
Meluahkan rasa kasih sayang dan prihatin kepada orang tua kita, selain bertanya khabar melalui telefon, andai ada masa dan cuti yang panjang, jengok-jengoklah mereka di kampung.
Pasti, bila terlihat sahaja kelibat anak balik ke rumah sudah membuatkan ibu ayah tersenyum bahagian.
Manakala doktor ini pula berpesan, ambil juga peluang bercuti dikampung dengan kita lihat buku temujanji klinik, agar kesihatan orang tua kita dipantau dengan sebaiknya.
Ayuh ikuti lagi saranan doktor ini untuk kebaikan bersama.
Cuba sesekali apabila balik kampung, tengok buku temujanji klinik mak dan abah samada temujanji diikuti.
Cuba tengok pil-pil ubat mak dan abah. Tanyakan berapakah kekerapan ubat-ubat diambil samada menepati arahan doktor seperti tertulis di plastik bungkusan ubat.
Tiada masalah jika ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Masalah timbul apabila timbul komplikasi penyakit yang disebabkan culas ubat dan culas temujanji.
Cakna kesihatan mak dan abah pun adalah antara cara kita menunjukkan kasih sayang kita. Maka ambillah peluang apabila pulang ke kampung sempena cuti kali ini.
Bukan mudah mendidik ahli keluarga menjadi anak yang baik. Sebagai ibu bapa pastinya tanggungjawab berat agar memastikan anakn-anak dapat membesar dengan baik dan mendengar kata.
Sebuah perkongsian Wawa Shauqi yang menyentuh hati mengenai seorang ibu yang gagal dalam mendidik anak. Jom semak!
“Ada cara tak kalau saya sebagai seorang ibu nak betulkan silap saya?”
Tanya seorang ibu di seminar kelmarin. Ceritanya buat kami di dewan seminar sebak.
Saya namakan akak ni sebagai Kak Ma. Kak Ma seorang ibu bekerjaya hebat. Dari tudung Bokitta yang dipakainya pun dah boleh agak. Kiranya kalau dari segi kewangan dan kerjaya, dia nampak hebat dan berjaya.
Tapi bila di rumah, dia dilihat sebagai seorang ibu yang gagal. Anak lelakinya menganggap dia seperti musuh. Manakan tidak, Kak Ma ‘tidak hadir’ sebagai seorang ibu kepada anaknya sepanjang anaknya membesar.
Anaknya membesar bersama nenek. Bukan dia tidak cuba jaga anaknya itu sendiri. Tapi anak terunanya sendiri sentiasa mengelak, tak mahu duduk di bawah jagaan Kak Ma. Saya agak, ada sesuatu yang membuat hati anak ini terluka.
Sehinggalah si anak mencecah umur 16 tahun, barulah Kak Ma berjaya bawa anaknya pulang tinggal bersama. Kalau tak kerana nenek yang dah tak tua dan tak mampu menjaga, tak mungkin anaknya sanggup.
Kak Ma sangka bila dah tinggal sebumbung, lebih mudah hubungan mereka pulih. Tapi sebaliknya berlaku. Setiap tingkah laku anaknya seolah sengaja membangkitkan marah Kak Ma.
Setiap kali itu dia cuba menegur. Kadang-kadang jadi membebel. Tapi kebiasaannya interaksi antara mereka pasti mencetuskan perang dingin. Kata Kak Ma, “Hari-hari kami bertekak sampai boleh melambung rasa bumbung rumah ni”.
Anak dah dewasa. Dah tau dirinya ada kuasa. Rotan dan marah dah tak kuat untuk melawan kuasa rebel seorang anak remaja.
Kak Ma sedar selama anaknya membesar, dia tidak memainkan peranan sebaiknya sebagai seorang ibu. Atas sebab tu Kak Ma redho bila berulang kali si anak mengulang sebut kegagalan Kak Ma sebagai ibu. Apa yang dikata anak semuanya benar belaka.
Bebanan rasa bersalah itulah yang buat Kak Ma redho bila anak terunanya meminta duit dan berbelanja mewah. Sedangkan dia tau, duit itu digunakan anak untuk berpeleseran. Tapi apa pilihan yang dia ada untuk raih kembali kepercayaan anaknya terhadap dia.
Dia fikir, ‘Tak apelah. Asalkan anak aku masih sudi tinggal bersama aku.’
Kami di dewan hanya mampu tumpukan mata dan tajamkan telinga mendengar kisah Kak Ma. Wajahnya betul-betul kosong. Tak tahu apa usaha yang perlu dia buat.
