Siapa yang tidak kenal dengan si comel, Nur Khawla Soleha anak kepada pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel yang sememangnya sering tampil dengan aksi dan keletahnya yang menghiburkan.
Terbaru, Khawla atau nama timangannya Lala mencuri perhatian semua apabila kelihatan tersipu malu mendengar pesanan daripada penyanyi Aziz Harun.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok Syamel, Aziz menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya serta menitipkan pesanan khas buat Khawla.
“Hai Lala (Khawla), uncle Aziz ni. Uncle Aziz nak nyanyikan lagu untuk Lala boleh?
“Dengar cakap mommy and daddy okey. Jumpa nanti Lala. Bye, I love you,” kata Aziz Harun kepada anak si comel Lala.
Ads
Di dalam video tersebut, Khawla dilihat seperti tidak senang duduk kerana terlalu malu menutup kedua mukannya dan cukup gembira dengan video itu.
Bukan itu sahaja bahkan Khawla juga meminta bapanya memainkan video Aziz berulang kali. Memang comel!
“Daddy, Lala nak uncle Aziz. Daddy, Lala nak lagi,” katanya yang cukup comel.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi Khawla yang tersipu malu dan turut memahami situasi yang dirasainya.
Jambangan bunga di majlis konvokesyen begitu sinonim, bahkan tidak lengkap kiranya jika tidak menerima jambangan bunga di majlis konvo daripada keluarga tercinta untuk dijadikan kenangan manis. Pun begitu, sedikit berbeza kisah yang dilalui oleh Nur Shima Sahimi 24, graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di hari konvokesyennya baru-baru ini.
Siapa sangka ibunya memberikan nanas sebagai pemberian ‘Bunga Konvo’. Pastinya menambah kenangan manis buat Nur Shima apabila menerima hadiah buah nanas daripadanya ibunya selepas majlis konvokesyennya berakhir pada Isnin. Nur Shima kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta menyatakan, kejutan dari ibunya itu walaupun melucukan tetapi menggembirakan hatinya kerana pemberian buah nanas tersebut sesuatu yang istimewa baginya selain bunga konvokesyen yang diterima.
“Buah nanas ini pada awalnya emak belikan untuk diberikan kepada kakak saya sebagai menu bahan masakan. Tapi kakak tak jadi gunakan buah nanas ini sebab masak menu yang lain. Tak mahu membazir, emak bawa buah nanas ini bersama ke majlis konvokesyen saya pada semalam (Isnin)”
“Selesai majlis di dalam dewan, emak minta saya ambilkan buah nanas tersebut dalam kereta dan berikan kepada saya. Sebagai kenangan, kakak yang turut bersama ambilkan gambar saya bersama buah nanas pemberian emak. Masa emak cakap nak beri buah nanas tu saya gelak sahaja ingatkan emak bergurau”
“Alhamdulillah, dapat juga dan rakan-rakan lain berkonvokesyen walaupuan tiada majlis seperti kebiasaannya. Saya rasa okay sahaja pelaksanaan majlis konvokesyen secara janji temu ini kerana ibu-bapa tidak perlu menunggu lama dan pelaksanaan setiap sidang tidak mengambil masa yang lama. Proses pengambilan gambar graduan menggunakan skrin hijau juga cepat dan tidak perlu bersesak-sesak” tambahnya.
Akibat penularan pandemik COVOD-19 pada tahun lalu, USIM menangguhkan pelaksanaan majlis konvokesyen yang kebiasaannya dilaksanakan pada bulan November ke tahun ini. Majlis Konvokesyen USIM dilaksanakan bermula 6 April sehingga 18 April yang lalu melibatkan 23 sidang secara keseluruhannya.
Mungkin ada yang meganggap memcuci beras sebelum dimasak sebagai perkara yang remeh dan bersahaja dilakukan.
Namun sebenarnya alangkah bagus sekiranya sambil-sambil beras dicuci dengan dua tiga Kali basuhan turut diamalkan beberapa bacaan dan doa ini.
1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
2. Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Buatlah puan-puan, InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam
Sumber : Tasnim via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular di media sosial mengenai sebuah kereta yang terbakar dan seorang lelaki didakwa berjalan dengan keadaan hampir seluruh badannya terbakar.
Kejadian ngeri ini berlaku di Jalan Syed Omar, Kg Syed Omar, Kangar, Perlis. Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kangar Superitendan Wari Kiew berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa berusia 28 tahun itu merupakan pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan.
Lelaki yang melecur 96 peratus badannya selepas membakar diri dalam kereta di Jalan Kampung Syed Omar di sini semalam, meninggal dunia hari ini.
Rentetan daripada video yang tular, seorang pengguna facebook, yang dikenali sebagai Dr Syahr Musafir memberi panduan bagaimana bertindak apabila menghadapi atau melihat situasi sebegitu.
Ini tindakan kena buat
Dulu masa sertai Kedat Bomba di sekolah menengah, pernah diajar sekurang-kurangnya cara nak mematikan api pada badan mangsa itu dengan menggunakan kain/jaket, kalau ada air botol atau apa saja air boleh basahkan kain lalu selimutkan mangsa.
Paling bagus adalah gunakan pemadam api atau fire extinguisher. Spray kepada mangsa dari bahagian belakang supaya api terpadam.
Saya telefon Balai Bomba Kota Bharu pagi ini bertanya, kata pegawai bomba yang menjawab panggilan saya kita boleh beli saja pemadam api kecil dan boleh simpan dalam kereta just in case berlaku emergency seperti ini.
Boleh beli di Shopee, yang ini jenis tiada tarikh luput >> https://shp.ee/e8cajap
Dan saya beli juga jenis kedua ini >> https://shp.ee/jj2wqe7 atau >> https://shp.ee/j8ieiq7 (sekarang ada diskaun 71%)
Saya letak 2 botol pemadam api berlainan jenis dalam setiap buah kereta.
Kita beringat ketika mampu bersedia ni. Jika tak guna untuk diri sendiri, moga dapat guna pemadam api ini untuk membantu mangsa kebakaran seperti dalam video tadi.
Beberapa tahun dulu kita lihat kejadian orang ramai merakam mangsa yang sedang lemas selama beberapa minit di negara luar, sebelum akhirnya barulah ada orang cuba menyelamatkannya tetapi sudah terlambat, mangsa tak dapat diselamatkan.
Semoga kita semua dijauhkan daripada musibah sebegini, sekiranya berlaku kepada kita semoga kita dibantu dengan segera dan semoga apabila kita melihat kejadian sebegini kita akan jadi masyarakat yang prihatin yang membantu mangsa… Janganlah rakam berlebihan. Dan semoga kita tidak jadi orang yang tengok saja kejadian depan mata macam menonton babak filem.
(Maaf ye saya tak share video tu, dan gambar ini pun saya blur-kan mangsa)
DISCLAIMER: Maaf ye, saya tak salahkan perakam video ye. Posting saya ini memperingatkan saja, tentang kena bersedia (contohnya pemadam api) dan tentang membantu (tak kisahlah cara apa). Rakam video pun membantu juga ni – sebagai bukti kejadian, saksi dan sebagainya. Tiada satu apa pun yang sia-sia, ya Allah, moga Allah selalu jadikan kita manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Aameen.
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.