Katanya sesiapa yang mengamalkan makan ulam pegaga atau minum air kisaran daun pegaga, ia membantu untuk seseorang mendapatkan kulit yang cantik dan berseri malah terlihat awet muda.
Bahkan petua kecantikan dengan amalkan pegaga ini umumnya ramai antara kita sudah pun tahu.
Pun begitu, andai ada yang tidak berapa suka dengan rasanya namun tetap ingin mencuba petua kecantikan berasaskan daun pegaga ini apa kata jadikan ia masker. Bagaimana cara untuk hasilkannya, jom semak perkongsian daripada Sarifa Redzuan ini. Jom semak.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
PETUA MUDAH CANTIK GUNA PEGAGA
Adakah anda mahu mendapatkan kulit sihat dan bercahaya dalam masa yang singkat? Nah, penyelesaiannya adalah mudah, hanya amalkan minum jus dan sapukan jus pegaga dan timun ini di wajah setiap hari sebagai penyegar wajah.
Ya, pegaga!
Tumbuhan ini mempunyai kesan yang sangat kuat pada proses kecantikan kulit.
Pegaga kaya dengan asid amino, beta karoten, asid lemak, dan fitokimia. Gabungan nutrien super ini menawarkan manfaat yang hebat untuk kulit, termasuk sifat anti-penuaan yang kuat.
Kajian kegunaan pegaga telah dibuat lebih dari 80 tahun lalu, dan hasil dari kajian, seluruh dunia mula menggunakan pegaga sebagai bahan penting dalam produk kecantikan Kesihatan. Sama ada dalam skin care atau dijadikan teh untuk kesihatan.
Mengamalkan minum jus pegaga sangat bagus untuk menguatkan daya ingatan selain menjadikan seseorang itu awek muda.
Cuba sekarang dan anda akan mendapati hasil yang diingini.
Resipi jus pegaga
Segenggam daun pegaga
1/4 timun
1 cawan air
Cara penyediaan
1. Kisar semua bahan.
2. Tapis ambil jusnya
Cara kegunaanya
1. Boleh minum jus ini seminggu 3 kali.
2. Boleh dijadikan penyegar wajah
(Masukkan jus dalam botol spray, dan sejukkan serta boleh spray di wajah setiap
hari untuk kulit yang sehat dan tegang)
3. Boleh letak jus di kepala untuk merawat masalah rambut gugur.
4. Hampas jangan di buang. Hampas boleh buat kulit cantik juga. Caranya ialah dengan
menambah, 1 sudu besar madu dan 1 sudu besar tepung jagung.
Kacau semua bahan sehingga sebati untuk dijadikan masker muka. Biarkan di wajah selama 20 minit dan cuci dengan air biasa. Amalkan seminggu 3 kali masker muka ini.
Best kan, guna pegaga pun dah boleh cantik tau. Rugilah kalau tak cuba.
Cikgu Pah
Suka bahan alami
sumber : Sarifa Redzuan II
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club