Bila Ibu Rose tanya apa yang dia harapkan pada waktu ni, dia hanya melepaskan keluhan berat dan jawab, “Saya harap saya boleh kembali ke waktu anak saya kecil, menyayangi dia dan melayani anak saya tu sebagaimana yang sepatutnya.”
Ya Allah waktu tu terus berkaca mata saya. Orang belakang dah ‘sok sek sok sek’ bunyi hidung berair. Rakan sebelah saya dah mengelap air mata. Satu dewan gagal tahan sebak. Masing-masing terkenang masa depan dengan anak-anak.
Masing-masing menyedari anak kecil yang mereka sayang dan masih boleh ditimang ini juga punya risiko mendewasa sebagai remaja rebel.
Kak Ma, kerana akak, pandangan saya terhadap anak saya luar biasa rasa sayangnya. Kerana Kak Ma, saya lebih mudah bersabar dengan anak saya. Kerana akak juga saya ingin melihat anak saya sebagai bakal dewasa yang akan terus menyayangi ibunya walaupun dah tua kerepot.
Terima kasih Kak Ma, semoga Kak Ma diizinkan Allah memulih hati anak yang luka. Semoga Kak Ma jumpa momen untuk meraih semula kepercayaan anak. Semoga hubungan antara Kak Ma dan anak kembali berbunga dan hidup subur sehingga ke taman syurga.
.
1. Banyak perkara yang kita nak kejar dalam hidup ni. Kita sentiasa sibuk pandang tinggi orang lain, tanpa sedar anak kita sendiri memandang kita sebagai idola. Kita sentiasa sibuk nak mencari sumber kewangan buat memberi makan anak kita, tanpa sedar kita dah biar anak kita laparkan perhatian.
2. Anak-anak tidak mahu harta kita. Bagi mereka perhatian dari kita lebih berharga. Lupakan letih dan tugas kita seketika. Pandang wajah mereka. Dengarkan mereka teruja bercerita. Akan sampai satu masa, mereka tidak lagi ada masa yang banyak untuk kita.
3. Biar tak banyak masa. Asalkan bila ada, cipta momen sebaiknya. Peluk cium anak, biar mereka tahu betapa kita menyayangi mereka. Jadikan setiap 5 minit pendek yang kita ada untuk anak tu sebagai impak positif dalam hidup anak sehingga 50 tahun akan datang.
4. Masa takkan dapat kita putar kembali. Setiap minit anak makin membesar. Sesibuk mana pun kita membina kerjaya, jangan lupa kerjaya sebenar kita sebagai ibu dan bapa. Let’s be real parents again
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon, Erynne Erynna berkongsi berita duka mengenai puteri sulungnya, Medinah yang mengalami masalah ’Duplex Kidney’ dan bakal menjalani pembedahan.
Menurutnya, Medinah mengalami masalah kesihatan tersebut seawal usia empat bulan lagi. Malah sudah lebih setahun si kecil ini terpaksa menjalani pemeriksaan berkala di hospital.
“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
“Salam semua, Erynne just nak share yang Medinah akan menjalani pembedahan esok pagi (hari ini). Pada yang tidak tahu atau tertanya tanya Medinah sakit apa sebenarnya.
“Hari ni erynne nak kongsikan di sini yang Medinah mempunyai “Duplex Kidney” dan disebabkan itu dia kerap kene UTI (urinary tract infection) dan boleh merosakan buah pinggang dia,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
“Jadi selepas beberapa kali keluar masuk hospital dari umur 4 bulan, pergi checkup, appointments, tests dan akhirnya inilah jawapannya.
Sebagai ibu, tiada mampu dilakukan selain reda dengan ketentuanNya.
“Alhamdulillah. Sekarang kami hanya mampu berdoa, berserah, redha dan tawakal pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Segalanya.
“Erynne sekeluarga ingin minta tolong kalian untuk doa yang terbaik buat Medinah. Dan kami hargai sangat jasa baik kalian semua yang sentiasa mendoakan, berkongsi ilmu dan memberi kata kata semangat pada kami, syukur ya Allah.
“Erynne doakan segala yang terbaik buat semua. Ya Allah, lindungilah anak ku dan permudahkanlah segalanya. #medinahsjourney,” tulisnya lagi.
Terbaru Erynne berkongsi kondisi anaknya usai tamat pembedahan selama 4 jam. Dalam perkongsian tersebut, dia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa daripada orang ramai buat anaknya Itu.
Untuk rekod, Erynne mendirikan rumahtangga bersama Afify Sazali pada 17 April 2019. Pada 9 Ogos 2020, pasangan ini bergelar ibu bapa selepas lahirnya Medinah.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...